Wednesday, October 14, 2009

Dilema mangkuk tandas.




Bismillahirrahmanirrhim

Emm salam, waktu aku tulis post ni waktu tengah buat case write up, saja nak hilangkan boring aku tulis-tulis laa sikit. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tapi, banyak pulak cerita yang tak perlu pun diceritakan. Sebab semua orang ada kehidupan mereka sendiri kan, lebih baik kita menikmati kehidupan sendiri daripada sibuk mendengar kehidupan orang lain. Kecuali kalau ada pengajaran disebalik sesuatu cerita orang lain tu yang berguna pada diri kita untuk teruskan hidup ni. Emm tu sebab kita patut belajar sejarah kot. Sebab tu laa kalau nak jadi cikgu sejarah jangan sibuk nak suruh budak-budak sekolah ni hafal fakta, nanti lama-lama budak jadi boring,muak tak minat dan mudah lupa. Dah laa benda lain macam formula fizik, teori kimia, tatabahasa BM, literature English, formula Add Math, Fakta biologi semua nak kena ingat, tambah lagi dengan sejarah lagi laa budak tak minat. Aduhh kesian budak sekolah zaman sekarang. Otak mereka dijadikan pendrive untuk menyimpan memori. Kalau memory macam hardisk sampai beratus gigabyte takpe, tapi kalau certain budak yang memory macam pendrive 512 MB kan ke kesian. Lagi-lagi kalau systemnya windows 95 atau 98, processor pulak lembab. Haii kesian, kesian. Last-last budak-budak akan lebih prefer untuk ‘hibernate’ atau ‘standby’. Moga-moga diorang tak ‘shut down’ awal.

Jadi sepatutnya kita ni yang dah mula nak anggap diri kita ni maju patut dah ada system sendiri, processor sendiri untuk jadikan budak-budak kita yang memory tak sebrapa ni jadi laju, tak jammed. Bukan tu saja antivirus pun patutnya daripada ciptaan kita sendiri. Jadi takperlulah kita nak update tiap-tiap tahun.

Apalah gunanya kalau kita ni maju disebabkan taik orang lain. Orang lain reka mangkuk tandas, kita fikir kita maju sebab dapat buang air besar menggunakan mangkuk tandas yang canggih. Sebab dulu-dulu masyarakat kita hanya ‘melabur’ di sungai atau tepi jalan. Lalu kita jadi sombong dan bongkak hanya kerana kita berpeluang dapat menggunakan mangkuk tandas yang canggih padahal taik orang sekarang dengan taik orang zaman dahulu adalah sama. Mereka juga makan nasi dari padi. Cuma sekarang bezanya ada yang sudah makan Beras Herba Faiza Taj Mahal. Ada juga dari kita ni berbangga la sangat apabila mencipta sesuatu yang baru dari mangkuk tandas orang lain. Itupun hanya mengecat dengan warna yang lebih menarik, atau mengukir corak yang melambangkan kebudayaan sendiri atas mangkuk tandas tu, Alaa apalah sangat, itupun boleh heboh satu dunia yang mengatakan kita sudah mencipta sesuatu yang unik atas hasil kita sendiri. Satu dunia juga mentertawakan kita dan atas kesopanan kita mereka tak gelakkan kita depan-depan tetapi mereka memberi kita anugerah dengan harapan kita boleh buat benda bodoh tu lagi dan jangan cuba-cuba nak bertanding dengan diorang buat satu lagi mangkuk tandas yang baru. Owh, minat maaf, kalau sesiapa yang tidak berminat dengan mangkuk tandas bolehlah membayangkan benda yang lain.

Kita sebenarnya dalam akdemi kehidupan ini, kita telah direkrut untuk menjadi seorang agen. Ianya terpulang pada diri kita samada mahu menjadi agen pengikut atau agen perubahan. Kalau menjadi agen pengikut, peluang untuk naik pangkat mudah, dapat bekerja dengan selesa di jabatan yang berhawa dingin, dengan gaji bulanan yang confirm akan masuk tiap bulan. Tetapi kalau mahu jadi agen perubahan perlukan latihan dan ujian ala komando, kerjanya susah dan payah, perlu tinggalkan keluarga, perlu banyak kerahan tenaga, nak naik pangkat jangan harap, sampai pencen takkan dapat. gAji diberikan berdasarkan prestasi.

Tapi selalunya kehidupan sebagai agen perubahan inilah yang paling layak menikmati kehidupan yang bermakna. Hidupnya dimuliakan, disayangi orang lain, matinya dihargai sebagai tokoh, bermakna kepada kemajuan sosial, ekonomi , budaya, politik dan lain-lain. Contoh yang paling gempak siapa lagi kalau bukan Rasulullah S.A.W. Agen perubahan yang paling dikenali. Apa-apa juga keadaan dan pekerjaan kita jika kita hidup sebagai agen pengikut nescaya kita hanya dapat menuruti mengikuti arus kehidupan tapi sesiapa yang menjadikan diri mereka termasuk dalam agen perubahan akan dapat mengenali dan lebih menikmati kehidupan. Dunia memang secara jelas melahirkan ramai saintis. Betapa ramai para saintis yang tidak ada nama pun di dalam sejarah bukan kerana mereka memiliki kekurangan ilmu, tetapi mereka hanya sekadar agen pengikut. Kita juga hanya mengenali saintis seperti Albert Einstein kerena beliau hidup menjadi agen pengubah. Begitu juga dengan doktor, guru, ahli politik dan lain-lain. Huh, diharap kita sama-sama dapat fikirkan. Dahlah nak sambung kerja. Salam.

Saturday, October 10, 2009

Malama yang jelas,perancangan yang teliti.

Bismilahirrahmanirrahim. Ok straight to the point aku tak nak cerita banyak, Matlamat yang Jelas dan perancangan yang teliti yang mengambil kira akan persekitaran itu adalah penting.

Alamak tak best laa pakai laptop member aku nih, nak tekan huruf T pun susah. Alah nanti laaa aku post , salam.

Tuesday, October 6, 2009

2 weeks for exam O&G

Salam, hmmm lagi 2minggu lagi aku nak exam nih, study pun tak berapa nak bersungguh nih, asal baca jer. Pastu memang laa rajin pergi ward malam tapi untuk cari case jer, case write up pun tak siap lagi. Wahhh. Mudahan Allah bagi aku jalan untuk settlekan masalah nih.
Tapi aku faham bukan aku ajer yang menanggung beban macam nih. Ada ramaaaai lagi. Ada yang tak hiraukan kawan laa, yang sedih laa, stress laa, cakap sorang2 pun ader. Haiiii, ni adala symptoms exam dah nak dekat nih.
Kalau cakap pasal stress memang laa stress, tapi kan kita ni sebagai manusia seeloknya jangan cepat ambil keputusan. Kena fikir dulu dalam-dalam. Heh tadi kawan aku tengah cerita pasal dia ada nampak satu poster tentang SI. Terus kawan yang sorang nih cakap oooo. Aku tak tahu, apa SI tu? lalu aku pun terus tanya kawan yang cerita ni tadi. Dia pun cakap SI tu sexual intercourse. Kawan yang cakap ooo ni plak bagitahu kat aku , kalau kita dengar sesuatu yang kita tak faham, seeloknya kita fikir dulu, kalau tak nanti nampak laa kebodohan kita sebab tak tahu satu perkara tu. OOooo macam tu. Heh cerita nih macam simple kan ? tapi kita tengok betapa ramai orang yang menyesal bila buat sesuatu perkara tanpa memikirkan dahulu tentang perkara tersebut.
Jadi kalau laa kita ada perasaan stress ke, sedih ker, memang patut pun kita ada perasaan macam tu, tapi lebih baik kalau kita tahu cara nak selesaikannya.
Ada satu malam iaitu malam tadi ada seorang kawan aku mengambil patient yang ada kat katil yang aku jaga tapi tak bagitahu pun. Marah tu memang laa marah, tapi bila aku ingat balik kata-kata seorang kawan aku nih, yang syaitan tu takder kerja lain melainkan nak menimbulkan permusuhan pada umat manusia. Hmm oleh sebab aku tak nak syaitan menang, jadi aku pun simpan kemarahan aku nih. Wahh moga-moga kalau ada lagi kes macam nih atau yang lagi besar macam nih aku dapat control macho aku, selain control kemarahan. Macho pun kena control beb!
Oklaaa, zohor pun dah nak masuk. Ni memang takder masa ni, try gak cari masa, pasni nak tidur lagi. Opsss. Oklah Salam.

Wednesday, September 30, 2009

Sosialis atau Pendakwah ?

Salam, emm harini aku tak pergi ward . Sebab masa yang tinggal 3 minggu lagi untuk exam lebih baik jikalau aku study yang mana yang tak cover lagi dan banyakkan discussion. Ramadahan yang berlalu biarkan berlalu kerana akan membuang masa kalau kita menjerit memanggilnya untuk datang kembali. Syawal yang kita sambut ini kita sambutlah dengan bijak supaya kemaafan yang kita pohonkan semenjak mulanya Syawal tidak kita khianati. Semoga Ramadhan yang seterusnya dapat kita sambut InsyaAllah.
Kalau kita lihat dalam masyarakat ini, ada satu kuasa yang memonopoli keadaan sosial dan ekonomi serta budaya masyarakat kita. Penguasaan ini terbit dari pelbagai macam cara seperti media, politik, undang-undang, adat dan sebagainya. Wahh aku tulis macam tulis karangan B.M spm la plak nih.
Waktu cuti haritu aku sempat meluangkan masa membaca buku karya Hishamuddin Rais yang merupakan sosialis dan pengkritik yang bagus. Kalau orang politik akan menggelarnya pembangkang tapi orang yang memahami dirinya akan menggelarnya reformis yang menghargai sejarah. Dan kebanyakan pemikirannya aku rasakan betul kerana ada fakta. Tapi tak semuanya wajar kita ikut.
Apa yang dapat kita simpulkan sekarang masyarakat kita hancur kerana pudarnya ketuhanan kita kepada Yang Maha Esa tapi ketuhanan kita terarah kepada kebendaan. Ini bukan sahaja menghancurkan keimanan kita malahan juga menghancurkan sosial , budaya, cara ekonomi kita sekarang. Contoh yang paling mudah kita nampak bagaimana cara budaya kita yang dahulu hidup di kampung dengan keindahan cara bergotong royong untuk membuat sesuatu majlis, bantu-membantu antara satu sama lain tetapi sekarang kita lebih bersifat individualisme, semuanya kini ingin memiliki kenderaan sendiri tanpa memikirkan langsung tentang masalah kesesakan lalu-lintas, masalah pencemaran udara, minyak naik harga dan sebagainya. Masyarakat menjadi bodoh dengan bergantungnya mereka dengan tuhan kebendaan malahan mereka masih memikirkan diri mereka hebat kerana mampu memiliki sesuatu yang pada diri mereka orang lain tidak mampu memiliki.
Untuk mengubah corak pemikiran masyarakat itu bukan sesuatu yang mudah. Menjadi sosialis atau pendakwah itu sama tujuannya. Tapi adalah rugi kalau kita hanya sosialis atau pendakwah yang berperang mengunakan lidah tapi tidak menggunakan tangan walaupun tangan tidak kudung dengan periuk api.
Untuk menegakkan bangsa dan agama juga tidak laku dengan hanya mengkritik, malahan lebih banyak kerja untuk dilakukan dari hanya mengkritik. Terlibat dalam poiltik juga bukan hanya itu cara untuk menyelesaikan semua masalah. Aku percaya suatu hari masyarakat akan berubah. Perubahan sesuatu masyarakat bukan kerana lahirnya seseorang tokoh atau apa sahaja peristiwa. Tetapi perubahan itu datang dari kesan yang dibawa oleh keburukan, kehinaan dan kebodohan sesuatu masyarakat itu sendiri. Ambillah pengajaran dari sejarah bagaimana negeri kita dahulu tertawan kerana pemimpin yang menggilakan kuasa dan rakyat yang terlalu menurut dan tak berilmu. Ini semua terkandung dalam buku teks sejarah tingkatan 2 dan tingkatan 4. Apakah kita sudah lupa ? Ataukah waktu itu kita rasakan grade A SPM itu lebih penting dari nilai sejarah yang banyak pengajaran pada kehidupan kita ?
Wahh apapun kepada yang akan menghadapi PMR dan SPM aku doakan semuanya berjaya. Juga sesiapa yang ada adik, abang, kakak, mak , ayah, datuk , nenek pakcik, makcik, sedara- mara yang ambil PMR dan SPM aku doakan mereka berjaya. Salam aidilfitri. Salam...

