'Saya mahu jadi pendakwah', begitulah ayat yang telah aku beritahu kepada 'seseorang' tentang alasan kenapa aku sudah berubah. Saban hari, aku berasa sedih dengan keputusan sendiri. Sebagai seorang manusia biasa yang mempunyai begitu banyak keinginan, mana mungkin diri sendiri menawarkan diri untuk merasa susah, menjadi bahan hinaan dan kebencian orang, wangnya habis diinfaqkan, tenaganya habis dikerah, paginya merasa mengantuk kerna malamnya dimanfaatkan. siangnya dikerah sehingga malam muncul kembali . Lebih teruk lagi ada yang menggelarnya gila, ada pula yang sanggup mengorbankan cinta, keluarga, kehormatan dan gelaran demi Yang Maha Perkasa atas segalanya. Pada mulanya aku sedih dengan apa yang aku alami, aku kecewa tetapi tiada siapa yang harus dipersalahkan, aku memohon kepada Allah supaya dia melihat pada diriku ini. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk diriku.
Setelah malam itu berlaku, aku terus saja tidur. Lalu, aku bangun seawal pagi sebelum Subuh. Seringkali aku liat untuk bangun namun terasa senang sekali untuk bangun pada pagi itu. Mungkin Allah mahu memperingatkan aku untuk bertahajud menemuiNya dan merintih serta memohon padaNya. Seperti biasa aku bangun, bertahajud dan aku rasakan tahajud kali ini terasa lebih tenang dari sebelumnya. Terasa lebih sayu, redup seperti aku bertahajud di bawah pohon yang menitiskan embun-embun pagi. Aku sudah siap untuk melalui hari yang kehadapan bersama Allah, taat menurut perintahNya dan juga taat meniggalkan laranganNya. Aku tahu aku lemah, dan aku tahu untuk menghadapinya aku harus kuat. Seperti kata seorang ikhwah, seseorang itu kuat bukan kerana fizikal yang dia miliki tetapi kekuatan yang dikurniakan Allah kerana kuatnya doa yang dia titipkan, kuatnya ibadah , kuatnya keikhlasan dan tawakkalnya pada Allah.
Aku teringat kisah Nabi Nuh a.s dan dakwahnya. Cabaran yang dialami oleh Nabi Nuh a.s bukannya sedikit malahan keluarganya sendiri yang menolak dakwahnya dan menghasut orang lain untuk tidak mengikutinya. Dan ketika Nabi Nuh mempersiapkan bahtera untuk menghadapi banjir yang besar, anaknya dengan sombong berkata dia akan menghadapi banjir tersebut dengan mendaki sebuah gunung yang tinggi. Namun takdir Allah tidak ada siapa yang mampu mengelakkan. Jelas disini bahawa setiap persaudaraan itu hanya akan berkekalan jikalau didasari dengan keimanan. Meskipun ada hubungan darah, kekeluargaan, saudara sepupu, atau apa hubungan sekalipun, namun jika ianya bukan didasari dengan keimanan maka persaudaraan itu tidak akan berkekalan lama. Allah s.w.t juga menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa setiap orang mukmin itu bersaudara.
Mahu mencari kebahagiaan dengan kemaksiatan selalunya akan mengundang kekecewaan. Mata selalunya menafsirkan hal yang salah tentang kebahagiaan. Kebahagiaan atau kekecewaan itu juga milik Allah dan bukanlah mata yang menjadi radar untuk mencarinya.
Aku juga tidak tahu apakah aku mampu mengekalkan dan menajamkan tekad pada diriku untuk mendukung prinsip yang aku pikul selama ini. Aku juga tahu aku tidak mampu menghadapi segalanya. Allah, bantulah diriku untuk menghadapi segalanya dengan jalan yang terbaik. Aku tahu janjiMu itu benar dan aku juga tahu bahwa perancangan Kamulah yang terbaik.
Segala puji bagi Allah,
ReplyDeleteterharu ana baca post antum ni..
mudah mudahan ana boleh jadi sehebat antum..doakan akh
p/s ana tengok antum ada bakat dalam berkarya, apa kata antum cuba tulis cerpen cerpen pendek sebagai permulaan..cerpen cerpen yang bermanfaat untuk ummah..