Friday, July 29, 2011

Song description buat yang mendengar tapi tak jelas

Salam.. sempena Ramadhan ni saya ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan. Mohon ampun dan maaf. 

Aku sebenarnya nak buat lagu jiwang. Tapi bila fikir balik. aku tanya balik dalam hati. "atas dasar apa?". "nak menjiwang untuk objek apa?". Kalau lirik yang aku buat menjiwang sangat bukankah nanti ada pulak yang terlentok dekat bahu awek dia, pastu buat maksiat dah aku plak share dosa. (kata hatiku yang berpandangan jauh). Jadi Untuk itu, aku buat lagu yang menjurus kepada pancaroba sendaloka kehidupan laaa..

Sori laaa , lagu yang first dulu-dulu semua tak ok, nak kena record balik. LAgu yang ada gambar tapi tak tunjuk muka ni plak aku pinjam kamera member. Pun masih tak puas hati lagi. Ingat nak beli studio jalan ampas jer satu. 

Tapi ada tujuan sebab apa record dulu. Takut idea tuu lupa hilang camtu jer takke rugi. yang kedua sebab, .. erm nak mencapap. HAHA takder aa doo.. 

Setinggi tinggi terima kasih pada yang sudi support lagu aku. InsyaAllah, yang bagi idea tu sumer Allah. Yang bagi sore, jari jemari petik gitar ni sumer Allah. Kalau orang puji tu semua maksudnyer dia puji Allah tu. Alhamdulillah..

Oklaa...


Begitu saya tak sabar untuk menghabiskan degree saya, harap semuanya berjalan lancar. Pelbagai perkara yang saya dah plan dengan baik. Haha haha haha.. Ada tinggal 4 exam lagi. (sila bacani sambil dengar lagu atas macam saya buat skang). Macam saya cakap dulu. tak sedikit yang menunggu. 

Kadang waktu yang cepat berlalu juga akan menunggu kita bilakah kita akan sampai kepada suatu janji yang pasti. Contoh waktu menunggu kita untuk membesar, menjadi dewasa dan ermmm mati. Tak sedikit waktu kecewa melihat kita ni yang sudah membesar fizikal tapi tak besar pemikirn lagi.Duh aiii


Kebelakangan ni aku dengar memember aku ni banyak masalah. Banyak.. malas ah aku nak cerita. Jadi aku memang suka nak menghulurkan bantuan niii.. tapi tu laa tak seberapa nak tolong . Tolong dengar permasalahan mereka2 ni pun ok gak. So, sapa nak ajak aku lepak call jer. jangan banyak doubt.

Lagu ni sambungan dari lagu Adios L'amour tuu ahh (.Ni gitar member so tune dier lain). Cerita dia macam bukan susah nak berubah nii..Mesti kena uji uji uji. Uji rashid pun tak dapat nak nolong eh. Dia kisah dia macam ni, Sorang mamat ni dia suka satu 'benda' pastu dia rasa berat nak tinggalkan. (maksud benda tu subjektif laa, tapi any benda yang buat kita lalai. Ada orang ngan teddy bear pun bleh lalai. Ermm setiap orang ujian lain-lain). Pastu lepas dah tinggal benda tuu dia asyik teringat jerr. haa camtulaaa. So, setiap benda tuu kalau nak berjaya kena laa ada pengorbanan.Kalau asyik teringat juga, cari laa cara nak lupakan.. 

Lagu lain tuu nanti aku akan record balik insyaAllah kalau aku ada duit nak beli menatang ni..


Aku tahu aku hanya lah beginner dan bukan musician yang bagus. Cuma aku harap, benda-benda ni sumer buat kita mengevaluasi sejauh mana kita optimiskan kelebihan diri kita pada suatu benda yang bermanfaat. Niat tu kena betul.

Oklah tu. Salam