Monday, September 28, 2009

Salam aidilfitri

Aduhhh .. emm salam. Lama betul tak update blog nih. Takper, sebenarnya ada banyaaaaak lagi kewajipan yang nak dilaksanakan. Di kesempatan yang ada ini lebih cun kalau aku menulis sedikit mudahan bermanfaat.
Wahh aku baru sahaja balik dari bercuti hari raya semalam. Flight yang tiba pukul 8.30 malam mendarat dengan selamat. Terima kasih kepada Tony Fernandez dan Air Asia. Tapi minta maaf sebab aku tak beli air dan makanan korang sebab mahal dan tak berapa sedap. Aku nak jer sedekahkan rendang ayam yang mak aku buat kat pilot dan cabin crew malam tadi supaya nanti boleh diorang amik mak aku sebagai kontrak catering diorang. Hahaha.
Tak tahu macamana nak start, tapi this year punya raya is very enjoy, memorable and meaningful to me. Dari start aku mendarat ke Kl sampailah aku balik balik ke sarawak. Tiap saat memang saat bermakna kecuali waktu aku tidur jer.
Takpelah nanti aku cerita lagi. Hidup ni memang singkatlaaa. Kalau yang lupa nak bertaubat cepat2 laa bertaubat.

Sunday, September 6, 2009

Takder apa nak di post lahhh.

Salam, emm maluuu. Malam ni takde apa yang aku nak cakap yang kalau aku cakap mungkin tak berfaedah kot. Tapi sebab malam ni jugak tak dapat tidur aku pun berhajat untuk tunggu subuh dan tidur kejap lepas subuh sebelum gerak pergi hospital. Tapi malam ni macam special, (mungkin malam Lailatul Qadar mungkin ). Aku baru ingat waktu tahun sebelum ni aku ada buat blog kat multiply astu lama aku tinggalkan. Aku baca balik Subhanallah , jauh lebih baik dari blog aku sekarang ni. Emm mungkin sebab..... Iman kot. Haii susahlah nak terangkan. Tapi ada satu post dalam blog aku tu yang aku baca buat aku nak menangis pulak. Isk isk sedih nih. ( duhh aku terbuat kelakar plak ) so, aku pun copy paste ajer, kalau nak baca lagi blog tuh boleh pergi ke link yang aku buat nih ok... Salam http://pemujirabbi.multiply.com/

