Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang aku dekat Serian ni. Posting District. Dengan diliputi gunung dan bukit, suhu disini lebih rendah laa dibanding dengan Kuching. Agak nyaman. Fuh syiok tido.
Otak tak dapat gerak. Beku. Nak cakap apa pun tak tahu. Ntahlaaa.
Nanti aku balik Serian. Aku bawa durian. Ah merepek. Patut tak perlu cakap lagi. Otak aku masih beku. Aku perlukan jamuan 'buku'. Dan perlu banyak kuliah ilmu.
Aku tak perlu tunggu bulan untuk capai purnama. Kerna bulan purnamanya berkali-kali. Cuma perlu tunggu dan sabar. Hilangnya pasti akan diganti. Purnama mana yang tak akan sama. Cuma malamnya saja yang berbeza. Yang hidupkan malam bukan purnama. Malahan kitalah yang menikmatinya. Dibalik awan-awan dan air tasik yang menenangkan. Di liputi puisi, syair pantun yang indah. Yang diuntaikan menjadi doa dan harapan. Ianya bukan hanya dapat hadir untuk satu malam. Jika kamu mahu malam itu. Ianya boleh hadir untuk kamu. Panggillah aku. Kejutkan aku dari malam yang dingin itu. Untuk menikmati purnama malam. Seperti malam-malam yang lalu.
Lalu kita sama-sama basahi diri. Bersujud pada yang Maha Satu. Yang kita saling bersaksi berjanji akan mencintaiNya selama-lamanya. Dan kita juga saling mencintai. Apakah kamu hanya menunggu purnama untuk menjemput kamu ke malam itu? Kerna belum tentu purnama yang jadi saksi segala-galanya. Ada lagi yang lain yang menjadi saksi cinta kita.
Kau. jangan matamu berair kerana sesiapapun. Kuntuman bunga mawar takkan pernah ada harum biarpun dibasahi air mata kau. Kepompong itu tetap terbuka menjadi rama-rama yang cantik biarpun tanpa air mata kau. Selama bumi ini berjalan. Suka atau duka, ianya tetap berjalan biarpun sama ada engkau hadir atau tidak. Sama ada perasan akan kehadiranmu atau tidak. Ianya tetap akan berjalan. Dibalik umur, kau juga akan berjauhan. Dan bumi yang berjalan ini akan tetap juga kita tinggalkan.
Aku akan tetap menunggu kamu. Menjadi arca yang hari-hari digilap menjadi cantik oleh yang pakar. Menjadi tumpuan peneliti yang mahir dengan kualiti dan seni. Tak pernah aku tergerak untuk menjadi rapuh dan goyah. Jika aku retak, bukanlah pengukir yang tersalah ukir. Anggaplah bahan buatanku yang tidak cukup nisbahnya. Namun aku tetap arca yang berdiri teguh di hadapan pintu hati mu. Yang cuba menjadi perawat sanubari mu. Walaupun kau tak menyedari kepentingan ku. Walaupun aku kau anggap umpama hiasan berlumut dibasahi hujan dan panas. Dan aku tak mengharapkan satu hari kau akan menyedari kepentinganku. Kerna aku tahu bumi ini akan tetap berjalan. Seperti sedikit demi sedikitnya badanku terhakis. Lalu aku jadi debu. Aku jadi tak upaya. Lalu aku menampakkan diri asalku. Aku hanya batu.
Dah jangan kasi aku menulis lagi. Kalau tidak aku suka merapu. Otak dah beku nih. Salam.
No comments:
Post a Comment