Jadi malam semalam bangun awal. So cam biasa sambil mentelaah buku, tengok2 la sikit video kat youtube ni. Entah camaner teresesat laa aku kat dalam dunia youtube sampai terjumpa pasal The Muppets ni!
Ermm, maybe semua orang akan tahu pasal karakter cam Kermit the Frog, Miss Piggy, dalam the muppets ni. In facts, banyak lagi karakter yang macam ni contohnya dalam Sesame Street macam Big Bird atau kat Australia popular dengan Barney. Oh monster2 nilaa yang bebudak tak takut tuu. Hihi. Tapi sori arr, dulu time kecik aku ni bebal sket. Tgok Sesame Street cam bosan giler!! sebab apa, satu sebab cakap B.I, kalau translate B.M pun suara dubbing tak best langsung, pastu ajar alphabet yang asyik ulang2 jer. Habis setengah jam ajar 3 huruf jer! haha..
Tapi ntah camaner setelah umur aku 24 tahun jumpa laa balik karakter2 ni dan aku bleh faham laa lawak2 diorang ni. Haha siyesly klakar giler! Sebab apa kelakar? Haha.. tak tahulaa.. lagi2 tgok video pasal mahna mahna tuuu...dan aku rasa bukan aku sorang ajer berpendapat camtu. Even, video tu pun berapa orang view.
So benda ni dah jadi cam fenomena kat Hollywood! Tapi ye arr time budak2 dulu kita memang prefer tengok Usop Sontorian, Along. Sebab bahasa ibunda kita dan culture dia sama ngan kita yang boleh kita faham. Kan? kan?
Apa benda muppets ni? Erm, muppets ni benda yang letak tangan dalam stokin dan buat2 cakap tu basically camtulaa.(semua orang tahu kot). But, the muppets punya karakter ni actually direka oleh Jim Henson laa since 1979 camtu. Pastu, dari show kanak-kanak, dia jadi semakin popular sampaikan ader rancangan sendiri iaitu the muppets show! The muppets show ni sampaikan waktu tu menjemput banyaakkkk artis jemputan untuk join diorang punya show. Sampaikan karakter2 the muppets ni dah dilayan as a celebrities kat Hollywood. The muppets show dah jadi satu show yang menang 21 Emmy award tahun 70'an, pelabagai filem, TV show, buku, DVD, merchandise dan banyak lah lagi benda dah diproduce. Pelik ker? Dari benda anak patung katak camtu dah boleh menghasilkan kejayaan besar camni..Haha
Jim henson yang mulanya mencipta satu watak iaitu Kermit the Frog. Si katak yang jadi popular giler satu dunia! sapa tak kenal katak ni? pagi2 anda akan tengok katak ni kat TV time kecik2 dulu kat sesame street kan? haha
Kejayaan yang besar yang Jim Henson cipta dengan seekor watak katak dan ditambah lagi dengan beberapa karakter puppet yang lain, hasilnya Jim Henson dah ada company workshop hasilkan karakter puppet sendiri namanya Jim Henson Creature Shop, dah ada Jim Henson Foundation dan Jim Henson company. Tapi malangnya setelah berada di kemuncak dia menghidap sakit pneumonia dan sepsis (kuman dalam badan) pada tahun 1990 dan mati. Sedihnya lagi ramai company yang nak mengklaimkan untuk mendapat copyright watak Muppets ni. Antaranya children television workshop (yang buat sesame street) dan walt disney.
Akhirnya copyright ni jatuh kat tangan walt Disney company pada tahun 2004. Namun, even lepas Jim Henson ni meninggal, sumbangan dia kat industri hiburan Hollywood masih lagi berjalan even sampai sekarang. So takdelaa pelik kalau Jim Henson dan si Kermit the frog ni tersenarai dekat "walk of fame" di Hollywood.
Salah satu lagu yang popular nyanyian Kermit the frog ni adalah lagu "rainbow connection". Ermm, lagu ni jugak menang best song Academy Award tahun 1979. Dan lagu ni telah dihasilkan cover oleh ramaaaiii artis .
Korang tahu tak apa yang Jim Henson cakap ?
“Life's like a movie, write your own ending. Keep believing, keep pretending.”
― Jim Henson
“When I was young, my ambition was to be one of the people who made a difference in this world. My hope is to leave the world a little better for having been there. ”
― Jim Henson
― Jim Henson
“I don't know exactly where ideas come from, but when I'm working well ideas just appear. I've heard other people say similar things - so it's one of the ways I know there's help and guidance out there. It's just a matter of our figuring out how to receive the ideas or information that are waiting to be heard.”
― Jim Henson
― Jim Henson
Kita memang tak tahu apa yang jadi pada diri kita pada masa depan kan? Macam Jim Henson cakap dulu cita-cita dia nak jadi seorang yang boleh merubah dunia dan nak tinggalkan dunia ni lebih baik dari apa just hidup gitu2 jer kat dunia. Dan as he said, terbukti dia dah capai apa yang dia nakkan tuu...
Dan Jim Henson cakap bila kita melakukan sesuatu kerja dengan baik, akan ada pertolongan atau bimbingan yang bantu kita (which is of course pada kepercayaan kita ialah Allah s.w.t). Hanya masalah nyer ialah bagaimana nak dapatkan benda itu (sama ada kita rajin ker tidak jer)... And somehow these words jadi inspirational words laa kat aku.huhu
Terbukti dengan mimpi dan imaginasi dan perancangan yang baik, seseorang itu akan boleh berjaya. Jadi bagaimana dengan kita? haha macam Jim Henson cakap, hidup ni macam movie, kita yang tulis ending movie kita sendiri. So, tepuk dada tanyalah diri.
*and of courselah as a good muslim, kita percaya yang good ending bagi kita ialah syurga Allah s.w.t :)
Oh esok ngan lusa ada exam lagi, nak start study dulu. Salam :)
No comments:
Post a Comment