Friday, October 29, 2010

Allah itu.....

Salam... Uhuk uhuk (nak menunjukkan yang sekarang aku tengah batuk). Aku tak sihat laa bro. Minggu ni memang badan aku lemah gilerr ah. Makan ubat batuk terus tidur lepas abis kelas. Alhamdulillah sekarang dah ok sikit laaa. HArap-harap lepas ni aku lebih imun. Lebih-lebih lagi immune dengan dosa-dosa yang lebih berat.

Sekarang aku tak semangat laa nak cerita apa-apa. Nak cerita apa jer pun. Takder semangat. Perlukah aku pergi bertapa di mana-mana gua atau mana-mana air terjun untuk mengrecoverkan diri aku nih. Huhu

Tapi takpe, sebagai seorang hero yang dah lama sesat (wahh lama aku tak pakai ayat nih). Aku sentiasa perlu kontrol macho pada bila-bila masa. Bro, tengoklaaa sekeliling kau, orang-orang sekeliling kau sekarang, semuanya lost, semuanya loser, semuanya nak show off, semuanya dah macam takde pedoman, takkan kita nak lari, kutuk belakang, tunjuk jari salahkan orang, bangkitlah bro! Takkan nak harapkan Maher Zain datang Malaysia menyelamatkan anak gadis kita kat sini yang cun-melecun tuh. (kata aku bermonolog sendirian)

Haha kadang-kadang dengan melalui hidup ini, kita jadi tak faham dengan kehidupan kita sendiri namun kita sibuk nak faham kehidupan orang lain. Sebab orang ramai tengok hindustan, korea, jepun, venezuela atau bostwana sampai menangis meleleh keluar air mata tapi tak sedih melihat kehidupannya sendiri. Isk isk sedih. Paling menyedihkan sampai kita tak sedar yang kita miskin dan banyak berhutang dan masih sanggup mengejar kemewahan sampai hutang jadi beranak-pinak menyusahkan cucu-cicit kita bila kita mati nanti.

Kita sibuk untuk memeahami wanita dan pasangan berlawanan dengan diri kita, meneliti perempuan dan rupa parasnya, melirik-lirik mata dari mata sampai ke betis buku lalinya, meneleti dan mengkaji cara untuk merasuk hatinya, menyusun kata-kata untuk apa sahaja tujuan dalam mata-mata keji mereka. Sibuk untuk memikirkan urusan tentang perkahwinan, ciri-ciri pasangan pilihan, padahal urusan perbelanjaan sendiri masih dalam kongkongan ibu-bapa dan kerajaan. Padahal kita sendiri tahu bercinta itu tak pernah kenal sesuatu dan juga waktu. Jangan biarkan fitrah cinta yang baik itu sampai tercemar sampai kita sanggup melupakan yang Menciptakan Cinta itu iaitu Allah. Sampai kita hanya sibuk menilai, sampai kita sibuk mencari kepuasanhati yang tak pernah puas, sampai kita kecewa dengan perlakuan kita sendiri. Manusia yang bodoh selalunya memperbodohkan diri sendiri dengan memikirkan keputusan melulu mereka itu suatu keputusan yang bijak. Akhirnya...akhirnya.... akhirnya kita terjelopok merangkak terkapai kapai mencari dimana Allah, dimana Allah, dimana Allah.

Allah itu..... adalah suatu pertolongan dan cinta yang Subhanallah tak pernah putus-putus. Sampai sekarang aku tak mengerti seperti apakah pertolongan itu. Namun aku pasti itu (pertolongan) adalah suatu yang tulus mulus tak pernah ada cacat-cela atau sengaja sengaja seolah punyai niat lain.

Pertolongan itu sentiasa ada, cukup-cukup sahaja.

Pertolongan itu hanya untuk jiwa yang bersih yang benar-benar inginkan kebaikan

Pertolongan itu bukanlah suatu permintaan sepertinya Alladin meminta kepada jin lampu. Ianya dihulurkan kepada orang yang benar-benar inginkan pertolongan, bukan untuk orang yang ingin agar kepuasan hatinya terwujud.

Err aku stop dulu kot, banyak giler nyamuk gigit kaki aku nih. Good luck bro! moga korang semua hidup dengan selamat dan bahagia macam aku. Hahaha.

Thursday, October 14, 2010

Selamat hari jadi Abah

Pagi ini aku nak pergi klinik macam biasa. Tunggu van di lobi fakulti yang akan membawaku ke klnik kesihatan. Tiba-tiba je ada mesej masuk tit tit bunyi eh, “salam, nak ingatkan harini hari jadi abah,tq” from angah.

Tak ingat plak harini hari jadi abah. Jadi post ni aku tulis untuk abah laa.

Ada satu benda yang aku sangat puji pada abah. Ketabahan dan kesabaran dia. err ni dah lebih dari satu nih. Tapi itu laa abah. Orang lain tahu yang abah pernah jadi ketua masjid di kampung sejak kampung di buka lagi. Orang lain juga tahu abah mengajar anak-anak kecil mengenal huruf Al-Quran hinggakan anak itu menjadi besar dan melahirkan anak dan abah jugalah yang mengajar anak beserta bapak dan mak mereka dahulu. Orang lain juga tahu abah punyai satu tanah kebun seperti juga peneroka lain, dan beberapa tanah tak bermilik yang ada kolam ikan terbiar dek tak tahan dengan kecurian ikan dan banjir yang selalu juga berlaku, beberapa pokok sayur dan lada yang dapat membiayai satu deretan taman perumahan yang habis dicuri penagih dadah, dan sebatang pokok buah naga yang aku beriya-iya minta abah tanam yang sekarang aku tak tahu apakah masih wujud pokok itu atau tidak. Anak pokok yang kami cari jauh di Tampin pada waktu mahal juga harganya.

Orang juga mengetahui abah penyembelih binatang yang tulus, tak pernah abah minta daging atau upah sembelih, pun orang tahu abah dulu pernah membela arnab, ayam, itik, lembu, kambing dan anjing. Hingga pernah orang membawa anak anjing terbiar diberi pada abah, abah bela untuk menjaga tanaman di kebun. Sehingga anjing itu besar, jarang anjing-anjing itu mati di kebun semuanya akan lari keluar kebun mengikuti rakan-rakan anjing lain. Walaupun abah bagi makanan setiap hari. Namun, mungkin tak dapat menandingi dahaganya nafkah batin anjing-anjing tersebut sehingga sanggup lari menjadi anjing liar bersama anjing lain. Binatang pun tak sanggup keseorangan, huhu.

Orang juga mengetahui abah tak suka melepak di kedai kopi petang-petang seperti orang lain. Mungkin teh o yang dibuat emak dan akak atau akak iparku ternyata lebih enak berbanding di warung. Orang juga mengetahui abah hanyalah manusia biasa yang ketika sakit, tak berdaya juga untuk ke masjid biarpun tak pernah beralasan tak datang berjemaah ke masjid kerana malas seperti aku. Huhu.

Dan orang juga mengetahui abah punyai banyak buku di rumah, buku hadiah, majalah-majalah tahun 1960 an yang masih menggunakan tulisan jawi, buku-buku abang yang abah baca ketika waktu lapang, walaupun tak berkaitan dengan kehidupannya hanya ingin menambahkan ilmu. Aku pernah melihat abah membaca buku salasilah keturunan Melayu yang memang pada aku tak bermanfaat pun untuk abah dan aku. Melainkan kalau abah merancang untuk jadi pemimpin UMNO. tapi jelas abah tak pernah dicalon atau tak pernah mencalonkan diri sendiri walau untuk JKKK kampung sekalipun. Abah juga bukan seorang pendeta seperti pendeta Zaaba yang mahsyur di Batu Kikir. Orang kampung hanya kenali Abah sebagai ‘Makmur’ sepengetahuan aku. Walhal nama abah seperti dalam IC adalah Mohd Nor.


Namun ada satu perkara yang menyentuh aku ketika bicara pasal abah. Ketika melahirkan abang atau akakku (ntah yang mana satu aku tak ingat). Waktu emak masih mengandungkan mereka, abah meninggalkan emak di kampung. Namun abah juga mengerjakan ladang sawit dirumah kami di Felda ketika itu. Jaraknya jika menaiki kereta 30 minit perjalanan. Untuk mendapatkan wang sebelum anaknya dilahirkan, abah tekad melakukan itu. Kerana cintanya pada emak, abah juga sanggup berulang-alik melihat emak di kampung. Boleh dikatakan abah akan kerap berulang alik dari rumah ke kampung hanya dengan mengayuh basikal melalui bukit-bukau dan jalan yang panjang untuk semua itu. Tapi kisah ini bukan abah yang menceritakan pada aku. Abah tak pernah luahkan kesusahannya. Aku hanya ketahui kisah ini waktu duduk berbual dengan pakcikku. My dad never complain to me!

Namun kisah ini tak pernah aku tahu sepengetahuan ku. Ketika aku lahir di dunia ini kisah ini seolah tak pernah wujud pada sejarah abah. Aku hanya lahir melihat abah sudah mampu memiliki sebuah kereta toyota corolla merah berlampu bulat yang selalu kami gelar sebagai porsche atau ferrari keluarga kami.

Dahulu abah tak punyai apa-apa, lalu atok sedara aku meminjamkannya sebuah basikal yang sudah buruk untuk digunakan. Abah membaiki basikal itu sehingga menjadi bentuk basikal semula dan boleh digunakan. Tidak lama selepas itu atok sedara meminta kembali basikal yang sudah dapat digunakan itu tanpa memberi apa pun pada abah.Dunia seolah kejam pada pandangan aku tapi mungkin tidak pada pandangan abah. Kisah ini emak yang ceritakan pada aku. But as usual he never complaint, never ungkit-ungkit kat anak cucu atok sedaraku itu.

Sayang aku hanya mengenali abah sekadar apa yang aku teliti dan diberitahu. Aku tidak tahu kehidupan zaman muda abah, kisah percintaannya dengan emak, kehidupannya bersama abang dan kakak yang lain. Abah hanyalah manusia biasa, tapi kejayaannya mendidik aku dan abang kakakku serta anak-anak kampung yang lain aku anggap sebagai luar biasa. Aku pasti umur yang abah sisakan untuk kami pasti tidak sia-sia dan akan tertulis dalam kitab amal kebaikan abah oleh malaikat. InsyaAllah.

Selamat Hari Jadi Abah. You Are the Greatest Father Ever!

p/s: Huh, sampai di klinik ada seorang budak umur 7 tahun yang terseliuh kaki lepas main bola. X-ray revealed no finding.X de patah, ligament tak koyak pun. Tak bagi ubat apa pun. Budak itu juga dibawa oleh abahnya ke klinik dengan motosikal. Aku tahu itu. Namun tak mengerti kesusahannya. Walaupun abahnya sanggup memikul 2 buah helmet. sambil menanti anaknya dicheck di bilik rawatan.