Friday, March 23, 2012

4.00 a.m and oxford medicine handbook is in front of my eyes

Salam. Next week adalah minggu yang stress bagi bebudak medcine final year. Clinical examination. Dengan topik-topik yang banyaaaaaaaaaaak ortho, psychiatric, medicine, surgery, paediatric, Obs and gynae, anything bleh ditanya.

Aku hanya doakan memeber aku kat sini semuanya lulus. Dan tak lupa juga buat bebudak U lain, (dengar UKM pun exam sama tarikh dengan kami.

Stress tak ingat laaa. Tujuannya hanya satu, minta-minta untuk lulus untuk teruskan hidup sebagai seorang doktor. Dan kena tahu semua benda yang aku cakap tadi, Ya Allah, umat mana laa yang tak akan stress. Haha

Tapi ada satu benda yang aku fikir yang buatkan aku takder arr stress sangat. Sebab banyak benda nak dihafal untuk exam kan.

1. Aku kena betulkan niat. Yaa niat untuk jadi doktor yang safe untuk patient dan bertanggungjawab. So, nak tak nak perlu tahu semua perkara ni laa. Aku selalu bayangkan seseorang datang kat aku dengan penyakit tertentu dan waktu itu tak ada sapa2 lagi selain hanya aku seorang jer yang kena rawat dia. Jadi dari situ aku tahu what thing I need to know for them.

2. Pertolongan Allah yang dekat. Kadang2 Allah punya pertolongan tak disangka-sangka. Aku selalu ingat ayat 47:7 surah Muhammad, "jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu,". Jadi niat dan perbuatan menolong agama Allah inilah yang mendorong. Sebaliknya kalau aku mahu lulus hanya atas kehendak peribadi. Kemungkinan besar aku akan alami stress yang teruk!

3. Yakin apa yang aku buat betul. Ada 3 tips yang aku selalu amalkan. 1.Read 2. Remember 3, Recall 4. Recall 5. Recall recall recall. Selalu aku tanya kawan kalau aku terlupa sesuatu, kalau tak tahu sesuatu benda aku straight tanya member supaya tertempek masuk dalam kepala otak ni.

InsyaAllah mudah-mudahan dik, kita semua berjaya. Apapun persediaan tu penting! So kena study laaa ....