Thursday, June 30, 2011

Itali - cello, mini cooper dan rayban

Assallamualaikum

Itali... satu negara Barat.. wujudkah orang Islam dekat situ.?. Aku tak mengenali Itali sebab adanya team bola yang kuat. Atau bahasa Adios amigos yang aku tak faham.. tapi aku teruja sebab ada benda yang aku minat

CELLO - apa benda cello ni. Ianya sejenis alat muzik macam biola tapi besar sikit. I like the sound yang produce pakai benda alah ni..macam mamat ni main..Seolah benda ni ada roh  yang buat kita fikir macam-macam bila benda ni digesek. Apa ntah nama dia.. haa feeling.. 

Feeling is not something yang boleh kita create. Tapi benda dah ada dalam diri yang boleh kita ekspresskan (expression). Dan may or may not make people Impresss.. haha

Benda kayu ni dicipta at 16th century di Italy.






Mini cooper- Aku rasa semua orang tahu ini apa. Brand keta kompot yang mr bean pakai. Bagi aku kereta ni unik. Tapi jual kat Malaysia mahall laa...Harga cecah rm100000! Heh, tapi member kat UK cakap harga UK baru rm 60000. So, orang Malaysia actually bukan beli kereta ni, tapi diorang beli cukai import dapat hadiah kereta. Dan kereta ni buatan Italy. Maybe kalau aku italian pakai kereta ni macam pakai perodua viva jer..



Rayban- Jenama shades/sunglasses yang terkenal. Selain melindungi mata, memang pakai sapa yang minat tahu apa lambangnya kalau pakai sunglasses ni. Kali pertama aku try pakai rayban sebenarnya waktu dengan driver kat universiti dulu. Memang bila pakai rasa lain tak sama macam pakai sunglasses biasa. Teringin nak buat koleksi. Tapi macam biasa.. mahal.. tak mampu..haha

Oh kalau tengok kat tepi sunglasses ni dia akan tulis 'made in Italy'









Bila dah malam macam ni mula laa berangan-angan. Kalau dapat hidup sebagai Italian sebagai seorang cellist (pemain cello) yang main quatrett (team pemain cello yang selalunya empat orang) kat public place, travel dengan mini cooper. Takder rumah pun aku sanggup beb.

Tapi hakikatnya aku anak Malaysia yang tak berapa tinggi (pendek laa) macam orang Itali yang tak pasti bila dapat langsaikan hutang ptptn yang hanya mampu nak pakai perodua viva. hahaha, Nak main muzik?.. beli cello? cello pun paling cikai harga RM1600. Kerja dah laa separuh mati. Bergaji pun sibuk pulun bayar hutang. Sampai berfamily masih lagi berhutang. Oh hidup tak seindah angan-angan.

This is lifestyle..yang orang Malaysia ramai tak akan dapat terima dan kalau ada pun orang macam ni akan dianggap rare. Hakikatnya ada ramai Masyarakat Malaysia yang lifestylenya hanya depan ASTRO. Atau berbuih mulut lebam cakap tentang PKR DAP PAS UMNO, atau Teh tarik dan bola waktu malam. Oh pada aku ianya plain. Aku nak lari dari semua niii

.dulu aku pernah impikan ada satu family yang waktu weekend bawa anak-anak attend music class. Waktu malam bawa family layan orchestra kat mana-man opera hall. Oh begitu klasiknya famili aku.. haha. rumah takde tv pun tak apa. Rak buku, penuh dengan buku-buku, ada dua sofa untuk baca buku dekat depan beranda yang boleh rasa angin malam. Ada satu corner kat ruang tamu tu ada satu piano, 3 cello dan biola anak-anak. Hahaha..

Huishh seronotnyaa berangan-angan... Mudahan aku tak lupa bangun esok pagi. Apa yang sudah aku lalui sekarang pun dah cukup bagus sebenarnya..cuma akan lagi best dapat menjadi musafir yang membawa cello dengan pakai mini cooper. hahaha. tak abis lagi

Sebenarnya untung juga duduk kat Malaysia nii.. Takde MAFIA macam dekat Italy. Kalaulah Malaysia ni Italy. Mungkin kita akan boring sebab tengok mat rempit race haram pakai Vespa (vespa pun made in Italy). Mana ada kool bro. Nak wheely pun payah..

