Lama tak tulis something kat blog aku nih, selalunya kalau orang itu menyepi, ada banyak sebab-sebab yang bermain dalam fikirannya. Hmm mungkin dia mahu menyembunyikan diri, atau mahu dirinya sepi dari segala problematika ataupun dirinya mahu tidak dipedulikan lagi atau apa-apa ajer ke'atau'an. Tapi tak mungkin pada aku, cuma aku perlukan masa untuk memperbaharui diri, merancang dan mencuba sesuatu yang extraordinary, terbaik, extravaganza, super duper multicomplex hebat! hahaha. Orang yang nak berjaya yang punyai fikiran jauhhhhhhhhhhh dan panjang mana pernah boleh putus asa bro!
Tapi biasalah, ada juga masalah-masalah kecil dan obstacle yang aku kena panjat. Hahaha. Relax relax. Masalah kewangan, sosial, iman, peribadi, atau apa sahaja tak buat aku patah hati langsung. Tapi memang perlulah kita buat sesuatu. do something dan sebab itulah aku seolah macam mendiamkan diri. Er paham ker tak ni?
Aku jujur nak mengatasi masalah kewangan aku sekarang nih, hari-hari sesak duit, mana nak tahan bro. Memang betullah orang cakap, now we work for money. Tapi takkan kita nak buat macam tu jer sampai mati. Maksudnya aku nak kerja lagi kuat until money will work for me. Hahaha. Financial planning tu memanglah sangat penting. Zaman sekarang apa jer yang tak pakai duit? Cuba sebut sikit? Tapi itulah kita ni kan biasalaa, manusia. Bila ada duit tu tak pandai nak plan betul2. Ada yang plan tapi semua tak jadi. Ada yang plan nak melabur tapi silap-silap orang lain yang dapat untung. Memang dunia ni tak adil ker? tak tak tak. Sebenarnya kita ni selalunya tak bersedia untuk life ni sebenarnya. Kita sendiri pun tahu hidup ni sementara, tapi berapa ramai yang bermain-main dengan risiko kehidupan yang sementara ni? apa-apa pun tak prepare. Last-last kecewa, dan waktu tu la baru nak mencari therapy atau apa-apa solution untuk menghadapi semuanya. Beerti kita dah rugi, kita dah menyusahkan diri sendiri, kita dahmenyusahkan orang lain. Kita tak sempat nak belajar semua benda ni dalam satu hari, satu masa, kita bukan orang yang baru cipta sejarah, kita bukan lagi warganegara yang mencuba mencari pengalaman atau pengajaran padahal tu semua kita dah boleh copy dari sejarah masa lalu, kita dah boleh ambil pengajaran dari rujukan terdahulu, apa yang perlu kita lakukan hanya untuk mengupdate dan mereview dan cuba menghasilkan sesuatu yang lebih bermutu. Kita tak bermotivasi tu tak penting. Bukannya kita duduk di dalam gua seorang diri. Kita ada persekitaran yang cukup baik untuk membantu kita. Kita ada semangat dalam diri, potensi, bakat yang tak pernah kita nak keluarkan dalam diri kita. Kita tak pernah mahu bangkit, kita hanya leka dengan emosi, kita tak pernah nak gunakan 100% tenaga kita, kita tak yakin dengan keupayaan diri, kita tak tahu ini punca msalah kita tak pernah-pernah berjaya, atau merasai hasil usaha kita itu memperoleh kejayaan. Apa yang kita ada hanya mimpi, mimpi, mimpi dengan sedikit percampuran perasaan, keresahan dan kebimbangan.Tak pernah optimis dalam hidup. Sampai satu masa baru kita tahu kita tak pernah mengecapi atau menghasilkan apa-apa kejayaan pun. Jauh sekali untuk menyumbangkan sesuatu kerana mana mungkin sesuatu. Haha kelakar. Mimpi itu satu yang indah, tapi adik-adikku mahu tak mahu kita akan dikejutkan juga dari mimpi. Apabila kita bangun bererti kita harus bekerja melakukan sesuatu bukan tidur menyambung mimpi. Bermotivasilah dalam hidup, optimis dan berjayalah dengan apa yang anda mimpikan dengan sedar. Rancanglah dengan jujur dan kecapilah kejayaan itu dan jangan menunggu-nunggu.
Fuh, aku sekarang tengah bersemangat nih. Aku mahu jadi doktor yang berjaya, aku mahu jadi financial consultant yang berjaya. Aku mahu mengekalkan momentum kejayaan keluargaku dan mahu menjadi lebih baik lagi. Dengan itu aku menadah tangan pada Allah untuk memudahkan segala urusanku dan melimpahkan rahmat dan keberkatan atas usaha ku, Aminnnn.
Kepada anda yang berminat untuk berbincang tentang pengurusan kewangan, masalah kesihatan silalah hubungi saya. Kita berbincang beerti mungkin anda lebih tahu dari saya dan saya menghargai dengan itu. Asalkan kita sama-sama untung! hahaha. Ini no telefonnya
019-6489626 sila hubungi saya sebelum saya menghubungi anda...