Tuesday, January 31, 2012

Muppet Freak!

Salam.. haha saya exam laaa..haha haha

Jadi malam semalam bangun awal. So cam biasa sambil mentelaah buku, tengok2 la sikit video kat youtube ni. Entah camaner teresesat laa aku kat dalam dunia youtube sampai terjumpa pasal The Muppets ni!



Ermm, maybe semua orang akan tahu pasal karakter cam Kermit the Frog, Miss Piggy, dalam the muppets ni. In facts, banyak lagi karakter yang macam ni contohnya dalam Sesame Street macam Big Bird atau kat Australia popular dengan Barney. Oh monster2 nilaa yang bebudak tak takut tuu. Hihi. Tapi sori arr, dulu time kecik aku ni bebal sket. Tgok Sesame Street cam bosan giler!! sebab apa, satu sebab cakap B.I, kalau translate B.M pun suara dubbing tak best langsung, pastu ajar alphabet yang asyik ulang2 jer. Habis setengah jam ajar 3 huruf jer! haha..


Tapi ntah camaner setelah umur aku 24 tahun jumpa laa balik karakter2 ni dan aku bleh faham laa lawak2 diorang ni. Haha siyesly klakar giler! Sebab apa kelakar? Haha.. tak tahulaa.. lagi2 tgok video pasal mahna mahna tuuu...dan aku rasa bukan aku sorang ajer berpendapat camtu. Even, video tu pun berapa orang view.

So benda ni dah jadi cam fenomena kat Hollywood! Tapi ye arr time budak2 dulu kita memang prefer tengok Usop Sontorian, Along. Sebab bahasa ibunda kita dan culture dia sama ngan kita yang boleh kita faham. Kan? kan?




Apa benda muppets ni? Erm, muppets ni benda yang letak tangan dalam stokin dan buat2 cakap tu basically camtulaa.(semua orang tahu kot). But, the muppets punya karakter ni actually direka oleh Jim Henson laa since 1979 camtu. Pastu, dari show kanak-kanak, dia jadi semakin popular sampaikan ader rancangan sendiri iaitu the muppets show! The muppets show ni sampaikan waktu tu menjemput banyaakkkk artis jemputan untuk join diorang punya show. Sampaikan karakter2 the muppets ni dah dilayan as a celebrities kat Hollywood. The muppets show dah jadi satu show yang menang 21 Emmy award tahun 70'an, pelabagai filem, TV show, buku, DVD, merchandise dan banyak lah lagi benda dah diproduce. Pelik ker? Dari benda anak patung katak camtu dah boleh menghasilkan kejayaan besar camni..Haha 

Jim henson yang mulanya mencipta satu watak iaitu Kermit the Frog. Si katak yang jadi popular giler satu dunia! sapa tak kenal katak ni? pagi2 anda akan tengok katak ni kat TV time kecik2 dulu kat sesame street kan? haha



Kejayaan yang besar yang Jim Henson cipta dengan seekor watak katak dan ditambah lagi dengan beberapa karakter puppet yang lain, hasilnya Jim Henson dah ada company workshop hasilkan karakter puppet sendiri namanya Jim Henson Creature Shop, dah ada Jim Henson Foundation dan Jim Henson company. Tapi malangnya setelah berada di kemuncak dia menghidap sakit pneumonia dan sepsis (kuman dalam badan) pada tahun 1990 dan mati. Sedihnya lagi ramai company yang nak mengklaimkan untuk mendapat copyright watak Muppets ni. Antaranya children television workshop (yang buat sesame street) dan walt disney. 


Akhirnya copyright ni jatuh kat tangan walt Disney company pada tahun 2004. Namun, even lepas Jim Henson ni meninggal, sumbangan dia kat industri hiburan Hollywood masih lagi berjalan even sampai sekarang. So takdelaa pelik kalau Jim Henson dan si Kermit the frog ni tersenarai dekat "walk of fame" di Hollywood. 


