“Orang tua, mana pernah peduli tentang kebenaran!”. Yang mereka tahu hanya menyalahkan si orang muda. Lalu bangkitlah sebahagian anak muda ini memberontak untuk tidak dipersalahkan oleh si orang tua. Salah-menyalahi antara satu sama lain seperti berbincang tentang ayam dan telur yang mana satukah datang dahulu. Inilah penyakit bodoh yang timbul pada waktu ini. Sebahagian anak muda itu ada yang maju ke depan seiring dengan umurnya meningkat menjadi dewasa. Dan ada yang berbalik ke belakang dilayan memori indah kenangan sewaktu kecil yang menyenangkan tanpa stress dan banyak masalah sehingga terbawa-bawa perangai keanak-anakan mereka walaupun sudah memiliki saiz badan orang dewasa. Betapa dewasanya pemikiran itu sangat penting dalam membawa perubahan dalam zaman yang tidak tahu apakah akan adanya perubahan atau masih sama sahaja antara semalam dan hari ini.
Hari ini kita banyak sebut pasal buang anak, mat rempit. Disisi lain sang ustaz bincang pasal mazhab, jemaah, tarikat dan sunnah syiah. Disisi lain si ‘anak-anak’ bincang pasal game, anime dan band. Disisi lain si ‘bunga dan kumbang’ bincang tentang ‘tangkap, lepas dan tangkap balik’. (yang dulu kita belajar sewaktu sekolah rendah yang merupakan satu kaedah eksperimen untuk mengetahui tentang populasi haiwan di sesuatau tempat). Mahu sahaja aku menjerit pada Bumi supaya berhenti berputar untuk seketika. Sebab aku yang perasan hero ni, tak mampu untuk berfikir dalam keadaan Bumi bergerak. Boleh jadi pening dan berpusing-pusing.
Lah! apa kaitan Si orang tua, orang muda, isu semasa dan bumi serta hero ni? Bukankah kita ada banyaaak superhero. Kita ada, Superman, Kyle XY, Supernatural, Batman, Ben 10? Bukankah kita kenal mereka sejak kecil? Atau kita malu meminta pertolongan dengan lelaki? Jadi, kita ada superhero perempuan seperti sailormoon, power rangers merah jambu dan kuning, hello kitty (perempuan ke?). Takpun kita ada binatang jugak macam wonderpets?.
Haha, semua orang tahu kot, semua ini kan rekaan. Lah semua orang tahu. Tahu tahu tahu. Kita ada banyak masalah, semua orang tahu. tahu tahu tahu. Kita ada banyak ragam, banyak kerenah , semua orang tahu tahu tahu.Kita tahu kita dapat membangun bangsa, membangun diri dengan agama, yang berlambak-lambak buku motivasi cakap pasal ini kita semua pun tahu. tahu tahu tahu. Yang kita semua berperang, yang Palestin dikecam, yang pengaruh Barat merosakkan, yang demam denggi itu boleh sebabkan pendarahan. semuaanya kita tahu beb! Tapi, 0.000001 % manusia di dunia ini yang peduli.
Lah! apa kaitan Si orang tua, orang muda, isu semasa dan bumi serta hero ni? Apakah kita ingin menyalahkan si orang tua? yang dulu kahwin kerana malamnya sunyi kerana takut keluar malam disebabkan banyaknya periuk api atau takut diserang hendap tentera jepun. Lalu melahirkan banyak anak muda yang dilahirkan tanpa tujuan? Atau ingin menyalahkan si anak muda yang malu nak baca Al-Quran depan ustazah yang cun sebab tak tahu baca Al-Quran sebab kat kampung dulu takde ustaz nak tolong ajar sebab si ustaz tak nak masuk bekerja di kawasan pedalaman sebab geli dengan lintah? Lah! siapa yang peduli dengan ini?
Mahu tak mahu aku sebagai orang perasan muda ni nak menyeru kepada kita semua untuk bangun dari tidur panjang. Sebab Bumi tak pernah terlelap untuk berpusing, dan pisau dan pedang tak pernah mengukir sejarahnya sendiri. Semua perang dari perang Badar hingga perang Teluk , semua senjata, ada pejuang yang memegangnya dengan tangan kebenaran. Justeru kebenaran itulah yang selama ini kita mahu tegakkan. Apakah kebenaran itu? Kebenaran yang selama ini kita sering ucapkan. Mudahan kebenran yang kita ucapkan ini lah yang selamanya kita rindukan. Iaitu Tiada Ilah selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.
