Thursday, August 13, 2009

Exam minggu depan



Alhamdulillah, minggu ni dah dua kali aku tengok dekat tingkap 2 orang budak sekolah dapat naik bas sekolah pukul 6.30 pagi, menandakan aku tak jammed Subuh dan aku tak Jammed lepas solat Subuh. Ehem. Salam. Tak banyak nak cerita melainkan minggu depan ada exam. Exam. Exam. Wahh takut jugak nih. Tapi Insya Allah. Bleh kot. Malam tadi konon sebab bosan nak study kat bilik aku pun nak pergi library la malam tadi. Sampai kat bawah tu bilik seminar nampak terbukak. Aku pun tanya Bang Man pak guard, "bilik seminar bukak ka? nak study situ boleh?" dia cakap boleh. Pastu masuk jer bilik tu ada sorang amoi tengah buat kerja kat depan, aku pun masuk jer, bukan aku kacau dia pun, aku ambil tempat kat belakang bilik seminar dan mulakan nak study dengan harapan dapat tekun laaa study. Bang Man masuk bersama aku tadi pun tanya "Kitak exam kaa minggu depan?" aku menggangguk cakap yer. Lalu depan aku dia berdoa dengan kuat, " Ya Allah, kau luluskanlah kawan-kawan aku yang mahu ambil exam minggu depan ". Aku dengar doa tu aku diam. Syahdu gak. Ada orang yang doakan untuk kita. Lepastu masuk jer Isyak ada laa kawan aku azan dekat surau aku pun terus stop kejap study pergi solat jap, nanti senang sikit kalau takyah tangguh solat nih. Lepas study sikit aku pergi keluar minum jap, masuk bilik seminar tu balik, tengok kawan-kawan amoi tadi datang dengan semuanya pakai seluar pendek tahap peha. Aku pun yang duduk kat belakang rasa malas dah study situ so kemas barang terus naik bilik.
Memandangkan aku nak exam nih, sebenarnya, emmm sejak kebelakangan nih aku makin jarang panjangkan doa untuk exam nih, selalu fikir lepas solat nak study, nak study nak study jer. Teruk betul. Kadang-kadang kita nih, tak terlintas pun nak mengharapkan satu hari nanti diri kita nih menjadi bertambah baik, namun sebenarnya ada orang lain yang mengharapkan kebaikan disisi kita. Kebanyakannya ramai pulak yang menolak tu. Kecuali kalau kebaikan itu ada peluang atau faedah untuk diri dia. Kalau kita nak tahu orang macamana yang menyayangi kita, cukuplah orang tu mendoakan kita meskipun kita tidak tahu. Dan orang itu sebenarnya lebih menyayangi kita daripada orang yang sekadar mengungkapkan I LOVE YOU.
Kalau nak bercakap pasal cinta nih aku rasa orang lain lagi pakar kot dari aku. Pada aku lebih baik kita selalu belajar tengok heart dalam X-ray daripada termenung memikirkan heart and feelings orang lain yang kita sendiri tak tahu. Hahaha, Study, Study, Study. Salam

2 comments:

  1. Salam akh,

    Ma'n najah (selamat berjaya)

    Seronok jugak ana baca blok enta, ada banyak pengajaran yang ana dapat secara tak langsung..

    kalau boleh kongsi la jugak pengalaman dakwah, boleh kongsi ngan ikhwah di sini

    Sungguh ana rasa dapat bertuah dapt ikhwah seperti antum, ikhwah yang sentiasa cuba memperbaiki diri menjadi yang lebih baik..

    Selamat berjaya sekali lagi dari ana

    Akh Hafidz
    Kuching
    1.51 a.m

    p/s ada masa masuk la blog ana, mudah mudahan ada manfaat..

    ana cadangkan antum letak shoubox kat blog enta, boleh jugak chat

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, nanti ana cuba, ana pun baru lagi dalam blogger ni.

    ReplyDelete