Bismillahirrahmanirrahim. Suatu saat aku bermunajat pada Rabbku. "Rabb, selamanya aku mohon ampun atas segala dosa yang aku lakukan dihadapanMu, biarpun sengaja atau tidak, jelas nampak atau kabur tersembunyi. Jika hari ini hati aku segar bugar dengan keimanan dan ketaqwaan kepadaMu belum tentu ianya tak akan mati berkali-kali. Hanya Kau yang mengenali aku. Cukuplah kau yang menentukan nasib diriku, jangan kau biarkan hati aku ini mati berkali-kali."
Semalam baru sahaja aku hadiri qiamullail Ramadhan di surau kolej. Aku perancang aktivitinya. Belum sempat singgah ke petang setelah tamatnya program itu, hati aku terus mati lagi. Aku tertidur kepenatan. Sehingga Zohor tak menyapa mengejutkan aku. Bangkitnya aku dalam rasa bersalah. Aku terasa seolah hati membisik "Heh, ini perancang aktiviti yang hatinya sudah mati". Takkk. Aku bukan seorang Abdul yang merisaukan label sebagai perancang aktiviti Qiam tergugat kerana hal ini. Aku hanya risau diriku, aku hanya rasakan ini sebagai satu tanda. Tanda mati yang pernah aku rasakan sebelum ini.
Aku lewati (lalui) malam. Malam yang penuh kemurungan. Ditimpa rasa bersalah dan kesedihan. MAlu berhadapan dengan Allah. Pura-pura kot hati inilah yang palin kuat paling terbaik. Padahal itu bohong. Aku tak dapat bohong padaNya. Dia mengetahui aku. Sebelum dari aku mengetahui diriku sendiri. Tak salah aku mengadu padaNya lagi. UNtuk keentah berapa kali. Hati aku mati berkali-kali.
Duhai hati. Sabarlah dikau dengan kudrat yang kau tumpangi ini. Kudrat ini hanya mampu melakukan sesuatu dengan batas-batas manusiawi. Biarpun kau maha hebat dengan keazaman dan kejiwaan yang umpama mujahid. Namun sedarilah kudrat yang kau tumpangi ini hanyalah sekujur tubuh mungil yang selalu sakit-sakit.
A : "Antara bulan dengan bintang mana lagi besar?"
Adik: "Bulanlah yang besar, tengok itu Bulan. bukankah ia lebih besar dari bintang yang kecil tu?"
Abang : "sebenarnya bintanglah yang lagi besar, sebab dia jauh jadi dia lagi kecil dari Bulan"
A: "Kamu benar abang!"
OH Allah, aku mahu jadi seperti Bulan. Aku ingin sangat dekat pada diriMU. biarpun dengan hati kecilku ini, aku yakin pasti jika aku yang paling dekat denganMu, pastilah aku yang paling besar di pandanganMU. :'(
No comments:
Post a Comment