Thursday, September 2, 2010

Merdeka dan Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assallamualaikum. Selawat salam atas Nabi Muhammad S.A.W. Barangsiapa yang dikehendaki untuk diberi hidayah oleh Allah, takkan ada yang dapat menghalangi. Dan barangsiapa yang dikehendaki oleh sesat, takkan ada yang dapat memberi petunjuk.

31 Ogos dah berlalu. Sorry aku lama tak tulis blog. Sebab diri yang tak busy ni cuba perasan sibuk cuba nak tunjuk alim pada diri sendiri bahawa diri kita juga mampu mendapat keampunan di bulan Ramadhan ni. Mungkinkah? hmmmmm.


Semoga 31 Ogos ini, merupakan hari kemerdekaan yang patut kita hargai biarpun bagaimana caranya. Bayangkan bagaimana negara kita kalau tanpa hari merdeka ini? Kita masih lagi dibawah telunjuk British. Biarpun British bisa sahaja memajukan tanah Melayu dengan bangunan ala ala London, atau tidak mustahil kita dapat memiliki satu stadium seganas Old Trafford di Manchester, namun apakah nilainya jika ianya bernama New England, ataupun Republic of British bukannya Malaysia seperti namanya sekarang. Tidak mustahil jika hari ini (hari merdeka) ini tidak ada, Yahudi juga bersenang lenggang masuk bermigrasi dan membuat penempatan di sini. Bahkan yang terjadi semestinya darurat yang lebih dahsyat dari 16 Mei.
Bersyukurlah dengan Malaysia sekarang. Terimalah apa adanya. Disamping kita sama-sama meningkatkan dan membangunkan Malaysia ini dengan Islam yang murni yang kita percayai selama ini. Malaysia ini unik. Uniknya juga kerana Islam. Sedangkan negara yang asasnya Islam sendiri juga tidak bisa mencegah kemungkaran dan membangunkan peribadi umatnya. Inikan pula negara yang mengamalkan free sex, menghalalkan dadah, arak dan judi. Menghalalkan kajian senjata nuklear. Yang luarannya nampak maju, namun di dalamnya penuh dengan kelemahan yang tersembunyi yang cuba sekuat-kuatnya untuk disembunyikan. Apakah guna negara yang maju, namun hati penduduk seisinya sakit. Penuh dengan hasad, dengki, tamak dan iri hati. Apalah gunanya kemewahan, padahal disekeliling penuh dengan kemiskinan. Umpama melihat telatah sebuah negara presidennya memakai kasut, padahal seluruh penduduknya berkaki ayam. Tetaplah juga negara itu digelar negara yang miskin.

Jadilah penduduk Malaysia yang maju wahai rakyatku (heh macam lah aku PM). Maju bukan diukur dengan kemewahan. Tapi diukur dengan sejauh mana kita berusaha memperbetulkan diri sendiri dari pelbagai kesalahan dan kelemahan. Bukan hanya ingin tahu menutup kelemahan diri demi mengejar sesuatu yang tak lama bertahan. Harta, pangkat, jawatan, gelaran. Itu hanya kenikmatan namun itu bukanlah kehormatan. Kita tidak dihormati dan dimuliakan dengan semua itu!
Sekarang Ramadhan sudah ingin berlalu. Oh Malaysia ku! Jika kamu ingin maju hayatilah Ramadhan itu. Syukurilah nikmat yang Allah beri pada negeri ini, nescaya Allah akan tambahi nikmat dan rahmatNya atas negeri ini. Bahkan mudahan akan berkembang biak ke atas negeri-negeri disekelilingnya. Kita juga mahukan negeri Thailand yang bebas dengan dadah dan pelacuran, negeri Indonesia yang bebas dengan kebencian dengan Malaysia, negeri Singapura yang bebas dengan keinginan menguasai Malaysia.Ya Allah, tambahilah penduduk negeri Malaysia ini dengan ketaqwaan kepadaMu. Mudah-mudahan masalah-masalah yang lain yang ada pada Malaysia ini akan turut ter'settle' secara sendirinya dengan ketaqwaan penduduk ini kepadaMu.
Aku bangga jadi anak Malaysia. Malaysia ini unik. Dengan Islam Malaysia murni. Dengan Tuhan Malaysia dikurniakan nikmat dan rahmat. Tuhan limpahkan rahmat pada pendudukNya, rakyat menjadi bersatu padu biarpun berbeza keimanan dan bangsanya. Subhanallah. Tuhan itu adalah Allah. Yang Maha Pemurah. Lagi Maha Mengasihani.

1 comment: