Showing posts with label Iman. Show all posts
Showing posts with label Iman. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Kenangan waktu cuti


(Salam, post ni saja bagi tajuk macam ni sebab dah lama tulis waktu cuti haritu tapi tak sempat nak post, ok)

Before the earth was round

Before the earth was round
There was no end to things
And no one tried to measure what they knew

Everything was warm
And everyone was loved
And every contradiction was true

The sun was twice as hot
The moon was twice as far
And the sky was still honestly blue
The sky was still honestly blue

But when the time came
Everything spiraled in
And everyone forgot what they knew

War became a job
And love became a mystery
And heart and head were split into two

Fear and doubt began
And God threw up his hands
And the sky didn’t know what to do
The sky didn’t know what to do
The sky didn’t know what to do

(OKGO, before the earth was round)

Manusia ni, ada 2 sifat terhadap Bumi. Sebelumnya. Kita semua tak tahu. Tak tahu banyak benda. Dan semua perkara berjalan seperti biasa. Dijalankan menigkut alam oleh Tuhan kita, Allah. Alam, selalunya alam ni jujur. Umpama langit dan warnanya. Kalau cerah, langit menampakkan warna birunya, begitu juga mendung, langit menampakkan kemuramannya dilindungi awan gelap. Langit tak pernah tipu ah. Tak pernah lagi bila langit biru, datang ribut dekat lautan. Tertipulah nelayan mencari ikan.

Tak macam manusia. Kadang manusia mampu menyembunyikan perasaannya sendiri. Juga atas alasan tertentu. Itu terjadi apabila mereka mengtahui sesuatu. Tu lah yang aku cakap. Terhadap Bumi, atau apapun manusia akan ada 2 sifat. Iaitu sifat baik dan jahat. Dulu sebelum manusia tahu, kajian tak dibuat tentang alam, manusia hidup dengan alam dengan aman laa. Tapi lebih manusia tahu, sedikit sekali perubahan kebaikan yang ada di Bumi.Manusia lebih merosakkan Bumi. Apabila manusia tahu, mereka akan jadi tamak, dengki, berperangai buruk dan semua itu tergantung pada kehendak masing-masing. Cinta itu jadi hilang. Akal dan perasaan dah tak sehaluan. Sampai satu saat keadaan dah tak terkontrol. Satu saat, Allah lah yang mengambil keputusan akan sesuatu. Waktu itu yang jahat dibalas jahat, yang baik dibalas baik.

Tapi langit sentiasa jujur. Tak pernah mengkhianati manusia kalaupun diperlakukan kejam. Manusia tak kejam pada langit? Tipu! penipisan ozon yang membuat langit jadi tipis. Siapa punya kerja? Tapi langit tak pernah tipu. Bila tipis dia beritahu. Yang suhu Bumi dah makin naik. Langit tak pernah khianat dengan manusia. Belum pernah ada berita pesawat terhempas dipukul langit. Apa beza langit dan manusia? manusia juga ciptaan, langit juga ciptaan. Manusia tiada tiang penyokong, sama juga seperti langit. Tak hairanlah. Sedangkan manusia memperlakukan buruk pada manusia lain, inikan pula perlakuan manusia pada alam.

Manusia bila tahu, macam-macam akan jadi. Tapi lebih baik tahu sebenarnya dari tak tahu. Cuma kena hati-hati. Jikalau kita mengetahui sesuatu, jangan sampai kita melakukan sesuatu yang tak elok. Ini kenyataan yang umum. Yang penting niatnya harus sentiasa bersih kot. Umum sangat kan? Sampai aku baca balik pun jadi pening. Aku bagi contoh.

Contohnya pada ilmu. Ilmu itu bermanfaat pada kita. Tapi betapa banyak orang bila ilmunya banyak, mereka bukan membetulkan orang, tapi mencari salah orang lain. Betapa banyak orang bila ilmunya bertambah, tapi menyombong tak sedar diri terhadap orang lain. Bukan ilmunya yang salah, tapi merespon terhadap ilmu itu salah.

Contoh yang lain, ermmm cinta. Iaitu satu perasaan jiwa yang buat jiwa tenteram dengannya sampai manusia sanggup melakukan apa sahaja demi menyambung rasa itu agar tak hilang. Haha. Ini definisi aku. Kadang orang tak tahu pasal cinta. Orang hanya tahu pasal perasaan. Cinta itu bukan tentang sayang, itu perasaan. Jauh lagi pasal suka, itu..... suka itu hanya respons kita pada seseorang melalui deria yang kita ada. Tapi belum sampai pada hati. Ibarat “saya suka lihat awak senyum” dengan “saya suka melihat lukisan laut”. Keduanya kan sama diransang melalui deria mata. Terus kalau mata tidak ada, apakah cinta akan datang?

Kadang bila cinta itu ada, kita juga tahu dan sedar. Belum tentu bila kita tahu, itu membawa kebaikan pada kita. Betapa banyak orang yang salah merespon pada cinta. Sampai mereka yang rasa mereka lebih tahu akan cinta, mereka rasa berpegangan tangan itu sudah cukup menyatakan yang itu cinta. Berpelukan, berkucupan itu sudah cukup. Nyata bukan cinta yang salah, bukan juga ilmu tentang cinta itu yang salah.Akhirnya, Allahlah yang melengkapkan urusannya dan menyatakan “cukup!” Pada Allah terserahnya segala urusan.

Contoh yang lain. Kuasa. Semua belum tahu betapa hebatnya kuasa. Kekuasaan boleh mengawal minda dan raga. Tetapi belum tentu jiwa. BIla kita memiliki kuasa, belum tentu dapat memberi kebaikan pada orang lain. Betapa banyak bila tahu akan hebatnya kuasa, mengambil itu untuk kepentingan diri. Lalu menganggap dirinya hebat! Sudahlah. Pada yang tidak memilki kuasa, jangan kehebatan kuasa yang mengawal diri kita dan membuat kita rasa kagum pada yang berkuasa.

Terlalu banyak rahsia tentang alam dan kehidupan ini. Aku seolah ingin tahu semuanya. Tapi risikonya aku akan lebih cenderung untuk melakukan kejahatan dengan ilmu tersebut. Mudahan kita ini terjaga dari melakukan kesalahan. Bukan ilmu yang salah. Tapi siapa yang salah? Takde. Janganlah kita sibuk mencari salah. Bak kata aku sendiri,

“hiduplah seperti peserta PLKN. Kalau seorang salah, semuanya salah!” (suara ala2 kem komandan)

akhir sekali...bak kata aku juga tadi,

“kita tahu bukan untuk mencari salah, tapi untuk membetulkan”

oklah salam.

Monday, February 8, 2010

Keinginan

Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang hidup kita ni , kita isikan hati kita dengan menanam dengan berjuta-juta keinginan. Keinginan. Aku ingin itu... Aku ingin ini.... Aku ingin kamu....Aku ingin kita..... Aku tak ingin apa-apa, aku hanya ingin.... dan pelbagai ayat yang menunjukkan betapa kita ni, tak kira apa juga keadaan penuh dengan keinginan.

Itu normal. Manusia tu kalau tak ada keinginan bererti dia layak jadi kayu. Ehem, kayu pun ada keinginan. Haah, betul. Berkeinginan pada cahaya, tertarik dengan graviti. Kalau kita letak pokok kacang kacang dalam gelap, dia tak berkeinginan untuk hidup. Kalau kita letak lubang kat kotak, tu dia tumbuh ikut lubang tu sebab inginkan cahaya untuk hidup.Benda ni kan belajar kat sekolah rendah. Cuma waktu tu cikgu sekolah rendah tak explain detail sangat. Cikgu hanya ingin supaya kami tahu apa itu pemboleh ubah dimanipulasi, pemboleh ubah bergerak balas, pemboleh ubah dimalarkan. Ingat lagi dengan Cikgu Zul. Betapa kami dulu budak kampung punya laa tak reti dengan pemboleh ubah ni sampai dia cakap, “sonang yo! pemboleh ubah dimanipulasi tu yang ado semakin, semakin tu. Macam semakin boghek bondo tu, semakin lambek dio jalan.” Sampai camtu sekali. Cikgu Zul jugak ada keinginan. Dia nak budak dapat A dalam sains UPSR.

Bukan manusia je, Allah pun ada keinginan. Haah betul. Kalau tak caya cuba check surah Al-Zariyat (51:56). “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”.

Sedangkan Allah juga punyai keinginan, inikan pula manusia. Jin pun ada keinginan juga kot. Aku rasa team Seekers yang suka cari hantu tu pun tak tahu pasal ni. Emm mungkin jin berkeinginan agar manusia ni tak kacau hidup diorang lagi. Mungkin kot, aku mana tahu.

Tapi apa beza keinginan Allah dengan keinginan manusia? Manusia ni, kalau dia nak sesuatu dia akan berharap. Tapi Allah tak.. kita sambung lagi surah Al-Zariyat (51:57), “ Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepada-Ku”. Subhanallah!

Tapi kenapa Allah terlalu fokuskan tentang rezeki pulak eh? Mmm, sebab keinginan manusia tu selalunya banyak pasal rezeki. Rezeki kan macam-macam. Kesihatan yang baik, itu rezeki. Jodoh yang baik itu rezeki. Makanan itu memang semua orang tahu laa rezeki, lebih-lebih lagi kalau makanan free, masa yang lapang tu jugak rezeki.

Tapi kita ni kan, (manusia). Selalu jer minta rezeki ni, tak cukup Allah bagi, kita minta kat manusia. Tak cukup kat manusia kita minta kat jin! tak cukup kat jin, kita minta kat syaitan. Tak cukup ngan syaitan, kita minta kat pokok, kat Matahari, kat batu. Tak cukup lagi, kita frust, bunuh diri, nangis-nangis. Pun rasa tak cukup jugak, kita dengki-dengki, hasut orang, bukak keburukan orang, sampai bunuh-bunuh pun ada. Rasanya memang selalulaa rasa tak cukup. Sampai kita nak mati pun, kita berkeinginan lagi. Sebab tu kott, Allah nasihat ... kalau dapat rezeki tu kena bersyukur. Bukan Allah tak bagi, Allah bagi, bukannya tak cukup, cukup sangat-sangat. Kalau rasa tak cukup, minta laaa (berdoa). Nanti Allah bagi lagi. Kalau benda tu tak dapat, Allah suruh berdoa, nanti Allah ganti yang lebih baik. Ya Allah betapa sempurnanya kebaikanMu.

Pastu kita ni (manusia) punya laa gedik giler minta kat Allah, lupa plak apa yang Allah minta kat kita (iaitu beribadah). Kadang-kadang ingat, tapi selalu lupa. Dahtu betapa sikitnya kita beribadah, adakah sama banyak dengan keinginan kita yang macam-macam?

Lalu, macamna? Bagi aku, kan lebih baik kalau keinginan kita tu sama dengan apa yang Allah inginkan pada diri kita. Kita cakap dekat Allah, “Ya Allah, kalau Kau inginkan agar aku beribadah kepadaMu, aku juga mahukan hal yang sama, pastikanlah Ya Allah, agar segala apa yang aku buat itu merupakan ibadah kepadaMu”. Haa, Allah hendakkan kita beribadah, kita pun nak benda yang sama, rasa-rasanya Allah nak tolong tak? Mesti laa tolong. Bila Allah dah tolong, kena laa bersyukur. Alhamdulillah.

Aku kat Betlehem ni pun sama kot. Banyak minta kat Allah macam-macam. Aku kan sesat, aku minta kat Allah supaya dapat keluar. Tapi aku penat, malas nak cari. Aku minta kat Allah tolong bagi aku kuat. Bagi makan yang cukup supaya dapat tambah tenaga. Tapi orang kat Betlehem macam-macam minta kat aku. Ada yang ajak minum, ajak buat lawak, ajak macam-macam. Aku penat. Aku nak cakap, kalau nak minta, jangan minta kat aku lagi, minta kat Allah! Aku penat! Kalau tak sampai bila-bila aku tak dapat cari jalan keluar. Takpe, lepas aku dapat cari jalan keluar, aku akan lukis peta. Aku akan jumpa balik orang kat Betlehem, aku akan tunjukkan jalan keluar. Sebab aku SAYANGkan orang kat Betlehem. Terpulang sama ada diorang nak ikut keluar atau stay dalam Betlehem. Tapi aku tahu ada ramaaai yang seronok duduk dekat Betlehem. Termasuk aku. Sebab tu laaa aku sesat. Atau aku ni selesa dalam kesesatan ni ke?

Tapi dulu aku fikir, sebelum aku keluar dari Betlehem. Emm... aku nak cari seorang isteri dari Betlehem. Tapi kena tanya kuda aku juga, larat ke kalau 2 orang naik atas dia. Kalau tak larat, camtu aku kena cari seorang yang sanggup jalan kaki sementara aku naik kuda. Eh kesian pulak, ke kena cari yang terlalu baik sampai aku tak sanggup kaki dia melecet sebab jalan pastu aku biar aku yang jalan kaki dia yang naik kuda. Ke aku kena cari yang sanggup jalan kaki dengan aku sambil mengheret kuda? Ke aku kena cari seekor lagi kuda, biar sama-sama jalan naik kuda masing-masing. Habis tu nanti bila dia dah ada kuda, dia lari, frust lak aku! Eh aku ni nak cari orang ker nak cari kuda. Dah pulak nak fikir cari dua-dua. Lepas tu aku fikir balik. Yang aku ni banyak buang masa. Keluar pun belum lagi, dah fikir jumpa jalan keluar nak buat apa. :(

Dahlah. Aku nak lupakan Isu liwat dato’ Anwar, nak lupakan isu kalimat Allah, nak lupakan isu Malaysia menang badminton, aku nak lupakan isu. Sebab isu tak pernah habis. Aku pun dah kehabisan tisu untuk menangis. Mudahan Allah berikan jalan terbaik untuk Aku. Aku bersyukur Allah cukupkan apa yang aku ada. Aku tak nak minta macam-macam lagi. Aku nak minta Allah jadikan aku hamba yang bersyukur. Tengok , minta jugak! memang kita hidup ni takkan terlepas dari meminta-minta. Kita ni manusia yang tak pernah cukup. HasbiyAllahu wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’mannasir.