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengatahui segala isi hati. Rabb aku ini bingung. sering sahaja aku diuji, memang kalau aku tidak tertahan dengan ujian dariMu maka jelaslah menunjukkan betapa aku ini ikhlaskah atau pura-pura dalam mencintaiMu. Kau juga mengetahui Ya Rabb. Kalau aku suatu hari itu terlihat seorang gadis yang cantik. Yang selama ini aku tahu kecantikannya, namun pada hari itu aku mengekori pandangan buat kali yang kesekian. Tidak seperti hari yang lain. Padahal hari sebelumnya aku dapat mengawal, dan pada hari ini jelas aku seolah orang yang paling rendah jihadnya terhadap nafsu. Ahhh, aku mengeluh. Aku mengetahui yang hal ini hanyalah ujian. seperti yang sebelumnya. Jadi aku cuba dengan sedaya yang mampu untuk melawan dan berjuang. Semakin aku cuba dekatkan diri dengan Kamu ya Allah. Namun, sangkaan aku silap. Aku sangkakan gangguan yang sekecil itu aku boleh hadapi. Namun, dengan kekuasaanMu, Kau mampu membuat sesuatu yang kecil menjadi besar kesannya pada aku.Aku rasakan seperti dihantui dengan ujian ini. Allah, betapa lama lagi aku harus bersabar. Dan sekiranya ujian ini baik pada diriku, maka kau kekalkanlah. Mudah-mudahan dapat aku merasakan nikmatnya kurniaan sabar yang kau berikan. Ya Allah, sekiranya ujian ini membuatkan diri aku jadi hina.. Maka aku memohon Ya Allah agar kau hilangkanlah ujian ini.
Yang Maha Pengampun, ampuni segala dosa-dosaku yang lalu. ampuni jikalau segala perbuatan yang telah aku lakukan menimbulkan kemurkaanMu. Ampunilah Ya Allah jikalau aku ini lalai dari mengingatiMu. Rabb, aku tidak mahu gagal dalam kehidupan di dunia ini. Yang ingin lekas pulang kembali disisiMu. Aku ingin berjumpa dengan Rasul-Mu yang ku rindui. Janganlah Ya Allah..kau biarkan dunia ini menjadikan diriku seorang yang hina. Amin Ya Rabbal Alamin."

Wednesday, September 2, 2009

Not so serious ... kot?

