Friday, February 5, 2010

Iman

Bismillahirrahmanirrahim

“Itulah yang diperbuat keimanan.

Membuka mata dan hati.

Menumbuhkan kepekaan.

Menyirai kejelitaan, keserasian, dan kesempurnaan..

Iman adalah persepsi baru terhadap alam, penghargaan baru terhadap keindahan, dan kehidupan di muka bumi, di atas pentas ciptaan Allah, sepanjang malam dan siang..”

(Sayyid Qutb)

Bosan eh bila cakap pasal iman? Selalu kalau budak-budak muda macam aku nih, benda yang cakap pasal iman, Islam ni semua kat dalam masjid je kot. Kalau kat dalam blog tu ada laaa sikit-sikit. Dalam facebook, adalaa juga kawan-kawan yang update status copy paste hadis atau kata-kata pasal iman. Haii, ini kot yang dicakapkan pembaharuan. Tapi apa respond kita. Haaa tu laa. Jawab laa sendiri.

Kalau aku waktu kat sekolah dulu, iman ni akan disebut waktu bilaa eh. Hmm, waktu kelas pendidikan Islam? Tak laa sangat. Bukan takde, ustazah ngan ustaz sibuk suruh hafal surah, hafal sirah, hafal itu hafal ini, buat amali. Bila nak cakap pasal iman?. Kat surau kot, tazkirah lepas Maghrib. Hmmm. Tak jugak. Ustaz/warden sibuk cakap pasal displin, jangan hisap rokok, jangan fly, jangan tak sembahyang kalau tak kena rotan. Hmm tapi ada juga cakap pasal iman mungkin aku tak perasan. Waktu khutbah Jumaat. Heh , sorry, aku waktu sekolah selalu tidur waktu khutbah. Kadang-kadang bila time iqamat nak solat tiba-tiba kena berdiri nak solat, kaki jadi kebas.. nak tumbang! Hah. Ada juga yang sambung tidur waktu tengah berdiri solat tu (aku tak laa). Sampai tumbang pun ada. Syahid laa tu kot.

Kat matrik? Kalau kat surau boleh laa dapat iman ni kot. Ada laa pakcik tabligh ni datang kat matrik ni dulu. Tapi aku tak join. Kadang2 ada laa join dengar apa yang pakcik ni cakap. Bagus. Dia cakap pasal iman. Aku ni teruk sikit kat matrik. Tak sikit, banyak gakk oii. Kalau nak dekat Maghrib tu ada kawan-kawan ketuk pintu ajak solat kat surau, gua lari masuk tandas beb. Buat-buat macam nak prepare solat laa konon. Alternative lain, diorang ketuk pintu tak bukak. Beza diorang ketuk ngan orang lain ketuk, diorang ketuk bagi salam orang lain ketuk camtu-camtu jer. Haa camtu sekali budak-budak kita ni.

Penting ke iman ni? Kalau buat survey, 99% cakap penting. Cakap memang laa senang. Tapi susah. Apa yang susahnya? Jap eh gua fikir.

1. Susah nak cari. – Kalau ikut kisah aku tadi, kita boleh cari iman selalunya kat masjid atau surau. Itupun kalau ada orang yang sudi dan tak malu nak cakap pasal iman kat kita. Kadang-kadang aku fikir jugak kalau laa mana-mana kita pergi jer, orang mesti cakap pasal iman. Pergi shopping cakap pasal iman, pergi sekolah cakap pasal iman, pergi mandi sungai cakap pasal iman, pergi tandas cakap pasal iman. Tengok TV , TV cakap pasal iman. Pergi tengok wayang, wayang cakap pasal iman. Pergi laa mana-mana pun iman jer yangkita dengar. Menteri bagi perutusan, perutusan pasal iman. Silap-silap tema hari kebangsaan pun tema pasal iman. Contoh tema, “berimanlah pada Allah dan Rasul, kita akan merdeka !”. Wahh silap-silap Pak Ngah (komposer) pun susah nak buat lagu tema. Dato Siti menangis-nangis nyanyi lagu hari kebangsaan (pastu terus taubat). Semua rakyat turun berarak dengan semangat, penuh megah menunjukkan kecintaan pada agama dan negara. Tanpa mengira parti atau kroni. Sebab mereka semua kan dah bersatu dengan satu aqidah.

2. Kita memang tak pernah terfikir pun- Apa jadi eh kalau semua benda je, iman dulu yang kita utamakan. Apakah nanti rockers semuanya akan terpaksa pakai kopiah? Menteri semuanya berjubah? Apakah semuanya benar-benar akan indah. TV pulak seolah seperti takde rancangan. Semua program Raja Lawak kena tukar jadi apa eh? Raja Tazkirah? ... KIta tak pernah pun terfikir kot situasi keimanan ini akan mencorakkan masyarakat kita. Tapi yang bodohnya kita ni, kita teringin supaya masyarakat berubah. KIta nak diri kita berubah jadi baik, tapi baik macamana? Kita tak tahu. Sepertinya kita nak jadi doktor, tapi kita tak tahu degree apa yang kita nak ambil, kerja doktor tu macamana. Yang kita sibuk gaji mahal, dapat pangkat (orang panggil Doktor), ataupun dapat kenal nurse yang cun-cun. Laa benda semua nih!

Semuanya tak mustahil beb! kalau kita ada kesedaran kita akan dapat membayangkan semuanya akan terjadi pada kita suatu hari nanti. Bila setiap orang ada keingingan untuk berubah jadi baik lalu beristiqamah dengan itu. Lalu hatinya akan rindu pada perubahan pada dirinya yang dia akan dapat suatu hari nanti. Dan dirinya percaya perubahan terhadap keimanan lah yang paling baik pada dirinya. InsyaAllah. Kalau dia mati dengan tekad itu, walaupun tujuannya belum lagi tercapai insyaAllah dia mati syahid.

Bayangkan kalau Iman lah yang diutamakan dalam hidup. Kita adalah mukmin dan bercerminkan mukmin yang lain iaitu orang-orang yang ada disekeliling kita pun beriman jugak. Kawan-kawan kita beriman, mak abah, abang , kakak, anak buah, makcik, sepupu, cikgu, sampailah kepada tukang sampah, menteri , pelayan celcom, juru X-ray, menteri, askar alaa semuanyalaah. Dapat bayangkan tak? tak dapat ? hmm camner eh.

Bayangkan sepertinya kita malam tadi bermimpi dicium bidadari syurga, lalu apabila kita bangun kita disedarkan dengan isteri kita yang baru mengucup kita dengan lembut mengejutkan kita untuk solat tahajud. Kita bangun tahajud mengadu pada Allah akan masalah yang kita hadapi semalam dan berharap kita dapat menghadapi hari esok dengan baik. Selepas solat, bergerak ke Masjid untuk Subuh, dengan anak-anak. Selesai Subuh, dihidangkan dengan sedikit kuliah atau tazkirah untuk memberi semangat pada kita memulakan hari baru. Pagi yang nyaman itu kita teruskan dengan menghantar anak ke sekolah, memulakan hari dengan penuh semangat dan gigih.

Sampai tempat kerja , pelbagai masalah timbul. Jiwa jadi kacau. Buatkan kita mahu lari sekejap dan kita terus bersolat dhuha supaya mudahan Allah bukakan jalan. Dan meneruskan kerja kita. Sehingga petang. Setelah pulang, disambut dengan keluarga yang tidak pernah bergaduh, keluarga yang tidak pernah mengeluh dengan penat. Di waktu maghribnya, anak-anak berkumpul menghadap, membacakan hafalan Al-Quran masing-masing di hadapan kita. Lalu malamnya setelah kita solat di masjid, kita berjumpa dengan kawan-kawan minum di restoran. Menceritakan masalah masing-masing dan menguatkan antara satu sama lain. Kita pulang melayani keluarga. Menyelesaikan masalah anak di sekolah, menyelesaikan masalah isteri di rumah dan di tempat kerja.Kita juga mengadu kepenatan pada sang isteri sambil dipicit dan diurut dengan tangan yang lembut dan tidur untuk memulai hari baru pada esok hari dengan mengharapkan agar ianya akan jadi lebih baik. Rumahtangga yang tidak pernah bergaduh yang sangat jarang sekali kita jumpa sekarang. Sungguh sederhana. Semuanya jalan menuju syurga.

Dulu Anas bin Malik juga menyebut bahawa selama 10 tahun hidup di rumah Rasulullah tidak pernah pergaduhan berlaku.

(Yang pasal dicium isteri tu isinya ambil dari buku Saksikan Aku seorang Muslim, sesiapa yang belum nikah, harap jangan bayang lebih-lebih )

Lalu keluarga-keluarga seperti ini berkumpul. Menjadi sebuah masyarakat yang hebat. Mencintai dan menyayangi antara satu sama lain. Membantu antara satu dengan yang lain. Jauh dari hanya mencari aib sesama sendiri. Jauh dari menjatuhkan sesama sendiri. Setiap yang dijumpai disayangi ibarat saudara. Tidak ada yang berkeinginan mendapatkan lebih dari apa yang diberi. Selalu bersikap itsar antara yang lain. Masyarakat yang harmoni. Lalu bagaimana dengan pemimpinnya? Orang kan cakap kebaikan masyarakat terletak pada pemimpinnya.

Cuba kita bayangkan kalau kita ada seorang menteri macam Umar Al-Khattab. yang berjalan-jalan tengok apa yang rakyat dia buat waktu malam. Ada satu cerita yang Umar pernah angkat gandum beri kat seorang ibu yang anaknya tengah kelaparan. Ada juga cerita bila Umar menenangkan seorang lelaki yang resah menunggu kelahiran anaknya. Sambil isterinya Ummu Kalsum menyambut kelahiran bayi itu. Bayangkan kalau benda ni jadi kat negara kita? Kalau dato’ dato ni yang ikut ‘TV3 bersamamu’ bagi sumbangan kat fakir tanpa ada kameraman. Mak datin-mak datin kerjanya memberi semangat pada kaum ibu, sampai sanggup membantu menyambut kelahiran kat labour ward hospital Sibu? err mungkin tak kot. Takut rambut yang baru di saloon kena darah kot.

Pastu kita bayangkan laaa juga tempat-tempat percutian yang indah, gunung, pantai, air terjun. Semuanya bebas dari jadi sarang maksiat, sarang orang mabuk. Yang kita tengok keluarga yang harmoni bebas berlari dengan ombak di pantai. Pemuda-pemuda berkumpul sambil memuji kebesaran Allah. Di kelompok lain ada yang tengah makan sambil membakar ayam dan sebagainya. Tak perlu guard yang menjaga, iman sudah terlebih dahulu menjaga mereka. Mereka sedar setiap sampah yang dibuang akan dipertanggunjawabkan di akihrat. Lalu tak ada lagi sampah yang dibuan merata-rata. Wahh, kerana iman. Sampah pun terjaga, tandas pun terjaga. Tandas takyah bayar 20 sen pun takpe. Sebab lepas cebok, semua orang rasa bertanggungjawab membersihkan ‘sisa’ sendiri. Kita jadi malu kat orang Barat. Mereka yang takde iman pun boleh jaga tandas, jaga sampah. Sebab kita beriman , kita lakukan lebih dari diorang. Iman buat kita tak mengaku kalah. Mana boleh kalah dengan orang kafir!

Mmm mungkin ada kehidupan yang lebih baik kot dari ini yang korang pernah bayangkan. Bayangkanlah apapun kehidupan yang baik yang pernah korang bayangkan. Tapi jangan sampai ianya hanya jadi sebagai angan-angan. Jangan sampai ianya hanya basi ditelan keinginan kita pada yang lain.

Terhadap Iman, aku harapkan ianya akan menjadi baik untuk aku. Padahal ianya sentiasa baik. Hati yang buruk sahaja yang tak sanggup untuk menerima kebaikan iman itu merubah segalanya dalam hidupnya.

Janganlah nanti kita jadi macam apa yang Allah firmankan dalam surah Al-Baqarah terhadap orang kafir:,

“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan , mereka tidak beriman.” (Al-Baqarah : 6)

Orang kafir ni sama jer, bagi nasihat ker, tak bagi nasihat ker. Tak berubah jugak. Jangan laa camtu.

Nape eh, aku cakap pasal iman ni..? adakah sebab Tahun Baru Cina? wah takde kena-mengena langsung. Sebab nak dekat exam kot? Jauh lagi laa exam. Sebab nak isi blog ni? Tak jugak laa. Kalau takde idea memang gua tulis pendek2 jer.

Tak kisah laa yang penting nanti bila aku rasa iman aku dah down balik, aku baca balik benda yang aku tulis ni, moga-moga iman aku segar balik. Waktu tu aku akan cakap Alhamdulillah. Aku dah kembali balik. Mana tahu kan, lepas jer aku tulis ni tiba-tiba aku jadi merapu balik. Haha. Minta-minta tak laaa. Oklaa salam.

1 comment:

  1. jazakallah akhi, mantap pengisian yang diberi. dengan sungguh bersahaja dan menarik. teruskan menulis akhi...jum fastabikul khairat

    ReplyDelete