Wednesday, March 17, 2010

Kuching Memanggil.

Salam. Hari esok merupakan hari terakhir exam aku. Esok ada periksa short case (dimana peperiksaan dinilai berdasarkan cara memeriksa pesakit dan kemahiran membuat diagnosis berdasarkan pemeriksaan pada pesakit). Alhamdulillah. Setakat ini aku rasakan exam berjalan lancar. Mudahan Allah permudahkan jalan aku dan jalan kawan-kawan yang lain yang kebanyakannya risau, stress, dan sedih dengan exam. Aku pun risau, dengan rakan aku yang lain. Kerana aku pernah melalui hari yang sakit dahulu. Dengan ada sedikit imuniti insyaAllah, aku akan susah untuk sakit untuk kali yang ke-dua.

"Kami menunggu antum di Kuching, ada tugas yang tersedia untuk antum disini". Ucapan dari seorang ikhwah kepada ku (lebih kurang laa). Mendengar ucapan ini. Aku malahan bersemangat untuk kembali. Aku sepertinya mahu lari. Mahu lari dari kerehatan yang panjaaang yang membuat ototku sengal-sengal dek kerana banyak mimpi di atas katil. Bukan maksud lari dari tugas yang berat semasa di Sibu. Tetapi Sibu memerlukan warga yang lebih kuat dan berdisplin. Satu medan yang umpama "sahabat melakukan da'wah di Hong Kong" gitu.

Teringat dalam satu kata-kata seorang ikhwah, "dakwah ini bukan untuk dipikul oleh orang manja". Betapa manjanya aku bermanja-manja dengan da'wah sehingga aku masih dalam status budak di dalam da'wah. Malu untuk menclaimkan bahawa aku ni seperti hero di medan ini. Masa yang panjang di dalam tarbiyah bukan bermaksud nilai kematangan, dan ilmu pengetahuan bukan juga pengukur kehebatan kita di dalam da'wah. Hanya keimanan dan keikhlasan menjadi pengukur kita di dalam da'wah.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Aku melihatkan betapa banyaknya ragam manusia bila berhadapan dengan da'wah. Manusia ini kot banyak ragamnya. Anggapan yang berlainan dan pemikiran yang berlainan terhadapnya itu membuat aku banyaaak berfikir. Mungkin suatu hari nanti aku rela botak di kepala dan berharap setiap helai rambut yang gugur itu bermanfaat kerana memikirkan tentang perihal da'wah.

Perancangan hanya perancangan. Kerana hidayah itu bukan perancangan kita tapi anugerah Allah. Kita bukan lah seorang sempurna dalam apa yang kita buat, namun di setiap jalan untuk mendapatkan kesempurnaan itu, mudahan Allah memandangnya dan memberi balasan kebaikan.

... Kerana aku ini. Aku ini lebih mementingkan diri sendiri dari orang lain. Memikirkan bahawa da'wah itu harus membetulkan diri sendiri dahulu sebelum menunjukkan keteladanan baik pada orang lain. Memikirkan aku harus sentiasa berkumpul dengan warga baik, aku harus pastikan orang disekelilingku adalah warga yang terbaik untuk aku senyum dan ketawa bersama. Dan yang bersedih dikalanganku juga adalah yang paling terbaik dikalangan terbaik. Kita semua kan mendambakan umat yang terbaik?

Kot esok exam, malam ni aku sibuk cakap pasal da'wah. Apa-apaan nih ?(tengok berbahasa Indonesia pulak). Heh. Aku pernah mengatakan pada ikhwah, "untuk berda'wah ni, kita kena poyo!''. Wah, kok begitu cara berda'wah. Kan salah! Lama-kelamaan nanti kita dikira sebagai munafik. Bukan maksudnya begitu lahh. Maksudnya, dalam da'wah kita memikirkan sendiri watak dan karektek bagaimana kita mahu bawa ketika kita bersosial. Wataknya pemalu seperti saidina Usman?, atau lembut seperti saidina Abu Bakar? atau tegas seperti saidina Umar? itu terpulang. Yang penting jiwanya perlu semangat dan sejati sama seperti mereka-mereka ini.

Lah kot tak habis bersembang tentang da'wah lagi... Tak apa kot. Nanti kita sambung lagi sembang di kedai kopi. Ada manfaatnya kita bersembang tentang hal ini. Dari kita sibuk sembang tentang Bagaimana mahu "berakademi secara fantasi". OK GO! salam

10 comments:

  1. Salam... moga anta terus bersemangat dalam berdakwah kerana Allah.. Tetapkan hatimu kepada Allah, Insya Allah kamu juga akan tsabat atas jalan dakwah ini..

    Semoga sukses dalam examnya ya... moga antum semua berjaya di dunia dan di akhirat kelak.. Amin

    ReplyDelete
  2. ya akhi. pulang-pulang lah. bukan hanya tugas dakwah, kami pun tengah menunggu antum ni. kangen. lama ngak ketemu. :)

    semua kita sedang belajar akhi dalam dakwah ni. macam belajar medic jugak, ada yang cepat faham, ada yang lambat sket, ada yang extend, ada yang mengulang subjek, ada yang grad dengan cemerlang, ada yang sederhana, etc. pokoknya selagi kita sabar dan terus tsabat dalam dakwah, mudah2an ALLAH meneguhkan kaki kita walau apa badai yang melanda...

    mudah2an antum berjaya dalam exam, ameen. :D

    ReplyDelete
  3. memang banyak tugas kat kuching ni, selamat kembali akhi. kami menyambut mu dengan sepenuh hati..keringat mu amat diperlukan dalam dakwah ini..

    Juga. selamat berjaya dalam exam..

    ReplyDelete
  4. selamat pulang ya akhi,

    memang banyak tugas antum kat kuching ni, kangen bangat nak ketemu dengan antum..

    Terus thabat dalam dakwah, dakwah ni macam air, kalau bertakung busuklah ia, tapi kalau sentiasa mengalir maka ianya memberi manfaat buat penghuni sekitarnya..

    Dan antum adalahn juzuk dari air yang mengalir itu, terus mengalir akhi, kerana manfaat yang dapat dari mu bukannya sedikit..

    Semoga berjaya dalam exam..

    ReplyDelete
  5. ya akhi,
    pulanglah dengan jiwa yang siap. Dakwah kita makin berkembang dan memerlukan kekuatan antum untuk menampung kelemahan kami.
    Allahuakbar!!

    mudah-mudahan mujahid tidak tersesat lagi kerana kuching adalah tempat kembalimu..ayuh!!bangkitlah!!

    ReplyDelete
  6. mambi : Takleh akh. kalau ana balik kkuching dan dah tak tersesat, blog ni kena ditutup atau tukar nama
    Jazakallah kepada akhi yang banyak membantu ana.

    ReplyDelete
  7. masyaALLAH bukan calang - calang sambutan buat antum....selamat pulang...doakan ana n naqib...mohon antum share skit supaya ana n naqib (insyallah) dapat jadi macam air bak kata akh abu redho....

    ReplyDelete
  8. hanis: kalau balik kuching pun sesat, jenuh la kami tak p cari antum nanti. jangan risau, tak yah tutup blog sebab antum masih sesat di betlehem tu.

    ReplyDelete
  9. Insyallah akhi.... Setiap yang pergi akan ada pengganti yg akan meneruskan perjuangan di sana. Insyallah... Walau di mana pun kita dakwah itu perlu kita lakukan.... insyallah.. Di medan yg baru kita teruskan perjuangan sehingga titis darah kita terakhir... Semoga kita tetap tegar dan thabat di jalanNya... Amin

    ReplyDelete
  10. Subhanallah!!

    terharu ana baca komen komen..semua menanti antum..biarkan pena mu terus berbicara wahai mujahid..

    kalau dengan sesat antum, mampu menunjukkan orang lain jalan, maka teruslah tersesat...

    tetapi suatu hari, mujahid ini pasti berjumpa jalannya..dan ketika itu pengalamannya di waktu sesat akan menjadi mutiara berharga buat pengembara yang masih bertatih di jalan ini..

    selamat berjuang!!

    ReplyDelete