Thursday, December 15, 2011

Bako Trip wih member.

Salam....

Member: "ko nak gi ikut kitorang tak gi Bako?"
Aku: Tak sure lagi ah, tengok ah

Setelah beberapa hari dalam dilema, akhirnya ak pun buat keputusan ikut diorang gi Bako. Sebenanrnya aku aritu dah cam nekad tak nak pergi dah Taman Negara ni. Sebab waktu first time aku pergi dulu aku kena trekking sejauh 16 km dan pergi pagi sampai kat sana malam!.. Aku takut bebudak ni buat kerja gila jer ikut trek tu lagi. Tapi aku akan make sure diorang tak gi . haha


Cam biaser, sebab ni 2nd trip, so dia jadi tak berapa nak excited laaa. Ombak ker aper ker, sumer aku dah rasa dulu.




Taman negara memang cantik. Taman Negara Bako ni terkenal sebab ada batu kapur yang bentuk cam penyu dan cam cendawan tu. Ada orang cakap batu cam bentuk kepala penyu tu dulu penyu raksaksa ken sumpah. Allahualam





Kitorang sampai je pagi tu terus trekking nak mandi kat beach.



Aku baru beli ukulele baru. So sebab tak nak boring aku pun bawa laa pergi trekking. At least dapat laa menghiburkan memember aku kalau diorang dilanda kebosanan nanti. Tapi aku lupa aku tak tahu main banyak lagu lagi hahaha.


 Pas trekking selama 2 jam gak ah, akhirnya smapai jugak. Pantai dia memang of course cantik giler ah. Pas best best lepak kat batu besar, kami pun turun arr bawah mandi pantai. Sebab perut lapo, kami makan nasi bungkus dulu sebelum mandi.


Pas mandi kami balik, siapkan barang masak BBQ, sumer, pastu borak-borak. Malam tu agak boring laa tak tahu nak buat apa selain makan. Pas makan aku pun tidor, bangun pagi tu, siap packing nak bali dah. Pastu balik singgah makan durian jap. Lunch kat rumah kenduri kahwin. Ader member aku abang dia kahwin. Petang tu aku balik tidur. Makan tidur, makan itdur, mana tak buncit perut! Haii. biler ahh ader masa dan kesungguhan nak jogging balik ni?



Ni gambar kolej Perubtana UNIMAS



Ingat nak buat cam scene omabak rindu . Aku cakap kat Naim (member) suh dier tangkap time ombak pukul batu. Alhamdullillah jadi.  Cuma Kepala aku terpotong separuh! haha takper ar..


Gambar yang best aku ader. Haha, aritu aku cuci gambar aku print gambar ni sekeping.




Ok arr. salam.

My Bro's big Day..


Minggu abang aku kawin daa.. family aku sume gathe rkat rumah n aku pun memang baru habis exam. So apa lagi. balik rumah laaa.. fuh penat gak ahh. Tapi best!


So hari Jumaat petang pas Asar tu kami pun kena pergi lavender heights, abang aku akad nikah. Family, dan beberapa orang jiran dan pakcik makcik aku yang supportive hantarkan abang aku menikah. Tak kurang juga memember abang aku. Memang happening laa kot, akad nikah, After akad nikah selesai dalam kul 6 petang camtu kitorang pun balik rumah. Malam tu, apa lagi, kitorang berusaha melipat kotak door gift yang banyak. Aku ngan kakteh, kak lang, ngan akak ipar aku (ayong ngan kak deq). Penat tu! dah aku rasa malas nak buat aku gi tengok tv.


Pastu esok tu kami kena gerak Nilai. Bersanding belah pengantin perempuan. Actually pengantinnya ada dua pasang. Abang aku ngan kak aina, ngan abang kak Aina sekali ngan spouse dier. Sorry takder gambar waktu event, gelap dalam tuu.. So, makan pastu balik arr, kena balik awal sebab banyak gi benda nak settle kat rumah. Tapi aku sampai jer kat rumah petang tu terbungkang kat bilik!. Haha. Syok woo tidur bilik baru. Actually bilik baru ni dulu office abah. Pastu sebab bilik bujang abang ngan aku dulu dah jadi bilik abang aku yang mutlak, so, katil aku dulu tu pindah kat office abah. Abah skang dah takder office. Ye arr dulu buat office tu pun sebab kami ingat kalau orang nak jumpa abah jumpa kat office jer. Tapi office tu pun tak guna sebab orang jarang nak masuk, orang suka cakap kat luar rumah jer. Meja kerusi kitorng bawa keluar, pastu rak-rak buku still ader dalam bilik tu. Memang agak sempit tapi sejuk. Memang best nak tidur. Haha.


