Assalamualaikum.. Alhamdulillah..dah habis exam..dengan pengalaman repeat setahun dan study yang tak seberapa, at least waktu discuss dengan lecturer tadi, banyak juga yang aku jawab betul dan tak betul.. Kalau tak ada kesilapan besar InsyaAllah aku yakin exam ni aku lulus.
Dan sekarang ada banyak perkara yang aku perlu setup balik.. buat diri, aku betul-betul nak siapkan diri sebelum menjelangnya Ramadhan nanti.. Macam biasa aku mengharapkan Ramadhan yang bawa perubahan, impak maksima mungkin. Perlu set-up untuk program seminar AKAL. Perlu set-up bussiness takaful dan buku online. perlu start exercise balik, setup jadual makan yang tak menentu, planning belanjawan balik, dan study untuk posting paediatric nanti. Wahh!! mudah-mudahan Allah bantu..
Seolah waktu ini sangat singkat untuk aku membentuk duniaku ini.. Lalu aku banyak buang masa untuk fikir jalan. Tapi syaitan lagi pandai buat aku leka sampai fikir lama-lama. Lupa nak capai tujuan.
Aku tak pernah tanya kot dunia macamana yang orang lain fikirkan, yang orang lain impikan, misi yang orang lain nak capai. Ada waktunya ramai yang mengelak untuk berjaya, semata nak mengecapi bahagia. Ada waktunya ramai yang mengelak bahagia semata nak kecapi kejayaan. Oh, apakah hampir tidak mengecapi kedua-duanya?
Seperti menjamah seekor kambing, sewaktu melapah daging sebelum dimasak. Di dalam pemikiran ada yang inginkan kepalanya. Ada juga yang inginkan ekornya. Perbezaan demi perbezaan untuk mengecapi kenikmatan itu berbeza. Hal ini perlu diketahui semua orang. Setidaknya mereka memahami definisi nikmat untuk setiap orang itu berbeza.
Namun fisiologi kehidupan yang hampir sama, kepentingan dan kewajipan yang serupa tak patut kita pertikaikan. Kita tahu diri kita berbeza, pendapat kita berbeza, taraf hidup, ilmu, jawatan kita berbeza, namun hakikatnya kita mengeluarkan najis di lubang yang sama, kita menikmati makanan di terowong yang sama.
Apa masalahnya menyatakan keburukan orang lain? hanya kerana diri mereka tidak sama dengan kita? atau hanya kerana mereka tidak menyukai sup ekor kambing seperti kita?
Atau apakah keburukan itu akan lenyap? Apabila mereka tidak membantah, menyetujui yang mereka juga sama-sama meminati ekor kambing seperti kita, namun hakikatnya mereka mahu merebutkan ekor kambing dari kita. Yang mana dahulunya kita menganggap persamaan itu bererti harus perkongsian. Hukum alam mana yang dapat diikuti untuk orang yang tamak?
Sepertinya dunia ini juga begitu. Malahan lebih besar dari teori melapah daging kambing. Yang melihat kepala sibuk untuk menduduki takhta, glamour dan kekuasaan. Yang melihat ekor, terlalu sibuk menjadi penyokong, pengikut yang mengimpikan nikmatnya sup ekor apabila dimasak nanti. Sampaikan semuanya lupa. Antara ekor dan kepala, ada badan yang banyak daging yang montok dan sedap, cukup untuk dinikmati bersama.
---------------------------------------Buat kali pertama aku bertanya---------------------------------------
Dunia yang bagaimanakah yang kita mahukan? Yaaa...kita mahukan bermacam-macam. Namun, kita harus ingat. Dibalik macam-macam dunia ini, jangan kita hanya mengimpikan kepala (kekayaan, kedudukan, jawatan) atau hanya menginginkan ekor (terikut-ikut, terpengaruh, berbangga menjadi pengikut dan ideologi selain Islam). Lihatlah kambing itu, begitu banyak daging yang Allah berikan untuk kita lahap. Lalu, lihatlah dunia ini, begitu luasnya cara dan aktiviti kehidupan kita yang Allah akan lihat sebagai amal. Biarpun ianya tidaklah seistimewa kepala dan ekor. Namun, siapa tahu hanya daging sahaja yang sesuai untuk dimasak kari.
Biarpun memperoleh kekayaan, atau kita menyedari pengikut ideologi politik, idea sosial dan apa-apa juga kebanggan kita itu satu yang istimewa dan berpengikut yang ramai, namun semua orang juga tahu amal yang diterima oleh Allah hanyalah amal yang soleh.
------------------------------------------Kali kedua dan terakhir aku bertanya------------------------------Dunia yang bagaimanakah yang kita mahukan? Tak cukup untuk mengecapi bahagia tanpa melalui derita. Tak cukup untuk menjadi berilmu dengan tak megetahui kebodohan diri. Tak akan rasa nikmat kenyang jika tak merasai kelaparan. Tak cukup dengan teoris jika tak mengetahui cara praktis. Ini hakikat hukum alam yang ramai yang cuba menafikan. Apakah dunia yang kalian mahukan itu hanya akan dapat tanpa mengeluarkan setitik peluh?
Marilah kita berusaha memilik dunia yang kita impikan. Namun jangan kita lupa bahawa dunia yang kita impikan hanya ibarat ekor dan kepala kambing jika lupa melihat daging di tengah-tengahnya..Salam
No comments:
Post a Comment