Monday, February 7, 2011

Happy Chinese New Year.

"al-fatihah, mak Dr Hizul sudah kembali m'hadap Allah pg td. Sama2 doakan agar rohnya dtmptkan bsama org2 sholeh yg b'oleh keampunan Allah.- sebarkan" txt from AHiS

Perghh, bulu roma gua meremang, terus ingat mak gua kat kampung. Even baru balik dari cuti. Ermm,gua risau bila perkataan 'mak' atau 'mama' merayau kat kepala hotak gua.

Mungkin ada banyaaaak sebab kenapa aku selalu nak balik rumah walaupun tiket flight bukan 50 sen sehala. Aku bukan berniat nak buat Tony Fernandes jadi kaya atau nak bagi dia banyak menang the best flight service sepanjang tahun. Salah satu sebabnya adalah ini ; risau tentang mak.

Haritu aku balik, badan mak jadi makin kurus. Picit-picit lengannya hanya merasa tulang temulang dibalut kulit dengan sedikit otot tak bermaya. Aku mula risau. "Mak tak lalu makan ker?" aku tanya. Mak mula meluahkan pada aku. Badannya sakit-sakit, perut sakit-sakit. Dengan segala macam sakit yang berlaku kerana umur yang makin berlalu.

Beberapa minggu sebelum aku balik, mak jatuh ditimpa pintu almari baju. Disebabkan pintu sliding almari tu terkeluar dari landasan waktu mak menahannya lepastu mak jatuh tak berdaya. Pintu tu mengena pada lutut mak. Mungkin selepas itu doktor bagi mak makan ubat tahan sakit. Effectnya mak sakit perut.

Mak pergi berjumpa tukang urut untuk mengurut kaki. Tapi mak juga mengadu sakit perut pada si tukang urut. Si tukang urut kata sarung peranakan emak menurun ke bawah lalu diurutnya. Namun, perut mak bertambah sakit, sampai sekarang.
Sakit mak berterusan. Tapi mak diam. Sampai suatu waktu, ketika aku tengah makan ditemani mak, mak tiba-tiba mengeluarkan air mata di depan ku. Aku pura-pura tak melihat mak. Sebab aku kalah dengan air mata perempuan. Sehinggalah pak cik ku yang perasan mak menangis dan bertanya. Mak menjawab mak sakit perut dan menyesal mengurut perutnya tempohari. Aku dengan cepat menghabiskan makanan dan terus mahu beredar dari situ. Aku tahu aku kalah, tak pandai memujuk.

Di dalam hati mahu sahaja aku menempeleng si tukang urut tu. Pandai-pandai membuat andaian. Padahal sudah berpuluh kali aku memeriksa perut wanita bersalin dan belum bersalin, sukar sekali untuk merasa sarung peranakan melainkan si wanita sudah hamil 5 bulan ke atas.
Betapa aku disini masih sanggup diam.

Sudah lama mata ini bebal untuk menitiskan air mata atas apa sebab sekalipun. Mungkin hati sudah mati. Atau lali dengan kasih sayang cinta cintun yang tak pernah habis disiarkan di hadapan mata aku. Kita senang sekali bercakap tentang cinta. Apakah cinta itu masih ada kalau kata-kata itu hanyalah sekadar kata-kata? Pun ramai lagi yang masih bualkan dan berdebat tentang couple Islami, masih bermimpi kemunculan Mas Azzam atau mahu berlagak sopan seperti Aisha "ayat-ayat cinta". Atau "syurga cinta?", "nur kasih?", "ustaz amirul?". Apa lagi perfileman kisah hidup cinta ala Islam yang ternyata jadi angan-angan kita untuk berpasangan selepas ini? Begitu masyarakat leka berangan-angan dengan cereka ini hingga lupa mereka masih ada mak yang tabah menjaga ayam di kampung menunggu masa untuk disembelih ketika anak mereka balik nanti.


Sudahlah wahai ibuku. Apa sahaja yang engkau hadapi, keperitan, kesakitan, kepayahan dan kepenatan, akulah orangnya yang tetap mengagumimu. Sesingkat manapun doaku pasti akan ada aku menyebut namamu. Jika 2 buah pinggang dapat di robek dengan mudah akan ku beri satu untukmu bagi memastikan panjangnya jangka hayat mu. Atau paru-paru, atau jantungku atau mana-mana tisu dari tubuh sihatku. Sayang ada Yang Maha Penyayang yang sentiasa memerhatikanmu sebagai seorang ratu syurga yang dicintai.

Heh, aku pernah bermimpi, jikalau aku kaya nanti, aku nak beli BMW 5-series dengan seorang driver. Semata nak pastikan mak dapat pergi kuliah agama setiap minggu. Baru nampak rock! Haha...

Dah lah. Aku dah ngantuk. So, pengajarannya...err korang carilah sendiri.

(sewaktu aku balik, mak melihat aku memakai baju berlogo "Air Asia" lalu mak tanya,
Mak: Kau pakai baju Air Asia ni nanti tak kena marah ke kat orang sana nanti orang ingat kau kerja kat sana pulak.
Heh, aku hanya tersenyum. Mak oh mak. Memang mak tak berapa arif tentang ini dan itu. Bila cakap aku ada blog pun mesti mak tak tahu blog tu apa. Hahaha. Takpe ahh..)

Oklah. Salam.

2 comments: