Wednesday, March 17, 2010

Kuching Memanggil.

Salam. Hari esok merupakan hari terakhir exam aku. Esok ada periksa short case (dimana peperiksaan dinilai berdasarkan cara memeriksa pesakit dan kemahiran membuat diagnosis berdasarkan pemeriksaan pada pesakit). Alhamdulillah. Setakat ini aku rasakan exam berjalan lancar. Mudahan Allah permudahkan jalan aku dan jalan kawan-kawan yang lain yang kebanyakannya risau, stress, dan sedih dengan exam. Aku pun risau, dengan rakan aku yang lain. Kerana aku pernah melalui hari yang sakit dahulu. Dengan ada sedikit imuniti insyaAllah, aku akan susah untuk sakit untuk kali yang ke-dua.

"Kami menunggu antum di Kuching, ada tugas yang tersedia untuk antum disini". Ucapan dari seorang ikhwah kepada ku (lebih kurang laa). Mendengar ucapan ini. Aku malahan bersemangat untuk kembali. Aku sepertinya mahu lari. Mahu lari dari kerehatan yang panjaaang yang membuat ototku sengal-sengal dek kerana banyak mimpi di atas katil. Bukan maksud lari dari tugas yang berat semasa di Sibu. Tetapi Sibu memerlukan warga yang lebih kuat dan berdisplin. Satu medan yang umpama "sahabat melakukan da'wah di Hong Kong" gitu.

Teringat dalam satu kata-kata seorang ikhwah, "dakwah ini bukan untuk dipikul oleh orang manja". Betapa manjanya aku bermanja-manja dengan da'wah sehingga aku masih dalam status budak di dalam da'wah. Malu untuk menclaimkan bahawa aku ni seperti hero di medan ini. Masa yang panjang di dalam tarbiyah bukan bermaksud nilai kematangan, dan ilmu pengetahuan bukan juga pengukur kehebatan kita di dalam da'wah. Hanya keimanan dan keikhlasan menjadi pengukur kita di dalam da'wah.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Aku melihatkan betapa banyaknya ragam manusia bila berhadapan dengan da'wah. Manusia ini kot banyak ragamnya. Anggapan yang berlainan dan pemikiran yang berlainan terhadapnya itu membuat aku banyaaak berfikir. Mungkin suatu hari nanti aku rela botak di kepala dan berharap setiap helai rambut yang gugur itu bermanfaat kerana memikirkan tentang perihal da'wah.

Perancangan hanya perancangan. Kerana hidayah itu bukan perancangan kita tapi anugerah Allah. Kita bukan lah seorang sempurna dalam apa yang kita buat, namun di setiap jalan untuk mendapatkan kesempurnaan itu, mudahan Allah memandangnya dan memberi balasan kebaikan.

... Kerana aku ini. Aku ini lebih mementingkan diri sendiri dari orang lain. Memikirkan bahawa da'wah itu harus membetulkan diri sendiri dahulu sebelum menunjukkan keteladanan baik pada orang lain. Memikirkan aku harus sentiasa berkumpul dengan warga baik, aku harus pastikan orang disekelilingku adalah warga yang terbaik untuk aku senyum dan ketawa bersama. Dan yang bersedih dikalanganku juga adalah yang paling terbaik dikalangan terbaik. Kita semua kan mendambakan umat yang terbaik?

Kot esok exam, malam ni aku sibuk cakap pasal da'wah. Apa-apaan nih ?(tengok berbahasa Indonesia pulak). Heh. Aku pernah mengatakan pada ikhwah, "untuk berda'wah ni, kita kena poyo!''. Wah, kok begitu cara berda'wah. Kan salah! Lama-kelamaan nanti kita dikira sebagai munafik. Bukan maksudnya begitu lahh. Maksudnya, dalam da'wah kita memikirkan sendiri watak dan karektek bagaimana kita mahu bawa ketika kita bersosial. Wataknya pemalu seperti saidina Usman?, atau lembut seperti saidina Abu Bakar? atau tegas seperti saidina Umar? itu terpulang. Yang penting jiwanya perlu semangat dan sejati sama seperti mereka-mereka ini.

Lah kot tak habis bersembang tentang da'wah lagi... Tak apa kot. Nanti kita sambung lagi sembang di kedai kopi. Ada manfaatnya kita bersembang tentang hal ini. Dari kita sibuk sembang tentang Bagaimana mahu "berakademi secara fantasi". OK GO! salam

Wednesday, March 3, 2010

Tua vs Muda

“Orang tua, mana pernah peduli tentang kebenaran!”. Yang mereka tahu hanya menyalahkan si orang muda. Lalu bangkitlah sebahagian anak muda ini memberontak untuk tidak dipersalahkan oleh si orang tua. Salah-menyalahi antara satu sama lain seperti berbincang tentang ayam dan telur yang mana satukah datang dahulu. Inilah penyakit bodoh yang timbul pada waktu ini. Sebahagian anak muda itu ada yang maju ke depan seiring dengan umurnya meningkat menjadi dewasa. Dan ada yang berbalik ke belakang dilayan memori indah kenangan sewaktu kecil yang menyenangkan tanpa stress dan banyak masalah sehingga terbawa-bawa perangai keanak-anakan mereka walaupun sudah memiliki saiz badan orang dewasa. Betapa dewasanya pemikiran itu sangat penting dalam membawa perubahan dalam zaman yang tidak tahu apakah akan adanya perubahan atau masih sama sahaja antara semalam dan hari ini.

Hari ini kita banyak sebut pasal buang anak, mat rempit. Disisi lain sang ustaz bincang pasal mazhab, jemaah, tarikat dan sunnah syiah. Disisi lain si ‘anak-anak’ bincang pasal game, anime dan band. Disisi lain si ‘bunga dan kumbang’ bincang tentang ‘tangkap, lepas dan tangkap balik’. (yang dulu kita belajar sewaktu sekolah rendah yang merupakan satu kaedah eksperimen untuk mengetahui tentang populasi haiwan di sesuatau tempat). Mahu sahaja aku menjerit pada Bumi supaya berhenti berputar untuk seketika. Sebab aku yang perasan hero ni, tak mampu untuk berfikir dalam keadaan Bumi bergerak. Boleh jadi pening dan berpusing-pusing.

Lah! apa kaitan Si orang tua, orang muda, isu semasa dan bumi serta hero ni? Bukankah kita ada banyaaak superhero. Kita ada, Superman, Kyle XY, Supernatural, Batman, Ben 10? Bukankah kita kenal mereka sejak kecil? Atau kita malu meminta pertolongan dengan lelaki? Jadi, kita ada superhero perempuan seperti sailormoon, power rangers merah jambu dan kuning, hello kitty (perempuan ke?). Takpun kita ada binatang jugak macam wonderpets?.

Haha, semua orang tahu kot, semua ini kan rekaan. Lah semua orang tahu. Tahu tahu tahu. Kita ada banyak masalah, semua orang tahu. tahu tahu tahu. Kita ada banyak ragam, banyak kerenah , semua orang tahu tahu tahu.Kita tahu kita dapat membangun bangsa, membangun diri dengan agama, yang berlambak-lambak buku motivasi cakap pasal ini kita semua pun tahu. tahu tahu tahu. Yang kita semua berperang, yang Palestin dikecam, yang pengaruh Barat merosakkan, yang demam denggi itu boleh sebabkan pendarahan. semuaanya kita tahu beb! Tapi, 0.000001 % manusia di dunia ini yang peduli.

Lah! apa kaitan Si orang tua, orang muda, isu semasa dan bumi serta hero ni? Apakah kita ingin menyalahkan si orang tua? yang dulu kahwin kerana malamnya sunyi kerana takut keluar malam disebabkan banyaknya periuk api atau takut diserang hendap tentera jepun. Lalu melahirkan banyak anak muda yang dilahirkan tanpa tujuan? Atau ingin menyalahkan si anak muda yang malu nak baca Al-Quran depan ustazah yang cun sebab tak tahu baca Al-Quran sebab kat kampung dulu takde ustaz nak tolong ajar sebab si ustaz tak nak masuk bekerja di kawasan pedalaman sebab geli dengan lintah? Lah! siapa yang peduli dengan ini?