Semua orang tahu beb! Tapi macam aku cakap tadi, 0.00000001% yang peduli. mudahan aku termasuk dalam kalangan yang ada nombor satu yang peduli tu. Yeah semangat!
Satu saat aku menyembunyikan kepedulian itu. Aku juga mahu hidup tenang dan gembira. Kalaulah rentak jantung ini kita biarkan laju dalam masa begitu lama. Selama mana jantung kita dapat bertahan? Lalu itulah fungsi hati. Yang menyucikan racun dalam badan. Menjadikan racun sebagai penawar. Menyimpan tenaga jadi bekalan. Lau bagaiman halnya kalau hati kita sakit?
Lah! apa kaitan Si orang tua, orang muda, isu semasa dan bumi serta hero ni? Orang tua yang salah. Aku maafi mereka. Mereka dahulu menjadi mangsa keadaan. Atas ketiaadan ilmu pada diri mereka. Lalu tidak bijak melatih generasi yang lahirnya lembap macam kita sekarang. Kita maafkan mereka walaupun dahulu mereka sangat asyik berjoget lambak di kenduri kahwin nenek saudara kita dahulu. Orang muda juga salah. Aku maafi mereka. Mereka sekarang ini juga menjadi mangsa keadaan. Mereka dimabukkan dengan pelbagai macam ‘arak’ yang pelbagai jenama. Yang datangnya dari jepun, amerika, korea, filipina, indonesia, sepanyol dan colombia. Tak kira dari sekolah mana mereka dibentuk. Sekolah agama, harian, teknik , asrama penuh, asrama tak penuh semuanya sama. Dari politeknik, maktab, matrikulasi, kolej swasta. Semuanya sama. Mangsa keadaan yang dibiuskan dengan cinta. Sampai sang lelaki hanya ada kemampuan memilih. Dan sang perempuan hanya ada kemampuan mengejar, menunggu dan mengidam. Alhamdulillah, ada juga yang ada antara mereka yang ada kemampuan mendidik. Mudahan harus semua anak muda begitu.
Aku hanya bertanyakan bilakah semua ini akan berakhir. Atau aku harus menikmati permasalahan ini dengan selalu gigih dekat pada Allah. Padahal aku masih merasa yang Dia itu terlalu jauuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh untuk aku gapai cintaNya. Aku tak mampu untuk sujud lama seperti malaikat. Atau mengira tasbih yang diikat bermanik-manik untuk menyebut namaNya. Atau membengkakkan kaki bersyukur sepertinya nabi.
Mahu bicara pada manusia, manusia menyuruhku menunggangi nafsu. Mahu bicara pada nabi, nabi sudah lama tinggalkan aku, Mahu bicara pada keluarga, keluarga menyuruh aku menuntut ilmu. Kemanakah hati ini harus ku bawa? Ataukah sehingga ke negara china? Walaupun tambang air asia murah. Aku masih tak dapat sebab pasport antarabangsa dah habis tempoh.
Kawan, masih belum terlambat untuk kita melakukan sesuatu. Mungkin sebelum ini kita sudah tahu. Atau mungkin ego kita keras membatu. Terpulanglah kawan, aku sudah lama memaafkan mu. Dan aku juga meminta maaf pasal kesalahanku. Pulanglah kawan, atau sekiranya ada jalan lain yang lebih baik di fikiranmu itu yang baik juga untuk diriku, terpulanglah kepada mu. Yang pentingnya kita harus pulang. Bukan untuk cuti yang panjang. Tapi untuk bersiap menghadapi tugas yang lebih berat!
( This is the main thing that i wanna say)- Sebut pasal pulang, kepada member aku, aku akan pulang ke Kuching pada 20 Mac 2010 dan pulang ke Negeri Sembilan pada 21 Mac 2010. Kepada abang Juan kalau free bleh sudi-sudikan mengambil adikmu ini di airport nanti. Sesiapa yang baca tulisan blog ni yang banyak membuang masa ni harap dapat memaafkan penulis blog ni. Jangan marah-marah. Happy selalu. Oh ya. Doakan exam saya 2 minggu lagi. OK GO! salam.
bittaufiq wannajah fi imtihan!
ReplyDeleteselamat menghadapi peperiksaan, penulisan yang jujur.. alhamdulillah
ReplyDelete