Salam. Pernah satu hari yang aku rasa aku tak nak cakap ngan sesiapa pun. Bahkan dengan kucing kat tepi rumah hostel ni pun aku tak nak cakap. Aku rasa semak semacam. Iaitulah hari ni (Jumaat 9.9.2011).
Macam-macam berlaku minggu ni. Tapi yang paling tak best. Minggu ni kena bayar yuran, JPA tak masuk. Paling tak best aku terkontang kanting macam blurr tak tahu apa.
Sekali untuk settlekan masalah ni, so petang ni aku ngan member au sorang ni pergi laa ke main campus UNIMAS ni yang letaknya 1/2 jam gak laa dari Kuching (campur jam sumer). Sebab nak minta tangguh bayar , kalau tak nanti kena denda RM50. Boleh jer bayar dulu pakai duit sendiri tapi masalahnya aku nak pinjam kat sapa RM1380. Dan aku ingat tak jadi masalah laaa..
Tapi masalahnya sebab aku tak bawa kad matrik. Sampai jer kat pejabat bendahari dia nak aku tunjukkan kad matrik. Aku pun cakap laa aku terlupa bawa. Dia cakap kalau macamtu takbleh buat urusan. Aku datang hari JUmaat tarikh tutup daftar dengan bayar yuran hari Isnin. So aku tanya bila bleh daftar balik. Dia cakap laa waktu pejabat hari Isnin tapi waktu tu kena bayar laa RM50 sebagai denda. Aku cakaplaa aku datang jauh dari Kuching. Takkan laa pasal kad matrik ni jer dia takleh consider. dia pun potong cakap aku, nak bebel lagi tuu , nak cakap kada matrik macam I.C kat universiti laa apa-apa hal laa.. Arghhh.. Kereknya staff admin nii...Tapi memang salah aku tak bawa kad matrik, maybe she wants to teach me a lesson. tapi dia tak tahu ker betapa susah aku nak apply benda2 ni sumer. Oh kejamnya...
So, nak tak nak aku pun cari penyelesaian lain. Aku mesej abang aku. Abang ada RM1380 cash? abang aku cakap takder. So, aku call abah.. Haa sebenanrnya benda ni laaa aku nak cakap.
Time aku call abah kedit tinggal sikit. Aku cakap abah bleh tak bank-in kan duit. Abah cakap dah petang. Aku pun cakap kat abah suh bank in petang pakai cash deposit machine tu , nanti aku settlekan laa. Aku macam tak tentu arah skit waktu tu, suara agak mendesak so pitching ada tinggi skit. Pastu ayat terakhir abah, tak boleh ker minta tangguh 2-3 hari? Tupp kredit aku abis. Perbualan stop kat situ. Aku tengah gerak balik dalam kereta dekat trafik light yang banyak. Takde tempat nak stop beli top up. Dengan harapan abah call balik. Tapi tunggu punya tunggu tak call jugak.
Last-last aku jadi bengang. Tapi aku pun tak tahu nak bengang kat sapa. Bengang kat diri sendiri yang bangang pun ada gak aa..Tapi aku tak bleh terima apsal ada rasa bengang juga kat abah. Aku cakap dalam hati, kalau abah bank-in petang ni settle masalah aku. Tapi rasa camtu kejap jer.. Maklumlaa anak soleh (konon).. Aku pun istighfar cakap.. eh bukan dulu abah lagi banyak tolong ker. (haa tengok air mata dah bertakung)...
Dekat jalan time naik kereta tu gua diam jer. Kawan gua tanya soalan gua jawab tak jawab jer. Please laa. Selama gua hidup gua tak pernah minta benda yang boleh menyusahkan abah. Oklaa dulu2 waktu kecik pernah laa, tapi budak kecik kan normal laa nak minta itu ini.
Tapi bila dah besar. Abah tanya duit belanja cukup tak? Kalau tak cukup pun gua tipu gua cakap cukup jer. Pasal duit PTPTN. Abah tanya boleh bayar tak? pasal PTPTN kluar surat suh byar padahal aku masih belajar. JPA pun sangkut. Gua cakap takpelaa.. duit belanja abah bagi tu nanti gua bayar. Tapi hakikatnya gua tak mampu. so, abah tolong bayarkan. Oh abah , you memang buat hati rock gua rasa touching...
Alih-alih rasa bersalah aku jadi bertambah. Member ajak berhenti minum. Sekali aku dapat call dari rumah. Mak aku yang jawab. Mak cakap abah tak pandai nak pakai mesin cash deposit tu. Pastu hati aku dah rasa lain. Apsal bukan abah yang call? Abah ingat aku marah kat dia ker time kredit aku habis tadi? Aku pun dah macam tak berapa dengar mak aku cakap apa. Aku cakap abah takyah aa masukkan duit tu. Nanti aku bayar laa duit yuran sekali dengan duit denda tu bila biasiswa JPA masuk nanti. Mak aku pun cakap macamtu. So, habis, mak aku letak telefon. Aku tak sempat nak tanya mana abah. Aku dah rasa bersalah. Terus gerak gi cari kedai mana ada top-up. Beli top-up terus gerak gi belakang kedai. Tersedu-sedu aku menangis. Dalam hidup gua pantang kalau gua nak sakitkan hati mak abah. Tu laa sebab aku menangis giler2 kot. Aku ingat nak call abah balik nak minta maaf. Takper laa nampak cam drama ker apa ker lantak laaa...
Lepas reda sikit, gua call rumah. Mak yang jawab, aku tanya abah mana? mak cakap abah dah gerak gi masjid. Pastu aku pun nak cover. aku cakap kat mak suh cakap kat abah takyah bank-in duit. (padahal tadi pun cakap benda sama juga) haha..Tapi lepas cakap tu aku lega skit. Bukan abah takmo cakap, abah nak gi masjid sebenarnya. haha, haha,haha.
Tapi hari ni... oh rasa cam dah lama tak nangis puas-puas. Apa yang jadi, kesempitan wang nak bayar yuran nak meminjam semua ni, gua tak salahkan laa kerajaan ker, UNIMAS ker apa ker. Tapi resolusi nya anak-anak gua nanti gua akan planningkan kewangan yang betul untuk diorang. Start dari diorg lahir selain belanja makan pakai, gua akan setup tabung untuk pendidikan dia. At least duit tu nanti bleh buat bayar yuran universiti. Tak yah nak buat pinjaman, tak yah nak harapkan biasiswa. Dan gua takkan bagi harapan palsu pada diri sendiri dan anak2. Dalam next 20 years mungkin atau mungkin tidak aku akan boleh kaya sampai dapat biayai yuran universiti anak2 aku semuanya. So yang aku tahu tabung pendidikan yang paling best ialah takaful. Apa-apa jadi kat anak aku, aku bleh claim. Kalau apa-apa jadi kat aku, anak aku still dapat claim. Kalau tak jadi apa-apa lagi bagus. Duit saving dalam akaun takaful tu aku buat untuk bayar yuran universiti. So, my son, you say which university u want to go. Papa ok jer..Hahaha.. ramai orang tak tahu pasal ni, Sebab dulu diorg sangat asyik bercinta sampai lupa nak plan elok-elok. Oh ruginya hidup..
Oh macam-macam hal yang berlaku minggu ni.. rasa mcam dunia ni kejam..menyusahkan.. macam tapir sorang2. tapi aku tak kisah laa pasal ni. Kalau kita senangkan hidup orang, Allah akan senangkan hidup kita. Kalau kita susahkan hidup orang, Allah akan sempitkan hidup kita. Ok laa tuu. Allah Maha Adil.
Oh oklaa...Salam