Kita suka kan barangan Itali ? Atau barangan USA, UK dan sewaktu dengannya..terpulanglah dengan kehendak hati masing-masing. Yang pentingnya barang tetap barang. Kita takkan dimuliakan orang atas semua itu. 

Apa yang bernilai bukan cara hidup. Tapi bagaimana kita hidupkan aktiviti seharian kita sebagai suatu amal. Tak kisahlah apa sahaja minat, hobi, pandangan dan perluasan pemikiran kita.

Kalau anda mepraktikkan cara hidup Barat, namun anda juga mempraktikkan solat dan menjauhi yang haram. Itu lebih baik dari anda berdondang sayang menyanyi lagu Irama Melayu satu kampung sampai lupa mengingatkan bilal untuk azan.

Jadi itulah dia. Kesimpulannya jangan lupa berusaha sebelum mengecapi nikmatnya. Salam..




Dunia yang bagaimanakah yang kita mahukan?

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..dah habis exam..dengan pengalaman repeat setahun dan study yang tak seberapa, at least waktu discuss dengan lecturer tadi, banyak juga yang aku jawab betul dan tak betul.. Kalau tak ada kesilapan besar InsyaAllah aku yakin exam ni aku lulus.

Dan sekarang ada banyak perkara yang aku perlu setup balik.. buat diri, aku betul-betul nak siapkan diri sebelum menjelangnya Ramadhan nanti.. Macam biasa aku mengharapkan Ramadhan yang bawa perubahan, impak maksima mungkin. Perlu set-up untuk program seminar AKAL. Perlu set-up bussiness takaful dan buku online. perlu start exercise balik, setup jadual makan yang tak menentu, planning belanjawan balik, dan study untuk posting paediatric nanti. Wahh!! mudah-mudahan Allah bantu..

Seolah waktu ini sangat singkat untuk aku membentuk duniaku ini.. Lalu aku banyak buang masa untuk fikir jalan. Tapi syaitan lagi pandai buat aku leka sampai fikir lama-lama. Lupa nak capai tujuan. 

Aku tak pernah tanya kot dunia macamana yang orang lain fikirkan, yang orang lain impikan, misi yang orang lain nak capai. Ada waktunya ramai yang mengelak untuk berjaya, semata nak mengecapi bahagia. Ada waktunya ramai yang mengelak bahagia semata nak kecapi kejayaan. Oh, apakah hampir tidak mengecapi kedua-duanya?

Seperti menjamah seekor kambing, sewaktu melapah daging sebelum dimasak. Di dalam pemikiran ada yang inginkan kepalanya. Ada juga yang inginkan ekornya. Perbezaan demi perbezaan untuk mengecapi kenikmatan itu berbeza. Hal ini perlu diketahui semua orang. Setidaknya mereka memahami definisi nikmat untuk setiap orang itu berbeza. 

Namun fisiologi kehidupan yang hampir sama, kepentingan dan kewajipan yang serupa tak patut kita pertikaikan. Kita tahu diri kita berbeza, pendapat kita berbeza, taraf hidup, ilmu, jawatan kita berbeza, namun hakikatnya kita mengeluarkan najis di lubang yang sama, kita menikmati makanan di terowong yang sama.

Apa masalahnya menyatakan keburukan orang lain? hanya kerana diri mereka tidak sama dengan kita? atau hanya kerana mereka tidak menyukai sup ekor kambing seperti kita?

Atau apakah keburukan itu akan lenyap? Apabila mereka tidak membantah, menyetujui yang mereka juga sama-sama meminati ekor kambing seperti kita, namun hakikatnya mereka mahu merebutkan ekor kambing dari kita. Yang mana dahulunya kita menganggap persamaan itu bererti harus perkongsian. Hukum alam mana yang dapat diikuti untuk orang yang tamak?

Sepertinya dunia ini juga begitu. Malahan lebih besar dari teori melapah daging kambing. Yang melihat kepala sibuk untuk menduduki takhta, glamour dan kekuasaan. Yang melihat ekor, terlalu sibuk menjadi penyokong, pengikut yang mengimpikan nikmatnya sup ekor apabila dimasak nanti. Sampaikan semuanya lupa. Antara ekor dan kepala, ada badan yang banyak daging yang montok dan sedap, cukup untuk dinikmati bersama.

---------------------------------------Buat kali pertama aku bertanya---------------------------------------


Dunia yang bagaimanakah yang kita mahukan? Yaaa...kita mahukan bermacam-macam. Namun, kita harus ingat. Dibalik macam-macam dunia ini, jangan kita hanya mengimpikan kepala (kekayaan, kedudukan, jawatan) atau hanya menginginkan ekor (terikut-ikut, terpengaruh, berbangga menjadi pengikut dan ideologi selain Islam). Lihatlah kambing itu, begitu banyak daging yang Allah berikan untuk kita lahap. Lalu, lihatlah dunia ini, begitu luasnya cara dan aktiviti kehidupan kita yang Allah akan lihat sebagai amal. Biarpun ianya tidaklah seistimewa kepala dan ekor. Namun, siapa tahu hanya daging sahaja yang sesuai untuk dimasak kari.
Biarpun memperoleh kekayaan, atau kita menyedari pengikut ideologi politik, idea sosial dan apa-apa juga kebanggan kita itu satu yang istimewa dan berpengikut yang ramai, namun semua orang juga tahu amal yang diterima oleh Allah hanyalah amal yang soleh.

------------------------------------------Kali kedua dan terakhir aku bertanya------------------------------Dunia yang bagaimanakah yang kita mahukan? Tak cukup untuk mengecapi bahagia tanpa melalui derita. Tak cukup untuk menjadi berilmu dengan tak megetahui kebodohan diri. Tak akan rasa nikmat kenyang jika tak merasai kelaparan. Tak cukup dengan teoris jika tak mengetahui cara praktis. Ini hakikat hukum alam yang ramai yang cuba menafikan. Apakah dunia yang kalian mahukan itu hanya akan dapat tanpa mengeluarkan setitik peluh?

Marilah kita berusaha memilik dunia yang kita impikan. Namun jangan kita lupa bahawa dunia yang kita impikan hanya ibarat ekor dan kepala kambing jika lupa melihat daging di tengah-tengahnya..Salam

Thursday, June 23, 2011

Sibu moment

Assallamualaikum...

"jika kamu hidup untuk dirimu sendirimu sendiri nescaya kamu akan mati sebagai orang yang kerdil. Jika kamu hidup untuk menyumbang pada orang lain, nescaya kamu akn mati sebagai orang yang besar" (mustafa mahsyur)

Alhamdulillah.. Bila aku tengok adik2 ni begitu excited nak pergi sibu, semua kenangan waktu kat sibu memancut-mancut masuk kat dalam fikiran..apa ada pada pekan yang jalan tak berapa nak elok, paya yang byak dan selalu banjir, belukar yang selalu terbakar kalau hari panas tu?

Dalam waktu aku kena posting ker sibu selain misi nak belajar, aku dibekalkan misi macam misionary kristian. Haha. Misi nak bawa Islam kat sana..oh tapi sapalah aku ni nak buat kerja2 macam tuu. Baru ikut usrah 1 setengah tahun...

Memang aku juga sangat blurr pasal ini. Tapi rasa macam ini satu benda yang agak suci, aku pun ikut jer cakap si ketua usrah aku nii..

Baru jer barang sampai dan dipunggah, aku dah melencong ke miri naik bas ekspress. Tujuannya nak pergi ke smka miri dan sains miri untuk sambung bawa usrah kat sana. Ingatkan miri tu macam dari rumah aku ker kuala pilah jer, rupanya 7 jam! Minggu depan tu aku kena pergi juga lagi ke sana..mulanya seorang diri.

Aku teringat 2nd time ke miri seorang diri, aku sampai kat stesen bas waktu subuh. Tak tahu mana nak pergi. Lepastu naik teksi ke bandar miri. Singgah subuh kat satu masjid kat tengah bandar. Tanya seorang jemaah masjid macamana nak naik bas ke sekolah. Ditunjukkan yang aku harus tunggu ke tempat sekian sekian dan naik bas transit ke sana..

Lepas selesai aku jumpa dengan bebudak sekolah aku terus balik naik bas. Aku tertidur dan terjaga waktu bas berhenti kat sebuah perhentian. Aku pun turun sebab nak terkencing. Habis kencing tengok bas dah jalan, kedai yang bas berhenti tu dah nak tutup. Aku cuba nak tahan bas lain kalau ada kat tepi jalan. Waktu nak ke jalanraya, aku termasuk dalam parit lumpur sebab gelap. Setengah badan berselut . Orang kedai yang naik isuzu dmax offer tumpangkan aku ke stesen bintulu. Oh baiknya diorg. Dan aku malu naik jeep tu dengan seluar berlumpur. Aku talipon member hairul suruh tahan bas yang aku naik kat sibu untuk amik barang aku. Sampai kat stesen bintulu orang kedai offer aku tiket dia ke sibu yang dia xjadi nak pakai pada aku, oh tima kasih. Aku dengan malunya cepat2 nak masuk tandas basuhkan lumpur kat seluar sebelum naik bas. Oh kenangann...sampai juga aku kat sibu malam tu.

Pendeknya da'wah di miri tak berjaya. Sedih sebab aku tak mampu nak teruskan. Kalau laa waktu tu aku ada superbike yang boleh run tiap2 hari waktu weekend... Tapi aku kena teruskan di sibu pulaa..

Mulanya di smka sibu. Hampir setiap minggu aku ke sana. Berbincang untuk buat usrah atau tuisyen kat bebudak sana. Oh siapalah aku pada mereka yang bersekolah agama..dan ustaz menyuruh aku menyiapkan kertas kerja.. Aku naik jabtan pendidikan untuk meluluskan kertas kerja. Pengarah jabatan cakap kena bawa ke jabatan kuching sebab tuisyen yang aku nak propose ada nama 'agama'. Dan resultnya masih pending sampai laa sekarang. Aku pun tak tahu mana diorang letakkan kertas kerja aku tu.

Kalau atas dasar agama Allah, Allah jualah sebaik-baik penolong. Dipendekkan aku ke teknik sibu untuk cuba bawa usrah di sana. Sekolahnya dekat, pak guardnya mesra. Mudah-mudahan berkat. Alhamdulillah..legasi usrah tu berjalan sampai laa sekarang..syukur adanya pakya, naqib, zulkimi, danial. Syukur adanya ustaz roslan di teknik sibu. Ternyata masih ramai yang dahagakan sesuatu yang terhebat dari Allah. Ternyata rahmat Allah itu maha luas..

Untuk adik2, aku tahu cabaran di perubatan tahun 3 ini payah. Pengorbanannya terlalu berat. Dengan tak terkendalikan hati dan nafsu, dan exam, patient, lecturer, examiner dengan mood tak menentu. Aku tak inginpun jasaku dikenang, atau dibangga-banggakan, cumanya aku harap ada lagi yang masih memberikan harapan berkilau pada anak2 sibu ini. Menjadi kilauan hebat umpama rosley dhobi.

Walaupun apa yang aku kerah tak setahap apa yang taib mahmud dah lakukan pada bumi sarawak ini, aku cukup bangga akulah anak malaya yang bersungguh-sungguh nak menngilapkan anak-anak sarawak atas nama Islam.

..dan banyak lagi kenangan dan pengorbanan indah di sibu, mudahan biarlah menjadi antara rahsiaku dengan Allah. Salam

Thursday, June 2, 2011

Rahsia keluarga berkat.

Assallamualaikum.

Alhamdulillah. Ini... nak kongsi satu hadis jer,

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yg beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yg demikian itu tdk akan tdpt kecuali hanya pd orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yg terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tsbt merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)


Alhamdulillah, Allah bagi keberkatan bagi aku. Rezeki berkat orang kata. 2 hari lepas aku offer buku majalah Solusi kat sepupu namanya kak Jan. Mula-mula chatting ringan-ringan jer, lepastu aku cakap, "kalau saya offer akak takaful mesti akak dah ada punya, so saya nak offer akak beli buku."

 Kak Jan tanya, "buku apa?".

So, aku pun cakap, "buku agama, macam majalah Solusi..."



Sekali kak jan nak beli laaa, 5 naskhah terus edisi yang lama-lama. Aku fikir kalau aku nak jual majalah Mangga ker, Remaja ker, URTV ker, Mastika edisi lama confirm orang tak nak beli laa walaupun ada muka Aaron Aziz yang bebudak suka tu. Tu majalah Remaja bebudak pempuan tinggalkan kat kolej lama dulu berlambak tak dituntut. Aduhaii. Cerita pasal zodiak, apa dapat ?. Haha. Alhamdulillah. Tapi aku belum order lagi. Internet banking kena block plak, tetibe dier tanya soalan security yang aku dah lupa. Terus kena block. Arghhh. Bank tutup sebab public holiday, hari Gawai. So, apa nak buat. Sabo je lerr. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki. Baru tahu erti payahnya lubang rezeki kalau cari sendiri dari makan gaji. Mudah-mudahan berkat..

Sebut pasal berkat ni bagi aku bukan hanya pendapatan jer, mendapat ketenangan dari hasil pendapatan dan rezeki-rezeki lain pun berkat juga. Seperti dapat anak yang baik, hensem gitu. Sapa cakap anak yang baik tak berkat? Aku tengok dalam facebook ramai giler kata kotor, post video bercium bagai. Yang terbaru ni ada anak dara mengaku tak virgin dalam blog sendiri, lagi bangga lak tu! Sapa nak anak macam tu? Ni yang takut nak beranak ni, takut tak mampu laksanakan tanggungjawab. Ye ar waktu lahir memang senyum jer mak bapak tengok baby, ye laa comel kan. Tapi siapa tahu anak tu jadi apa 10-20 tahun ke depan? Kalau jadi soleh Alhamdulillah itulah yang dieertikan dengan berkat. Memperoleh harta yang membuat kita rasa enang pun berkat juga. Ada orang dapat harta wasiat puluh-puluh ribu, banyak tu! Sebab baru lepas menang kes dengan abang sendiri, lepas tu putus saudara. Kerana harta puluh ribu, darah daging sendiri jadi musuh. Apa cerita ntah? hidup tak tenang.. Alhamdulillah keberkatan tu memang penting.

Aku kalau balik rumah, aku rasa tenang jer rumah aku tuu. Ye arr kampung kan..Salah satu yang aku suka kat rumah aku tu ialah waktu Maghrib kitorang tak bukak TV. Haah. kalau orang lain mesti anggap apa significantnya dengan keberkatan nih? Tak tahu nak cakap. Selalunya kalau waktu Maghrib, kami semua buat hal sendiri dalam bilik, Abah pergi surau, mak pergi sembahyang, akak abang duduk dalam bilik, (tak tahu diorang buat apa, bermesra kot haha). Tapi memang macam tu. Waktu Maghrib selalu sunyi, waktu tenang untuk beribadah. Pukul 8 baru start on TV balik, nak tengok berita. Abah jarang tegah pun, rasanya tak ada abah larang kami tengok TV cumanya kami faham sendiri. Maksudnya apa? Maksudnya Alhamdulillah lah! Allah bagi ruang keluarga kami beribadah. (err walaupun kami jarang nak solat sama-sama cam drama TV tuu). Bila lagi nak mewujudkan suasana tenang bertafakur dalam rumah kalau bukan waktu ni? kalau Subuh semua liat nak bangun, Zuhur semua takder kat rumah buat kerja, Asar tak balik kerja lagi. Isyak, dah ada macam2 cerita kat TV, nak lunch dinner lagi, pastu tidur..zzzzzzzzzzzzzzz

Tapi aku tengok sekarang kebanyakan dah tak macam ni. Time Maghrib laaa orang sibuk nak bukak TV. Budak-budak terutamanya. Ada cerita kartun laa, sampai bawa ke besar asyik mengatun (menonton kartun). Tetiap hari ada. Bila diorang ni belajar ngaji cam aku dulu?

Yang dewasa pulak tengok drama. Abis satu siri sambung tengok siri lain. Pastu makan, tidur... kalau asyik melayann TV, bila waktu nak ajar anak, bagi tazkirah ker, tengok anak pandai ngaji ker tak? Eh, aku tak tegur ni, aku tanya jer, bila? bila? Aku bukannyer dah kahwin pun.

Aku rasa itulah rahsia keberkahan keluarga kami. Sayang, apakah kami dapat teruskan legasi kecemerlangan ini atau tidak.

Atas sebab cinta itu bukan hanya suatu perasaan. Betapa ramai yang kecewa dan terkandas kerana hanya mengungkapkan perasaan semata atas cinta. Cinta perlu ruang dan waktu. Ruang untuk diisi pada hati yang kosong, waktu untuk jelas menerima cinta apa adanya. Kalau cinta sudah diisi di dalam keluarga. Ungkapan cinta seolah tidak perlu diungkap kerana ianya hanya kata-kata. Kerana cinta telah penuh diisi diruangnya. Barulah ruang tamu diindahi cinta, tenang bagi sang tetamu menghadirkan cinta, bukannya kotak TV yang hadir melempiaskan drama cinta.

Aduh, bermadah pujangga pulak aku. Aku bukannya nak halang korang tengok Nora Elena (haha). Tapi sebab semalam aku pergi pantai, tengok sunset, sambil duduk kat buaian. Tiba-tiba waktu tu rasa tenang, tak serabut, pastu dengar azan. Degup jantung aku tetiba macam perlahan, sakit kepala jadi macam hilang, tak fikir masalah apa-pun. Lepas Isyak baru aku fikir, oh, bila lagi hati aku nak ada rasa tenang macam ni? Subuh aku selalu liat, Zohor mengantuk, panas , Asar, sibuk nak main, Isyak pergi makan, nak study, nak tidur. Maghrib, ermm Maghrib pun aku dah tak berapa nak jaga lagi macam waktu dulu. Lepas Maghrib aku sibuk nak pergi makan. Padahal Allah nak bagi ruang untuk aku jumpaNya. Haiii itulah. nak cakap lebih takut korang cakap aku bajet alim. haha.

p/s : sapa nak beli solusi atau buku lain contact ler, haha. Klik E-store ni -> E_STORE . kalau nak beli sendiri register login, dan ikut arahan. Kalau nak minta tolong, contact ahh 0164219626 macam kak Jan.Haha.

Oklaa. Salam.

Thursday, May 26, 2011

Adakah kita masih mampu untuk memilih?

Assalamualaikum. Apa khabar? (rasa macam aku sorang jer yang baca blog aku nih, jadi aku pun balas balik. Khabar tak berapa nak baik). Oh, sekarang kita bertemakan sedih skang, yer sedih tak berhujung. Sampai semua benda pun kita tak hirau, lantak ahh nak jadi apa. Srottt... Apa nak buat? Tahan je arr...

Tapi ada baiknya kot, pastu kita kenal balik diri kita ni. Dulu kita macam bagus rasa macam kita tahu semua, kita rasa macam kita ni dah kenal Allah lama. Tapi sekarang apa jadi kat kita? Nak sebut nama Allah depan umum pun malu. Tapi nak bagi talk pasal benda lain, pasal politik ker apa ker isu apa-apa lagi, kita bangga kalau kita tahu lebih. Sampai kita tak segan post kat orang lain, kita nak semua orang tahu apa yang kita tahu. Apa nak jadi ngan kita nih mat?

Sebab tu hari yang sedih ni aku tanya balik diri aku soalan yang dah berzaman aku lupakan dulu. Atas alasan aku rasa aku dah tahu. Soalan bagaimana nak mengenal Allah? Bagaimana nak dekatkan diri dengan Allah? Oh kita dah tersekat stuck sesak dengan masalah menimbun-nimbun sampai kita hilang fokus. Sampai lupa nak tanya balik soalan ni.

Sebenarnya, tanpa kita sedar, kita dah banyaaakk memilih jalan yang hanya kita saja yang redha.kita main redah jer asal apa yang kita nak dapat. So, kita tak sedar sedikit demi sediit Allah tutup hati kita, Allah buat otak kita bebal, tak mampu lagi untuk memilih dengan waras dan perfer untuk ikut satu jalan. Kita rasa jalan tu kita yang pilih. Tapi sebab waktu tu kita bebal jalan yang kita pilihh bukan kita yang pilih, tapi kita diarah oleh satu director namanya syaitan ngan nafsu. Nampak tak kebodohan kita? Tak nampak lagi? Kalau kita bodoh sebab tak tahu perkara ni sebelum ni takpe laa juga. Tapi kalau kita tahu tapi kita buat-buat tak tahu sebab pelbagai alasan yang menyamankan. Oh! Apakah kita ni masih mampu lagi untuk memilih?

Umumnya nota yang aku cakap ni. Tapi sebab kita ni dihimpit dengan alasan yang pelbagai pada diri kita. Level kebodohan kita juga lain-lain.

Saudara. Jikalau orang mengatakan yang kita ini bodoh, lembik, dayus, poyo jer lebih. Tentulah kita akan marah pada sang pencerca itu. Tapi jika yang Menciptakan kita suatu hari nanti mengutuk kita dengan celaan, atas perbuatan kita ini, apakah kita bisa menangunggnya dengan rasa cool sekali. Oh nasihat aku pada diri sendiri, jangan berbangga dengan kemaksiatan, dengan ketrampilan atau dengan benda-benda murah yang kita rasa kita ni macam bagus. Kadang-kadang kita terlalu kagum melihat BMW yang orang miliki tapi kita tak sedar benda tu hanyalah besi yang dikimpal dan di acu, yang harganya takde lah berapa mahal kalau di jerman. Kita merasa kagum memiliki satu kemewahan sampai kita lupa beban yang ditanggung. Hutang melambung-lambung. Rantai telah disiapkan untuk kita di akhirat kerana lupa memberi zakat.

Jadi marilah kita sama-sama melakukan correction pada diri. Supaya kita masih lagi berupaya memilih.

Salam 

Tuesday, May 24, 2011

Kes pecah janin di luar rahim

Tadi dengan gayanya muka gua datang wad walaupun takde kelas, niat gua memang baik. Nak belajar sungguh sampai cucur atap bak kata pepatah lamer gitu.

Erkk, Salam. ok saya sambung cerita. gua tengok patient katil yang gua kena cover, lalu gua pergi ke katil pertama no. ermm ( tak ingat). Ader seorang gadis cantik kot gua rasa, duduk atas katil. Dalam otak dah suspect diagnosis. Ni mesti keguguran ni, kalau fibroid jarang ahh muda camni, kalau kanser, pun selalu orang tua jer. So, denga perasan hensemnyer gua minta kebenaran nak duduk dan tanya soalan. Bla.. bla .. blaaa....

Tanya punya tanya umur 23 tahun. Kerja kat ... (mana leh gtau nanti korang cari dia pulak). Dan macam tulah, datang sebab sakit perut. Tanya ada darah keluar, dia cakap takde. Tanya punya tanya, baru gua tahu gadis ni kes pecah janin luar rahim. Janin dia tak lekap kat rahim tapi lekap kat tiub fallopian, bila makin membesar, pecah laa, tiub fallopian yang sambungkan ovari dengan rahim kan kecik. Rawatannya sebelah tiub tu kena buang laa..tinggal satu tiub jer.

So, itulah ceritanya... sekali soalan last gua tanya, "Akak, ni kahwin tahun bila?". Dia cakap "akak tak kahwin lagi. Tergelebah gua sebentar. Dia pandang gua, gua pandang dia. Pastu baru gua faham... (hubungan x mengikut prosedur yang diluluskan)

Sekali dalam hati gua terfikir hikmah. Ermm mungkin akak ni baik tapi kena penderaan seksual ker mana tahu, so  we always bersangka baik laa tu yang paling baik. Mungkin hikmah Allah bagi sakit macam ni mana tahu, terjadinya keguguran janin ker, dah bertambah kes buang baby kan.

Tapi padanlaa, Allah dah tarik satu benda dalam badan dia (yang fallopian tube tu). Dah kena buang. Kesian.


 Tapi tu laaa.. kalau dia amik polisi takafulink wanita aritu boleh juga dia buat claim untuk ringankan beban sebab cuti takde gaji. Heh.


Seriously gua tengok MAA takafulink wanita ni benda yang bagus giler tapi apsal laa ramai yang ngelat juga. Haha. Kalau tak bagus memang takderlaa gua promote habis habisan macam nii..kalau buat PAP smear boleh buat claim. At least dapat RM 2-3 ratus boleh gak buat PAP smear kat private so tak yah nak tunggu appointment kat klinik. Selesa pun selesa. PAP smear ujian screening untuk Kanser pangkal rahim. Agak-agak wanita mana yang berani cakap dia tak perlu jalani ujian PAP smear sila angkat tangan? heh.


Sikit laa gua cerita pasal kanser serviks (pangkal rahim). Sebenarnya kat pangkal rahim kita ni (eh silap kita pulak. ) pangkal rahim wanita ada beratus-ratus virus Human Papilloma. Tapi yang popular yang budak-budak skang kena vaksin tu 2 jer, HPV 16 dgan 20. (Kalau nak buat vaksin untuk beratus-ratus banyak tuu kos). virus ni satu faktor yang menyebabkan kanser bila jangkitan berterusan berlaku. (eh kalau silap tolong betulkan eh.) So, apa nak buat? kanser pangkal rahim 2nd kanser wanita paling common, dan bahaya sebab tak ada tanda-tanda awal ? Just kita ni beringat sebelum kena ah kot. Tapi still Allah tu x zalim nak bagi sakit kat hambaNya. Kita ni kot yang zalim hanya menyalahkan Allah dengan kesusahan yang kita hadapi padahal kita nak persoalkan apa memang kita ni HAMBA.

contoh anggaran kos di Klinik

Oklaa. gua ngantuk. Salam

Saturday, May 21, 2011

Sebelum orang lain cakap aku bodoh, baik aku bodohkan diri sendiri dulu

Salam. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Berat aku tetap mantain. Tapi lemah semangat laa pulak. Mungkin sebab dah tak exercise cambiasa. Seluar track kesayangan hilang haritu waktu pindah bilik. Arghhh... alasan alasan . Eh dah azan Isyak ! (jap lagi sambung)

Gua baru borak dengan member gua, namanya Luqman : dengan rela hati nya gua copy pastekan chat tu. Hehe.




1:59am
ader ubat tak? nak tukar time nih


takde rweh
tp aku rase kan
bgus ko tgk o dgr lagu smpi tetido
selalu aku dgr music smpi tetido

aku hari rabu aritu ader tido kul 12
tetibe bgun kul 3 pastu tak dpt tido balik
arghhh

pastu/
cube la tido leklok lak mlm ni
=0
okay la weh
aku lak cube tido

ok


rini aku tak tido lagi



aku xngantuk aaa

sian
aku tido dlu
salam

salam bang
tido baper jam mlm td?

Alhamdulillah
sampai kul 2p.m


alahai Shooot
sian kepada andda
anda*

xper aku redha
dulu kat Sibu pun camni

asal weh
aku rase hg stress kot

tu aa
aku takut dpat drpession ker schizo ker haha
takder arr stress nak stress apa nyer

Choiiii!!
hahahaha
ne taw ko
ko jer yg taw prob ko sendri

nanti aku recheck balik aa kot
takder prob laa bro
cuma aku letak bantal jer, jadi x ngantuk
bila pagi baru bleh lelap

kalo hg nk aku tlg


cuaca kot


hg dtg bilik aku
aku wat sleep stdy kt ko
hahaha

pastu?
hypnosis?
ko pndai ker?
hahaha

hypnosis aku taw bg tido jer
bg bgun balik aku tak reti
ader beran?
kalo tak bgun aku bacer yasin jelar


ok. tapi janji arr, jgan selongkar lebih2


hahahaha
weh
aku tak reti hypnosis la
dr siti reti
ko mintak tlg dier

malu aa nak jumpa


asal?


8:09pm
ntah, nampak macam aku sakit jer
hahaha (denial)

mmg hg sakit pon
insight ko poor weh
Luqmanul is offline. Your messages will be sent to his inbox.

Aku rasa kamu semua tahu kot apa masalah aku. Sleep problem. Ye arrr. mula-mula ingat ok jer, sekali melarat sampai 2 minggu. Maslahnya waktu kelas mengantuk, waktu petang jadi penat nak gi exercise. Kebarangkalian nak tinggal Subuh tinggi sebab pukul 4 camtu dah ngantuk gila.

And I hope This problem can get rid off soon. InsyaAllah.