Tuesday, June 22, 2010

Masyuk telinga kanan, kluar telinga kiri.

Assallamualaikum

Peribahasa Orang lama kita pernah cakap, "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". Hmmm. Ternyata memang orang dahulu kurang faham tentang anatomi telinga.

Err. pertamanya kita bersyukur pada Allah, kerana akal kita digunakan untuk mentafsir dan memahami lalu menjadikan sesuatu ilmu itu sebagai sumber aplikasi, bukan sumber menyombongkan diri.

Sebenarnya macamnilah rupa telinga kita. Kita tengok kat situ ada satu macam gendang telinga yang block yang orang kita panggil gegendang telinga. Lepas tu kalau kita tengok saluran dia yang dipanggil tiub eustachian menyalur ke bawah bersambung dengan hidung. Jadi ternyata susah nak terima peribahasa masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau dah masuk, selalunya tak keluar keluar. Dia masih ada dalam badan cuma, kadang-kadang memori information tu ada cuma dia lost sama ada dalam badan atau otak atau hati. Selalunya information yang di sensekan dari telinga, hati tak terima. Mungkin hati rosak ke, hitam ker. Tapi tak maksud information tu hilang cuma dia lost dalam body. Senang cerita, dia takkan keluar nyerlah ikut telinga kiri.

Tahu tak sebab apa kita cerita pasal telinga ni. Haaa, selain sebab dah masuk posting baru ENT (Otorhinolaryngology), tetapi mudah-mudahan kita ni tak putus asa dalam mentarbiyah orang selain memperbetulkan kesilapan diri sendiri. Katakanlah nasihat yang baik, ucaplah perkataan yang baik, alunkanlah irama lagu dan zikir yang indah, yang baik dan merdu untuk telinga sesiapa pun. Mungkin nanti kita akan lihat sebahagian orang yang menolak, sebahagian yang tak mahu terima nasihat, merespon dengan herdikan, perlian, kutukan dan macam-macam keburukan. Tapi yakinlah nasihat kita tu tak akan hilang keluar ke telinga kiri, cuma tak dapat terkesan melekat ke hatinya. InsyaAllah suatu hari bila hati sudah clear, Eletric dalam otak dah banyak Watt dan Voltannya, akan terkesan juga tubuhnya dengan nasihat itu. Mungkin tidak sekarang, mungkin esok, lusa, tulat, atau bertahun-tahun yang kehadapan. Allah jualah yang menentukannya. Sebab itu kita ni bro, kena jaga hati supaya selalu clean and clear. Juga kena jaga brain. Supaya tak masukkan dengan memori-memori yang tak berfaedah. Jangan asyik fikir nak makan nasi brainyani jer. Perut memang kena isi, otak pun kena isi gak. Hafalan surah, hadis, sirah, fiqh, saqafah lain-lain buatlah dengan istiqamah. Tahu, kita bukan Imam Muda express astro oasis. Tapi, kita jundi Ghuraba, pewaris Ulama.

Dalam Al-Quran Allah tak lepas menfirmankan kata Telinga atau pendengaran. Seperti:

71:7. Dan setiap kali aku menyeru mereka supaya Engkau mengampuni mereka, mereka meletakkan jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan wajah mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombongkan diri, sesombong-sombongnya.

Tengoklah bagaimana umat manusia di zaman nabi Nuh a.s. Meletakkan jari dan menutup wajah dengan baju itu bukanlah satu perbuatan untuk tak dapat mendengar seruan Nabi Nuh a.s, tetapi sengaja dilakukan untuk meyakitkan hati dan menyombongkan diri. Apakah ini terjadi pada kita juga? Jika datang seruan kebaikan pada kita apakah kita sombong, atau membalas dengan menyakitkan hati si penyeru? Mungkin taklah. Kita kan umat yang selalu berlapang dada. Contohnya di Parlimen. Errr maksudnya Parlimen di negara Bhutan bukan di sini, minta maaf.

Huh, semoga dapat belajar banyak pada posting ini. Pada kengkawan yang belajar posting lain, selamat berjaya. Kepada yang nak mulakan kerja selamat berkerjaya. Kepada yang dah lama start kerja, selamat membayar hutang bulanan dengan cermat dan jangan pakai kad kredit. Oklah Salam.

