Monday, February 8, 2010

Keinginan

Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang hidup kita ni , kita isikan hati kita dengan menanam dengan berjuta-juta keinginan. Keinginan. Aku ingin itu... Aku ingin ini.... Aku ingin kamu....Aku ingin kita..... Aku tak ingin apa-apa, aku hanya ingin.... dan pelbagai ayat yang menunjukkan betapa kita ni, tak kira apa juga keadaan penuh dengan keinginan.

Itu normal. Manusia tu kalau tak ada keinginan bererti dia layak jadi kayu. Ehem, kayu pun ada keinginan. Haah, betul. Berkeinginan pada cahaya, tertarik dengan graviti. Kalau kita letak pokok kacang kacang dalam gelap, dia tak berkeinginan untuk hidup. Kalau kita letak lubang kat kotak, tu dia tumbuh ikut lubang tu sebab inginkan cahaya untuk hidup.Benda ni kan belajar kat sekolah rendah. Cuma waktu tu cikgu sekolah rendah tak explain detail sangat. Cikgu hanya ingin supaya kami tahu apa itu pemboleh ubah dimanipulasi, pemboleh ubah bergerak balas, pemboleh ubah dimalarkan. Ingat lagi dengan Cikgu Zul. Betapa kami dulu budak kampung punya laa tak reti dengan pemboleh ubah ni sampai dia cakap, “sonang yo! pemboleh ubah dimanipulasi tu yang ado semakin, semakin tu. Macam semakin boghek bondo tu, semakin lambek dio jalan.” Sampai camtu sekali. Cikgu Zul jugak ada keinginan. Dia nak budak dapat A dalam sains UPSR.

Bukan manusia je, Allah pun ada keinginan. Haah betul. Kalau tak caya cuba check surah Al-Zariyat (51:56). “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”.

Sedangkan Allah juga punyai keinginan, inikan pula manusia. Jin pun ada keinginan juga kot. Aku rasa team Seekers yang suka cari hantu tu pun tak tahu pasal ni. Emm mungkin jin berkeinginan agar manusia ni tak kacau hidup diorang lagi. Mungkin kot, aku mana tahu.

Tapi apa beza keinginan Allah dengan keinginan manusia? Manusia ni, kalau dia nak sesuatu dia akan berharap. Tapi Allah tak.. kita sambung lagi surah Al-Zariyat (51:57), “ Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepada-Ku”. Subhanallah!

Tapi kenapa Allah terlalu fokuskan tentang rezeki pulak eh? Mmm, sebab keinginan manusia tu selalunya banyak pasal rezeki. Rezeki kan macam-macam. Kesihatan yang baik, itu rezeki. Jodoh yang baik itu rezeki. Makanan itu memang semua orang tahu laa rezeki, lebih-lebih lagi kalau makanan free, masa yang lapang tu jugak rezeki.

Tapi kita ni kan, (manusia). Selalu jer minta rezeki ni, tak cukup Allah bagi, kita minta kat manusia. Tak cukup kat manusia kita minta kat jin! tak cukup kat jin, kita minta kat syaitan. Tak cukup ngan syaitan, kita minta kat pokok, kat Matahari, kat batu. Tak cukup lagi, kita frust, bunuh diri, nangis-nangis. Pun rasa tak cukup jugak, kita dengki-dengki, hasut orang, bukak keburukan orang, sampai bunuh-bunuh pun ada. Rasanya memang selalulaa rasa tak cukup. Sampai kita nak mati pun, kita berkeinginan lagi. Sebab tu kott, Allah nasihat ... kalau dapat rezeki tu kena bersyukur. Bukan Allah tak bagi, Allah bagi, bukannya tak cukup, cukup sangat-sangat. Kalau rasa tak cukup, minta laaa (berdoa). Nanti Allah bagi lagi. Kalau benda tu tak dapat, Allah suruh berdoa, nanti Allah ganti yang lebih baik. Ya Allah betapa sempurnanya kebaikanMu.

