Sunday, June 21, 2009

Mengelamun

Pagi ini aku bangun lambat, ntah apa laa dosa aku ni asyik bangun lambat jer hari-hari. Tapi lepas aje bangun dalam pukul 8 pagi camtu semua aku tengok masih tidur lagi. Aku pergi laa ke gym sebab rajin plak hari ni nak exercise, kejap jer dalam 45 minit camtu aku pun naik balik kepenatan dan loya2. Bila terbaring kat lantai tu terus terlelap sampai pkul 10.30. Petangnya pun tidur jugak lepas zohor tapi sekejap lepas tu pergi ke liqa'. Aku rasa sangat best melihatkan kawan-kawan aku nih yang sangat bersemangat . InsyaAllah mudahan akan ada keberkatan pada kami berkumpul. Kawan-kawan aku banyak yang menasihati, kalau mahu melakukan sesuatu tu kena lakukan dengan ikhlas. IKHLAS IKHLAS IKHLAS. Selalunya kita cakap jer ikhlas tapi dalam hati ada niat lain . Apa ikhlas ni? hmm kalau nak huraikan memang tak dapat habis dalam satu post jer. Senang cerita mcam ni. Kalau nak tahu ikhlas ni kebayakan apa yang kita lakukan tu hasilnya lambat untung, atau hasilnya macam tu jugak atau hasilnya kita jadi lagi rugi lagi. Wahh mesti ramai anggap kalau camni tak bleh laa bisnes dengan ikhlas, asyik rugi jer. Sabar dulu. Ini dalam konteks permulaan untuk melakukan satu perkara. Hasilnya di kemudian hari akan datang. Kalau dalam Al-Quran tu cakap datangnya tidak disangka-sangka.

Wahhh, penatnya takpelah, moga-moga aku ini diberikan keikhlasan oleh Allah walau seberapa kecil pun perkara aku buat even bila nak buang air pun .

Friday, June 19, 2009

hari jumaat yang spoil

aik, aku tengok mcm ramai jer yang view blog ni tapi tak bagi comment pun. Emm takpelaa mungkin blog ni mcam buang masa kot, tak bagi manfaat. Hmm hari ni memang spoil, pagi tadi bangun tgk2 pukul 7.45 itupun nasib baik anaiki housemate aku kejutkan. Alamak, lecture pkul 8, mandi pun sekadar basah badan jer pastu pergi lecture mcam biasa. Alahamdulillah tak mengantuk pun pagi tadi, lecture Dean tentang ethics frankly speaking memang tak berapa menarik tapi aku boleh faham apa yang perlu ada untuk jadi seorang yang beretika dan professional. Tapi tu ok lagi walaupun tak terlelap aku still menguap jgak, waktu ada tea break aku pun beli kopi secawan. Actually everyday pun macam tu. Lepas kena kopi ada lecture pasal history taking and physical examination by retired physician. Lecturer ni memang old timer dia jadi medical student waktu around 60's macam tu. Dia punya lecture ni lebih kepada talk laa dan aku tak salin sangat pun. Apa yang menarik yang dia ceritakan pada aku ialah bagaiman kat medical school dia ulu, dia punya dean sangat liberal. Diorang tinggal dekat hostel yang different gender tapi boleh bersosial dan bercampur antara hostel tu sesuka hati korang jer. Even kalau bdak perempuan nak mandi shower kat hostel lelaki pun takper. Ini dibuat dengan alasan nak membuatkan medical student ni tak tertarik dengan jantina yang berbeza. Juga tak tertarik dengan jantina yang samalah wahhh kalau itu terjadi lagilaa bahaya. Jadi hasilnya nanti student akan dapat melihat seseorang itu as a patient not a woman or man. Tapi pada akulaa hmm sangat sakit! Memang naluri manusia akan tertarik pada seseorang kenapa nak trained seorang manusia untuk jadi seperti robot kan. Tapi memang kalau seseorang tu dah fall in love, susah nak buat kerjalaa dan susah nak ambil kira apa yang akal nasihat tapi selalunya akan ambil kira yang kepala lutut dia nasihat means that suka buat benda bodoh.  Sudahlaa tu . Apapun dalam menghadapi setiap cabaran tu hakikatnya perlu berani. Berani mengatakan sesuatu yang tak patut untuk kita lakukan itu salah walaupun hakikatnya kita teringin sangat mahukan perkara tersebut. Memang ramai kat dunia ni yang tak berani. Nak tengok orang berani tirulah askar. Jangan tengok askar sekarang, tengok askar yang dulu-dulu waktu perang dunia ataupun mujahid waktu peperangan Islam dulu. Tak pernah pulak ada cerita diorang ni complain pasal takde perempuan dalam batalion ke, tak sanggup tinggal anak dan isteri ke. Mereka tahu mereka akan mati dan mereka tahu penghargaan yang akan mereka dapat tak senilai dengan nyawa tapi mereka berani mati terhadap apa yang mereka perjuangkan dan mereka merasa bahawa itu benar. Amacam, sanggupkah kita menjadi seorang askar ? Tapi askar sekarang sorry to say bukan semua tapi ada banyak  macam hampeh. Lepas pencen , kahwin pastu jadi jaga kat sekolah ataupun rela. At least ajarilah anak bangsa dan agama kita ni supaya jadi berani sikit. Jangan jadi lembik. Ada yang berani tapi bodoh pun tak guna jgak.  Ada pulak yang pergi berperang tahu nak rogol anak dara orang jer la pulak ( ni bukan kat Malaysia, tapi kat negara asing ). Dulu kat kampung aku suka la jgak dengar cerita tentang seorang pakcik ni yang lepas bersara dia jadi peneroka Felda.  Tapi sekarang dia dah sakit,  dia ada arthritis dengan psoriasis. Kesian askar memang bila dah tua nanti banyak sakit lutut sebab banyak berkawad dengan jalan jauh. InsyaAllah aku doakan yang terbaik untuk dia. Dulu dia seorang yang berani sebagai seorang askar tapi sekarang nak marah cucu pun cucu dah tak gerun dah. Walau apapun aku tabik hormat kepada pejuang-pejuang ni. Tapi orang yang berjuang atas kebenaran laa. Sesiapa yang berjuang dengan kebenaran dan bersungguh-sungguh berjuang aku akan doakan yang terbaik untuk mereka sebaliknya sesiapa yang hidupnya tak berapa nak berjuang, tak tahu dah nak buat apa hidup ni lebih baik cepat mati daripada menambah dosa. Owh takdelaa lebih baik cepat bangun daripada tidur dan cepat bertaubat.

Thursday, June 18, 2009

Takut dan harap

Hemm petang ni berakhirlah juga lecture tentang Nervous system dan Cardiovascular system. Aku tengok nak jadi lecturer ni bukan mudah. Nak jadi lecturer kena banyak tahu tentang seni , ayat-ayat macamana nak buat student tak boring tapi lecture yang informative. Penggunaan teknologi juga penting macam kamera video dan lain-lain tapi aku rasa penggunaan power point di zaman ini kebanyakan menjadi penyebab banyak lecture yang mengantuk dan boring. Aku suka lecture yang interaktif yang waktu lecturer banyak bagi soalan dan discussion tapi itupun kalau kita tahu laa sikit tentang topik yang nak dilecturekan tu.  Tapi apa kaitannya dengan tajuk post aku ni yer, takut dan harap . Hmmm.....

Kalau diikutkan semua orang akan takut gagal. Yer semua orang. Kegagalan adalah perkara yang sangat ditakuti. In fact, aku sebagai seorang manusia walau bagaimana cara pun pasti menghadapi rasa takut dengan kegagalan ini.

Kadang-kadang aku juga terfikir, wahh apa salahnya kalau aku gagal, yang gagalnya tu aku , bukan orang lain, yang tanggung sedihnya justeru aku tidak kena mengenanya dengan orang lain. Tapi pada satu sisi aku dapat rasakan bahawa selama ini yang di sekeliling aku juga manusia. Mereka juga ada perasaan seperti aku dan aku mempunyai persamaan dengan mereka. Aku juga mengenali satu ayat iaitu 'tidak mahu mengecewakan mereka'.

Sewaktu aku pulang tempohari, aku tidaklah sesedih dan setakut apapun untuk menghadapi bahawa aku gagal dalam peperiksaan. Namun, semasa pulang bercuti itu ketakutan itu begitu terasa. Aku baru tersedar aku punyai mak dan abah yang sentiasa berikan yang terbaik untuk aku belajar dan aku 'tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku punyai abang, kakak yang banyak membantu dan memberi dorongan untuk aku senang bila belajar dan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku punyai anak buah, anak-anak kepada abang dan kakakku yang mulai membesar yang mahukan aku lekas pulang untuk menemani mereka daan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku punyai jiran-jiran yang sangat baik, seringkali bertanya bila aku akan selesai kuliah, ada juga yang resah apakah beliau akan hidup lama lagi untuk dapat melihat aku menyelesaikan kuliah dan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'.  Aku juga punyai teman-teman yang banyak mendorong dan mengharapkan agar aku lekas selesai kuliah semoga perancangan yang kami lakukan berama tidak harus tergendala dan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'.  Aku juga mempunyai pensyarah yang takut jikalau hidup aku gagal dan pensayarah yang sangat gigih merancang dan berbincang tentang masalah serta kehendak pada diriku dan 'aku tidak mahu mengecewakan dia.

Makanya kini aku sedar bahawa aku ini punyai banyak tanggungjawab pada orang lain disisiku. Ini baru sahaja berbicara akan manusia, kalau dilibatkan dengan Allah dan nikmat yang Dia telah beri aku lagi takut nih.

Yang penting aku harus lebih berusaha untuk tidak gagal lagi. Kerana gagal aku, betapa banyak manusia yang harus menanggungnya.

Wednesday, June 17, 2009

Kebiasaannya

Pada hari ni aku bangun lambat lagi, tidak sempat tahajud padahal aku tidur awal malam tadi. Mungkin sebab petang semalam aku melihat movie. Tajuknya Laskar Pelangi. Mungkin itu jadi sebab aku lalai. Apapun itu suatu cerita yang bagus. Di dalam cerita tersebut ada disebutkan tentang karya puisi dari chairil anwar seorang pemuisi Indonesia. Karya puisinya yang terkenal itu bertajuk 'AKU'. Aku pun cuba untuk melihatnya sendiri di dalam internet. puisinya seperti ini:

AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

March 1943

Serba sedikit tentang kisah Chairil Anwar ni aku copy paste dalam forum warung puisi

"Biografi Chairil Anwar (1922 - 1949)

Chairil Anwar dilahirkan di Medan, 26 Julai 1922. Dia dibesarkan dalam keluarga yang cukup kacau-bilau . Kedua ibu bapanya bercerai, dan ayahnya berkahwin lagi. Selepas perceraian itu, saat habis SMA (sekolah menengah atas), Chairil mengikut ibunya ke Jakarta.

Semasa kecil di Medan, Chairil sangat rapat dengan neneknya. Keakraban ini begitu memberi kesan kepada hidup Chairil. Dalam hidupnya yang amat jarang berduka, salah satu kepedihan terhebat adalah saat neneknya meninggal dunia. Chairil melukiskan kedukaan itu dalam sajak yang luar biasa pedih:

Bukan kematian benar yang menusuk kalbu

Keridhaanmu menerima segala tiba

Tak kutahu setinggi itu atas debu

Dan duka maha tuan bertahta

Sesudah nenek, ibu adalah wanita kedua yang paling Chairil puja. Dia bahkan terbiasa membilang nama ayahnya, Tulus, di depan sang Ibu, sebagai tanda menyebelahi nasib si ibu. Dan di depan ibunya, Chairil acapkali kehilangan sisinya yang liar (sentiasa berbuat baik). Beberapa puisi Chairil juga menunjukkan kecintaannya pada ibunya.

Sejak kecil, semangat Chairil terkenal kedegilannya. Seorang teman dekatnya Sjamsul Ridwan, pernah membuat suatu tulisan tentang kehidupan Chairil Anwar ketika semasa kecil. Menurut dia, salah satu sifat Chairil pada masa kanak-kanaknya ialah pantang dikalahkan, baik pantang kalah dalam suatu persaingan, maupun dalam mendapatkan keinginan hatinya. Keinginan dan hasrat untuk mendapatkan itulah yang menyebabkan jiwanya selalu meluap-luap, menyala-nyala, boleh dikatakan tidak pernah diam.

Rakannya, Jassin pun punya kenangan tentang ini. “Kami pernah bermain bulu tangkis bersama, dan dia kalah. Tapi dia tak mengakui kekalahannya, dan mengajak bertanding terus. Akhirnya saya kalah. Semua itu kerana kami bertanding di depan para gadis.”

Wanita adalah dunia Chairil sesudah buku. Tercatat nama Ida, Sri Ayati, Gadis Rasyid, Mirat, dan Roosmeini sebagai gadis yang dikejar-kejar Chairil. Dan semua nama gadis itu bahkan masuk ke dalam puisi-puisi Chairil. Namun, kepada gadis Karawang, Hapsah, Chairil telah menikahinya.

Pernikahan itu tak berumur panjang. Disebabkan kesulitan ekonomi, dan gaya hidup Chairil yang tak berubah, Hapsah meminta cerai. Saat anaknya berumur 7 bulan, Chairil pun menjadi duda.

Tak lama setelah itu, pukul 15.15 WIB, 28 April 1949, Chairil meninggal dunia. Ada beberapa versi tentang sakitnya. Tapi yang pasti, TBC kronis dan sipilis.

Umur Chairil memang pendek, 27 tahun. Tapi kependekan itu meninggalkan banyak hal bagi perkembangan kesusasteraan Indonesia. Malah dia menjadi contoh terbaik, untuk sikap yang tidak bersungguh-sungguh di dalam menggeluti kesenian. Sikap inilah yang membuat anaknya, Evawani Chairil Anwar, seorang notaris di Bekasi, harus meminta maaf, saat mengenang kematian ayahnya, di tahun 1999, “Saya minta maaf, karena kini saya hidup di suatu dunia yang bertentangan dengan dunia Chairil Anwar.”

Emmm, maaf  kalau ada yang tak berapa minat pada puisi ini, tapi memang jelas puisi ini senang sekali untuk difahami. Ianya seolah-olah membicarakan tentang aku sendiri. Tetapi bukan aku maksudkan kehidupan aku sama, Wahhh mudah-mudahan aku takkan pernah terkena jangkitan siflis. Tetapi memang kebanyakan pemuda itu jiwanya selalu ingin memberontak dan mengikut keinginan sendiri tapi untuk apa. Setiap sesuatu itu kan pasti ada sebabnya. Itulah manusia. Namun, manusia yang berdegil pasti akan mendapati kesalahannya. Chairil ingin menunjukkan ketidakpeduliannya kepada pembaca, dalam puisi ini juga terdapat pesan lain dari Chairil, bahwa manusia itu itu adalah makhluk yang tak pernah lepas dari salah. Oleh karena itu, janganlah memandang seseorang dari baik-buruknya saja, kerana kedua hal itu pasti akan ditemui dalam setiap manusia.

Sunday, June 14, 2009

Pagi yang indah, malam yang kelam

'Saya mahu jadi pendakwah', begitulah ayat yang telah aku beritahu kepada 'seseorang' tentang alasan kenapa aku sudah berubah. Saban hari, aku berasa sedih dengan keputusan sendiri. Sebagai seorang manusia biasa yang mempunyai begitu banyak keinginan, mana mungkin diri sendiri menawarkan diri untuk merasa susah, menjadi bahan hinaan dan kebencian orang, wangnya habis diinfaqkan, tenaganya habis dikerah, paginya merasa mengantuk kerna malamnya dimanfaatkan. siangnya dikerah sehingga malam muncul kembali . Lebih teruk lagi ada yang menggelarnya gila, ada pula yang sanggup mengorbankan cinta, keluarga, kehormatan dan gelaran demi Yang Maha Perkasa atas segalanya. Pada mulanya aku sedih dengan apa yang aku alami, aku kecewa tetapi tiada siapa yang harus dipersalahkan, aku memohon kepada Allah supaya dia melihat pada diriku ini. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk diriku.

Setelah malam itu berlaku, aku terus saja tidur. Lalu, aku bangun seawal pagi sebelum Subuh. Seringkali aku liat untuk bangun namun terasa senang sekali untuk bangun pada pagi itu. Mungkin Allah mahu memperingatkan aku untuk bertahajud menemuiNya dan merintih serta memohon padaNya. Seperti biasa aku bangun, bertahajud dan aku rasakan tahajud kali ini terasa lebih tenang dari sebelumnya. Terasa lebih sayu, redup seperti aku bertahajud di bawah pohon yang menitiskan embun-embun pagi.  Aku sudah siap untuk melalui hari yang kehadapan bersama Allah, taat menurut perintahNya dan juga taat meniggalkan laranganNya. Aku tahu aku lemah, dan aku tahu untuk menghadapinya aku harus kuat. Seperti kata seorang ikhwah, seseorang itu kuat bukan kerana fizikal yang dia miliki tetapi kekuatan yang dikurniakan Allah kerana kuatnya doa yang dia titipkan, kuatnya ibadah , kuatnya keikhlasan dan tawakkalnya pada Allah.