Salah satu lagu yang popular nyanyian Kermit the frog ni adalah lagu "rainbow connection". Ermm, lagu ni jugak menang best song Academy Award tahun 1979. Dan lagu ni telah dihasilkan cover oleh ramaaaiii artis .


Korang tahu tak apa yang Jim Henson cakap ?

“Life's like a movie, write your own ending. Keep believing, keep pretending.” 
― Jim Henson

“When I was young, my ambition was to be one of the people who made a difference in this world. My hope is to leave the world a little better for having been there. ” 
― Jim Henson

“I don't know exactly where ideas come from, but when I'm working well ideas just appear. I've heard other people say similar things - so it's one of the ways I know there's help and guidance out there. It's just a matter of our figuring out how to receive the ideas or information that are waiting to be heard.” 
― Jim Henson



Kita memang tak tahu apa yang jadi pada diri kita pada masa depan kan? Macam Jim Henson cakap dulu cita-cita dia nak jadi seorang yang boleh merubah dunia dan nak tinggalkan dunia ni lebih baik dari apa just hidup gitu2 jer kat dunia. Dan as he said, terbukti dia dah capai apa yang dia nakkan tuu...

Dan Jim Henson cakap bila kita melakukan sesuatu kerja dengan baik, akan ada pertolongan atau bimbingan yang bantu kita (which is of course pada kepercayaan kita ialah Allah s.w.t). Hanya masalah nyer ialah bagaimana nak dapatkan benda itu (sama ada kita rajin ker tidak jer)... And somehow these words jadi inspirational words laa kat aku.huhu

Terbukti dengan mimpi dan imaginasi dan perancangan yang baik, seseorang itu akan boleh berjaya. Jadi bagaimana dengan kita? haha macam Jim Henson cakap, hidup ni macam movie, kita yang tulis ending movie kita sendiri. So, tepuk dada tanyalah diri.
*and of courselah as a good muslim, kita percaya yang good ending bagi kita ialah syurga Allah s.w.t :)



Oh esok ngan lusa ada exam lagi, nak start study dulu. Salam :) 

Sunday, January 22, 2012

Dr Bode..nice story to tell

Salam. Marilah aku cerita apa yang terjadi sewaktu 6 tahun yang lepas. :)

Sejak dari form 3 kalau ada orang tanya apa cita-cita aku? Well, kalau semua bebudak bercita-cita nak jadi cikgu, doktor, jurutera dsb, aku pulak bercita-cita nak jadi sound engineer/audio engineer atau dalam bahasa Melayunya jurutera bunyi. Pastu mesti ramai akan buat muka pelik tanya balik kerja sound engineer tu kerja camner? Haaa kerja sound engineer tu kerja cam mamat kat bawah ni ahhh..


Aku minat kerja ni dulu sebab aku rasa adalah sangat supercool kalau dapat kerja dengan konsol-konsol audio ni, selain dapat lepak dengan environment yang aku suka iaitu dalam studio yang sound proof tak ramai orang dan menghasilkan satu muzik dan mixing yang bermanfaat untuk telinga. Aku juga bermimpi untuk own satu studio muzik sendiri. Atau company musik sendiri ker cam EMI ker Warner music ker..cewahhh!!! Haha



Tapi mimpi hanyalah mimpi. Aku malangnya tak dapat meneruskan cita-cita ini :( sedih tau I. Ini sebab bila waktu masuk matrik dulu aku dapat aliran sains hayat yang takder course fizik. Pastu aku check kat IPTA takder pun yang offer degree ni pun. Pastu mak aku nak aku jadi doktor sebab cerah masa depan. Hmm semuanya takdir Allah, tak dapat nak kater aper ah..



Aku pun tertanya-tanya apakah cita-cita aku ni satu benda yang pelik atau apa, atau apakah aku ni tak berapa nak matang waktu tu sebab pilih satu cita-cita yang cam tak jamin masa depan. Tapi bila aku fikir balik. Betul laa kot. Let say memang betul-betul aku dapat offer kerja ni. So aku hanyalah jadi seorang pekerja jer. Mungkin aku tak dapat berkarya, mungkin hanya kerja di bawah company orang sampai mati dan tak dapat meneruskan cita-cita nak buka studio atau company sendiri tu apatah lagi. Yaa.. orang sekarang ni memang akan dapat simpulkan bahwa duit tulah segalanya. Kalau ader duit ko nak buat epr ko buatlaa.. Oh aku pun akur dengan hukum duniawi. :(

Ada satu hari tu pernah gak aku dapat interview JPA untuk melanjutkan study kat oversea lepas SPM. Pastu ada satu session diorang suh buat essay tentang what n where u want to go to further ur study and why? Aku rasa bebudak len mesti tulis nak study kat UK or Ireland for engineer atau medical degree. Dan korang tahu tak apa yang aku tulis? aku cakap aku nak amik course sound engineer kat U.S! haha. But why? Pastu aku cakap sebab kat sana aku nak main skateboard dan jumpa skaters-skaters yang gempak cam rodney mullen, ryan sheckler , bam margera dan lain2 (sebab waktu tu memang time tengah semangat skaters laa kan) haha.. So, korang rasa JPA terima tak interview tuu.. Haha. Pikir sendiri laa.haha



Kata tak minat medic, tapi apsal aku amik juga? Haa ni laa benda yang senanyer nak citer sebab apa aku semangat nak amik medic! Well, waktu tu aku bace arr majalah yang aku selalu langgan waktu tu. ROTTW.  
(sori arr zaman ni zaman rockers sket so memang tetiap bulan ahh beli majalah ni). Then I've found an article bout Dr Bode. Who is Dr Bode?


His real name is Dr Tengku Shahrizal . Skang ni dia ENT speacialist kat UM. Well he is medical doctor. But  he is also a great shredder! (shredder tu salah satu guitar skill laa). I really admire him. Great composer juga. Dia pernah gak buat beberapa lagu soundtrack untuk filem. Salah satu filem yang dia buat soundtrack adalah cerita 'bintang hati' (2004) lakonan AMy Mastura dan Anuar Zain. Kalau korang tengok cerita tu muzik soundtrack dia memang ada kelainan sendiri. Aku perasan pun bila aku tertengok citer ni kat TV pastu ada scene dalam citer ni yang bila aku dengar balik tetiber aku cakap "eh track ni macam pernah dengar kat somewhere"..hehe

So Alhamdulillah.. tahun 2006 aku dapat laa melanjutkan pelajaran kat UNIMAS yang tercinta ni with medical doctor degree. Dan aku jadikan Dr Bode ni as my mentor. Ermm my 'dream' mentor laa senanyer sebab aku pun tak penah jumpa. Aku pernah juga message dier dalam message board dier kat band profile dier kat soundclick .com.(time ni maner ader facebook lagi). Dan dier pun ader arr reply dan bagi kata semangat juga. 

Aku punyer soundclick profile page duluu haha kurus giler gambar

NI BAND PROFILE BODE NOISE BOX. LINK PROFILE KAT BAWAH
SOME MESSAGE YANG BODE REPLY DULU..

So that is what happen. Dan sekarang aku dah pun berada di final year. Semakin meningkat umur, matlamat pun dah jadi semakin jelas dan clear. But I wont forget the thing in the past that actually brought me here. Thanks  dr Bode. Well, kalau sebut Dr Bode memang ramai yang tak kenal. Tapi anak dier penah popular dalam tahun 2010-2011 dulu sebab anak dier Tengku Irfan seorang genius pianist yang hebat!