Pastu kita ni (manusia) punya laa gedik giler minta kat Allah, lupa plak apa yang Allah minta kat kita (iaitu beribadah). Kadang-kadang ingat, tapi selalu lupa. Dahtu betapa sikitnya kita beribadah, adakah sama banyak dengan keinginan kita yang macam-macam?

Lalu, macamna? Bagi aku, kan lebih baik kalau keinginan kita tu sama dengan apa yang Allah inginkan pada diri kita. Kita cakap dekat Allah, “Ya Allah, kalau Kau inginkan agar aku beribadah kepadaMu, aku juga mahukan hal yang sama, pastikanlah Ya Allah, agar segala apa yang aku buat itu merupakan ibadah kepadaMu”. Haa, Allah hendakkan kita beribadah, kita pun nak benda yang sama, rasa-rasanya Allah nak tolong tak? Mesti laa tolong. Bila Allah dah tolong, kena laa bersyukur. Alhamdulillah.

Aku kat Betlehem ni pun sama kot. Banyak minta kat Allah macam-macam. Aku kan sesat, aku minta kat Allah supaya dapat keluar. Tapi aku penat, malas nak cari. Aku minta kat Allah tolong bagi aku kuat. Bagi makan yang cukup supaya dapat tambah tenaga. Tapi orang kat Betlehem macam-macam minta kat aku. Ada yang ajak minum, ajak buat lawak, ajak macam-macam. Aku penat. Aku nak cakap, kalau nak minta, jangan minta kat aku lagi, minta kat Allah! Aku penat! Kalau tak sampai bila-bila aku tak dapat cari jalan keluar. Takpe, lepas aku dapat cari jalan keluar, aku akan lukis peta. Aku akan jumpa balik orang kat Betlehem, aku akan tunjukkan jalan keluar. Sebab aku SAYANGkan orang kat Betlehem. Terpulang sama ada diorang nak ikut keluar atau stay dalam Betlehem. Tapi aku tahu ada ramaaai yang seronok duduk dekat Betlehem. Termasuk aku. Sebab tu laaa aku sesat. Atau aku ni selesa dalam kesesatan ni ke?

Tapi dulu aku fikir, sebelum aku keluar dari Betlehem. Emm... aku nak cari seorang isteri dari Betlehem. Tapi kena tanya kuda aku juga, larat ke kalau 2 orang naik atas dia. Kalau tak larat, camtu aku kena cari seorang yang sanggup jalan kaki sementara aku naik kuda. Eh kesian pulak, ke kena cari yang terlalu baik sampai aku tak sanggup kaki dia melecet sebab jalan pastu aku biar aku yang jalan kaki dia yang naik kuda. Ke aku kena cari yang sanggup jalan kaki dengan aku sambil mengheret kuda? Ke aku kena cari seekor lagi kuda, biar sama-sama jalan naik kuda masing-masing. Habis tu nanti bila dia dah ada kuda, dia lari, frust lak aku! Eh aku ni nak cari orang ker nak cari kuda. Dah pulak nak fikir cari dua-dua. Lepas tu aku fikir balik. Yang aku ni banyak buang masa. Keluar pun belum lagi, dah fikir jumpa jalan keluar nak buat apa. :(

Dahlah. Aku nak lupakan Isu liwat dato’ Anwar, nak lupakan isu kalimat Allah, nak lupakan isu Malaysia menang badminton, aku nak lupakan isu. Sebab isu tak pernah habis. Aku pun dah kehabisan tisu untuk menangis. Mudahan Allah berikan jalan terbaik untuk Aku. Aku bersyukur Allah cukupkan apa yang aku ada. Aku tak nak minta macam-macam lagi. Aku nak minta Allah jadikan aku hamba yang bersyukur. Tengok , minta jugak! memang kita hidup ni takkan terlepas dari meminta-minta. Kita ni manusia yang tak pernah cukup. HasbiyAllahu wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’mannasir.

2 comments:

  1. betul tu. mintak pada Tuhan.

    adik, balik nanti angah ambik ye.abg kena gi batu pahat. ada urusan kat sana. nti tumpang lepak umah angah.

    take care~

    ReplyDelete