Aku teringat kisah Nabi Nuh a.s dan dakwahnya. Cabaran yang dialami oleh Nabi Nuh a.s bukannya sedikit malahan keluarganya sendiri yang menolak dakwahnya dan menghasut orang lain untuk tidak mengikutinya. Dan ketika Nabi Nuh mempersiapkan bahtera untuk menghadapi banjir yang besar, anaknya dengan sombong berkata dia akan menghadapi banjir tersebut dengan mendaki sebuah gunung yang tinggi. Namun takdir Allah tidak ada siapa yang mampu mengelakkan. Jelas disini bahawa setiap persaudaraan itu hanya akan berkekalan jikalau didasari dengan keimanan. Meskipun ada hubungan darah, kekeluargaan, saudara sepupu, atau apa hubungan sekalipun, namun jika ianya bukan didasari dengan keimanan maka persaudaraan itu tidak akan berkekalan lama. Allah s.w.t juga menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa setiap orang mukmin itu bersaudara.

Mahu mencari kebahagiaan dengan kemaksiatan selalunya akan mengundang kekecewaan. Mata selalunya menafsirkan hal yang salah tentang kebahagiaan. Kebahagiaan atau kekecewaan itu juga milik Allah dan bukanlah mata yang menjadi radar untuk mencarinya.

Aku juga tidak tahu apakah aku mampu mengekalkan dan menajamkan tekad pada diriku untuk mendukung prinsip yang aku pikul selama ini. Aku juga tahu aku tidak mampu menghadapi segalanya. Allah, bantulah diriku untuk menghadapi segalanya dengan jalan yang terbaik. Aku tahu janjiMu itu benar dan aku juga tahu bahwa perancangan Kamulah yang terbaik.

Saturday, June 13, 2009

Susah hati..

Pagi ni aku bangun subuh lambat.. 8 pagi. mungkin semalam aku sangat mengantuk dan hilangkan mengantuk dengan minum air kosong je. Pagi tadi aku hantar kawan aku pergi ke Matang sebab dia ada belajar memandu hari ini. On the way balik, aku singgah ke pasar tani, tiba-tiba aku teringin nak makan pisang, aku pun belilah sesikat pisang, tak mahal pun rm1.20 je, kalau monyet yang panjat pokok tahap intelektual dia tinggi macam manusia mesti dia boleh saving kalau pisang tu adalah diet dia. Tapi aku tak bleh laa sebab aku suka makan nasi. Cerita pasal makanan ni memang satu hari pun tak habis, punya laa banyak makanan yang Allah s.w.t ilhamkan kat kepala otak manusia ni. Malam ni pun sama, ada aku pegi satu warung makan nasi dengan ayam , namanya nasi ayam apa ntah aku dah lupa sebab nama dia pelik. Tapi memang sedap, lepastu sambil makan aku tengok laa cara makcik tu masak, rupanya ayam tu dia goreng dulu dengan rempah lepas tu dia letak kat hot plate yang masak burger tu kasi luar dia garing. ooo macam-macam idea untuk memasak ni rupanya.

Friday, June 12, 2009

Bersama mak dan abah di waktu cuti

nnn" Dik, tiket kau angah dah boli, pukul 7mlm hari Jumaat", "Ok, thanks, nanti kau tolong amik yo kat airport". Aku menyampaikan sms kepada abangku yang aku panggil angah. Selalunya jika aku ingin pulang ke kampung untuk bercuti panjang, aku akan menyuruh angah atau along yang tolong belikan tiket flight sebab mereka memiliki kad kredit yang mudah ditempah online. Cuti kali ini adalah amat bermakna bagi aku, Inilah cuti yang terpanjang pernah aku lalui sepanjang pengajianku di Sarawak ini. Aku sudah menyiapkan barang2 untuk dibawa pulang, termasuk sedikit ikan terubuk masin dan kek lapis Sarawak sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Petang itu keputusan peperiksaan ulangan telah pun keluar dan aku gagal dalam peperiksaan. Ini bermakna aku terpaksa mengulang tahun pengajian semula dan masuk kembali bersama pelajar muda setahun dariku. Ini juga bermakna cutiku dapat dipanjangkan lagi untuk menunggu semester baru bermula. Setiba di airport, angah mengambil aku bersama isteri dan seorang anak perempuannya.  Aku masih berasa sedih mengenangkan kegagalan peperiksaan aku. Namun aku tidak pula lokek untuk memberitahu tentang berita itu pada angah. Pada malam itu aku tinggal di rumah angah dan kami pulang ke kampung keesokan harinya. Dalam perjalanan pulang, aku masih memikirkan betapa beratnya untuk memberitahu akan hal ini pada mak. Mesti mak akan berasa sedih..



