Thursday, December 30, 2010

Selamat hari jadi untuk aku, selamat 2011 buat yang ingin nak merasainya.

Lama gila kot tak post kat blog ni. Apakah aku masih lagi seorang blogger tegar atau hanyut dengan benda lain ker? haiii

Ok salam.
Selamat hari jadi untuk aku nih. Congratz Malaysia sebab dapat menang bola piala AFF Suzuki dan err selamat tahun baru 2011 bagi siapa yang rasakan kehadirannya. Masa tetap sama laa bro, lu tunggu ker tak ker dia mesti datang juga. So takde lerr alasan nak berubah ker tak waktu tu, poyo jer arr sumer tuu. Tapi bagi sapa-nak berubah jadi baik keep it up! aku memang galakkan kiter sumer ni jadi baik, alim, soleh. Err sapa nak jadi soleh boleh contact gua. Hahaha

Buat masa ni gua ada tugas kat rumah panjang. Sapa cakap rumah panjang tak best. Diorang sumer baik-baik aper. Korang datang jer diorang sambut dengan tuak. Sampai korang jadi segan sebab tak minum. Tapi sebab memang haram enn, so diorang faham laaa. Hahaha. Korang nak smayang pun dia kasi bilik diorang buat bilik solat. Dalam rumah siap gantung gambar jesus ler aper lagi haha. Memang pengalaman.

Tapi tulaaa. Eh nak cerita pun susah laa, datang laa sini. Rumah panjang yang aku pergi tu namanya rumah sebastian, Najib PM pun pernah jejak kat situ woo wa cakap lu.

Tapi apa aku respect sama ini orang ahhh. Hidup diorang simple. Takder kecoh-kecoh cam kiter nak keta ler, rumah ler aper lagi ler. Takder sume tu pun takper. Tapi kerja mesti nak first klass laa bro. Walaupun hasil tak seberapa. Tapi diorang bangun kul 5 pagi sebab tempat kerja jauh, pastu balik malam. Balik rumah masak, makan, tidur untuk kerja esok pagi, cuti pun hari Ahad. nak hibur sikit2 pun waktu tu laa, dengan hari gawai. Tapi gaji ciput rm 300-600 jer pun. Tapi diorang tak kisah punyer. Duit banyak pun buat aper, alih-alih repair rumah aper yang patut, tu jer. Banding orang kiter gaji ciput mula berangan nak pakai itu ini, hutang berlambak-lambak melabun-labun buat aper bro? Orang kiter kerja ntah paper, tapi complaint jer banyak. Cuba jejak rumah panjang sekali dua tengok. Haaa.

Kita ni bro, memang kena banyak belajar bersyukur laa der. aku cakap ni untuk diri aku sendiri jugak. Mengenang dengan apa yang aku ada sekarang, dan apa yang aku akan miliki untuk masa yang akan datang, aku sentiasa akan belajar untuk mendidik hati supaya tak terlalu meragam, minta pada diri untuk berkehendak macam-macam. Dan biar hanya nafsu tunduk bawah celah kaki tak sampai masuk dalam hati. Tapi yer aku tahu susah. Hai tak tahulaa , semoga Allah mudahkan mana yang susah, semoga semua hati-hati ini rasa senang, rasa tenang. InsyaAllah.

Ok laa kot. Aku pun nak jalan-jalan lagi kat Betlehem ni. Sampai satu waktu bila Betlehem ni dah hancur dalam peta dunia baru korang nyesal tak ikut aku hari tuuu. haha. Merepek. Ok Salam.




Wednesday, December 8, 2010