Sunday, February 19, 2012

Pengalaman ETD

Assallamualaikum.
ETD yang dulu diberi nama A&E ialah department dekat setiap hospital. Umum orang ketahui ialah wad kecemasan (walaupun tempat dia tak berapa nak nampak macam ward laa). ETD tu bermaksud emergency and trauma department.

So minggu ni sebab posting ETD kami satu group diberikan peluang untuk on call dari pukul 9 malam sampai 7 pagi. selain praktis buat procedure, kami juga diexposekan dengan keadaan waktu on call malam , nak bagi rasa camaner life as an officer nanti. Selepas aku tidur yang cukup petang tu, malam gi masak dan makan malam aku pun pergi arr naik motor. Oh motor aku ni dah lama tak hidup sebab tayar pancit so malam ni jugak sebelum gi on call aku betulkan motor tu. Dah siap2 malam tu aku tengok ader gak member2 yang pergi awal (excited mungkin)

Sampai kat ETD pukul 9 malam. AKu tengok ward masih macam biasa. Orang ramai kat green zone. Green zone ni tempat orang yang sakit tak berapa nak kecemasan laa, macam demam, sakit sikit2 tuu. Aku tengok memeber lain sibuk amik darah, check blood dekat machine, tanya2 patient. Aku pergi dekat kerusi tempat patient asthma ambik nebulizer, pastu tolong laa apa yang patut.

Pukul 10 camtu aku gi tempat green zone. Ader medical assistant ni minta aku tolong clerk patient. So aku pun panggil patient, tanya soalan, amik tekanan jantung sumer pastu referkan patient kat doktor. Ader sorang patient ni datang sakit mata. Dia cakap lepas kerja tu dier rasa mata dia sakit. Dia cakap dia kerja welding besi. Lepas tu aku tanya balik time kerja tu ader ker pakai mask semua. Sekali aku kena marah daa.Haha. patient tu cakap "dah tanya, taya lagi". Aku senyap terus. Tapi normal laa tu. Patient tu dah sakit mesti laa irritated sket.

Pukul 12 mata aku dah start mengantuk. hahaha. Aku pun jalan2 arr kat katil patient tengok2 mana2 staf yang aku boleh tolong buat procedure. Aku ajak member gi minum dia cakap lepak dulu, awal lagi.

Lepastu pukul 1 a.m, ader patient datng accident terbabas masuk semak. 3 orang semua eksiden, sorang koma sebab cedera kat dada, sorang patah kaki, yang sorang gi duduk belakang takder paper. Tapi aku gi tengok sorang yang koma tu. bola mata hitam kat mata dia dah kembang dah (pupil dilated), means harapan yang tipis, doktor start buat CPR lepak check nadi dah takder, kitorang bergilir-gilir tekan dada patient. waktu aku tekan dah bunyi tulang dia dah patah. Tapi kena tekan juga sebab nak tolong jantung pamkan darah ke semua badan. Lepas tu aku tengok dada sebelah kanan dia mengembang, muka dia kembang, mata dia kembang, bibir bengkak. Doktor dah start masuk tiub dalam badan. Pastu kasi adrenaline sumer. Time aku keluar bilik family members dia jumpa aku tanya ok tak dia? haha. Aku nak cakap ok kang maksud dier aku kelentong. Tapi aku cakap, "patient masih tak sedar". walaupun macam agak menyedihkan tapi at least cakap betul dari beri harapan palsu.

Lepas tu kul 2 camtu nadi dia kejap ada kejap takder. Aku pun dah ngantuk giler, so kitorang keluar gi minum jap. Lepas makan burger ngan air kopi. Aku datang balik. Buat CPR balik.Dalam pukul 3 camtu aku nampak nurse keluar bagitahu kat family member  diorang. Dah takder harapan lagi. Aku tengok mak patient tu berguling2 nangis kat lantai. Pastu ramai sedara-mara diorang masuk nak tengok. Sadis gak ah.

Aku pulak lepas tu lepak dekat tempat duduk patient asthma amik nebulizer. Sambil nak tunggu waktu subuh. LEpas Subuh perut plak meragam. Gi arr toilet. (tu pun nak criter ker adoi!)

Tapi mata memang dah kuyu giler ahh. Lepas jer kul 7 aku pun siap2 barang dan balik dengan aman. Hahaha. Agak pengalaman gak laa sebenanrnyer. Aku tengok doktor yang kerja malam tu muka lagi penat. Tidur kat meja kejap jer. Tu pun belum balik lagi tu. Hahaha.

So, pengajarannya, marilah kita menyayangi nyawa kita. Prevention is better than cure.