Thursday, June 17, 2010

Exam dah habis, ceritanya yang tak habis-habis

Assallamualaikum. Bismillahirahmanirrahim. Aper cerita bro. Kengkawan. Sedara semuslim dan tak semuslim semua? Rilek. Jangan kecoh pasal bola jer don. Benda lain pun lagi banyak nak kena fikir.Pertamanya ehem. Marilahkita sama-sama bersyukur pada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia Allah lah yang sebenarnya kita dapat hidup sampai berkeadaan seperti sekarang ni. Cuba tengok sekeliling. Ada laptop, buku, air, meja. Semuanya nikmat yang tak terasa tapi akan kit rasa betapa berharganya benda kat sekeliling kita bila benda tu pup! Hilang. Kan? Kan? Alhamdulillah.Alhamdulillah, saya hari ni baru habis exam psychiatric. Melayan pesakit mental dan memikirkan cara perawatannya memang payah. Tak semesti ubat yang kita bagi dapat merespon dengan baik. Pada waktu itu Subhanallah barulah kita merasa yang menyembuhkan sesuatu penyakit bukannya sang doktor tapi si Pemberi Penyakit sendiri iaitulah Allah.Teringat dengan perkara yang terjadi sewaktu peperiksaan tadi, sewaktu profesor kami bertanyakan sesuatu pada pesakit. Pesakit menjawab dengan jawapan yang merapu. Ini didalam bahasa klinikalnya kami panggil "Flight of Ideas". Pesakit akan menjawab merapu.
Prof: "Kamu tahu tak apa yang dimaksudkan dengan 'kaki bangku'?"
Pesakit: "tahu, orang yang tidak pandai bermain bola tapi duduk di tepi sambil menyokong MU, MU ataupun Argentina, tapi dalam banyak-banyak peribahasa saya suka peribahasa ini, 'Sayang anak ditangan-tangankan, sayang isteri ditinggal-tinggalkan. Maksudnya kita bila sayang anak, kita pukul. tapi kita pukul anak lelaki ajerla, anak perempuan kita tak pukul. Kalau isteri bila kita sayang dia kita tak pukul kita tinggalkan dia macam kita tinggalkan dia kita tidur kat luar bilik sebab isteri kita tak boleh ditangankan, isteri kita kan perempuan macam anak perempuan kita. Mana ada isteri lelaki kan?

Inilah contoh jawapan yang diberikan oleh pesakit. Mendengar jawapan dari pesakit siapapun akan ketawa. Pesakit pun bergembira dengan respon kami. Hmmm mungkin. Tapi sakit masih tetap sakit. Harus diubat supaya pesakit tidak menjadi bahan tawa orang lain dan menjalani kehidupan norma manusia. Masyarakat tidak sepatutnya menjadikan golongan mereka ini bahan permainan, ini salah. Jiwa mereka jiwa manusia, bukan jiwa badut. Padahal masih banyak badut di luar dengan perwatakan bergaya berjalan di tengah masyarakat tanpa malu yang masih tidak sedar mereka mengalami penyakit dan membawa penyakit mereka pada masyarakat.Badut yang dimaksudkan ialah:

1. Badut ahli politik yang menipu dengan kemajuan, kebanggaan, kemewahan, sehingga menipu masyarakat. Semuuua ingin jadi seperti mereka. Ibarat msayarakat zaman Firaun memandang harta si Karun dan kemegahannya.



2. Badut ahli artis. Mengaku jiwa mereka berjiwa seni. Padahal mereka badut memperagakan diri dan bunyi mulut hanya untuk mencari nasi. Atau menjaja nama. Jikalau jiwa mereka seni, halus, pastinya mereka terlebih dahulu tersentuh dengan ayat-ayatNya Allah. Pasti mereka dahulu yang mendalami puitisnya ayat itu. Pasti mereka yang terlebih dahulu dapat menyentuh jiwa-jiwa yang kelam di lautan masyarakat.




