Alhamdulillah aku baru sahaja abis exam, semoga aku lulus... sebenarnya banyak jugak aku punya plan tak jadi untuk cuti nih. tapi tak per lah ,..
Yaa entahlah sebenarnya aku pun tak tahu apa yang terjadi pada diri aku sekarang nih. Aku tertekan dan malas sesangat. Huuuu ( aku menghelakan nafas ) moga aku dapat cari jalan keluar dari kemurungan nih.
sekarang aku suka dengar lagu ungu-cinta dalam hati. Lantaklaah korang nak cakap aku sentimental ker aper ker lantak korang. tapi lagu nih macam jadi pada aku la pulak lirik dia. Bukan aku seorang jer yang ada rasa macam tu. Hahaha aku suka, jadi kes aku nih normallah tu. Ok sekarang stop cerita pasal cinta-cinta nih. Sekarang aku akan listkan aktiviti yang korang rasa boleh buat bila korang rasa bosan.
1. Buat origami pakai kertas, paling best buat origami jet plane sebab boleh terbangkan. kalau nak masyuk beli kertas sebesar mungkin dan buat. aku sure mesti korang puas hati.
2. Baca artikel "how to". kadang-kadang ada perkara yang kita tak tahu tapi kalau kita tahu mungkin berguna sikit untuk diri kita. Contoh yang aku baru dapat. Kekadanang kita selalu sibuk sampai takde masa nak siram pokok bunga yang kita tanam dalam pasu. So, untuk lebih mudah kita letakkan ajer beberapa ketul ais dalam pasu dan biarkan dia mencair sendiri. Haa kan mudah. Banyak lagi laa benda yang boleh bantu kehidupan seharian kita.
3. Baca novel. Kalau rasa boring baca novel panjang baca jer kisah pendek dalam buku. Lepas tu kita ada idea nak cerita kat orang lain. Aku suka baca buku kisah Nabi Muhammad dan sahabat dulu. Baca yang pendek2 jer, takderla boring sangat.
4. Bersenam, cuba cabar diri untuk bersenam tapi jangan stress sangat. Ikut keupayaan dirila jugak. Contoh macam pumping, cuba try buat 5 kali, lepas dah biasa esoknya buat laa 10 kali sambil tingkatkan lagi dan lagi.
5.Melukis, sekarang aku ada idea untuk melukis, aku amik jer gambar aper yang aku suka especially gambar wajah orang laa. lepas tu aku buat wallpaper kat laptop pastu aku amik kertas dan tekap kat laptop tu dan lukis, bila rasa lukisan tu cantik boleh bagi kat orang yang gambarnya dilukis tu, mesti dia hargai.
6.Tidurlah kalau korang tak tahu apa yang boleh dibuat lagi
Tips ni aku anjurkan bila korang ada kat dalam satu bilik dan korang tak boleh nak keluar disebabkan alasan yang tertentu. Ini bergantung. Kadang ada orang suka main games, chatting, dsb. Tapi itu bukan minat aku. Aku suka benda yang baru. Korang ada idea how to spend time in the room ? boleh bagikan kat aku.
No comments:
Post a Comment