So skang nih aku pun recheck balik dan try to find out kalau2 dier ader facebook account ker yang bleh aku nak add. Tapi resultnyer hampeh :(.. mungkin dia busy dengan kerja kot. Haha.
So kalau orang tanya aku skang apakah menjadi sound engineer dan buka recording company tu still walking around in my mind? Well, haah. It still remain. Somehow who knows betul2 plak jadi nanti. Bleh laa aku mewarnai industri muzik tanah air ni. Aku berharap untuk jadi pelopor muzik jazz yang berunsurkan keislaman atau at least dengan lirik dan bait-biat kata yang baik dan nasihat. Tu jerr. Sama ada tercapai atau tidak wallahuaalam.
So, pengajaran bagi cerita ini ialah, jangan pernah stop untuk bermimpi sebab bermimpi itu indah dan ianya lebih indah jika ianya terjadi di dunia realiti. :) 

                                          http://umexpert.um.edu.my/papar_cv.php?id=AAAJxnAAQAAAGGOAAS

Wednesday, January 11, 2012

Tak tahu laa

Salam...
Aku kira-kira ada lagi beberapa bulan lagi nak abis study pastu jadi Doktor. Tapi ilmu macam tak banyak jer lagi. Ntah laa.. PAstu kemalasan menjadi-jadi. KElas makin pack. aku sentuh jer buku tak tahu nak mula dari mana?. Nota yang dah tulis setengah jalan aritu, aku biarkan ajer tak terusik. Aduhai.. bila laa jiwa ni nak termotivasi. Last-last aku sentuh gak ukulele aku nih. tak habis2 24 jam main. Tapi biler bebudak ni suh men lagu malu plak..haha

Tengok aku tulis pun dah takder matlamat. Tak tahu nak cakap pasal apa. Banyak sangat isu timbul.

Aku kalau dah hati lara macam ni solusinya apa lagi. Telepon mak ar..haha.
Semalam aku telepon mak. Pastu aku cakap laa apa2 jer yang aku nak cakap. Selain memberikan kritikan membina, mak suruh banyak rehat.. dan the last part tu yang aku suka dengar. MAk sentiasa doakan aku.

Memang aku rasa aku takder laa usaha banyak mana. Semua benda ni pun aku dapat atas hasil doa orang lain... dan juga korang! haha

Ntahlaa. sapa2 yang ada rasa nak bagi nasihat atau kata-kata semangat..Msg laa aku. Sapa2 pun takper.haha

MEmang takder mood ah, nak tulis pun takder mood (tengah baring sambil taip) :(

klaa bye laa

Monday, January 2, 2012

LULLABY UNTUK ANAK BUAHKU

Salam. selamat tahun baru 2012!


Asalnya aku nak post pasal tahun baru, tapi takder citer, malam tahun baru, aku hanya ditemani beberapa member dan segelas kopi o. tu jer

Ataupun aku nak tulis pasal mahasiswa bebas UPSI. tapi tak best gak. Aku tak ada kat sana. Buat apa nak sibuk cakap yang tu betul yang tu salah. Tapi pada aku, pukul 1.50 pagi korang (mahasiswa) sanggup berkumpul macamtu. Pekater satu hari buat program qiamullail 1UPSI? mohon kat Allah agar ditolongNya membantu keadilan untuk orang yang telah dizalimi semuanya. Allah kan MAHA ADIL? :) Dah laa stop ah cerita.


Aku rindu kat rumah! (mak, abah, abang, akak, anak buah, jiran, ayam, semua ah). Stress pun ader gak ah. jadul pack, tapi bila waktu free, waktu tu  je ar nak digunakan untuk study, tapi aku buat kerja lain. Bila tersedar baru laa plak menyesal. Haha

So oleh sebab kerinduan dan benda yang macam2 ni, aku pun buat laa 2 buah lagu. Ianya adalah kepuasan peribadi sebenarnya. :)))



Diharap pada tahun 2012 ni, aku semakin positif menjalani hidup. Unsur -unsur negatif sebenarnya lah yang akan membuatkan diri kita lebih mandom. (pernah aku dengar cerita Irfan Khairi, jutawan internet popular tu mengambil masa 2 tahun tak dengar berita atau tengok internet untuk mengelakkan unsur negatif ada pada dirinya semasa nak run bussiness dulu dan Alhamdulillah sekarang semua orang tahu dia dah berjaya)

Selamat tahun 2012 !