Thursday, January 3, 2013

Cerita yang tak popular

Salam

Agak lama juga aku tak tulis dalam blog karut ni. Maybe sebab slalu online bukak fb pakai tab jer.

So skang aku dah kerja kat Hospital Muar. Dah dekat 6 bulan dah kot.

Biasalaa, tempat baru, orang baru, pengalaman baru semuanya baru-baru. Takyah cerita semua laa. Paling simple pun nak cakap semuanya best ok, wonderful!

Aku kan, kalau cerita kat semua orang, semua cerita aku bukak sampai dah takde celah mana aku nak cerita dah. Paling riak benda yang aku akan cerita ialah cerita aku gi korea time form 2 main band, sakit perut. Haa cerita memang tak miss aku akan cerita. Mesti ramai kagum. Wow, form 2 dah gi korea! lebih2 lagi skang ni gejala Kpop melanda umat hahaha.

Tapi benda yang sangat-sangat jarang aku cerita ialah....

Jadi untuk post ni EXCLUSIVE! aku ceritakan benda yang tak popular langsung. Ok skang sediakan teh tarik satu, buka laptop baca post ni kat warung mamak. Baru feel.

Tajuk: Ketika Hanis Berusrah

Maybe ada orang pernah dengar perkataan usrah ni. Sapa masuk universiti, pernah pegi surau, aku rasa diorang akan dengar perkataan usrah ni.

Malas arr aku nak citer kan usrah ni apa? benda apa? Tapi mostly orang akan tahu ini benda baik.

Aku pun manusia gak, cenderung dengan benda baik. Tak ada istimewanya.

Aku ingat lagi macamaner aku terjebak dengan gejala usrah yang tak popular ni. Time tu aku saja ringankan diri pegi surau time Maghrib, jumpa brader ni, minta no phone.Aku bagi jer. Mula2 nak jumpa minggu depan, alih2 nak jumpa setiap minggu, aku blurr. Dia jual quran kecik, aku beli. Jumpa jer baca quran, aku blurr. tapi sebab benda baik aku ikut. Dia suruh aku ajak member lain, aku ajak, aku blurr, tapi sebab benda baik aku ikut. Dia suruh aku ikut dia bermalam kat masjid, join seminar agama, aku blurr, tapi sebab benda baik aku ikut. Dia ajak aku gi camping, dekat camping kena macam askar, baca quran, aku blurr, tapi sebab benda baik aku ikut. Dia ajak aku macam2 lagi....main futsal, qiamullail, makan2, berkelah, naik motor bagi tazkirah kat sekolah,jual buku, handlekan pameran, masak2. aku blurr, tapi sebab benda baik aku ikut.

Bagi aku itulah usrah = benda baik.

Tapi manusia tetap manusia. Takkan pernah jadi malaikat. Kalau jadi malaikat pun mungkin waktu siang (menunjuk depan orang).

Benda usrah ni laa yang buat aku kuat sebenarnya. Aku pernah naik motor dengan member dari Kuching ke Sibu, naik motor dari Sibu ke Miri (cuba tengok map kalau nak tahu jauh mana). Pernah aku first time datang Sibu pergi jumpa member kat Miri naik bas sorang2, balik naik bas malam singgah kencing kejap kat kedai ntah mana ntah, sekali bas tu tinggalkan aku, gelabah aku pergi tepi jalan konon nak tahan keta kejar bas tu balik. Kul 11 malam jalan kat Sibu-Bintulu sapa penah pegi sana diorang tahu braper banyak keta je lalu sejam. Sampai aku terjatuh dalam selut tinggi sampai peha. Kedai yang aku pegi kencing tu pun tutup, nasib baik orang kedai tu perasan aku, bawak aku pegi stesen bas Bintulu. Sampai kat stesen bas baru aku tahu lumpur dah sampai ke peha, kena masuk toilet tukar seluar laa. Amik bas balik ke Sibu semula.(aku tak perasan aku penah story tak citer ni kat post dulu, malas nak check balik)

Penah juga satu hari kita orang jalan trekking dekat Taman Negara Bako. Rupanya trek dia sangatttt jauh, pergi pagi sampai destinasi malam. Sampaikan kitorang pikir 2-3 kali nak balik semula jalan kaki. Sampaikan kitorang sanggup tinggalkan baju sumer sebab tak nak bawa beban banyak sangat. Mesti baju aku still ada kat sana kot.

Pernah juga satu hari ada program camping.  kitorang mula2 happy jer, lepas tu sorang2 karaoke lagu nasyid ramai. last2 ada sorang tu bawa lagu Raihan- "alangkah, indahnya hidup ini, andai dapat kukucup tanganmu..." lagu ni syahdu gila, aku tak sedar waktu tu aku nangis tersedu2, macam Rasulullah tu orang yang sangat aku nak jumpa....

Apa lagi ek kenangan? Seriously aku cerita ni bukan nak bangga2, atau apa2 semua.

Pernah laa satu ketika, eh bukan sekali, banyak kali juga ahh, aku nak tinggalkan benda ni semua. Dah laa, biar brader tu dah tak cari aku dah! Aku nak cari alternatif lain, dengar jer ceramah ustaz Azhar Idrus ke Ustaz Don ke kat tv. Cukup ah..tak yah laa berusrah-usrah ni.
Lagipun tengok laa aku ni camaner, hafal surah berapa jer, hadis dari dulu suh hafal tak hafal2, hafal sifir aku tahu arr.
Suka layan MUSE, Coldplay, main ukulele. Sesuai ker?

Tapi disebabkan Heliza Helmi pun ikut usrah, ops silap! disebabkan banyak perit luka, peluh, kaki cramp, dsb yang aku lalui dalam usrah ni. Bila fikir balik secara teliti dan takasima nya (maksudnya penuh kematangan laa) aku sangat sayang untuk tinggalkan usrah ni dengan begitu sahaja. Seriously wei, lagi berat dari nak clash dengan awek.

Aku dah tak dapat fikir lagi, sekrang ni walaupun dah kerja, walaupun aku pernah cuba nak lari dari usrah ni, seolah usrah ni pulak yang mengejar aku. Aku banyak agenda dengan usrah, agendanya terlalu penting, lebih penting dari agenda PAS UMNO yang selalu dicanang. Cara kita cara yang terlalu rendahkan diri, niat kita perlu seikhlas hati. Kita impikan sesuatu, of courselah kita fikirkan cara untuk memilikinya. Bagaimana kalau kita impikan syurga? apa cukup sekdar tempek gambar ngan couple kat FB dengan tajuk : semoga bahagia till jannah? come on laa wei.

Syurga tu mahal harganya. Orang seakan fikir ianya senang untuk dimiliki, sebab diorang tak pernah keluar dari zon keselesaan, walaupun begitu, mereka2 ini masih lagi nak terus mencari dan meniti ke zon keselesaan yang seterusnya. (aku pun sama laa)

Terhadap member-member aku yang pernah aku jumpa tapi aku tak pernah citer pasal benda ni aku minta maaf. Mungkin ada juga kaitan cerita ini dengan cerita2 yang pernah aku ceritakan kat korang sebelum ni.

Cerita hanyalah cerita. Selama mana cinta bermain dengan masa, kita rasa benda itu adalah selamanya. Tapi satu benda yang membuatkan korang jadi excellent adalah, mengaitkan semua perkara dalam hidup kita ini dengan Allah s.w.t SAHAJA. Apa yang Allah mahu dari kita yang tak punya apa2 ini? Dan mengapa Allah berikan itu dan ini hanya kepada diri kita dan bukan orang lain?

Oklah nak tidur, Bai.



No comments:

Post a Comment