Malam tu lepas makan, angah ajak aku gi dewan sebab nak cat dewan sikit. Kebetulan Acu ngan Pak cek Dahalan pun datang sekali, dengan Abang Mahmud (sepupu) ngan Bang mat (laki Kak Lang) pun ader. So, kitorang gi arr dewan. Pastu cat arr dewan tuu.. Sekali tetiber black out.Satu kampung Pasoh black out! Tapi kitorang redah jer. (err bukan kitorang laa diorang, sebab berus cat tak cukup, aku tolong pegang lampu jer untuk diorang). Dalam sejam camtu habis laa cat satu dewan. Sebenarnya bukan cat full, just cat bawah tu jer sebab nampak capuk sebab ada kesan bola bebudak ni copkan kat dinding dewan.

Pastu malam tu aku balik, lampu still takder. Kitorang pun berkumpul keliling lilin sambil berborak ngan akak along angah mak abah sumer. Sambil makan anggur, ngan barang2 hantaran dapat semalam. Haha. Kira macam post mortem gak ahh.. Pastu aku pun tido. Malam tu aku dengar abang aku gi dewan balik, tapi aku tidor laa. 



Ni gambar kat lavender height.


Hari yang dinantikan..dinantikan ker? haha


So, hari kenduri kahwin abang aku pun tiba. Tapi tak buat kat rumah, buat kat dewan kat Pasoh 2. Aku mula-mula tengok dewan tu buruk dan capuk cam kampung jer.( ayat aku macam lupa daratan jer, tapi ni kutukan ikhlas ni). Tapi lepas diorang bersihkan dan dicat dan diletakkan karpet hasil sumbangan rumah aku jugak, so dewan tu dah nampak macam putrajaya convention hall. Haha. 

Aku pun tak tahu, tapi majlis tu macam jadi majlis rasmi, Ada pengerusi majlis, pastu abah bagi speech laa. Pastu aku jadi baca doa. Haha.

Lepas tepung tawar sumer, aku tak tahu apa jadi kat dalam dewan. Aku tolong abah ngan mak menyambut tetamu kat khemah depan. Sampai arr petang orang takder lagi datang, pastu aku ingat nak balik jap. Angah cakap kena hantar barang-barang yang pinjam ni dulu. So kena arr hantar kipas masjid, kipas cik Lan, Hantar lauk lebih kat orang Indon, hantar lauk lebih kat jiran-jiran. Haa 6.30 baru habis settle sumer. Penat giler bhai.

Hujan turun petang tu. Aku balik mandi pastu terus tengok bola Malaysia lawan Syria. Haha. Ramai memeber abang ader malam tu. Diorang tunggu abang bukak hadiah.
So pastu malam aku pun tidor.
Pagi tu benda yang tak habis kemas macam, Priuk dan lain-lain tu kami kemaskan. Pastu aku pun siap-siap sebab nak balik dah malam tu. Malam tu balik along hantar kat airport. Aku cakap kat mak, "Ini last adik balik, lepas ni adik balik kena panggil adik Doktor.!. Haha. I really hope so, harap aku akan lebih fokus pas cuti ni untuk menghadapi final year".

So kat bawah ni ader larr beberapa gambar yang aku tangkap time tu. Ok. Salam.









Every weekend I take picture.


See the pigeons!



The Hall of State Ambassador


A joyful evening.


Stunned!


Bicycle convoy.

Actually every weekend got events in Kuching. Kuching is full of weekend program especially at waterfront. Waterfront is the place where people can hangout along the Sarawak river at the center of Kuching. Nice place to hangout especially at evening.

This pics was taken during Sarawak Regatta and also the birthday ofTYT Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin . I dont know what the pose that he holds in Sarawak but he is a little bit higher than chief minister of Sarawak. Taib Mahmud.



Seksualiti bebas Damai


Salam.. haa amacam. Kontroversi tak tajuk post ni? haha.. Al-kisah laa pada suatu hari waktu tu ader cuti umum sebab apa ntah. Tiba-tiba member aku cakap ada sorang lecturer aku ni nak belanja pergi bercuti kat Damai beach.. Haha. memang tak sanggup nak tolak ahh. So, aku pun follow.