Mahu tak mahu aku sebagai orang perasan muda ni nak menyeru kepada kita semua untuk bangun dari tidur panjang. Sebab Bumi tak pernah terlelap untuk berpusing, dan pisau dan pedang tak pernah mengukir sejarahnya sendiri. Semua perang dari perang Badar hingga perang Teluk , semua senjata, ada pejuang yang memegangnya dengan tangan kebenaran. Justeru kebenaran itulah yang selama ini kita mahu tegakkan. Apakah kebenaran itu? Kebenaran yang selama ini kita sering ucapkan. Mudahan kebenran yang kita ucapkan ini lah yang selamanya kita rindukan. Iaitu Tiada Ilah selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Semua orang tahu beb! Tapi macam aku cakap tadi, 0.00000001% yang peduli. mudahan aku termasuk dalam kalangan yang ada nombor satu yang peduli tu. Yeah semangat!

Satu saat aku menyembunyikan kepedulian itu. Aku juga mahu hidup tenang dan gembira. Kalaulah rentak jantung ini kita biarkan laju dalam masa begitu lama. Selama mana jantung kita dapat bertahan? Lalu itulah fungsi hati. Yang menyucikan racun dalam badan. Menjadikan racun sebagai penawar. Menyimpan tenaga jadi bekalan. Lau bagaiman halnya kalau hati kita sakit?

Lah! apa kaitan Si orang tua, orang muda, isu semasa dan bumi serta hero ni? Orang tua yang salah. Aku maafi mereka. Mereka dahulu menjadi mangsa keadaan. Atas ketiaadan ilmu pada diri mereka. Lalu tidak bijak melatih generasi yang lahirnya lembap macam kita sekarang. Kita maafkan mereka walaupun dahulu mereka sangat asyik berjoget lambak di kenduri kahwin nenek saudara kita dahulu. Orang muda juga salah. Aku maafi mereka. Mereka sekarang ini juga menjadi mangsa keadaan. Mereka dimabukkan dengan pelbagai macam ‘arak’ yang pelbagai jenama. Yang datangnya dari jepun, amerika, korea, filipina, indonesia, sepanyol dan colombia. Tak kira dari sekolah mana mereka dibentuk. Sekolah agama, harian, teknik , asrama penuh, asrama tak penuh semuanya sama. Dari politeknik, maktab, matrikulasi, kolej swasta. Semuanya sama. Mangsa keadaan yang dibiuskan dengan cinta. Sampai sang lelaki hanya ada kemampuan memilih. Dan sang perempuan hanya ada kemampuan mengejar, menunggu dan mengidam. Alhamdulillah, ada juga yang ada antara mereka yang ada kemampuan mendidik. Mudahan harus semua anak muda begitu.

Aku hanya bertanyakan bilakah semua ini akan berakhir. Atau aku harus menikmati permasalahan ini dengan selalu gigih dekat pada Allah. Padahal aku masih merasa yang Dia itu terlalu jauuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh untuk aku gapai cintaNya. Aku tak mampu untuk sujud lama seperti malaikat. Atau mengira tasbih yang diikat bermanik-manik untuk menyebut namaNya. Atau membengkakkan kaki bersyukur sepertinya nabi.

Mahu bicara pada manusia, manusia menyuruhku menunggangi nafsu. Mahu bicara pada nabi, nabi sudah lama tinggalkan aku, Mahu bicara pada keluarga, keluarga menyuruh aku menuntut ilmu. Kemanakah hati ini harus ku bawa? Ataukah sehingga ke negara china? Walaupun tambang air asia murah. Aku masih tak dapat sebab pasport antarabangsa dah habis tempoh.

Kawan, masih belum terlambat untuk kita melakukan sesuatu. Mungkin sebelum ini kita sudah tahu. Atau mungkin ego kita keras membatu. Terpulanglah kawan, aku sudah lama memaafkan mu. Dan aku juga meminta maaf pasal kesalahanku. Pulanglah kawan, atau sekiranya ada jalan lain yang lebih baik di fikiranmu itu yang baik juga untuk diriku, terpulanglah kepada mu. Yang pentingnya kita harus pulang. Bukan untuk cuti yang panjang. Tapi untuk bersiap menghadapi tugas yang lebih berat!

( This is the main thing that i wanna say)- Sebut pasal pulang, kepada member aku, aku akan pulang ke Kuching pada 20 Mac 2010 dan pulang ke Negeri Sembilan pada 21 Mac 2010. Kepada abang Juan kalau free bleh sudi-sudikan mengambil adikmu ini di airport nanti. Sesiapa yang baca tulisan blog ni yang banyak membuang masa ni harap dapat memaafkan penulis blog ni. Jangan marah-marah. Happy selalu. Oh ya. Doakan exam saya 2 minggu lagi. OK GO! salam.