Tuesday, June 1, 2010

Seberapa 'Palestinkah' kita ?

Bismillahirrahmanirrahim

Ok. Stop cersapen for a while. It is not easy to nak susun ayat dan nak hasilkan satu karya yang cukup ikhlas untuk dikongsi. Mungkin akan ada banyak episod lagi, tentang ibu si Laila, tentang siapa si lelaki yang menolong si ‘aku’ dan bagaimana keadaan di kampung Zubassar itu. Dan juga, bagaimana cerita ini berakhir ?. Haha. Sabar lahh.

Sekarang ni patut sibuk mengenangkan tentang Palestin. Tentang GAZA. Ingat lagi 4 tahun yang lalu,waktu tu promosi tentang mengenal Palestin di adakan di Malaysia, hampir kebanyakan tidak mengetahui apa itu Palestin. Sedih, terutama golongan pemuda. Mungkin otak mereka sibuk memikirkan cara paling kreatif membuang baby lepas hari romantik indah bersama syaitan di celah-celah.

Lepas tu, serangan di GAZA yang mengakibatkan media mula prihatin terhadap isu Palestin. Waktu itu isu boikot barangan Zionis mula tersebar. Sehingga pamplet boikot barangan Israel pun sampai di rumah di kampung. Bagus. Tapi ianya lenyap selepas media tak lagi melaporkan kegilaan Zionis di media secara serius. Mungkin mereka hanya memandang ini sebagai suatu isu. Isu hangat yang dapat menghangatkan lagi siaran seperti isu-isu yang lain juga. Hanya ustaz-ustaz dan NGO-NGO yang bertungkus lumus menyedarkan masyarakat . Syabas dan tahniah pada orang-orang macam ni. Tapi memang selepas itu isu pasal Israel ni seolah diam.

Kapal MAVI MARMARA dan kisah sekitar wakil Malaysia yang mengikuti konvoi ke GAZA melalui perairan meditarrean ni pun tak ramai yang tahu. Tapi ramai yang tahu apabila Kapal itu yang sekarang di rampas dan ditahan oleh NAVY ISrael (tak layak pun panggil NAVY, panggil Pirates). Waktu ni tubuh menggeletar tak tahu dengan cara apa nak tolong mereka-mereka ini. Tak apa. Mudahan dengan pertolongan apa sekalipun, itu InsyaAllah akan menyumbang kepada kemenangan. Islam pasti akan menang. Atau syahid di jalan Allah padahal itu ternyata kemenangan di atas kemenangan.

Eh, eh jap jap. Tak sure nih. Sebenarnya betul ke kita dah tolong. Cuba listkan jap part mana usaha, daya tenaga sumber kita untuk memenangkan bumi para anbia ini dari dikuasai ZIonis bertuhan materi tu?

List jap eh

1.......2.......3........4..........5..........

5 je? tak cukup, cuba ingat balik. Camanaer dengan infaq harta ke Palestin. Brape? seposen? dua posen? duit lain pergi mana?

Barang boikot ada beli tak? Kalau ada kena cuba stop. Dah jangan beli lagi. Terpaksa nak beli? Atleast cuba dulu jangan beli. Pengaruh kawan-kawan makan kat McD? pengaruh diorang balik supaya jangan beli lagi. Dah tak boleh tahan? terpaksa sangat? sangat mengidam nak minum Coca-cola? Jangan dowh! Waktu pegang air tu sebelum nak bayar kat cashier cuba fikir 100 kali tentang kesannya. Bukan kesan pada Palestin jer, kesan pada diri kita jugak. Seringgit duit habis beli benda alah Israel nih, sepuluh mega volt eletrik synapse neuron kita hilang concern terhadap penderitaan diorang kat sana. Lepastu memori kita hilang dan jadi segan nak mengaku yang mereka tu juga saudara kita sebenarnya. Memanglaa normal kat Malaysia ni, orang miskin, takde tanah, tinggal jauh,cakap loghat tak sama lak tu. susah nak mengaku sedare.

Solat tahajud? Doa? Usaha untuk mengharapakan doa termakbul (macam taubat, tinggalkan dosa)? Usaha menyedarkan orang lain tentang pentingnya kemenangan mendapatkan Palestin pada umat Islam? Ada ke tak? Listkan, listkan.

Kalau tak banyak, ataupun takder, ataupun tak cukup. Takpe, mudahan kena usaha sungguh-sungguh dalam hal ni. Kena buat beb. Cakap kosong tarak guna. Kalau hati tu masih bengkek, ego tak sedar lagi di mana bumi di pijak, di mana langit di junjung, haa amik. Ni yang Rasulullah s.a.w pesan kat kita.

"Barang Siapa Yang Tidur Nyenyak Dan Tidak Mengambil Peduli Urusan Umat Islam, Maka Ia Bukan Dari Golongan Mereka." (Hadith Riwayat al-Baihaqi dalam 'Shuab al-iman', at-Tabari, Abu Nu'aim dalam 'Hilyah' dan al-Hakim)

“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya(membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)” Hadith riwayat Muslim.

Terhadap kisah ini, ada pulak yang mengutuk sesama sendiri, ada yang sempat mengutuk si BN itu umpama Yahudi, ada pulak yang mengutuk Dr Asri wahabi yang menyepi. Si PM pulak minta bantuan supaya wakil dari Malaysia dapat mengundurkan diri. Pleaselah. Apa benda semua ni. Kamu mahu digelar pejuang, kamu mahu digelar patriot, kamu mahu digelar seorang hamba ke pada RabbMu, nyata perlakuan kamu tak seperti itu.

Sudahlah, yang pasti dan yakin Allah akan memenangkan atas pihak yang benar. Mudahan kita di atas jalan itu. Mudahan kita dipanggil oleh Allah di pintu jalan orang yang berjuang. Tidak ada pintu untuk orang yang menjadi assistant kepada si pejuang.

Salam

p/s: Doa Qunut Nazilah

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada.

Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

No comments:

Post a Comment