Lecturer aku ni pakar Perbidanan dan Sakit Puan nak cakap kat ko. Asal dari Myanmar. Masih single. Haha. So, maybe duit banyak tak tahu nak buat aper, so diorang pun blanja laa kitorang yang ader bertujuh ni bercuti kat Pantai Damai kat Kuching. Tujuh orang ni lelaki arr...


Pagi siang tu kami makan tengahari di tiup angin bayu yang best. Aku pun try laa juice dia sebab nak rasa macam ala tropika laa sangat. Tengok-tengok tak sedap! Bek aku buat sendiri jer. Pastu petang gi mandi pantai arrr.. Malam masak dinner kat chalet. Pastu makan ramai-ramai. Pastu aku ngan memeber pun gi jalan-jalan kat pantai, kat kolam malam-malam tuuu. Pastu kitorang lepak satu tempat, kitorang cerita laa macam-macam.

Pastu malam tu lepas makan sebelum kitorang gi jalan-jalan tu lecturer kami ni ajar pasal seksualiti. Alaa macam-macam laa 'ilmu' dia bagi. Hahaha. Nampak kotor eh? Takder arr, yang berkaitan dengan perubatan laaa..

Pastu kitorang packing balik, lunch tu dia belanja makan seafoood. Haha. Happy nya .

Pastu kitorang pun balik rumah. Byee!!!

Oh oklaa. Salam..


Tuesday, December 13, 2011

Gambaran waktu Raya


Sorry laa raya dah lama lepas, baru skarang nak post. Ermm anyway.. sampai jer kat Airport aritu, angah amik aku. pastu aku tidur balik rumah angah. Pagi tuu aku tak tahu sebab apa damia tak gi sekolah padahal aritu hari Jumaat. Apakah aku skang berada kat Terengganu, Kelantan or Kedah (sebab negeri tu Jumaat diorang cuti).. Aku tak tahu kenapa. tapi sebab boring. Aku pun ajak arr Damia, pergi playground.. tu jer citernyer..

Pastu malam aku gi bukak puasa ngan member sekolah dulu, minum sampai 1 pagi rasanya. Kat Shah Alam. Esoknyer aku balik kampung arr.. raya pun nak dekat...


Aku pun tak tahu arr, hari raya ke berapa. Waktu tu tengah syok duduk umah cik Bedah, abang aku ajak aku gi seremban, raya rumah kak Aina, merangkap isteri dier dah arr skang. Aku senanyer segan. ye arr. bisnes takaful tak jalan. Kang mesti uncle Raman ngan Aunty tanya ni.. aduh..
"macamaner bisnes?" Aunty Zuraida dah start tanya aduhh... segan nyer.Memang aku dah agak. Aku pun cakap arr tak jalan lagi arr aunty. Pastu perbualan kami pun berkitar tentang tu jugak ah. Uncle Raman memang bagus. Dia bagi kata-kata semangat, camaner nak buat, dan lain-lain. Memang berbaloi. Balik tu, pas oslat maghrib, along suh beli kek, atif punyer birthday . Atif tu anak buah aku. So, sebelum balik, aku pun gi arr kedai beli kek, pastu esoknya celebrate kat rumah,, dengan ramainyer anak-anak buah aku kat rumah. hahaha.


Cuti raya seminggu, pastu balik jer kolej, sambung raya balik rumah2 kawan2 kat Sarawak ni. hahaha. Best laa raya ramai-ramai ngan member2. Macam2 cerita ar keluar. Kalau keluar minum tu bleh laa borak dari kul 8 sampai kul 12malam. tu pun blah sebab kedai nak tutup. haha. Ermm ni tahun last arr ngan member ni. pastu semua bawak haluan masing2.

Lepas jer raya, kita raya haji, pas raya haji aku ader exam.. sampppppppppppai la sekarang dah . tu jer. aku nak tido. cerita banyak pun tak guna. Next post aku nak post benda-benda nasihat jer. Korang ni bukan hati bagus sangat pon. Oh oklaa. bye.

Kasut nike yang awesome untuk jogging


Salam..
Dulu,,,waktu dari tadika, aku teringin sangat nak beli kasut yang ada lampu kat bawah tu. kasut yang bila pijak tanah lampu dia menyala-nyala.. Tapi mak aku mati-mati memang tak belikan kasut macam tu. Aku ingat waktu aku pergi romobongan gi KL waktu tadika dulu, aku pakai kasut jalan warna coklat. Naper ntah warna coklat! tak colourful, macam koboi.
Pastu waktu sekolah rendah, kasut Bata/Wira laa pakai. Tak kisah laa, hari sukan ker, sekolah ker, tu jer arr kasutnyer. yang penting tiap2 weekend basuh kasut, pastu kapur waktu malam. Tapi bila dah darjah 5 best skit sebab jadi pengawas so pakai kasut hitam. So, tenyeh jer laa pakai kiwi cair. Haha.

Waktu sekolah menengah pakai kasut kulit. TIme form 1 along tolong belikan kasut kat kajang. Memang kulit betul laa aku rasa, harga pun dekat rm70. Tapi aku rasa cam orng kaya la plak, pakai kasut tuu sebab yang lain sumer pakai kasut kulit yang tak berapa nak kulit (cam kulit campuran laa).. Tak kisah laa. ader gak yang pakai kasut kulit berkilat nak mampus alaa alaa polis. Lantak ahh.

Tapi aku ni bukan jenis mat sukan. Nak beli kasut nike, ker atau adidas ker, memang tak minat ah. Dulu aku beli kasut ntah aper2 jenama jer untuk buat sukan.

Sampai laa waktu hari tu, time masuk JPA. untuk pertama kalinya kaki aku menyarung kasut yang mahal, berjenama NIKE ni. Haha..dan aku beli juga wristband yang bleh monitor Pulse, kalori, kelajuan..pasal nak semangat joging pendek cerita. Harganya memang takyah cakap ahh, mesti ko tanya balik kat aku, "apsal ko sanggup beli weyh!?"

Tapi akhir-akhir ni, sebab kelas selalu habis kul 6.30 petang. pastu aku dah jadi makin malas nak joging, pastu malam asyik lapar jer kuat plak kluar minum, badan naik balik 2kg. haha..

Takpe ,aku berazam nak joging lagi time weekend. Harap2 weekend aku tak sibuk laa. so, please arr weekend jangan kasi aku sibuk. Sibuk jer arr ko ni weekend!


*harap2 aku takder laa jadi obese macam ni.. tahukah anda, orang obese akan berisiko dapat macam2 penyakit? Tahu? tak tahu? kenapa tak tanya? haihhh... Okayh ..Salam.


Giler lama tak blogging!

Salam...
Mak oii last post bulan September.. aku dah terlupa aku pernah ader blog dulu.. haha skang dah bulan Disember. Kuat sangat beribadah sampai lupa ada blog. Haha. takde arr... Err tapi skang pun bukan nak tulis blog sangat nak postkan gambar jer..

So, apa jadi kat aku lepas lama tak post blog ni ? ader cerita baru? Ermm.. takder. Business tak jalan daa...pastu sibuk nak exam ngan study lagi. Pening pala hotak ko tau. Takper arr..

Camner dengan lagu2 yang post tuu..? Ermm ntah arr. banyak dah idea nak buat lagu balik, tapi masa tak mengizinkan, aritu berangan nak beli recorder, tengok2 duit JPA yang masuk cukup untuk belanja kat perut jer camner? So aku frust, terus beli kamera. Dengan ukulele.. At least dapat ahh mengubat kefrustan hati ni. :(

Abang ko kahwin? ko biler lagi? Haa. tahu takper. Aritu bulan 11, aku balik rumah abang aku kahwin ngan kak Aina. Aku? tak jadi apa, biasa jer.

Ko bila grad? bila nak jadi doktor? Ermm Tahun depan 2012, insyaAllah laa kalau pass exam surgery ni, pastu pass exam professional ni, aku insyaAllah laa.. doa-doakan laaa eh. Pastu aku tak plan laa nak buat apa lagi. Kalau mak aku suh duduk umah, aku tolong ar dia gi kebun ker, buat kerja rumah ker, kalau aku nak lepak K.L ngan abang boleh arr aku belajar business takaful balik sebelum kena panggil jadi doktor. Tapi tu tak penting, yang penting kena pass exam ni dulu arr.

Abis tuu, plan jangka pendek selain exam ni aper lagi? Plan aku nak bersama dengan kawan2 sehabis mungkin. Pastu nak belajar sungguh2. Pastu nak ikut usrah sungguh-sungguh macam Wardina. :P.. Wardina pun ikut usrah ko tahu?

Oh oklaaa...nanti ader cerita aku post lagi sikit-sikit arr..