Wednesday, October 14, 2009

Dilema mangkuk tandas.




Bismillahirrahmanirrhim

Emm salam, waktu aku tulis post ni waktu tengah buat case write up, saja nak hilangkan boring aku tulis-tulis laa sikit. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tapi, banyak pulak cerita yang tak perlu pun diceritakan. Sebab semua orang ada kehidupan mereka sendiri kan, lebih baik kita menikmati kehidupan sendiri daripada sibuk mendengar kehidupan orang lain. Kecuali kalau ada pengajaran disebalik sesuatu cerita orang lain tu yang berguna pada diri kita untuk teruskan hidup ni. Emm tu sebab kita patut belajar sejarah kot. Sebab tu laa kalau nak jadi cikgu sejarah jangan sibuk nak suruh budak-budak sekolah ni hafal fakta, nanti lama-lama budak jadi boring,muak tak minat dan mudah lupa. Dah laa benda lain macam formula fizik, teori kimia, tatabahasa BM, literature English, formula Add Math, Fakta biologi semua nak kena ingat, tambah lagi dengan sejarah lagi laa budak tak minat. Aduhh kesian budak sekolah zaman sekarang. Otak mereka dijadikan pendrive untuk menyimpan memori. Kalau memory macam hardisk sampai beratus gigabyte takpe, tapi kalau certain budak yang memory macam pendrive 512 MB kan ke kesian. Lagi-lagi kalau systemnya windows 95 atau 98, processor pulak lembab. Haii kesian, kesian. Last-last budak-budak akan lebih prefer untuk ‘hibernate’ atau ‘standby’. Moga-moga diorang tak ‘shut down’ awal.

Jadi sepatutnya kita ni yang dah mula nak anggap diri kita ni maju patut dah ada system sendiri, processor sendiri untuk jadikan budak-budak kita yang memory tak sebrapa ni jadi laju, tak jammed. Bukan tu saja antivirus pun patutnya daripada ciptaan kita sendiri. Jadi takperlulah kita nak update tiap-tiap tahun.

Apalah gunanya kalau kita ni maju disebabkan taik orang lain. Orang lain reka mangkuk tandas, kita fikir kita maju sebab dapat buang air besar menggunakan mangkuk tandas yang canggih. Sebab dulu-dulu masyarakat kita hanya ‘melabur’ di sungai atau tepi jalan. Lalu kita jadi sombong dan bongkak hanya kerana kita berpeluang dapat menggunakan mangkuk tandas yang canggih padahal taik orang sekarang dengan taik orang zaman dahulu adalah sama. Mereka juga makan nasi dari padi. Cuma sekarang bezanya ada yang sudah makan Beras Herba Faiza Taj Mahal. Ada juga dari kita ni berbangga la sangat apabila mencipta sesuatu yang baru dari mangkuk tandas orang lain. Itupun hanya mengecat dengan warna yang lebih menarik, atau mengukir corak yang melambangkan kebudayaan sendiri atas mangkuk tandas tu, Alaa apalah sangat, itupun boleh heboh satu dunia yang mengatakan kita sudah mencipta sesuatu yang unik atas hasil kita sendiri. Satu dunia juga mentertawakan kita dan atas kesopanan kita mereka tak gelakkan kita depan-depan tetapi mereka memberi kita anugerah dengan harapan kita boleh buat benda bodoh tu lagi dan jangan cuba-cuba nak bertanding dengan diorang buat satu lagi mangkuk tandas yang baru. Owh, minat maaf, kalau sesiapa yang tidak berminat dengan mangkuk tandas bolehlah membayangkan benda yang lain.

Kita sebenarnya dalam akdemi kehidupan ini, kita telah direkrut untuk menjadi seorang agen. Ianya terpulang pada diri kita samada mahu menjadi agen pengikut atau agen perubahan. Kalau menjadi agen pengikut, peluang untuk naik pangkat mudah, dapat bekerja dengan selesa di jabatan yang berhawa dingin, dengan gaji bulanan yang confirm akan masuk tiap bulan. Tetapi kalau mahu jadi agen perubahan perlukan latihan dan ujian ala komando, kerjanya susah dan payah, perlu tinggalkan keluarga, perlu banyak kerahan tenaga, nak naik pangkat jangan harap, sampai pencen takkan dapat. gAji diberikan berdasarkan prestasi.

Tapi selalunya kehidupan sebagai agen perubahan inilah yang paling layak menikmati kehidupan yang bermakna. Hidupnya dimuliakan, disayangi orang lain, matinya dihargai sebagai tokoh, bermakna kepada kemajuan sosial, ekonomi , budaya, politik dan lain-lain. Contoh yang paling gempak siapa lagi kalau bukan Rasulullah S.A.W. Agen perubahan yang paling dikenali. Apa-apa juga keadaan dan pekerjaan kita jika kita hidup sebagai agen pengikut nescaya kita hanya dapat menuruti mengikuti arus kehidupan tapi sesiapa yang menjadikan diri mereka termasuk dalam agen perubahan akan dapat mengenali dan lebih menikmati kehidupan. Dunia memang secara jelas melahirkan ramai saintis. Betapa ramai para saintis yang tidak ada nama pun di dalam sejarah bukan kerana mereka memiliki kekurangan ilmu, tetapi mereka hanya sekadar agen pengikut. Kita juga hanya mengenali saintis seperti Albert Einstein kerena beliau hidup menjadi agen pengubah. Begitu juga dengan doktor, guru, ahli politik dan lain-lain. Huh, diharap kita sama-sama dapat fikirkan. Dahlah nak sambung kerja. Salam.

1 comment:

  1. menarik, santai dan ada mesej yang hendak disampaikan..tahniah, teruskan menulis

    ReplyDelete