Monday, February 22, 2010

Minggu cerita menyedihkan

Cuti. minggu lepas ada 3 kisah sedih terjadi.
1. Kisah kemalangan ikhwah unimas. Aku sedih waktu Akh danial call malam tu aku macam lalok. Terbangun dari tidur bila danial call. Bila tenogk blog ibnu sarha dengan remuknya kereta kancil Hafidz, baru lah aku terperanjat. Mudahan diorang selamat.

2. Satu lagi kemalangan terjadi dekat budak kampung aku. Budak ni adik kepada member sekolah rendah aku dulu meninggal dunia sewaktu kemalangan.Arwah yang membawa motor terlanggar hilux yang tiba-tiba brek dekat lebuhraya. Waktu tu ada sorang lagi budak sekampung yang jadi pembonceng. Kata-kata akhir arwah sebelum meninggal pada kawannya itu, "kau pegang aku kuat-kuat." menunjukkan mereka dah tak sempat lagi nak mengelak. Sewaktu aku datang di majlis penegbumian, ramai kawan-kawannya datng menziarahi dan melihat arwah untuk kali yang terakhir. Aku terbayang apakah suatu hari nanti aku meninngal akan ada seramai ini orang yang akan hadir? Aku melihat bapa arwah yang duduk di halaman rumah dan membelakangi jenazah sewaktu jenazah diusung keluar ke kuburan. Dia tidak sanggup melihat anaknya diusung. Seolah tidak menyangka kematian itu terjadi dengan sekelip mata. Itulah gambaran sebuah kematian. Hari ini kita di dunia, memikirkan dengan pelbagai perkara, resah dan sedih dengan seribu macam hal. Mungkin esok kematian yang memeranjatkan merenjut nyawa kita dengan sekelip mata tanpa apa-apa petanda dan penangguhan waktu. Waktu itu segala perancangan, segala alasan pada ibadah dan dunia, segala angan-angan dan cita-cita semuanya terhapus tak berguna.

3. Sebelum pulang cuti, satu lagi berita kematian. Ayah pada kawan sekampungku meninggal dunia. Mungkin diserang penyakit lemah jantung. Mak Abah sempat menziarahi mereka lepas solat Subuh di masjid. Aku tak sempat sebab tak berjemaah di masjid haritu.

Kadang-kadang kita juga menginginkan kematian yang baik pada diri kita. Iaitu husnul khatimah. Semoga kita akan dapat kematian yang baik.

5 comments:

  1. bismillah, patutlah ana call bagitau anta macam x de perasaan je...aiseh

    ReplyDelete
  2. owh. kalau hanis takda perasaan, tak tau la nak cakap.

    inna lillah wa inna ilaihi rojiun kepada insan yang telah pergi menemui RABBnya yang diceritakan dalam blog ni. semoga ditempatkan mereka dalam kalangan orang beriman. ameen.

    mudah-mudahan kelak kita juga dimatikan dalam husnul khatimah dan ditempatkan dalam kalangan hamba2 NYA yang bertaqwa, ameen.

    ReplyDelete
  3. Ana ada perasaan. Tapi susah mahu tunjuk. =) ..

    ReplyDelete
  4. bagus la tu akh, antum punya perasaan sangat mahal, bertuahlah siapa yang akh hanis buat CURHAT heheh...tapi ingat akh, ade hadis Nabi S.A.W...kalau kita sayang kan ikhwah cpt bgtau ikhwah tu...heheh kalau salah abg hisham tolong correct it yer

    ReplyDelete