Tuesday, June 23, 2009

BUSY BZ..

Salam SORRY BEB aku rasa perasan sibuk sikit sejak akhir-akhir ni. Banyak benda nak kena cover, nak packing barang lagi. Tapi tadi ada laa aku pergi singgah bilik member jap lepas buat air sarsi. Pastu tgok ada sorang member aku ni tengah baca Al-Quran. Ya Allah aku terlupa laa nak baca Al-Quran harini, patut laa rasa macam sibuk tak ingat dunia. Nasib baik aku sedar. Kalau ada orang Islam yang baca post ni, nak cakap sikit pasal Al-Quran ni. Al-Quran ni nak cakap dia ajaib pun susah sebab kalau tengok dengan mata macam kitab biasa jer yang selalu tersusun rapi dekat masjid atau surau. Tapi aku rasa Al-Quran ni seolah-olah ada nyawa dan perasaan juga. Kalau tak caya cuba kita check diri kita - kalau kita rasa kita baca Al-Quran pastu kita jadi boring , tak berminat jadi macam tu laa jgak aku rasa Al-Quran rasa. Al-Quran lagi laa tak hingin kita baca dia dengan perasaan camtu. Tapi bila kita rasa syok jer nak baca Al-Quran , Al-Quran pun jadi syok  bila kita bacakan dia kot. Bila ada sedara kita or orang yang kita sayangi ker meninggal dunia ke, kemalangan ker, kita jadi seronok lak nak baca Al-Quran kadang-kadang sampai nangis nangis, seolah Al-Quran tu jadi teman kitawaktu kita sedih. Adapun bila kita rasa sibuk sampai lupa Al-Quran blum baca lagi haritu, seolah Al-Quran macam memanggil manggil kita macam rindu dengan kita.  Emm sebenarnya ni lebih pada perasaan dan aku tak cakap yang exactly Al-Quran tu bernyawa yer, nanti ada orang cakap aku bawa ajaran sesat plak. Apapun yang korang jadi dan korang lakukan janganla sampai lupa nak  baca Al-Quran.

2 comments:

  1. I'Allah...

    everyday, after subuh n maghrib!


    hanis ade blog rupenye!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada ikhwah macam ni,

    ana perasan apa yang antum rasa, ada jugak ana terasa..jazakallah

    teruska usaha dalam memperbaiki dirimu dan jangan kupa memperbaiki orang lain..

    jauhkan dirimu dari maksiat dan dosa terutamanya wanita..

    kerana wanita itu sumber fitnah..

    ana sentiasa doakan antum dari jau,,

    Yang merindui

    Akh Hafidz Kuching

    ReplyDelete