Bismillahiraahmanirahim
Selamat hari jadi. Aku mengucapkan hari jadi pada diri aku sendiri. 23 tahun aku hidup. Apakah perubahan yang telah aku lakukan pada diri aku dan orang lain? Apakah perubahan itu bermanfaat atau membawa keburukan. Semoga Allah membalas dengan kebaikan. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya.
Dalam waktu hari jadi ni, hanya 3 orang yang mengucapkan selamat pada aku. 2 orang dari kawan, seorang dari mak. Semalam aku call mak, bagitahu pasal hari jadi aku. Aku cuma nak bagitahu mak. Emm bukan bagitahu cuma nak menyampaikan ucapan. Aku cakap, “Mak, terima kasihlah sebab membela adik selama 23 tahun ni.”
Memang sepatutnya kita raikan hari jadi dengan kesedihan, mengenangkan betapa kita hidup di dunia ni apakah manfaat yang telah kita lakukan pada diri dan orang lain? Apakah benar Allah telah memilih janin yang layak dan terbaik dari abah dan mak kita untuk kita hidup di dunia ini. Atau kita sekadar menjadi perkara sia-sia atau sekadar pelakon tambahan hanya untuk memenuhi ruang di pentas dunia ini. Aku pun jarang ucapkan hari jadi pada kawan dan keluarga aku, juga jarang untuk aku bagitahu tentang hari jadi aku pada kawan yang lain, minta maaf.
Semoga aku lebih serius untuk menghadapi hidup dan menganggap segalanya sebagai ladang amal untuk dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti. Semakin kita mensia-siakan hidup, mungkin semakin kita menyesal di akhirat nanti kot.
Aku sedar aku masih lagi tersesat di Betlehem ini, begitu banyak untuk aku belajar dan aku belum lagi terfikir untuk keluar dengan keadaan aku sekarang ini. JIkalau aku mati, aku harap ada orang yang membawa aku keluar dari sini ke tempat yang lebih elok. Iaitu syurga.
Betlehem adalah tempat yang harmoni, seluruh manusianya mempunyai hati yang baik. Namun, ada yang sakit, ada yang sihat tetapi membawa penyakit. Disetiap penyakit yang mereka bawa, ada sesuatu faktor yang boleh menukarkan jisim berpenyakit itu sebagai ubat bagi orang yang sesat seperti aku.
Rindunya untuk aku keluar dari Betlehem, tapi apakah aku harus keluar seorang atau membawa seseorang untuk keluar dari sini.
Selamat hari jadi untuk aku. :)
20 December 09 5.41 p.m