Sunday, April 17, 2011

Untuk keberapa kalinya gua patah hati...

Assallamualaikum.. Lamanya tak nulis blog ni. Sekarang ni waktu petang lepas Asar aku baru bangun dari tidur mamai-mamai walaupun aku tahu tidur pas Asar tak elok, memang badan aku lesu kalau tak dah lama aku pergi turun main volleyball atau jogging kat tasik. Bila tidur waktu time panas camni tekak rasa kering dan perit. Badan sengal-sengal nak cari bantal tapi lelemak tetap bermandiri macam tu sebab tak keluarkan peluh. Apa-apa jerlah, janji gua happy.

Maksud patah hati ni bukan apa, aku bengang kat celcom ni, ker kat handset nokia, ker mana satu aku pun tak tahu. Bermula waktu aku first beli handset baru nokia yang ada 3G. Dan sim card celcom postpaid aku yang hanya akan diblocked bila bil cecah rm200. So, handset aku nih dia akan ón'kan setting 3G tu secara automatik. Aku dah try tutup each time aku perasan dia ter ón'. Bayangkan dalam sebulan walaupun aku tak banyak pakai handset, rm200 habis cenggitu jer. Dah haritu aku terpaksa minta duiat kat mak sebab budet lari dan kena juga bayar bil ni. Ok, gua ingat problem dah settle. Then sebulan lepas tu iaitu harini, handset aku kena block lagi, dan tetibe dia (celcom) bagi mesej bil aku cecah rm300. Huh. hangin giler ( abang, tolong kipas sikit). Ringan giler duit terbang camtu jer.

Aku pun takder laa nak duduk diam, so pergi laa kaunter Celcom untuk settlekan problem ni. Diorang cakap masuklah plan internet tuu, rm38 jer sebulan. Dalam hati aku cakap tak nak ah aku. Dah masuk nanti nak pakai lembaplaa, takder coverage laaa. Lagi laa hangin baik takyah.

So, aku pun pergi digi untuk tanya pasal internet plan yang diorang offer tu, harga dalam poster cakap rm28 sebulan. Wah ! murah tuu. member aku pun ramai cakap internet diorang ni laju sikit dari celcom. Jadi aku pun tanya. Pastu diorang cakap nak register jer rm28. Bulan-bulan still kena bayar rm68. Lailahaillallah. Apsal tak bagitahu jer awal-awal.

Aku pun dengan rasa sikit nyesal pergi laa makan nasi ayam sebab lapar. Pergi duduk makan diorang pelawa aku duduk. Lepastu dia bagi laa menu order, ada menu oder lunch offer tu aku pun sibuk giler tengok sebab offer tu lebih murah dari harga standard. Lepastu bila waiter tu datang dia cakap lunch offer ni untuk weekdays jer, weekend takder (kebetulan aku datang waktu weekend). Laaa, dah tahu hari ni weekend apsal laa dia bagi juga menu yang offer tu. Aku memang fikir nak blah. Tapi sebab dah malas, punggung pun malas nak bangkit so aku makan jerlaa kat kedai tu. Dah laa aku order air tu takder, ni habis. Kalau dah takder semua, bungkus jer laa kedai ni bang! (astaghfirullah sabar, Hanis Sabar.)

Pada aku walaupun mereka-mereka ni semua fikir in adalah strategi bisnes atau apa saja yang diorang anggap sebagai marketing strategi tetap aku nilai kelakuan diorang sebagai satu sikap yang tak jujur. Nak bisnes, bisnes laa bro. Tapi tolonglaa jujur. Itulah aku harap supaya lebih ramai lagi orang-orang Melayu sebangsaku dan orang-orang Islam ni berbisnes tak kisahlaa bisnes tu macam ntah haper tetapi selagi mana kita fokus, yakinlah kita akan berjaya. Titik berjaya tu takkan pernah ada sebenarnya tapi bila kita dah terasa berpuas hati sebab potensi kita digunakan oleh diri kita dengan betul dan optimum, kita sendiri yang akan merasakan kejayaannya, bukan dengan orang lain yang menilainya.


2 comments:

  1. Terlalu banyak keluhannya tu cik hanis..harap dikurangkan, kerana jalan-jalan hidup itu Allah yang tetapkan..itu semua kemudahan, keperluan di dunia, banyak lagi perkara lain yang perlu kita fikirkan. Waallahua'lam.

    Mujahid sesat, moga jumpa jalan pulang.
    :)

    ReplyDelete