Thursday, June 30, 2011

Itali - cello, mini cooper dan rayban

Assallamualaikum

Itali... satu negara Barat.. wujudkah orang Islam dekat situ.?. Aku tak mengenali Itali sebab adanya team bola yang kuat. Atau bahasa Adios amigos yang aku tak faham.. tapi aku teruja sebab ada benda yang aku minat

CELLO - apa benda cello ni. Ianya sejenis alat muzik macam biola tapi besar sikit. I like the sound yang produce pakai benda alah ni..macam mamat ni main..Seolah benda ni ada roh  yang buat kita fikir macam-macam bila benda ni digesek. Apa ntah nama dia.. haa feeling.. 

Feeling is not something yang boleh kita create. Tapi benda dah ada dalam diri yang boleh kita ekspresskan (expression). Dan may or may not make people Impresss.. haha

Benda kayu ni dicipta at 16th century di Italy.






Mini cooper- Aku rasa semua orang tahu ini apa. Brand keta kompot yang mr bean pakai. Bagi aku kereta ni unik. Tapi jual kat Malaysia mahall laa...Harga cecah rm100000! Heh, tapi member kat UK cakap harga UK baru rm 60000. So, orang Malaysia actually bukan beli kereta ni, tapi diorang beli cukai import dapat hadiah kereta. Dan kereta ni buatan Italy. Maybe kalau aku italian pakai kereta ni macam pakai perodua viva jer..



Rayban- Jenama shades/sunglasses yang terkenal. Selain melindungi mata, memang pakai sapa yang minat tahu apa lambangnya kalau pakai sunglasses ni. Kali pertama aku try pakai rayban sebenarnya waktu dengan driver kat universiti dulu. Memang bila pakai rasa lain tak sama macam pakai sunglasses biasa. Teringin nak buat koleksi. Tapi macam biasa.. mahal.. tak mampu..haha

Oh kalau tengok kat tepi sunglasses ni dia akan tulis 'made in Italy'









Bila dah malam macam ni mula laa berangan-angan. Kalau dapat hidup sebagai Italian sebagai seorang cellist (pemain cello) yang main quatrett (team pemain cello yang selalunya empat orang) kat public place, travel dengan mini cooper. Takder rumah pun aku sanggup beb.

Tapi hakikatnya aku anak Malaysia yang tak berapa tinggi (pendek laa) macam orang Itali yang tak pasti bila dapat langsaikan hutang ptptn yang hanya mampu nak pakai perodua viva. hahaha, Nak main muzik?.. beli cello? cello pun paling cikai harga RM1600. Kerja dah laa separuh mati. Bergaji pun sibuk pulun bayar hutang. Sampai berfamily masih lagi berhutang. Oh hidup tak seindah angan-angan.

This is lifestyle..yang orang Malaysia ramai tak akan dapat terima dan kalau ada pun orang macam ni akan dianggap rare. Hakikatnya ada ramai Masyarakat Malaysia yang lifestylenya hanya depan ASTRO. Atau berbuih mulut lebam cakap tentang PKR DAP PAS UMNO, atau Teh tarik dan bola waktu malam. Oh pada aku ianya plain. Aku nak lari dari semua niii

.dulu aku pernah impikan ada satu family yang waktu weekend bawa anak-anak attend music class. Waktu malam bawa family layan orchestra kat mana-man opera hall. Oh begitu klasiknya famili aku.. haha. rumah takde tv pun tak apa. Rak buku, penuh dengan buku-buku, ada dua sofa untuk baca buku dekat depan beranda yang boleh rasa angin malam. Ada satu corner kat ruang tamu tu ada satu piano, 3 cello dan biola anak-anak. Hahaha..

Huishh seronotnyaa berangan-angan... Mudahan aku tak lupa bangun esok pagi. Apa yang sudah aku lalui sekarang pun dah cukup bagus sebenarnya..cuma akan lagi best dapat menjadi musafir yang membawa cello dengan pakai mini cooper. hahaha. tak abis lagi

Sebenarnya untung juga duduk kat Malaysia nii.. Takde MAFIA macam dekat Italy. Kalaulah Malaysia ni Italy. Mungkin kita akan boring sebab tengok mat rempit race haram pakai Vespa (vespa pun made in Italy). Mana ada kool bro. Nak wheely pun payah..

Kita suka kan barangan Itali ? Atau barangan USA, UK dan sewaktu dengannya..terpulanglah dengan kehendak hati masing-masing. Yang pentingnya barang tetap barang. Kita takkan dimuliakan orang atas semua itu. 

Apa yang bernilai bukan cara hidup. Tapi bagaimana kita hidupkan aktiviti seharian kita sebagai suatu amal. Tak kisahlah apa sahaja minat, hobi, pandangan dan perluasan pemikiran kita.

Kalau anda mepraktikkan cara hidup Barat, namun anda juga mempraktikkan solat dan menjauhi yang haram. Itu lebih baik dari anda berdondang sayang menyanyi lagu Irama Melayu satu kampung sampai lupa mengingatkan bilal untuk azan.

Jadi itulah dia. Kesimpulannya jangan lupa berusaha sebelum mengecapi nikmatnya. Salam..




Dunia yang bagaimanakah yang kita mahukan?

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..dah habis exam..dengan pengalaman repeat setahun dan study yang tak seberapa, at least waktu discuss dengan lecturer tadi, banyak juga yang aku jawab betul dan tak betul.. Kalau tak ada kesilapan besar InsyaAllah aku yakin exam ni aku lulus.

Dan sekarang ada banyak perkara yang aku perlu setup balik.. buat diri, aku betul-betul nak siapkan diri sebelum menjelangnya Ramadhan nanti.. Macam biasa aku mengharapkan Ramadhan yang bawa perubahan, impak maksima mungkin. Perlu set-up untuk program seminar AKAL. Perlu set-up bussiness takaful dan buku online. perlu start exercise balik, setup jadual makan yang tak menentu, planning belanjawan balik, dan study untuk posting paediatric nanti. Wahh!! mudah-mudahan Allah bantu..

Seolah waktu ini sangat singkat untuk aku membentuk duniaku ini.. Lalu aku banyak buang masa untuk fikir jalan. Tapi syaitan lagi pandai buat aku leka sampai fikir lama-lama. Lupa nak capai tujuan. 

Aku tak pernah tanya kot dunia macamana yang orang lain fikirkan, yang orang lain impikan, misi yang orang lain nak capai. Ada waktunya ramai yang mengelak untuk berjaya, semata nak mengecapi bahagia. Ada waktunya ramai yang mengelak bahagia semata nak kecapi kejayaan. Oh, apakah hampir tidak mengecapi kedua-duanya?

Seperti menjamah seekor kambing, sewaktu melapah daging sebelum dimasak. Di dalam pemikiran ada yang inginkan kepalanya. Ada juga yang inginkan ekornya. Perbezaan demi perbezaan untuk mengecapi kenikmatan itu berbeza. Hal ini perlu diketahui semua orang. Setidaknya mereka memahami definisi nikmat untuk setiap orang itu berbeza. 

Namun fisiologi kehidupan yang hampir sama, kepentingan dan kewajipan yang serupa tak patut kita pertikaikan. Kita tahu diri kita berbeza, pendapat kita berbeza, taraf hidup, ilmu, jawatan kita berbeza, namun hakikatnya kita mengeluarkan najis di lubang yang sama, kita menikmati makanan di terowong yang sama.

Apa masalahnya menyatakan keburukan orang lain? hanya kerana diri mereka tidak sama dengan kita? atau hanya kerana mereka tidak menyukai sup ekor kambing seperti kita?

Atau apakah keburukan itu akan lenyap? Apabila mereka tidak membantah, menyetujui yang mereka juga sama-sama meminati ekor kambing seperti kita, namun hakikatnya mereka mahu merebutkan ekor kambing dari kita. Yang mana dahulunya kita menganggap persamaan itu bererti harus perkongsian. Hukum alam mana yang dapat diikuti untuk orang yang tamak?

Sepertinya dunia ini juga begitu. Malahan lebih besar dari teori melapah daging kambing. Yang melihat kepala sibuk untuk menduduki takhta, glamour dan kekuasaan. Yang melihat ekor, terlalu sibuk menjadi penyokong, pengikut yang mengimpikan nikmatnya sup ekor apabila dimasak nanti. Sampaikan semuanya lupa. Antara ekor dan kepala, ada badan yang banyak daging yang montok dan sedap, cukup untuk dinikmati bersama.

---------------------------------------Buat kali pertama aku bertanya---------------------------------------


Dunia yang bagaimanakah yang kita mahukan? Yaaa...kita mahukan bermacam-macam. Namun, kita harus ingat. Dibalik macam-macam dunia ini, jangan kita hanya mengimpikan kepala (kekayaan, kedudukan, jawatan) atau hanya menginginkan ekor (terikut-ikut, terpengaruh, berbangga menjadi pengikut dan ideologi selain Islam). Lihatlah kambing itu, begitu banyak daging yang Allah berikan untuk kita lahap. Lalu, lihatlah dunia ini, begitu luasnya cara dan aktiviti kehidupan kita yang Allah akan lihat sebagai amal. Biarpun ianya tidaklah seistimewa kepala dan ekor. Namun, siapa tahu hanya daging sahaja yang sesuai untuk dimasak kari.
Biarpun memperoleh kekayaan, atau kita menyedari pengikut ideologi politik, idea sosial dan apa-apa juga kebanggan kita itu satu yang istimewa dan berpengikut yang ramai, namun semua orang juga tahu amal yang diterima oleh Allah hanyalah amal yang soleh.

------------------------------------------Kali kedua dan terakhir aku bertanya------------------------------Dunia yang bagaimanakah yang kita mahukan? Tak cukup untuk mengecapi bahagia tanpa melalui derita. Tak cukup untuk menjadi berilmu dengan tak megetahui kebodohan diri. Tak akan rasa nikmat kenyang jika tak merasai kelaparan. Tak cukup dengan teoris jika tak mengetahui cara praktis. Ini hakikat hukum alam yang ramai yang cuba menafikan. Apakah dunia yang kalian mahukan itu hanya akan dapat tanpa mengeluarkan setitik peluh?

Marilah kita berusaha memilik dunia yang kita impikan. Namun jangan kita lupa bahawa dunia yang kita impikan hanya ibarat ekor dan kepala kambing jika lupa melihat daging di tengah-tengahnya..Salam

Thursday, June 23, 2011

Sibu moment

Assallamualaikum...

"jika kamu hidup untuk dirimu sendirimu sendiri nescaya kamu akan mati sebagai orang yang kerdil. Jika kamu hidup untuk menyumbang pada orang lain, nescaya kamu akn mati sebagai orang yang besar" (mustafa mahsyur)

Alhamdulillah.. Bila aku tengok adik2 ni begitu excited nak pergi sibu, semua kenangan waktu kat sibu memancut-mancut masuk kat dalam fikiran..apa ada pada pekan yang jalan tak berapa nak elok, paya yang byak dan selalu banjir, belukar yang selalu terbakar kalau hari panas tu?

Dalam waktu aku kena posting ker sibu selain misi nak belajar, aku dibekalkan misi macam misionary kristian. Haha. Misi nak bawa Islam kat sana..oh tapi sapalah aku ni nak buat kerja2 macam tuu. Baru ikut usrah 1 setengah tahun...

Memang aku juga sangat blurr pasal ini. Tapi rasa macam ini satu benda yang agak suci, aku pun ikut jer cakap si ketua usrah aku nii..

Baru jer barang sampai dan dipunggah, aku dah melencong ke miri naik bas ekspress. Tujuannya nak pergi ke smka miri dan sains miri untuk sambung bawa usrah kat sana. Ingatkan miri tu macam dari rumah aku ker kuala pilah jer, rupanya 7 jam! Minggu depan tu aku kena pergi juga lagi ke sana..mulanya seorang diri.

Aku teringat 2nd time ke miri seorang diri, aku sampai kat stesen bas waktu subuh. Tak tahu mana nak pergi. Lepastu naik teksi ke bandar miri. Singgah subuh kat satu masjid kat tengah bandar. Tanya seorang jemaah masjid macamana nak naik bas ke sekolah. Ditunjukkan yang aku harus tunggu ke tempat sekian sekian dan naik bas transit ke sana..

Lepas selesai aku jumpa dengan bebudak sekolah aku terus balik naik bas. Aku tertidur dan terjaga waktu bas berhenti kat sebuah perhentian. Aku pun turun sebab nak terkencing. Habis kencing tengok bas dah jalan, kedai yang bas berhenti tu dah nak tutup. Aku cuba nak tahan bas lain kalau ada kat tepi jalan. Waktu nak ke jalanraya, aku termasuk dalam parit lumpur sebab gelap. Setengah badan berselut . Orang kedai yang naik isuzu dmax offer tumpangkan aku ke stesen bintulu. Oh baiknya diorg. Dan aku malu naik jeep tu dengan seluar berlumpur. Aku talipon member hairul suruh tahan bas yang aku naik kat sibu untuk amik barang aku. Sampai kat stesen bintulu orang kedai offer aku tiket dia ke sibu yang dia xjadi nak pakai pada aku, oh tima kasih. Aku dengan malunya cepat2 nak masuk tandas basuhkan lumpur kat seluar sebelum naik bas. Oh kenangann...sampai juga aku kat sibu malam tu.

Pendeknya da'wah di miri tak berjaya. Sedih sebab aku tak mampu nak teruskan. Kalau laa waktu tu aku ada superbike yang boleh run tiap2 hari waktu weekend... Tapi aku kena teruskan di sibu pulaa..

