Sunday, July 18, 2010

Hari Ahad yang free

Assallamualaikum

Alhamdulillah, dan selawat pada Rasulullah S.A.W.

Innalillahiwainnailaihirajiun, baru tadi aku mendapat berita ikhwahku NurAizam kecelakaan jalan raya. Tulang femurnya patah untuk kali kedua di tempat yang sama. Aku sedar dari tidur dengan SMS yang diberikan tadi terus ke hospital tanpa sempat mandi. Mudah-mudahan Aizam selamat. Mudah-mudahan kesusahan dan ujian yang dialami beliau juga aku rasai dalam aku nak dekatkan diri pada Allah jugak nih. Ketika waktu iman tengah down down down down down ni. :’(

Kadang aku cemburu juga. Ujian yang berat itu datang pada orang yang beban yang begitu berat. Ketika sahabatku ini masih ada seorang isteri yang belum tamat kuliah dan 2 orang anak, ketika masih ada bebanan halaqah dan usrah yang samar-samar dan perlukan komitmen yang tinggi. Berbeza dengan aku ini, masih bujang, tak punya masalah dengan wang, bebanan kerja yang tak hebat mana pun. Tidak layakkah aku untuk menghadapi ujian seberat itu? Ohh mungkin aku tidak layak. Allah Maha Mengetahui kot. Bukan aku mengharapkan kecelakaan menimpa diri aku. Tapi ada rasa cemburu di situ. Seolah pandangan Allah tidak berapa istimewa untuk aku. Haih, susah nak explain. Sesuai laa kot dengan tahap imanku yang tak sehebat mana.

Tapi aku yakin yang aku juga tak terlepas dengan ujian-ujian yang berat.(Aku harap) Jangan sampai ujian yang berat buat aku condong melupai Allah, lalu Allah meng “ignore” kan aku. Owhhh.

Awak, kalaulah ujian itu buat awak rasa lebih dekat pada Allah, patut kena bersyukur wak. Allah menyayangi hambaNya kan wak. Itukan lebih baik dari kita beribadah hanya untuk mengharapkan pahala dan syurgaNya. Padahal kita ini bukan hamba pahala dan syurga. Kita ini kan hamba Allah. Justeru harus sangat selalu mohon pada Allah dan dekat padanya.

Ada satu doa yang cantik yang aku dapati dalam buku Al-Hikam:

“”Ya Allah, Engkau adalah Tuhan kami dan kami adalah hambaMu. Kami menyembah-Mu dan mengikuti perintah-Mu sesuai dengan kemampuan yang kami miliki, bukan kerana sesuatu apapun melainkan kami melihat bahawa Engkau Tuhan kami. Kami adalah hambaMu. Dan kami mengetahui kamu berada di jalanMu yang lurus, namun kadangkala kami tergelincir dari jalanMu. Bukan kerana kesombongan kami mengikut perintahMu namun Engkaulah yang membuat kami lemah.

Ya-Rabbi , aku hambaMU, nyawaku berada ditanganMu, seluruh ketetapanMu berjalan secara adil, keputusanMu membuatku meminta kepada Mu akan rahmatMu, jangan Engkau berikan kepadaku kerana aku berhak menerimanya tetapi Engkau berikanlah padaku kerana memang Engkaulah yang berhak memberi.

Dan semoga kami dapat kembali kepadaMu dari dunia kami ini iaitu dunia yang penuh dengan kesalahn dan kemaksiatan. Kami mengharap taufikMu agar dapat bertaubat secara benar. Kami akan kembali kepadaMu dari ketergelinciran ibadah kami dan harapan kami hanyalah kepadaMu.

Tolong doakan sahabat saya, Salam.

Tuesday, July 13, 2010

Syarah Al-Hikam

Assallamualaikum

"Sesungguhnya orang-orang Muslim saat ini sangat haus sekali dengan nilai-nilai agama kerana mereka selama ini diancam oleh masalah-masalah duniawi dan pelbagai jenis perbuatan fitnah yang merosak"

Hikmah 1 : Diantara Tanda-tanda berpegang pada amal iaitu berkurangnya harapan ketika terjadi kesalahan

Alhamdulillah, JPA scholarship dah masuk. Pelaburan yang pertama yang aku beli mudah-mudahan bermanfaat aku hadiahkan untuk diriku 2 buah buku. Satunya adalah syarah Al-Hikam ni. Terkesan waktu disyarahkan oleh Aa Gym , ulama pengasas Daarut Tauhid Bandung yang pernah masuk majalah TIMES sebagai 100 orang paling berpengaruh di dunia, dan juga syarah ini pernah ada dalam babak kisah Ketika Cinta Bertasbih. Jadi umumnya, buku ini sesuai kot untuk dibaca untuk golongan umum yang macam aku ini.

Mula-mula kalau baca ayat Ibn Ataillah (penulis kitab Al-Hikam) ni mati-mati tak faham. Isi ayat yang simple ini sangat mendalam. Lepas baca jer satu topik baru laaa kita akan faham.....

Bahawa sesuatu amalan tu belum tentu akan membawa kita masuk syurga. Ya betul. Lalu apa yang akan bawa kita ke syurga. Rahmat Allah, seiring dengan segala amalan kita yang diredhaiNya.

Lalu kalau sudah beramal itu mudah. Orang berda'wah , melakukan ibadah, rasa memang payah. Tapi yang paling payah adalah menjaga amalan itu. Dari dikotori dengan niat yang tak elok, rasa riak, ta'jub dan pelbagai penyakit yang lain.

Antara tanda orang yang dah rasa selesa dengan segala amalan dia, dia dah rasa syok sendiri. Maksudnya dia dah rasa dirinya dah tak perlukan taubat atau pengampunan Allah. Namun hakikatnya kesalahan tetap kesalahan.

Tu laaa kot, kita tengok orang Islam sekarang. Kok Soleh hanya di tudung, atau soleh hanya di kopiah dan jubah. Betapa rendahnya tahap keindahan pada diri mereka. Bila dah rasa dapat title Islam, dah rasa macam confirm diri masuk syurga Allah dengan free. Justeru semakin soleh seseorang itu, sebenarnya semakin telitilah mereka memerhatikan kesalahan dirinya.

Hidup its not depend on amal. So, semoga kita nanti bila ditanya oleh Allah s.w.t " Dengan apa engkau menghadap kepadaKu dari dunia kamu yang kamu hidup dalamnya?" kita akan dapat menjawab kerana rahmat Allah, bukan kerana amal-amalan kita yang beratus-ratus tahun kononnya.

Nah , tapi jangan salah faham plak! Bukan maksudnya kita tak perlu beramal. Nak tunggu jer rahmat Allah datang melantun-lantun depan kita tak bley laa bro. Tapi kita kena faham yang setiap amalan yang kita buat itu bukan dari kita juga. Tapi datang dari Allah. Kalaulah Allah tak kurniakan harta untuk kita untuk kita bersedekah. Kan tak dapat kita nak beramal untuk Allah balik.

Kadang-kadang benda yang simple ni pun susah kita nak jaga. Umpama kalau kita dapat tolong orang ( bagi hadiah, bagi nasihat dan lain-lain). Kita kan senang mengungkit. Hmmm, patut kita fikir balik. Kalaulah Allah tak bagi kelebihan pada kita untuk menutupi kekurangan orang itu, mustahil kita akan dapat bantu orang tu kan Dato? Datin.

Jadi hakikatnya semuaaaa benda yang kita ada ni takde satu pun milik kita.

Apa jadi eh, kalau kita ni terlalu berpegang pada amal? Emm maksudnya kalau kita rasa amal itu datang dari tangan kita sendiri bukan dari rahmat yang Allah kurniakan. Maka terjadilah macam ayat Al-Hikam nih. Penyakit "berkurangnya harapan ketika terjadi kesalahan". Kita termasuklah orang yang sombong, bebal, tak sedar dek untung. Bila kita rasa amal kita lebih dari orang lain, apabila kita melakukan kesalahan, kurangnya pengharapan kita untuk semoga Allah mengampuni kesalahan kita. Sebab kita rasa amal kita dah boleh back-up kita waktu kat akhirat nanti. Heh, manusia manusia.

Jadi kedua-duanya penting. Disamping kita memerhatikan amal, janganlah sampai kita lupa untuk memohon agar segala kesalahan kita diampuni Allah s.w.t.

Awak, beramal tu penting. Tapi mengharapkan agar dosa kita terampun pun penting jugak wak.Patut kita harus takut kalau-kalau amal-amal kita hanyalah amal yang superficial yang menenggelamkan hanyut dengan keasyikan beramal hingga kita lalai untuk mengharapkan pengampunan Allah apabila kita melakukan kesalahan yang lain. Hingga kita rasa amal kita sudah cukup sampai tak peduli untuk memerhatikan kesalahan kita yang lain.

Antara sebaik-baik amal itu, adalah menenggelamkan diri dalam keMaha Agungan Allah Yang Maha Esa.

Salam.

Saturday, July 10, 2010

FINISH!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Akhirnya berjaya juga aku habiskan cersapen ni. Sapa yang teringin nak baca boleh baca kat SINI.

Aku bersyukur Allah beri aku masa yang cukup untuk tulis novel pendek yang ntah aper-aper ni. Kalau rasa ringan nak mengomen boleh laa bagi komen.Ke kalau tak paham ker, boleh jer tanya. Ok. Salam

Friday, July 9, 2010

Award from Kak Mel

Err gambar lain takleh ker? Nampak sangat Gurly laaa. Anyway, I would like to thanks Kak Mel for giving this award to me.
1. Anda mesti memberi pujian kepada pemberi 'award' ini
Jujurnya saya tak mengenali sangat Kak Mel. She is my buddy waktu dia kat UNIMAS dulu. Err 'dulu' sangat ke? Baru berapa bulan keluar. Waktu tengah blur2 waktu 1st year dulu cik ni laa yang banyak bagi pinjam buku.Banyak kasi tolong sama saya woo. Bagi lecture note. Banyaakkk sangat. Sampai tak termampu nak baca. :). Saya ingat waktu pergi rumah Kak Mel waktu 1 st year dulu. Her family is nice. Suka kucing. Satu family tu suka. Err sbnarnye dah lupa jugak. Paling saya ingat, waktu saya tanya soalan apa ntah, pastu Kak Mel cakap "bosan giler soalan!" haha. Aik, ni bukan pujian nih, ni cerita. Sincerely, she is outstanding, happy go lucky, confident, charismatic, humble, active and strong. Saya doakan dia dapat yang terbaik untuk hidupnya. :)


2. Sila beri 'award' kepada 10 bloggers yang lain.

Abang Juan - My brother
Akh Hafiz
Akh Hisyam
Akh Munaim
Akh Danial, naqib, rasheedan
Akh Kimi
Kak Mel
Sarah Mohd Salleh Sahimi
Err tak cukup :(

3. Anda mesti beritahu kepada 10 blogger ni
SAYA MALU NAK BAGITAHU DIORANG

4. Bagaimana anda boleh di gelar 'blog' yang 'Best and Great'?
Sebab saya suka baca blog diorang nih. Everyone have great and inspiring moment that they want to share. Got their own emotion to express. They have knowledge to teach others. They are great. Because they give chance for themselves to do that. All of them are bloggers. Then all of them make me to be 'best and great'.

Saturday, July 3, 2010

Musuh

Pagi ini aku bangun pagi lambat. Pukul 5.30 pagi. "Tak sempat tak sempat", bisikku dalam hati . Kejut semua budak semua susah nak bangun. Penangan bola 2 pagi memberatkan mata masing-masing. Tapi ada juga yang tak tidur terus lepas tengok bola dan terus Subuh lalu tidur.

Aku punyai ramaaaai kawan yang punyai latarbelakang yang berbeza. Tak salah aku menerima semua itu. Aku tak memilih, sebab belum tentu juga aku yang terpilih untuk tidak lepas dari pandangan Allah. Allah memandangku seperti apa ya? hmmmmm...

Dan pukul 8.30 baru aku mandi pagi. Dingin air buat badan aku jadi segar. Alang-alang mandi aku bawa pencukur untuk mencukur misai dan mentrim janggut. Haih, tersalah trim janggut lagi. Terpaksa aku cukur semuanya. Lalu aku bilas dengan air, seperti iklan pencuci muka di dalam televisyen. Muka bersih. Tanpa bulu. Sekejap aku terfikir. Muka ini, apakah muka yang menghiasi taman-taman syurga nanti? hmmmm....

Aku tak mahu bermusuh dengan sapa-sapa Din. Kalau ada orang yang cuba menanam kebencian di hati ku aku cuba fikirkannya dalam-dalam, dan buangkannya di kala aku bersedia. Kalau boleh dengan Yahudi dan Zionis pun aku tak nak bermusuh. Tapi slack ahh diorang punya perangai ntah apa-apa ann. Memang taklah (nak baik dengan orang camtu).

Aa gym cakap, musuh itu adalah bonus bagi kita di dunia ini. Tanpa musuh, hidup ini apa artinya. Cuba kalau Mike Tyson nggak ada musuh, pasti jelek mahu menumbuk diri sendiri sahaja.

Dalam Al-Qruan apa yang Allah cakap pasal musuh hmmmm...

2:36. Kemudian syaitan menggelincirkan mereka daripadanya, dan mengeluarkan mereka dari dalam apa yang mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."
(kisah Adam dan isteri)

Mengenang ayat ini, memang sudah tersurat bahwa manusia di Bumi ini nantinya akan bermusuhan. Hmmm....

5:62. Kamu melihat kebanyakan antara mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka memakan yang haram; buruknya apa yang mereka buat!

Permusuhan dan bersegera dalam dosa itu buruk rupanya. Hmmmmm....

5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?

Oooo, camni ker caranya syaitan menyebabkan permusuhan. Patut pun arak dan judi haram. Banyak punca orang bergaduh pun sebab benda ni. Syaitan juga menghalang dari ingat Allah dan solat. Mungkin sebab itu ubat dari kebencian dan permusuhan. Hmmmm...

9:114. Ibrahim tidak meminta ampun untuk bapanya kecuali kerana satu janji yang dia menjanjikannya; dan apabila telah jelas baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim lembut hati, penyantun.

Nabi Ibrahim yang lembut hati dan penyantun pun ada musuh. Musuhnya tu bapa dia sendiri pula tu. Sebab dia musuh Allah maksudnya musuh Nabi Ibrahim jugaklaa. Tapi Nabi Ibrahim berlepas diri daripada bapaknya. Hmmmm...

17:53. Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Allah menyuruh cakap benda yang baik-baik ajer. Sebab syaitan bila kita cakap benda tak baik dia lagi laa nak provoke. Memang syaitan perangai cam syaitan. Alamak, rasanya malam tadi aku ada cakap benda tak baik. Haihhhh.....

43:67. Sahabat-sahabat pada hari itu menjadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa,
(di akhirat)

Pada hari itu (hari akhirat), sahabat pun jadi musuh ? Aduhhh. Wahai sahabatku, jom kita sama-sama bertakwa pada Allah. Taknak laaa nanti kita jadi musuh pulak an.

60:7. Mudah-mudahan Allah membuatkan, antara kamu dan orang-orang antara mereka yang kamu bermusuhan, rasa kasih sayang. Allah berkuasa; Allah Pengampun, Pengasih.

Allah. Kaulah yang Maha Pengampun dan Pengasih. Tanamlah rasa kasih sayang antara kami. Hindarilah rasa permusuhan antara kami. Ampunilah dosa kami. Ameennnn.

64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu memaafkan, dan mengenepikan, dan jika kamu mengampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(isteri dan anak)

Allah suruh kita berhati-hati dengan anak dan isteri. Mungkin mereka ini suatu hari akan jadi musuh juga. Wahh takutnya. Allah kan Maha Pengampun, Maha Pengasih. Malu kalau kita pula yang takde sifat pengasih dan pengampun juga.

Ehem. Majid. aku nih, bukan cerita sebab aku bermusuh dengan sapa-sapa. Tapi sebab aku nak kita sama-sama jaga. Sekeliling kita ramai orang yang berbeza-beza.

Latip. Haritu aku pergi Sibu jumpa abang Man pakguard. Dia cerita, ada orang itu kawan dari kecik, sampai tua rumah sebelah-menyebelah. Tapi sebab sorang sokong DAP sorang sokong BN. Terus jadi musuh. Yang untungnya sapa? Haihhhhh

Mak aku cakap. Kalau nak tanam biji cili, letak 2-3 butir dalam tanah yang sama, tapi yang hidupnya nanti satu pokok sahaja. Siram hari-hari. Kalau hujan takyah siram. Errr cerita ni takde kaitan dengan musuh.

Oklah. Salam.

Tuesday, June 22, 2010

Masyuk telinga kanan, kluar telinga kiri.

Assallamualaikum

Peribahasa Orang lama kita pernah cakap, "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". Hmmm. Ternyata memang orang dahulu kurang faham tentang anatomi telinga.

Err. pertamanya kita bersyukur pada Allah, kerana akal kita digunakan untuk mentafsir dan memahami lalu menjadikan sesuatu ilmu itu sebagai sumber aplikasi, bukan sumber menyombongkan diri.

Sebenarnya macamnilah rupa telinga kita. Kita tengok kat situ ada satu macam gendang telinga yang block yang orang kita panggil gegendang telinga. Lepas tu kalau kita tengok saluran dia yang dipanggil tiub eustachian menyalur ke bawah bersambung dengan hidung. Jadi ternyata susah nak terima peribahasa masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau dah masuk, selalunya tak keluar keluar. Dia masih ada dalam badan cuma, kadang-kadang memori information tu ada cuma dia lost sama ada dalam badan atau otak atau hati. Selalunya information yang di sensekan dari telinga, hati tak terima. Mungkin hati rosak ke, hitam ker. Tapi tak maksud information tu hilang cuma dia lost dalam body. Senang cerita, dia takkan keluar nyerlah ikut telinga kiri.

Tahu tak sebab apa kita cerita pasal telinga ni. Haaa, selain sebab dah masuk posting baru ENT (Otorhinolaryngology), tetapi mudah-mudahan kita ni tak putus asa dalam mentarbiyah orang selain memperbetulkan kesilapan diri sendiri. Katakanlah nasihat yang baik, ucaplah perkataan yang baik, alunkanlah irama lagu dan zikir yang indah, yang baik dan merdu untuk telinga sesiapa pun. Mungkin nanti kita akan lihat sebahagian orang yang menolak, sebahagian yang tak mahu terima nasihat, merespon dengan herdikan, perlian, kutukan dan macam-macam keburukan. Tapi yakinlah nasihat kita tu tak akan hilang keluar ke telinga kiri, cuma tak dapat terkesan melekat ke hatinya. InsyaAllah suatu hari bila hati sudah clear, Eletric dalam otak dah banyak Watt dan Voltannya, akan terkesan juga tubuhnya dengan nasihat itu. Mungkin tidak sekarang, mungkin esok, lusa, tulat, atau bertahun-tahun yang kehadapan. Allah jualah yang menentukannya. Sebab itu kita ni bro, kena jaga hati supaya selalu clean and clear. Juga kena jaga brain. Supaya tak masukkan dengan memori-memori yang tak berfaedah. Jangan asyik fikir nak makan nasi brainyani jer. Perut memang kena isi, otak pun kena isi gak. Hafalan surah, hadis, sirah, fiqh, saqafah lain-lain buatlah dengan istiqamah. Tahu, kita bukan Imam Muda express astro oasis. Tapi, kita jundi Ghuraba, pewaris Ulama.

Dalam Al-Quran Allah tak lepas menfirmankan kata Telinga atau pendengaran. Seperti:

71:7. Dan setiap kali aku menyeru mereka supaya Engkau mengampuni mereka, mereka meletakkan jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan wajah mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombongkan diri, sesombong-sombongnya.

Tengoklah bagaimana umat manusia di zaman nabi Nuh a.s. Meletakkan jari dan menutup wajah dengan baju itu bukanlah satu perbuatan untuk tak dapat mendengar seruan Nabi Nuh a.s, tetapi sengaja dilakukan untuk meyakitkan hati dan menyombongkan diri. Apakah ini terjadi pada kita juga? Jika datang seruan kebaikan pada kita apakah kita sombong, atau membalas dengan menyakitkan hati si penyeru? Mungkin taklah. Kita kan umat yang selalu berlapang dada. Contohnya di Parlimen. Errr maksudnya Parlimen di negara Bhutan bukan di sini, minta maaf.

Huh, semoga dapat belajar banyak pada posting ini. Pada kengkawan yang belajar posting lain, selamat berjaya. Kepada yang nak mulakan kerja selamat berkerjaya. Kepada yang dah lama start kerja, selamat membayar hutang bulanan dengan cermat dan jangan pakai kad kredit. Oklah Salam.

Thursday, June 17, 2010

Exam dah habis, ceritanya yang tak habis-habis

Assallamualaikum. Bismillahirahmanirrahim. Aper cerita bro. Kengkawan. Sedara semuslim dan tak semuslim semua? Rilek. Jangan kecoh pasal bola jer don. Benda lain pun lagi banyak nak kena fikir.Pertamanya ehem. Marilahkita sama-sama bersyukur pada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia Allah lah yang sebenarnya kita dapat hidup sampai berkeadaan seperti sekarang ni. Cuba tengok sekeliling. Ada laptop, buku, air, meja. Semuanya nikmat yang tak terasa tapi akan kit rasa betapa berharganya benda kat sekeliling kita bila benda tu pup! Hilang. Kan? Kan? Alhamdulillah.Alhamdulillah, saya hari ni baru habis exam psychiatric. Melayan pesakit mental dan memikirkan cara perawatannya memang payah. Tak semesti ubat yang kita bagi dapat merespon dengan baik. Pada waktu itu Subhanallah barulah kita merasa yang menyembuhkan sesuatu penyakit bukannya sang doktor tapi si Pemberi Penyakit sendiri iaitulah Allah.Teringat dengan perkara yang terjadi sewaktu peperiksaan tadi, sewaktu profesor kami bertanyakan sesuatu pada pesakit. Pesakit menjawab dengan jawapan yang merapu. Ini didalam bahasa klinikalnya kami panggil "Flight of Ideas". Pesakit akan menjawab merapu.
Prof: "Kamu tahu tak apa yang dimaksudkan dengan 'kaki bangku'?"
Pesakit: "tahu, orang yang tidak pandai bermain bola tapi duduk di tepi sambil menyokong MU, MU ataupun Argentina, tapi dalam banyak-banyak peribahasa saya suka peribahasa ini, 'Sayang anak ditangan-tangankan, sayang isteri ditinggal-tinggalkan. Maksudnya kita bila sayang anak, kita pukul. tapi kita pukul anak lelaki ajerla, anak perempuan kita tak pukul. Kalau isteri bila kita sayang dia kita tak pukul kita tinggalkan dia macam kita tinggalkan dia kita tidur kat luar bilik sebab isteri kita tak boleh ditangankan, isteri kita kan perempuan macam anak perempuan kita. Mana ada isteri lelaki kan?

Inilah contoh jawapan yang diberikan oleh pesakit. Mendengar jawapan dari pesakit siapapun akan ketawa. Pesakit pun bergembira dengan respon kami. Hmmm mungkin. Tapi sakit masih tetap sakit. Harus diubat supaya pesakit tidak menjadi bahan tawa orang lain dan menjalani kehidupan norma manusia. Masyarakat tidak sepatutnya menjadikan golongan mereka ini bahan permainan, ini salah. Jiwa mereka jiwa manusia, bukan jiwa badut. Padahal masih banyak badut di luar dengan perwatakan bergaya berjalan di tengah masyarakat tanpa malu yang masih tidak sedar mereka mengalami penyakit dan membawa penyakit mereka pada masyarakat.Badut yang dimaksudkan ialah:

1. Badut ahli politik yang menipu dengan kemajuan, kebanggaan, kemewahan, sehingga menipu masyarakat. Semuuua ingin jadi seperti mereka. Ibarat msayarakat zaman Firaun memandang harta si Karun dan kemegahannya.



2. Badut ahli artis. Mengaku jiwa mereka berjiwa seni. Padahal mereka badut memperagakan diri dan bunyi mulut hanya untuk mencari nasi. Atau menjaja nama. Jikalau jiwa mereka seni, halus, pastinya mereka terlebih dahulu tersentuh dengan ayat-ayatNya Allah. Pasti mereka dahulu yang mendalami puitisnya ayat itu. Pasti mereka yang terlebih dahulu dapat menyentuh jiwa-jiwa yang kelam di lautan masyarakat.




3. Badut ahli agama. Memperagakan apa yang ada pada mereka untuk meraih undian, populariti, pengaruh dan macam-macam perjuangan yang hilang sejatinya. Mengakui merekalah yang paling mengikut nabi, merekalah yang paling benar tapi apa kebenaran itu datang hanya dari mulut bukan dari tubuh, bukan dari ruh. Mereka senang apabila sesuatu kezaliman, mahupun kemungkaran itu berleluasa asalkan tidak menganggu periuk nasi mereka. Mereka senyap, membisu, pura-pura tuli. Tapi apa terjadi jika ada pihak yang menganggu ketulian mereka? mereka meberontak , menuduh , mengamuk, mula bersuara atas kebenaran. Badut-badut ini selalunya tampil pada sesuatu isu. Dan mula tidur berehat bila isu mula reda.



4. Badut ahli harta. Tak lain hanya memikirkan bagaimana mempromosikan rumah sarkas mereka dan bagaimana untuk membesarkan lagi rumah sarkas supaya bertaaraf royal london circus. Itu kerja mereka tanpa kira siang dan malam. Jikalau tiket dijual tak mampu di beli oleh penduduk kampung mereka tak rungsing. Banyak lagi kampung-kampung, setinggan-setinggan, dan orang miskin yang sanggup menjual tanah untuk membeli tiket untuk menonton sarkas. Padahal kita tidak hairan rumah setinggan biarlah seburuk manapun, ketagihan menonton karakter si badut pasti ada. Jika tak dapat tampil secara HD (high definition) cukuplah dengan pakej pakej termurah dan termampu asalkan dapat menonton si badut -badut yang lain mempromosi diri mereka. Untuk apa? Supaya suatu hari nanti badut ini diakhirat nanti akan berterima kasih kepada mereka-mereka yang membantu mempromosikan diri mereka dan menarik mereka sekali dalam itu neraka.



Alhamdulillah, cakap pasal pesakit saya merapu ke badut. Apakah saya juga sakit? Mudahan saya cepat menjumpai ubatnya. Patut kita jujur pada diri. Jika kita sakit, kita cakap sakit. Saya fikir badut-badut yang diceritakan tadi hanyalah 'Hallucination' atau khayalan minda sahaja. Patut ianya takkan pernah wujud di dunia yang begitu kaya tamadun dan budi bahasa ini. Jika ini terjadi, emmmm. Pikirlah sendiri. Oklah salam.