3. Badut ahli agama. Memperagakan apa yang ada pada mereka untuk meraih undian, populariti, pengaruh dan macam-macam perjuangan yang hilang sejatinya. Mengakui merekalah yang paling mengikut nabi, merekalah yang paling benar tapi apa kebenaran itu datang hanya dari mulut bukan dari tubuh, bukan dari ruh. Mereka senang apabila sesuatu kezaliman, mahupun kemungkaran itu berleluasa asalkan tidak menganggu periuk nasi mereka. Mereka senyap, membisu, pura-pura tuli. Tapi apa terjadi jika ada pihak yang menganggu ketulian mereka? mereka meberontak , menuduh , mengamuk, mula bersuara atas kebenaran. Badut-badut ini selalunya tampil pada sesuatu isu. Dan mula tidur berehat bila isu mula reda.



4. Badut ahli harta. Tak lain hanya memikirkan bagaimana mempromosikan rumah sarkas mereka dan bagaimana untuk membesarkan lagi rumah sarkas supaya bertaaraf royal london circus. Itu kerja mereka tanpa kira siang dan malam. Jikalau tiket dijual tak mampu di beli oleh penduduk kampung mereka tak rungsing. Banyak lagi kampung-kampung, setinggan-setinggan, dan orang miskin yang sanggup menjual tanah untuk membeli tiket untuk menonton sarkas. Padahal kita tidak hairan rumah setinggan biarlah seburuk manapun, ketagihan menonton karakter si badut pasti ada. Jika tak dapat tampil secara HD (high definition) cukuplah dengan pakej pakej termurah dan termampu asalkan dapat menonton si badut -badut yang lain mempromosi diri mereka. Untuk apa? Supaya suatu hari nanti badut ini diakhirat nanti akan berterima kasih kepada mereka-mereka yang membantu mempromosikan diri mereka dan menarik mereka sekali dalam itu neraka.



Alhamdulillah, cakap pasal pesakit saya merapu ke badut. Apakah saya juga sakit? Mudahan saya cepat menjumpai ubatnya. Patut kita jujur pada diri. Jika kita sakit, kita cakap sakit. Saya fikir badut-badut yang diceritakan tadi hanyalah 'Hallucination' atau khayalan minda sahaja. Patut ianya takkan pernah wujud di dunia yang begitu kaya tamadun dan budi bahasa ini. Jika ini terjadi, emmmm. Pikirlah sendiri. Oklah salam.

Monday, June 7, 2010

Exam dah nak dekat, keja makin menghambat. Lagi mau buang masa.

Assallamualaikum.
Alhamdulillah, first mesti kena syukur pada Allah kerana nikmat yang dia bagi. Mudah-mudahan lepas dia bagi nikmat pastu kita lak bersyukur dia tambah lagi nikmat tu. Mudahan tak cukup dengan nikmat, dia limpahkan lak rahmat dan rahim Nya pada kita.

Exam dah nak dekat. Exam psychiatric. Cuak. Macam biasa. Tapi banyak lagi kerja tak settle. 'Kerja baik' lain pun makin bertambah. Harap tak jadikan sebagai alasan pulak. Sekarang ni memang masa yang sangat sesuai untuk menyedarkan diri sendiri dan masyarakat. Tambahan lagi dengan isu yang lama tapi terhangat sekarang ni (Tentang GAZA). Kalau kena gaya cucuk sikit jer hari ni nangis esok terus berubah. Method dan sarana pun dah pelbagai. Sekarang tak yah cakap banyak, copy paste blog tu blog ni, ayat AQ tu ayat ni bagi kat sesape. Kalau kat Facebook tulis tu tulis ni, tag tu tag ni. Semuanya boleh. Kalau kita kreatif dan produktif. Tapi tu terpulang nak terima ker tak.

Tapi tarbiyah is not like that beb. Kalau camtu senang lerr kerja nabi kita dulu. Dapat wahyu jer, potostat risalah bagi kat orang kafir waktu tu. Nak terima ker tak nak ker tu lu punya hal kubur masing-masing. Tak tak. Itu bukan style nabi. Sama juga laa dengan hal-hal lain. Macam isu Palestin. Boleh jer nak tag-tag orang ker, tulis macam-macam, copy paste gambar buat profile picture. Bukan tak bagus, bagus. Tapi hakikatnya belum cukup. Dan perlu berterusan mudah-mudahan. Dan mudahan benda tu juga dapat dorong diri sendiri jugaklah. Untuk Merubah pemikiran masyarakat, merubah pemikiran diri dan lain-lain. Unsur tarbiyah kan banyak. Dan ini salah satu. Sebaiknya jangan kita lupa yang lain yang dah ditunjukkan oleh para nabi dan ulama kita yer dato' datin.