Mulanya di smka sibu. Hampir setiap minggu aku ke sana. Berbincang untuk buat usrah atau tuisyen kat bebudak sana. Oh siapalah aku pada mereka yang bersekolah agama..dan ustaz menyuruh aku menyiapkan kertas kerja.. Aku naik jabtan pendidikan untuk meluluskan kertas kerja. Pengarah jabatan cakap kena bawa ke jabatan kuching sebab tuisyen yang aku nak propose ada nama 'agama'. Dan resultnya masih pending sampai laa sekarang. Aku pun tak tahu mana diorang letakkan kertas kerja aku tu.

Kalau atas dasar agama Allah, Allah jualah sebaik-baik penolong. Dipendekkan aku ke teknik sibu untuk cuba bawa usrah di sana. Sekolahnya dekat, pak guardnya mesra. Mudah-mudahan berkat. Alhamdulillah..legasi usrah tu berjalan sampai laa sekarang..syukur adanya pakya, naqib, zulkimi, danial. Syukur adanya ustaz roslan di teknik sibu. Ternyata masih ramai yang dahagakan sesuatu yang terhebat dari Allah. Ternyata rahmat Allah itu maha luas..

Untuk adik2, aku tahu cabaran di perubatan tahun 3 ini payah. Pengorbanannya terlalu berat. Dengan tak terkendalikan hati dan nafsu, dan exam, patient, lecturer, examiner dengan mood tak menentu. Aku tak inginpun jasaku dikenang, atau dibangga-banggakan, cumanya aku harap ada lagi yang masih memberikan harapan berkilau pada anak2 sibu ini. Menjadi kilauan hebat umpama rosley dhobi.

Walaupun apa yang aku kerah tak setahap apa yang taib mahmud dah lakukan pada bumi sarawak ini, aku cukup bangga akulah anak malaya yang bersungguh-sungguh nak menngilapkan anak-anak sarawak atas nama Islam.

..dan banyak lagi kenangan dan pengorbanan indah di sibu, mudahan biarlah menjadi antara rahsiaku dengan Allah. Salam

Thursday, June 2, 2011

Rahsia keluarga berkat.

Assallamualaikum.

Alhamdulillah. Ini... nak kongsi satu hadis jer,

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yg beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yg demikian itu tdk akan tdpt kecuali hanya pd orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yg terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tsbt merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)


Alhamdulillah, Allah bagi keberkatan bagi aku. Rezeki berkat orang kata. 2 hari lepas aku offer buku majalah Solusi kat sepupu namanya kak Jan. Mula-mula chatting ringan-ringan jer, lepastu aku cakap, "kalau saya offer akak takaful mesti akak dah ada punya, so saya nak offer akak beli buku."

 Kak Jan tanya, "buku apa?".

So, aku pun cakap, "buku agama, macam majalah Solusi..."



Sekali kak jan nak beli laaa, 5 naskhah terus edisi yang lama-lama. Aku fikir kalau aku nak jual majalah Mangga ker, Remaja ker, URTV ker, Mastika edisi lama confirm orang tak nak beli laa walaupun ada muka Aaron Aziz yang bebudak suka tu. Tu majalah Remaja bebudak pempuan tinggalkan kat kolej lama dulu berlambak tak dituntut. Aduhaii. Cerita pasal zodiak, apa dapat ?. Haha. Alhamdulillah. Tapi aku belum order lagi. Internet banking kena block plak, tetibe dier tanya soalan security yang aku dah lupa. Terus kena block. Arghhh. Bank tutup sebab public holiday, hari Gawai. So, apa nak buat. Sabo je lerr. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki. Baru tahu erti payahnya lubang rezeki kalau cari sendiri dari makan gaji. Mudah-mudahan berkat..

Sebut pasal berkat ni bagi aku bukan hanya pendapatan jer, mendapat ketenangan dari hasil pendapatan dan rezeki-rezeki lain pun berkat juga. Seperti dapat anak yang baik, hensem gitu. Sapa cakap anak yang baik tak berkat? Aku tengok dalam facebook ramai giler kata kotor, post video bercium bagai. Yang terbaru ni ada anak dara mengaku tak virgin dalam blog sendiri, lagi bangga lak tu! Sapa nak anak macam tu? Ni yang takut nak beranak ni, takut tak mampu laksanakan tanggungjawab. Ye ar waktu lahir memang senyum jer mak bapak tengok baby, ye laa comel kan. Tapi siapa tahu anak tu jadi apa 10-20 tahun ke depan? Kalau jadi soleh Alhamdulillah itulah yang dieertikan dengan berkat. Memperoleh harta yang membuat kita rasa enang pun berkat juga. Ada orang dapat harta wasiat puluh-puluh ribu, banyak tu! Sebab baru lepas menang kes dengan abang sendiri, lepas tu putus saudara. Kerana harta puluh ribu, darah daging sendiri jadi musuh. Apa cerita ntah? hidup tak tenang.. Alhamdulillah keberkatan tu memang penting.

Aku kalau balik rumah, aku rasa tenang jer rumah aku tuu. Ye arr kampung kan..Salah satu yang aku suka kat rumah aku tu ialah waktu Maghrib kitorang tak bukak TV. Haah. kalau orang lain mesti anggap apa significantnya dengan keberkatan nih? Tak tahu nak cakap. Selalunya kalau waktu Maghrib, kami semua buat hal sendiri dalam bilik, Abah pergi surau, mak pergi sembahyang, akak abang duduk dalam bilik, (tak tahu diorang buat apa, bermesra kot haha). Tapi memang macam tu. Waktu Maghrib selalu sunyi, waktu tenang untuk beribadah. Pukul 8 baru start on TV balik, nak tengok berita. Abah jarang tegah pun, rasanya tak ada abah larang kami tengok TV cumanya kami faham sendiri. Maksudnya apa? Maksudnya Alhamdulillah lah! Allah bagi ruang keluarga kami beribadah. (err walaupun kami jarang nak solat sama-sama cam drama TV tuu). Bila lagi nak mewujudkan suasana tenang bertafakur dalam rumah kalau bukan waktu ni? kalau Subuh semua liat nak bangun, Zuhur semua takder kat rumah buat kerja, Asar tak balik kerja lagi. Isyak, dah ada macam2 cerita kat TV, nak lunch dinner lagi, pastu tidur..zzzzzzzzzzzzzzz

Tapi aku tengok sekarang kebanyakan dah tak macam ni. Time Maghrib laaa orang sibuk nak bukak TV. Budak-budak terutamanya. Ada cerita kartun laa, sampai bawa ke besar asyik mengatun (menonton kartun). Tetiap hari ada. Bila diorang ni belajar ngaji cam aku dulu?

Yang dewasa pulak tengok drama. Abis satu siri sambung tengok siri lain. Pastu makan, tidur... kalau asyik melayann TV, bila waktu nak ajar anak, bagi tazkirah ker, tengok anak pandai ngaji ker tak? Eh, aku tak tegur ni, aku tanya jer, bila? bila? Aku bukannyer dah kahwin pun.

Aku rasa itulah rahsia keberkahan keluarga kami. Sayang, apakah kami dapat teruskan legasi kecemerlangan ini atau tidak.

Atas sebab cinta itu bukan hanya suatu perasaan. Betapa ramai yang kecewa dan terkandas kerana hanya mengungkapkan perasaan semata atas cinta. Cinta perlu ruang dan waktu. Ruang untuk diisi pada hati yang kosong, waktu untuk jelas menerima cinta apa adanya. Kalau cinta sudah diisi di dalam keluarga. Ungkapan cinta seolah tidak perlu diungkap kerana ianya hanya kata-kata. Kerana cinta telah penuh diisi diruangnya. Barulah ruang tamu diindahi cinta, tenang bagi sang tetamu menghadirkan cinta, bukannya kotak TV yang hadir melempiaskan drama cinta.

Aduh, bermadah pujangga pulak aku. Aku bukannya nak halang korang tengok Nora Elena (haha). Tapi sebab semalam aku pergi pantai, tengok sunset, sambil duduk kat buaian. Tiba-tiba waktu tu rasa tenang, tak serabut, pastu dengar azan. Degup jantung aku tetiba macam perlahan, sakit kepala jadi macam hilang, tak fikir masalah apa-pun. Lepas Isyak baru aku fikir, oh, bila lagi hati aku nak ada rasa tenang macam ni? Subuh aku selalu liat, Zohor mengantuk, panas , Asar, sibuk nak main, Isyak pergi makan, nak study, nak tidur. Maghrib, ermm Maghrib pun aku dah tak berapa nak jaga lagi macam waktu dulu. Lepas Maghrib aku sibuk nak pergi makan. Padahal Allah nak bagi ruang untuk aku jumpaNya. Haiii itulah. nak cakap lebih takut korang cakap aku bajet alim. haha.

p/s : sapa nak beli solusi atau buku lain contact ler, haha. Klik E-store ni -> E_STORE . kalau nak beli sendiri register login, dan ikut arahan. Kalau nak minta tolong, contact ahh 0164219626 macam kak Jan.Haha.

Oklaa. Salam.