[8.62] Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min,
[8.63] dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t kerana memasukkan hidayah keatas umat manusia, lalu menyayangi mereka dengan sepenuh kasih sayang lalu memberikan amanah sesuai dengan keupayaan mereka. Maha Suci Allah yang memperkuatkan umatnya yang lemah dengan memberi pertolongan disebalik ujian yang diberikan. Ana begitu terkesan dengan ayat yang telah diterangkan oleh seorang ikhwah ini. Mungkin ramai diantara manusia yang lupa bahawa kekuatan dan kekuasaan itu sebenarnya milik Allah dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tetapi, apabila manusia memiliki kekuasaan dan kekuatan ramai yang mendakwa bahawa itu semua adalah hasil dari usaha mereka sendiri padahal orang yang semakin kuat adalah kerana banyaknya kekuatan yang Allah berikan kepadanya. Justeru manusia tidak harus sombong dan bongkak atas apa yang dimilikinya. Allah s.w.t juga memberikan satu sifat yang pada hati orang yang beriman iaitu kasih sayang di antara saudaranya. Orang beriman ternyata memiliki sifat kasih sayang sesama saudaranya. Allah s.w.t mengikat hati orang yang beriman dan mempersatukan hati mereka dengan kalimah Lailahaillallah lalu terjalinlah ukhuwah yang kukuh. Justeru, ukhuwah itu bukan sahaja atas dasar jemaah, atau mazhab atau apapun persatuan dan parti namun atas dasar keimanan. Orang-orang yang menjalinkan ukhuwah bukan atas dasar keimanan selalunya ukhuwah yang dijalinkan cepat goyah dan benci-membenci dan persengketaan sering sahaja berlaku. Perlu untuk kita sebagai seorang yang memiliki iman untuk menjalinkan ukhuwah dengan penuh rasa kasih-sayang tanpa mengira soal keuntungan. Kita berukhuwah bukan kerana populariti, atau siapa yang lebih kuat dan sebagainya. Oleh itu, untuk kita menjalinkan dan menjaga ukhuwah harus kita lihat sejauh mana keimanan kita dan keikhlasan niat kita dalam melakukan sesuatu.
[59.18] Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Allah s.w.t menyuruh umatnya untuk mempertahankan ketaqwaan dan sentiasa memperhatikan setiap amalan yang telah dilakukan. Ini kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang dikerjakan oleh makhlukNya. Memerhatikan segala amalan yang kita lakukan termasuklah amalan buruk yang telah kita lakukan. Amalan yang baik yang belum kita perbuat juga perlu kita perhatikan dan bertekad untuk melakukannya suatu hari nanti tanpa menangguh-nangguhkan waktu. Betapa beruntungnya seseorang apabila dia mampu melihat kesalahan dirinya sendiri tanpa dipandang keburukannya oleh orang lain. Dan betapa beruntungnya seseorang itu sekiranya dia sempat bertaubat dan memohon ampun kepada Allah sebelum dirinya diberi balasan, ditimpa azab atau dimurkai Allah atas kesalahan yang lalai diperhatikan olehnya.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dengan ayat Al-Quran ini. Al-Quran itu tidak lain terkandung pelbagai pengajaran kepada seluruh umat manusia tidak kira sama ada yang hidup di Malaysia ataupun di Betlehem. Ana yang berada di Betlehem sentiasa mendoakan keberadaan antum dan semoga kita semua baik-baik saja. Perhatikanlah ! Allah telah mengurniakan kita dengan sepasang mata. Dengan sepasang mata itu kita dapat melihat beribu-ribu macam warna.
Namun, mengapa manusia ini hanya gemar melihat warna-warna tertentu sahaja? Warana-warna kalau dicampur dapat berubah menjadi satu warna yang baru, satu warna yang lebih cantik. Namun, mengapa manusia cenderung untuk meminati satu warna sahaja. Dan jikalau parlimen Betlehem nanti ingin bersidang untuk mereka cipta satu bendera baru, nescaya kami sepakat untuk mewarnakannya dengan warna-warni yang pelbagai. Mudah juga untuk anak-anak sekolah kami menegnal warna sejak dari awal kerana dengan hanya mengajar mereka melukis bendera Betlehem mereka juga akan dapat belajar mengenal warna.
(Post ni gua tulis dah lama, ntah bila ntah gua pun tak ingat. Tapi sebab skang takde idea, so gua post je laa kot.)