Salam, emmm ok. Nak dengar cerita? Ok. Adalah suatu hari waktu aku dah tak tahu nak buat apa, aku un berbual laa dengan pak guard yang duduk jaga kami kat bawah hostel nih, dia pun tanya : "Hanis, macamana kalau kita nih berniaga jual arak, menghidang minuman arak, ataupun duduk dengan orang yang minum arak, tu semua haram kan? ", aku pun mengganggukkan kepala. Pastu dia tana lagi " Macamana kalau kita nih terima duit kerajaan, padahal kita tahu duit tu pun hasil kutipan dari cukai yang termasuk bussiness arak ngan judi, haram ke tak?". Dengar je soalan ni aku pun terkejut. Blur. Tak tahu nak jawab apa. Pastu aku pun menjawab, "errr tak tahu."
Bagi seorang pemuda yang perasan heroo macam aku ni, aku pun lepas tu jadi banyak berfikir pasal nih. Rua-rupanya kita ni memang tak lepas dari benda yang haram nih. Bukan aku cakap pasal nih ajer beb, cuba kita bukak tv, kalau bukak TV1 tu confirm laa banyak siaran yang memboringkan, alih-alih pasal 1 malaysia jugak. Opss, sebenarnya bukan aku nak menentang kerajaan ker aper ker, apa yang kerajaan buat tu sure untuk kebaikan jugak tapi frankly speaking memang tak berapa nak seronok laa, ehem tu sebab ramai sekarang n melanggan ASTRO. Ada macam-macam channel dalam tu, tapi macam biasa banyak jugak benda yang haram kita tengok dalam tu. Aku tak maksudkan laa tengok babi dalam animal planet tu haram, aku tak jumpa pun fatwa cakap tengok 'benda' tu haram yang aku tahu pegang tak boleh sebab najis.
Jadi berbalik pasal isu nih, aku memang terfikir satu hadis yang mana Rasulullah S.A.W cakap semua benda dalam dunia ni dah memang semunya clean and clear ( ini bukan exactly macam Rasulullah cakap ye, harap maklum!). Yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal. Adapun yang diantaranya adalah syubhat dan Rasulullah S.A.W nasihatkan supaya kita kalau boleh mengelakkan perkara syubhat nih. (Minta tolong perbetulkan kalau ada kesilapan pasal nih)
Itulah disebabkan apa yang Rasulullah katakan nih, aku jadi banyak berfikir terutamanya tentang hasil pendapatan aku yang mana aku jadikan untuk membeli barang keperluan aku dan seterusnya jadi darah daging. Apakah semuanya HALAL?.
Aku memohon pada Allah mudah-mudahan setiap rezeki yang Dia beri itu dilimpahkan keberkatan dan menjadi pendorong untuk aku kuat beribadah. Aku juga berazam yang satu hari nanti aku lebih berminat untuk berkerja secara independent dan bekerjasama dengan orang-orang yang soleh dan jujur. Itulah sebab aku tengok ramai kawan-kawan aku yang ikut usrah/halaqah bila lepas grad mereka lebih prefer untuk buka tadika sendiri daripada jadi cikgu di sekolah mainstream. Ada ijazah jadi cikgu tadika jer? ramai orang akan pelik melihat apa yang dia orang lakukan tapi aku pasti mereka faham apa yang mereka yakini.
Macamana pulak bagi orang-orang yang memang tak dapat lari dari makan gaji. Aku menasihati diri aku dan diri orang lain supaya beringatlah. Kalau kita memang betul-betul pasti yang rezeki kita itu halal maka teruskanlah bekerja dengan ikhlas, kalau anda rasa was-was aku tak galakkan supaya kita ni terus berhenti bekerja sebaliknya niatkanlah bekerja bukan untuk menjadi orang yang hidup sebagai makan gaji, tetapi hanya sekadar untuk menimba pengalaman atau menyelesaikan hutang. Kurangilah berhutang kerana hutang itu boleh jadi dicampuri riba. Berzakatlah dan jangan lupa untuk solat dhuha supaya Allah melapangkan, memberkati, memurahkan rezeki yang kita dapat. Kalaulah ada diantara kawan kita yang berpeluang jadi kaya , janganlah kita dengki sebab mana tahu bila dia dah jadi kaya gila kita dah tak perlu pinjam kat bank yang banyak faedah, pinjam kat kawan, senang dapat dan takder faedah (carilaa kawan yang boleh percaya sikit!) . Tapi kalau Allah bagi peluang untuk kita jadi kaya, janganlah pulak kita nih jadi kedekut nak mampus, mana taknyer orang dengki kat kita, banyak harta kita kena curi kena rompak. Sedekahlah, bayar zakat, kalau ada orang nak pinjam bagi jer. Mana tahu Allah bagilagi rezeki kat kita.
Sebenarnya untuk merealisasikan apa yang aku cakap ini hampir-hampir mustahil. Sebab kita dari kecil kurang terdidik untuk memikirkan pasal ini, emm begitu juga ibu-bapa kita yang kebanyakannya lebih suka anak-anaknya makan gaji. Apa yang Allah ajarkan dan Rasulullah tunjukkan jauuuuh lebih baik sebenarnya tapi yelah kita nih ramai yang perasan busy sampai lupa plak nak memahami dan memikirkan tentangnya.
Aku sekali lagi cakap aku bukan anti kerajaan atau anti apaa-pun. Anak buah aku pun tak panggil aku anti, diorang panggil aku uncle atau paksu. Kalau aku jadi penguasa pun aku pasti lemah untuk mengatur semuanya jadi perfect tapi yang terbaik itu bukan keputusan tapi yang terbaik itu adalah dari usaha yang kita lakukan. Harap-harap korang faham. oklaaa Salam.