Monday, February 1, 2010

Rindu



"Kata orang rindu itu indah, namun bagiku ini menyiksa" (melly goeslaw, bimbang)

Assallamualaikum. Baru tadi aku belek2 facebook aku balik. Hmm banyak gambar dulu yang kawan aku tag waktu zaman dulu2. Terus lama-lama aku jadi rindu. Aku tak rindu pada sesiapa. Aku rindu pada diriku sendiri. Aku rindu pada diri aku yang dulu. Terus aku istighfar. Kalau-kalau rindu ini aku teruskan jugak dengan mengambil niat berubah jadi aku yang dulu. Tapi bila fikir2 balik semua tu alaaa, biasa2 ajer. Rasa memang macam seronok tapi seronoknya tak lama. Aku terus jadi malu dengan aku yang dulu. Aku rasakan seolah2 dunia senyum dan mentertawakan aku. Huh, sekarang aku rasa baru. Kerana dulu aku tidak mengenali siapa itu dunia. Yang selalu sahaja memandang manusia dengan hina. Sekarang setelah mengenalinya, aku senyum dan tertawa melihat dunia pada tempatku sendiri. Dunia yang buat aku kabur dalam celik, tuli dalam jelas.





Lalu aku jadi kasihan pada manusia yang lain. Yang masih ditertawakan dunia. Yang terus-terusan dengan dunia mereka. Dan mereka turut sama ketawa dengan dunia. Dunia mentertawakan mereka, dan mereka juga mentertawakan diri sendiri.

Malam ni aku teruskan baca buku yang baru aku beli. "Saksikan bahawa aku seorang muslim'. Buku ini juga bercakap pasal perpisahan. Apa-apa jua perpisahan selalunya menyedihkan. Jarang kita tengok perpisahan itu suatu kegembiraan. Tapi, dibalik perpisahan selalunya kegembiraan yang akan datang. Itupun kalau perpisahan tu atas nama kebaikan, atas niat yang baik.

Seperti seorang mujahid, yang berpisah dari dunia, keluarga dan orang yang dicintai, layaknya nanti akan bertemu syurga. Seperti seorang pelaku maksiat yang berpisah dari maksiat yang lazim pada dirinya, pasti nanti akan ketemu dengan manisnya taubat. Seperti seorang rakan yang berpisah dan menjauh kerana kejelekan rakannya, pasti akan ketemu dengan rakan yang lebih baik. Perpisahan memang mendukacitakan walau apapun sebabnya. Tapi setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Eh,eh aku cakap ni berdasarkan pemahaman dalam buku yang baru baca tadi, bukan nak berpisah ngan sesapa plak. Jangan sedih beb. Haha. Tapi satu masa nanti aku juga harus tinggalkan Betlehem ini, tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Sama ada Betlehem masih dibelenggu atau sudah bebas. Kerana aku adalah pejuang, bukannya pengutip hasil.

Friday, January 22, 2010

Batuk batuk....

Salam, lama dah tak post. sekarang tengah batuk batuk. Tak larat dah laaa. Malam tak dapat tidur. Pergi kelas pun batuk jugak. Kesian dekat kawan-kawan lain sebab menganggu. Macam-macam dah ubat telan sebenarnya. Ada sekali tu telan breacol, tak sedar 2 hari jer dah habis. Dah laa minggu ni macam takde mood je. Takpe, hidup mesti terus. Banyaaak lagi benda yang tak settle. Banyaak. mungkin kerja terganggu sikit. Ya Allah, tolong lah hambaMu ini menyettlekan segala masalah. Disamping memaniskan lagi perjuangan ini agar lebih dekat pada Mu. Tolonglah settlekan masalah batuk ni. Betul2 tak larat... :(

Dalam waktu macam ni, nak baca Quran pun susah. Ni kan nak study. Tu laaa. Dulu waktu sihat, heboh cakap takde mood laa, malas laa. Time sakit macam ni baru rasa nikmat Allah yang selalunya kita nikmati secara tak sedar tulah kita akan rasa ianya sangat bernilai bila ianya hilang.

Sama-sama kot kita bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang. Dengan tambahnya ibadah kita, tambahnya kedekatan kita pada Allah. Tambahnya kerisauan kita pada hilangnya kecintaan Allah pada kita lebih dari kita merisaukan benda-benda yang lain.

Hari itu aku mungkin sesat, dan aku tak menjumpai jalan pulang. Tapi Allah sentiasa ada. Menunjukkan aku jalan baru. Padahal tujuannya tetap sama. Jalan mencari keredhaanNya.

Syurga tu kan banyak pintunya. Padahal nikmat syurga itu sama. Tetap nikmat yang paling besar itu dapat melihat Allah. Yang selama ini kita hanya mampu melihat kebesaranNya.

Mudah-mudahan setiap batuk yang aku lepas menghapus sebanyak-banyaknya dosaku, dosa mak abah, cikgu-cikgu, kawan-kawan dan dosa umat Islam lain. Aminn.

Saturday, January 2, 2010

Warna-warni

[8.62] Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min,

[8.63] dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t kerana memasukkan hidayah keatas umat manusia, lalu menyayangi mereka dengan sepenuh kasih sayang lalu memberikan amanah sesuai dengan keupayaan mereka. Maha Suci Allah yang memperkuatkan umatnya yang lemah dengan memberi pertolongan disebalik ujian yang diberikan. Ana begitu terkesan dengan ayat yang telah diterangkan oleh seorang ikhwah ini. Mungkin ramai diantara manusia yang lupa bahawa kekuatan dan kekuasaan itu sebenarnya milik Allah dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tetapi, apabila manusia memiliki kekuasaan dan kekuatan ramai yang mendakwa bahawa itu semua adalah hasil dari usaha mereka sendiri padahal orang yang semakin kuat adalah kerana banyaknya kekuatan yang Allah berikan kepadanya. Justeru manusia tidak harus sombong dan bongkak atas apa yang dimilikinya. Allah s.w.t juga memberikan satu sifat yang pada hati orang yang beriman iaitu kasih sayang di antara saudaranya. Orang beriman ternyata memiliki sifat kasih sayang sesama saudaranya. Allah s.w.t mengikat hati orang yang beriman dan mempersatukan hati mereka dengan kalimah Lailahaillallah lalu terjalinlah ukhuwah yang kukuh. Justeru, ukhuwah itu bukan sahaja atas dasar jemaah, atau mazhab atau apapun persatuan dan parti namun atas dasar keimanan. Orang-orang yang menjalinkan ukhuwah bukan atas dasar keimanan selalunya ukhuwah yang dijalinkan cepat goyah dan benci-membenci dan persengketaan sering sahaja berlaku. Perlu untuk kita sebagai seorang yang memiliki iman untuk menjalinkan ukhuwah dengan penuh rasa kasih-sayang tanpa mengira soal keuntungan. Kita berukhuwah bukan kerana populariti, atau siapa yang lebih kuat dan sebagainya. Oleh itu, untuk kita menjalinkan dan menjaga ukhuwah harus kita lihat sejauh mana keimanan kita dan keikhlasan niat kita dalam melakukan sesuatu.

[59.18] Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Allah s.w.t menyuruh umatnya untuk mempertahankan ketaqwaan dan sentiasa memperhatikan setiap amalan yang telah dilakukan. Ini kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang dikerjakan oleh makhlukNya. Memerhatikan segala amalan yang kita lakukan termasuklah amalan buruk yang telah kita lakukan. Amalan yang baik yang belum kita perbuat juga perlu kita perhatikan dan bertekad untuk melakukannya suatu hari nanti tanpa menangguh-nangguhkan waktu. Betapa beruntungnya seseorang apabila dia mampu melihat kesalahan dirinya sendiri tanpa dipandang keburukannya oleh orang lain. Dan betapa beruntungnya seseorang itu sekiranya dia sempat bertaubat dan memohon ampun kepada Allah sebelum dirinya diberi balasan, ditimpa azab atau dimurkai Allah atas kesalahan yang lalai diperhatikan olehnya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dengan ayat Al-Quran ini. Al-Quran itu tidak lain terkandung pelbagai pengajaran kepada seluruh umat manusia tidak kira sama ada yang hidup di Malaysia ataupun di Betlehem. Ana yang berada di Betlehem sentiasa mendoakan keberadaan antum dan semoga kita semua baik-baik saja. Perhatikanlah ! Allah telah mengurniakan kita dengan sepasang mata. Dengan sepasang mata itu kita dapat melihat beribu-ribu macam warna. Namun, mengapa manusia ini hanya gemar melihat warna-warna tertentu sahaja? Warana-warna kalau dicampur dapat berubah menjadi satu warna yang baru, satu warna yang lebih cantik. Namun, mengapa manusia cenderung untuk meminati satu warna sahaja. Dan jikalau parlimen Betlehem nanti ingin bersidang untuk mereka cipta satu bendera baru, nescaya kami sepakat untuk mewarnakannya dengan warna-warni yang pelbagai. Mudah juga untuk anak-anak sekolah kami menegnal warna sejak dari awal kerana dengan hanya mengajar mereka melukis bendera Betlehem mereka juga akan dapat belajar mengenal warna.

(Post ni gua tulis dah lama, ntah bila ntah gua pun tak ingat. Tapi sebab skang takde idea, so gua post je laa kot.)

Sunday, December 20, 2009

Selamat hari jadi

Bismillahiraahmanirahim

Selamat hari jadi. Aku mengucapkan hari jadi pada diri aku sendiri. 23 tahun aku hidup. Apakah perubahan yang telah aku lakukan pada diri aku dan orang lain? Apakah perubahan itu bermanfaat atau membawa keburukan. Semoga Allah membalas dengan kebaikan. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya.

Dalam waktu hari jadi ni, hanya 3 orang yang mengucapkan selamat pada aku. 2 orang dari kawan, seorang dari mak. Semalam aku call mak, bagitahu pasal hari jadi aku. Aku cuma nak bagitahu mak. Emm bukan bagitahu cuma nak menyampaikan ucapan. Aku cakap, “Mak, terima kasihlah sebab membela adik selama 23 tahun ni.”

Memang sepatutnya kita raikan hari jadi dengan kesedihan, mengenangkan betapa kita hidup di dunia ni apakah manfaat yang telah kita lakukan pada diri dan orang lain? Apakah benar Allah telah memilih janin yang layak dan terbaik dari abah dan mak kita untuk kita hidup di dunia ini. Atau kita sekadar menjadi perkara sia-sia atau sekadar pelakon tambahan hanya untuk memenuhi ruang di pentas dunia ini. Aku pun jarang ucapkan hari jadi pada kawan dan keluarga aku, juga jarang untuk aku bagitahu tentang hari jadi aku pada kawan yang lain, minta maaf.

Semoga aku lebih serius untuk menghadapi hidup dan menganggap segalanya sebagai ladang amal untuk dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti. Semakin kita mensia-siakan hidup, mungkin semakin kita menyesal di akhirat nanti kot.

Aku sedar aku masih lagi tersesat di Betlehem ini, begitu banyak untuk aku belajar dan aku belum lagi terfikir untuk keluar dengan keadaan aku sekarang ini. JIkalau aku mati, aku harap ada orang yang membawa aku keluar dari sini ke tempat yang lebih elok. Iaitu syurga.

Betlehem adalah tempat yang harmoni, seluruh manusianya mempunyai hati yang baik. Namun, ada yang sakit, ada yang sihat tetapi membawa penyakit. Disetiap penyakit yang mereka bawa, ada sesuatu faktor yang boleh menukarkan jisim berpenyakit itu sebagai ubat bagi orang yang sesat seperti aku.

Rindunya untuk aku keluar dari Betlehem, tapi apakah aku harus keluar seorang atau membawa seseorang untuk keluar dari sini.

Selamat hari jadi untuk aku. :)

20 December 09 5.41 p.m

Saturday, December 19, 2009

Salam Maal Hijrah

Salam... Maal Hijrah. Saya tak tahu nak tulis apa. Harap sekalian dapat doakan exam saya dan kawan-kawan saya yang lain. Supaya lepas ni saya dapat tulis blog lagi. Salam.

Tuesday, December 8, 2009

Rumah tangga

460 pasangan muda bercerai di Perlis

Dis 8, 09 7:06pm

Pasangan suami isteri yang berusia bawah 35 tahun banyak terbabit dalam kes perceraian di Perlis dan antara puncanya ialah mereka lebih mengutamakan nafsu dari ikatan perkahwinan kata Pengarah Pembangunan Wanita Perlis, Affendi Rajini Khan hari ini.

Menurutnya 460 kes perceraian didaftarkan di Perlis sepanjang tahun ini berbanding lebih 1,400 kes pernikahan bagi tempoh yang sama yang mana kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan bawah 35 tahun.

"Kebanyakan yang memohon cerai telah berkahwin antara lima dan 10 tahun dan kes itu telah menimbulkan masalah kepada masa depan anak-anak mereka," katanya selepas majlis pelancaran program Nur Bestari peringkat Parlimen Kangar yang dirasmikan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, 68 pasangan telah rujuk semula setelah menyedari masa depan anak-anak mereka tidak menentu akibat perceraian itu.

Sementara itu, Md Isa ketika melancarkan program tersebut mengingatkan pasangan suami isteri sentiasa memikirkan kebahagiaan dan masa depan keluarga terutamanya anak-anak.

Katanya, perceraian akan membawa kemusnahan kepada institusi keluarga yang telah mereka bina. BERNAMA

Kawan gua cakap, nak mulakan pelayaran memang seronok, sebab excited laa, ada kapal layar, nak turun laut, tengok pemandangan. Tapi bila dah start belayar kat laut bila angin takde, mula mabuk laut, bekalan makanan nak habis, mula rasa tak best. Sama-sama laa kita pandai jaga diri. Aminnn.

Ketika Cinta

Lagu ketika cinta opick ni memang sedap. Lagu ni siti nurhaliza pun ada juga nyanyi lagu ni. Sedap. Dia bagitahu macamana rasanya bila bercinta. Tapi lagu ni cakap dalam konteks bercinta pada Allah. Sapa nak dengar download laa dalam 4shared.com .
Ni haa lirik lagu dia. Lagu ni banyak kali gua ulang waktu study. Memang best kan rasa bila dilamun cinta? Ntah. Kadang-kadang tak rasa apa-apa kot? Lantaklaa, semoga dapat rasa macamana gua rasa sekarang.

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu...rindu...rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil