Monday, February 1, 2010

Rindu



"Kata orang rindu itu indah, namun bagiku ini menyiksa" (melly goeslaw, bimbang)

Assallamualaikum. Baru tadi aku belek2 facebook aku balik. Hmm banyak gambar dulu yang kawan aku tag waktu zaman dulu2. Terus lama-lama aku jadi rindu. Aku tak rindu pada sesiapa. Aku rindu pada diriku sendiri. Aku rindu pada diri aku yang dulu. Terus aku istighfar. Kalau-kalau rindu ini aku teruskan jugak dengan mengambil niat berubah jadi aku yang dulu. Tapi bila fikir2 balik semua tu alaaa, biasa2 ajer. Rasa memang macam seronok tapi seronoknya tak lama. Aku terus jadi malu dengan aku yang dulu. Aku rasakan seolah2 dunia senyum dan mentertawakan aku. Huh, sekarang aku rasa baru. Kerana dulu aku tidak mengenali siapa itu dunia. Yang selalu sahaja memandang manusia dengan hina. Sekarang setelah mengenalinya, aku senyum dan tertawa melihat dunia pada tempatku sendiri. Dunia yang buat aku kabur dalam celik, tuli dalam jelas.





Lalu aku jadi kasihan pada manusia yang lain. Yang masih ditertawakan dunia. Yang terus-terusan dengan dunia mereka. Dan mereka turut sama ketawa dengan dunia. Dunia mentertawakan mereka, dan mereka juga mentertawakan diri sendiri.

Malam ni aku teruskan baca buku yang baru aku beli. "Saksikan bahawa aku seorang muslim'. Buku ini juga bercakap pasal perpisahan. Apa-apa jua perpisahan selalunya menyedihkan. Jarang kita tengok perpisahan itu suatu kegembiraan. Tapi, dibalik perpisahan selalunya kegembiraan yang akan datang. Itupun kalau perpisahan tu atas nama kebaikan, atas niat yang baik.

Seperti seorang mujahid, yang berpisah dari dunia, keluarga dan orang yang dicintai, layaknya nanti akan bertemu syurga. Seperti seorang pelaku maksiat yang berpisah dari maksiat yang lazim pada dirinya, pasti nanti akan ketemu dengan manisnya taubat. Seperti seorang rakan yang berpisah dan menjauh kerana kejelekan rakannya, pasti akan ketemu dengan rakan yang lebih baik. Perpisahan memang mendukacitakan walau apapun sebabnya. Tapi setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Eh,eh aku cakap ni berdasarkan pemahaman dalam buku yang baru baca tadi, bukan nak berpisah ngan sesapa plak. Jangan sedih beb. Haha. Tapi satu masa nanti aku juga harus tinggalkan Betlehem ini, tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Sama ada Betlehem masih dibelenggu atau sudah bebas. Kerana aku adalah pejuang, bukannya pengutip hasil.

2 comments:

  1. bagus akh. keep it up. berpisah dengan jahiliyyah utk bertemu cahaya islam.

    tulisan yang bersahaja tapi terkandung mesej yang baik

    ReplyDelete
  2. ya, bersahaja tapi terkandung mesej yang mendalam, mudah difahami dan menyedarkan..tahniah!, mungkin satu hari nanti dapat belajar macam mana nak bagi mesej macam ni, mudah dicerna dan cepat dihadam..

    ReplyDelete