2 jam perjalanan dari Seremban menuju ke rumahku di Felda Pasoh 2 seperti singkat bagiku, mungkin kerana aku sudah mula merindui mak dan abah walaupun kami hanya 2 bulan tidak berjumpa. Suara mak yang aku selalu dengar melalui telefon setiap minggu kini akan aku dengar setiap hari. Wajah mak yang sayu  selalu memandang dan menatap wajahku lama-lama. Aku menyedari hal itu.

Kampung di Feldaku ini  banyak yang berubah, kelihatan banyak rumah-rumah yang dahulunya kayu bertukar menjadi rumah batu. setelah menuruni sebuah bukit dan membelok ke kiri, kereta angah meluncur laju ke satu rumah yang berwarna merah jambu iaitulah rumah kami. Di halaman rumah kelihatan sebuah kereta perodua viva berwarna silver kepunyaan abang iparku. Setibanya dirumah, aku terus mengangkat barang kepunyaanku dan masuk ke dalam rumah. Bunyi kereta angah di halaman rumah membuatkan mak keluar menyedari anaknya pulang. Aku bersalam dengan mak dan abah, lalu meletakkan ole-ole yang aku beli di dapur. Ole-ole itu mak bahagikan untuk diberikan pada jiran terdekat. Itulah titik permulaan cutiku di rumah.

Pada malam itu, aku memberitahu mak tentang berita kegagalan aku di dalam peperiksaan. Mak kelihatan tidak menibulkan reaksi sedih. Mungkin cerita itu seolah sudah biasa hinggap di telinga mak kerana sebelum ini juga aku pernah gagal peperiksaan berkali-kali.

Sebagai seorang mahasiswa yang biasa, aku juga memanfaatkan cuti seperti pelajar yang lain. Menonton televisyen, tidur yang panjang, mendengar lagu, seolah-olah tiada apa lagi perkara untuk dilakukan. Lama-kelamaan aku menjadi bosan dengan hal itu. Aku bertanya kepada mak, "Mak apo kojo yang dapek dibuek kek ghumah ni?' secara spontan mak menjawab, "Banyak, poie siram pokok bungo, sapu sampah belakang gumah tua haa". selalunya inilah jawapan yang mak akan bagi kalau aku menanyakan soalan ini. Aku teringin juga untuk mencari kerja yang bergaji mudahan dapat menanggung duit poket sepanjang cuti ini tetapi aku tak sanggup untuk meninggalkan emak kerana aku sangat jarang untuk dapat bercuti bersama mak.

Pada suatu pagi selepas subuh, aku tidak dapat tidur balik. Biasanya selepas solat Subuh aku akan tidur semula kerana tidak ada apa yang ingin dilakukan, aku termenung di pintu belakang rumah, kelihatan daun pada pokok cempedak banyak yang gugur. Lalu dengan hanya berkain pelekat aku mengambil pencakar dan terus menyapu daun di belakang halaman rumah, semakin lama aku semakin bersemangat membersihkan halaman belakang rumah. Kelihatan buah-buah kwinin (sejenis buah rasanya seperti mangga) yang banyak busuk jatuh di tanah. Aku mengambil sarung tangan kebun yang selalu mak pakai dan mengutip buah-buah yang busuk itu lalu aku buang ke tapak pembuangan sampah. Sampah yang aku kumpulkan lalu aku bakar. Walaupun agak penat aku terasa berpuas hati kerana halaman itu sudah menjadi bersih.  Aku teringat sewaktu kecil dahulu di belakang rumah ada sepohon pokok jambu air yang selalu berbuah mengikut musim. Di bawah ada laluan longkang dari bilik air dan sinki di rumah yang mengalir ke belakang rumah. selalunya, buah jambu yang busuk akan jatuh ke dalam longkang dan untuk membersihnya terpaksa mengutip buah yang busuk itu. Kalau mak menyuruh aku mengutip buah itu, selalunya aku akan merasa mahu muntah kerana jijik dan jarang aku melakukan perkara tersebut kecuali terpaksa. Kini, pokok jambu itu sudahpun ditebang.

2 minggu aku dirumah dengan kerehatan yang panjang, tiba2 satu sms masuk kedalam telefon bimbitku. "akhi, antum sedang bercuti kan? antum kena pergi liqa negeri nanti".  Liqa adalah satu perjumpaan dimana aku perlu pergi ke Seremban untuk berjumpa dengan kawan-kawanku yang lain seperti usrah . Untuk itu, aku meminta kebenaran pada mak, " Mak, Adik nak poie seromban khamis ni, nak jumpo kawan". Aku membahasakan diriku adik kerana aku adalah anak yang paling bongsu di dalam keluarga. Aku teringat sewaktu di sekolah menengah aku malu dengan gelaran itu lalu aku cuba menukarnya dengan membahasakan diriku sebagai 'orang' namun ditegah oleh mak.  Kini aku sudah biasa dengan gelaran itu di kalangan keluarga malahan ada di antara jiran ramai yang memanggilku dengan gelaran tersebut. " lamo ko nak poie tu? Jumpo dengan pompuan ko? " ,

"Mano ado, nak poie jumpo kawan yang kek matrik dulu, potang sok balik laa", kami sekeluarga memang menggunakan loghat Negeri Sembilan sebagai bahasa komunikasi dalam keluarga. Mak dilahirkan di negeri sembilan manakala abah pula orang seberang kampung mak. Jadi kami memang adalah anak jati negeri sembilan.

" yolah, kalau lambek nanti kau tidurlah ghumah angah ko along ko esok tu balik". Kebenaran dari mak itu membuatkan aku gembira. Aku bersyukur kerana dibenarkan oleh mak untuk pergi ke liqo'.  Aku banyak mendengar cerita bahawa ramai ibu bapa yang akan menghalang anaknya untuk menghadiri liqa' sewaktu cuti namun aku bersyukur pada Allah atas kebaikan mak.  Dalam seminggu aku akan pergi ke Seremban sekali. Biasanya jika terlambat untuk pulang aku akan tidur di rumah angah untuk sementara waktu. Jadualku semakin banyak untuk aku keluar pada waktu cuti. Urusan yang paling beratuntuk aku lakukan ialah aku terpaksa menghadiri perkemahan pada penghujung cuti panjangku nanti. waktu perkemahan itu juga berlangsungnya perkahwinan anak jiranku yang dekat dengan rumahku. Aku bercadang untuk terus ke airport sebaik selesai perkemahan itu dan tidak terus pulang ke rumah. Selepas berdoa pada Allah, aku meminta kebenaran pada mak, ternyata mak membenarkan. Aku berasa sangat bersyukur pada Allah. Aku juga tidak pasti mengapa kini mak terlalu senang untuk memberi kebenaran padaku sedangkan pada waktu dahulu mak selalu berasa curiga jika aku ingin keluar rumah. Namun, aku juga tidak lupa berdoa semoga Allah terus melembutkan hati mak. Sebelum pergi aku juga sudah memberitahu hal ini pada jiranyang ingin melangsungkan perkahwinan anaknya itu.

Sepanjang cuti juga aku telah tidak tersengaja menyakiti hati mak.  Sewaktu kami sekeluarga makan, abah menceritakan perihal mak . "mak kau ni kunci jam pandai, lopeh tu tutup yo jam tidur balik" . Terus tiba-tiba aku menambah , " haah aritu nak poie semayang Subuh, kaki mak yo kek lantai, kepalo baring lagi dokek bantal". Kami sekeluarga mentertawakan tentang hal itu. Tapi mak terus diam selepas itu, barulah aku merasakan yang mak sedih tentang hal itu. Aku berasa sedih sekali kerana menyakiti perasaan mak tapi aku juga tak minta maaf pada  mak akan hal itu. Tetapi sesudah peristiwa itu, mak adalah orang yang terlebih dahulu mandi untuk solat Subuh daripadaku. Aku juga sering dikejutkan mak untuk solat Subuh.

Bercerita tentang abah, abah adalah seorang yang pendiam dalam keluarga, selalunya abah akan bercakap dan bercerita bila bersama keluarga namun apabila aku dan abah sahaja berdua seperti di dalam kereta aku jarang untuk berbual dengan abah.  Aku sangat mengagumi abah, perwatakan abah di rumah dan di masjid adalah sangat berbeza. Di rumah abah tidak seperti bapa yang lain yang suka melepak di kedai kopi , abah rajin berkebun pada waktu petang. Di kebun, abah menanam pokok salak dan pokok sawit. Semua keluargaku suka memakan buah salak tetapi aku tidak suka kerana rasanya kelat. Aku suka makan buah mangga dan kwinin tapi aku jarang mengupas sebab malas. Selalunya selepas makan, abahlah yang rajin megupas buah tersebut dan menghidangkan pada kami sekeluarga sebagai pencuci mulut. Jikalau selepas makan aku terus ke bilik, abah akan memanggil aku untuk menjamah buah. Selalunya kami akan makan selepas isyak kerana selepas maghrib abah akan selalu sibuk. Abah selalunya akan mengajar budak-budak mengaji di surau berdekatan. Tetapi jika tidak mengajar, abah akan pergi ke masjid untuk mengajar tajwid pada jemaah masjid. Memang abah seorang yang gigih. Dulu abah mempunyai sebuah kolam ikan. Di dalam kolam abah bela banyak ikan seperti ikan bawal piranha dan ikan talapia merah. Dari satu kolam abah buat lagi satu kolam, lalu lama kelamaan abah mencantumkan kolam tersebut menjadi sebuah kolam yang besar. Sewaktu kecil aku suka sewaktu air kolam hendak dipam keluar untuk mendapatkan ikan. Jika air kolam sudah kering, ikan-ikan akan mula timbul di permukaan dan senang dikutip menggunakan tangan. namun sekarang kolam itu sudah menjadi kolam terbiar. Abah malas untuk mengusahakannya lagi kerana ikannya selalu dicuri oleh penagih dadah yang ramai di kampungku itu. Aku juga teringat sewaktu aku pernah untuk diugut oleh budak penagih dadah di kampungku. Sewaktu aku membawa motorsikal keliling kampun lesen motorku tercicir lalu telah dikutip oleh budak pengih dadah. Aku diugut untuk memberi rm 20 untuk dapatkan semula lesen tersebut. AKu memberitahu aku mahu pulang untuk mengambil duit di rumah. Hal ini aku beritahukan pada abah. Lalu abah membawaku untuk berjumpa dengan penagih tersebut. Apabila berjumpa abah, penagih itu terus memberikan lesen itu kepadaku. Abah memang seorang yang dihormati di kampung.

Cuti ini aku rasakan lain, aku begitu senang untuk berbual dengan abah, apa yang aku bualkan ialah tentang cerita tentang apa yang terjadi di kampung, cerita tentang budak-budak penagih dadah yang abah akan ceritakan satu persatu.  Abah juga bertanyakan pada aku tentang ikan sungai yang aku tahu sepanjang hidup aku. Soalan ini aku rasakan pelik kerana abah jarang menanyakan aku soalan. Selalunya abah yang menanyakan aku soalan.

cuti yang panjang ini aku terlalu banyak makan. Memang masakan mak sedap tetapi aku bukan jenis yang suka makan cuma mak selalunya akan masak banyak dan aku terpaksa menghabiskan makanan tersebut kerana membazir. Selalunya lauk yang mak masak yang tidak habis dimakan mak akan memanaskannya untuk dimakan pada esok hari. Aku tidak ada lauk kegemaran khusus jika dirumah .Selalunya mak pasti akan masak gulai lemak cili api. bagiku apa sahaja gulai lemak cili api pasti akan sedap jika dimakan bersama dengan kicap tapi harus meletakkan kuah gulai dulu. sekiranya meletakkan kicap dahulu, kuah akan jadi hitam dan tidak selera untuk dimakan.

Setelah beberapa lama aku bercuti maka tiba masanya untuk aku pulang memulakan sem yang baru, aku terpaksa pulang awal kerana ingin mengikuti satu perkemahan di perak dan aku akan terus pulang ke airport selepas perkemahan selesai. sewaktu ingin pergi, aku memberitahu mak bahawa aku tidak punya cukup wang lalu mak memberiku beberapa ratus untuk belanja dan tambang ke sana. Mak memesan padaku sentiasa menelefonnya selepas pulang nanti lalu aku memandang wajah mak, mak terus mendakap aku dan menangis, mungkin cutiku yang panjang ini terasa singkat bagi mak melepaskan rindunya pada aku. Aku cuba menenangkan mak dengan mengusap kepala mak. Namun tak aku sedari aku mula hiba dan mula mengalirkan air mata. begitu banyak pada waktu cuti ini aku menceritakan kepada mak, tentang hidupku di universiti, tentang wawasan diriku, tentang gadis pilihanku, tentang banyak perkara yang aku pelajari sewaktu di universiti. Mak juga asyik menceritakan betapa dia akan merindui aku apabila aku pulang nanti dan itu membuatkan aku sedih.  Selepas mencium mak, aku mencium dan bersalam dengan abah.

Lalu aku akan pulang semula pada hari Raya nanti insyaAllah. Kebaikan mereka kepadaku dan cara mereka meluahkan perasaan sayangnya kepadaku membuatkan aku selalu rindu pada mereka. Aku mendoakan agar Allah memberikan yang terbaik untuk mereka.