Sebenarnya nak cerita pasal exam ni. Sebab dah banyak hari tak fokus study, mulala aku risau. Jadi aku pun mencari jalan untuk kembali fokus. Tak senang! Tak tahu nak start macamaner. Buku dah ada depan mata, pen dah ada kat tangan dengan kertas, siap nak mula study jer. Tapi tak tahu betul nak start macamaner. Mulaalaa cari alasan nak tingkatkan mood, buat air dulu laa, pastu melarat buat benda lain. Semalam laa paling tension, petang tu Alhamdulillah dah mula nak start study, baru abis satu perenggan mula rasa nak buat air, pastu turun bawah masak air. Tengok baju kat bakul melambak baju pastu terus pergi belakang nak basuh baju. Pergi belakang nampak rumput ngan lalang memanjang terus nak keluar amik sabit potong rumput, sedar tak sedar dah Maghrib. Air minum ntah kemana, study pun ntah kemana. Lepas Isyak tu baru laa fikir takleh jadi camni. Exam lagi seminggu. Malam tu gak ajak member keluar minum. Member year 5 aku.

Haha. Alhamdulillah. Keluar minum tu aku tanya banyak soalan pasal exam. Banyak gak laa diorang bagitahu soalan macamner akan masuk. rupanya banyak aku tak tahu nih. So, balik tu aku listkan apa yang nak dibaca dan dihafal. Yeahhh. Harap-harap pasni boleh fokus. Pasni bleh laa start.

Untuk member yang lain harap semua akan lulus. Doakan semuanya akan lulus dengan gempak. Untuk yang nak masuk sem baru, selamat menyambut sem baru dengan penuh azam nak buat sungguh-sungguh lagi. Dan untuk tengah bercuti. Cuti laa sampai pengsan. Haha. Tak tak. Make sure ur cuti will be beneficial, produktif, high meaningful and colourful. Dan sesape yang bekerja. Err korang keja laa cam biasa. Takde ucapan yang special pun. Huuu. Oklaa. Salam

Wednesday, June 2, 2010

Tuesday, June 1, 2010

Seberapa 'Palestinkah' kita ?

Bismillahirrahmanirrahim

Ok. Stop cersapen for a while. It is not easy to nak susun ayat dan nak hasilkan satu karya yang cukup ikhlas untuk dikongsi. Mungkin akan ada banyak episod lagi, tentang ibu si Laila, tentang siapa si lelaki yang menolong si ‘aku’ dan bagaimana keadaan di kampung Zubassar itu. Dan juga, bagaimana cerita ini berakhir ?. Haha. Sabar lahh.

Sekarang ni patut sibuk mengenangkan tentang Palestin. Tentang GAZA. Ingat lagi 4 tahun yang lalu,waktu tu promosi tentang mengenal Palestin di adakan di Malaysia, hampir kebanyakan tidak mengetahui apa itu Palestin. Sedih, terutama golongan pemuda. Mungkin otak mereka sibuk memikirkan cara paling kreatif membuang baby lepas hari romantik indah bersama syaitan di celah-celah.

Lepas tu, serangan di GAZA yang mengakibatkan media mula prihatin terhadap isu Palestin. Waktu itu isu boikot barangan Zionis mula tersebar. Sehingga pamplet boikot barangan Israel pun sampai di rumah di kampung. Bagus. Tapi ianya lenyap selepas media tak lagi melaporkan kegilaan Zionis di media secara serius. Mungkin mereka hanya memandang ini sebagai suatu isu. Isu hangat yang dapat menghangatkan lagi siaran seperti isu-isu yang lain juga. Hanya ustaz-ustaz dan NGO-NGO yang bertungkus lumus menyedarkan masyarakat . Syabas dan tahniah pada orang-orang macam ni. Tapi memang selepas itu isu pasal Israel ni seolah diam.

Kapal MAVI MARMARA dan kisah sekitar wakil Malaysia yang mengikuti konvoi ke GAZA melalui perairan meditarrean ni pun tak ramai yang tahu. Tapi ramai yang tahu apabila Kapal itu yang sekarang di rampas dan ditahan oleh NAVY ISrael (tak layak pun panggil NAVY, panggil Pirates). Waktu ni tubuh menggeletar tak tahu dengan cara apa nak tolong mereka-mereka ini. Tak apa. Mudahan dengan pertolongan apa sekalipun, itu InsyaAllah akan menyumbang kepada kemenangan. Islam pasti akan menang. Atau syahid di jalan Allah padahal itu ternyata kemenangan di atas kemenangan.

Eh, eh jap jap. Tak sure nih. Sebenarnya betul ke kita dah tolong. Cuba listkan jap part mana usaha, daya tenaga sumber kita untuk memenangkan bumi para anbia ini dari dikuasai ZIonis bertuhan materi tu?

List jap eh

1.......2.......3........4..........5..........

5 je? tak cukup, cuba ingat balik. Camanaer dengan infaq harta ke Palestin. Brape? seposen? dua posen? duit lain pergi mana?

Barang boikot ada beli tak? Kalau ada kena cuba stop. Dah jangan beli lagi. Terpaksa nak beli? Atleast cuba dulu jangan beli. Pengaruh kawan-kawan makan kat McD? pengaruh diorang balik supaya jangan beli lagi. Dah tak boleh tahan? terpaksa sangat? sangat mengidam nak minum Coca-cola? Jangan dowh! Waktu pegang air tu sebelum nak bayar kat cashier cuba fikir 100 kali tentang kesannya. Bukan kesan pada Palestin jer, kesan pada diri kita jugak. Seringgit duit habis beli benda alah Israel nih, sepuluh mega volt eletrik synapse neuron kita hilang concern terhadap penderitaan diorang kat sana. Lepastu memori kita hilang dan jadi segan nak mengaku yang mereka tu juga saudara kita sebenarnya. Memanglaa normal kat Malaysia ni, orang miskin, takde tanah, tinggal jauh,cakap loghat tak sama lak tu. susah nak mengaku sedare.

Solat tahajud? Doa? Usaha untuk mengharapakan doa termakbul (macam taubat, tinggalkan dosa)? Usaha menyedarkan orang lain tentang pentingnya kemenangan mendapatkan Palestin pada umat Islam? Ada ke tak? Listkan, listkan.

Kalau tak banyak, ataupun takder, ataupun tak cukup. Takpe, mudahan kena usaha sungguh-sungguh dalam hal ni. Kena buat beb. Cakap kosong tarak guna. Kalau hati tu masih bengkek, ego tak sedar lagi di mana bumi di pijak, di mana langit di junjung, haa amik. Ni yang Rasulullah s.a.w pesan kat kita.

"Barang Siapa Yang Tidur Nyenyak Dan Tidak Mengambil Peduli Urusan Umat Islam, Maka Ia Bukan Dari Golongan Mereka." (Hadith Riwayat al-Baihaqi dalam 'Shuab al-iman', at-Tabari, Abu Nu'aim dalam 'Hilyah' dan al-Hakim)

“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya(membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)” Hadith riwayat Muslim.

Terhadap kisah ini, ada pulak yang mengutuk sesama sendiri, ada yang sempat mengutuk si BN itu umpama Yahudi, ada pulak yang mengutuk Dr Asri wahabi yang menyepi. Si PM pulak minta bantuan supaya wakil dari Malaysia dapat mengundurkan diri. Pleaselah. Apa benda semua ni. Kamu mahu digelar pejuang, kamu mahu digelar patriot, kamu mahu digelar seorang hamba ke pada RabbMu, nyata perlakuan kamu tak seperti itu.

Sudahlah, yang pasti dan yakin Allah akan memenangkan atas pihak yang benar. Mudahan kita di atas jalan itu. Mudahan kita dipanggil oleh Allah di pintu jalan orang yang berjuang. Tidak ada pintu untuk orang yang menjadi assistant kepada si pejuang.

Salam

p/s: Doa Qunut Nazilah

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada.

Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”