Itali... satu negara Barat.. wujudkah orang Islam dekat situ.?. Aku tak mengenali Itali sebab adanya team bola yang kuat. Atau bahasa Adios amigos yang aku tak faham.. tapi aku teruja sebab ada benda yang aku minat
CELLO - apa benda cello ni. Ianya sejenis alat muzik macam biola tapi besar sikit. I like the sound yang produce pakai benda alah ni..macam mamat ni main..Seolah benda ni ada roh yang buat kita fikir macam-macam bila benda ni digesek. Apa ntah nama dia.. haa feeling..
Feeling is not something yang boleh kita create. Tapi benda dah ada dalam diri yang boleh kita ekspresskan (expression). Dan may or may not make people Impresss.. haha
Benda kayu ni dicipta at 16th century di Italy.
Mini cooper- Aku rasa semua orang tahu ini apa. Brand keta kompot yang mr bean pakai. Bagi aku kereta ni unik. Tapi jual kat Malaysia mahall laa...Harga cecah rm100000! Heh, tapi member kat UK cakap harga UK baru rm 60000. So, orang Malaysia actually bukan beli kereta ni, tapi diorang beli cukai import dapat hadiah kereta. Dan kereta ni buatan Italy. Maybe kalau aku italian pakai kereta ni macam pakai perodua viva jer..
Rayban- Jenama shades/sunglasses yang terkenal. Selain melindungi mata, memang pakai sapa yang minat tahu apa lambangnya kalau pakai sunglasses ni. Kali pertama aku try pakai rayban sebenarnya waktu dengan driver kat universiti dulu. Memang bila pakai rasa lain tak sama macam pakai sunglasses biasa. Teringin nak buat koleksi. Tapi macam biasa.. mahal.. tak mampu..haha
Oh kalau tengok kat tepi sunglasses ni dia akan tulis 'made in Italy'
Bila dah malam macam ni mula laa berangan-angan. Kalau dapat hidup sebagai Italian sebagai seorang cellist (pemain cello) yang main quatrett (team pemain cello yang selalunya empat orang) kat public place, travel dengan mini cooper. Takder rumah pun aku sanggup beb.
Tapi hakikatnya aku anak Malaysia yang tak berapa tinggi (pendek laa) macam orang Itali yang tak pasti bila dapat langsaikan hutang ptptn yang hanya mampu nak pakai perodua viva. hahaha, Nak main muzik?.. beli cello? cello pun paling cikai harga RM1600. Kerja dah laa separuh mati. Bergaji pun sibuk pulun bayar hutang. Sampai berfamily masih lagi berhutang. Oh hidup tak seindah angan-angan.
This is lifestyle..yang orang Malaysia ramai tak akan dapat terima dan kalau ada pun orang macam ni akan dianggap rare. Hakikatnya ada ramai Masyarakat Malaysia yang lifestylenya hanya depan ASTRO. Atau berbuih mulut lebam cakap tentang PKR DAP PAS UMNO, atau Teh tarik dan bola waktu malam. Oh pada aku ianya plain. Aku nak lari dari semua niii
.dulu aku pernah impikan ada satu family yang waktu weekend bawa anak-anak attend music class. Waktu malam bawa family layan orchestra kat mana-man opera hall. Oh begitu klasiknya famili aku.. haha. rumah takde tv pun tak apa. Rak buku, penuh dengan buku-buku, ada dua sofa untuk baca buku dekat depan beranda yang boleh rasa angin malam. Ada satu corner kat ruang tamu tu ada satu piano, 3 cello dan biola anak-anak. Hahaha..
Huishh seronotnyaa berangan-angan... Mudahan aku tak lupa bangun esok pagi. Apa yang sudah aku lalui sekarang pun dah cukup bagus sebenarnya..cuma akan lagi best dapat menjadi musafir yang membawa cello dengan pakai mini cooper. hahaha. tak abis lagi
Sebenarnya untung juga duduk kat Malaysia nii.. Takde MAFIA macam dekat Italy. Kalaulah Malaysia ni Italy. Mungkin kita akan boring sebab tengok mat rempit race haram pakai Vespa (vespa pun made in Italy). Mana ada kool bro. Nak wheely pun payah..
Kita suka kan barangan Itali ? Atau barangan USA, UK dan sewaktu dengannya..terpulanglah dengan kehendak hati masing-masing. Yang pentingnya barang tetap barang. Kita takkan dimuliakan orang atas semua itu.
Apa yang bernilai bukan cara hidup. Tapi bagaimana kita hidupkan aktiviti seharian kita sebagai suatu amal. Tak kisahlah apa sahaja minat, hobi, pandangan dan perluasan pemikiran kita.
Kalau anda mepraktikkan cara hidup Barat, namun anda juga mempraktikkan solat dan menjauhi yang haram. Itu lebih baik dari anda berdondang sayang menyanyi lagu Irama Melayu satu kampung sampai lupa mengingatkan bilal untuk azan.
Jadi itulah dia. Kesimpulannya jangan lupa berusaha sebelum mengecapi nikmatnya. Salam..
No comments:
Post a Comment