Alhamdulillah. Ini... nak kongsi satu hadis jer,
"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yg beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yg demikian itu tdk akan tdpt kecuali hanya pd orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yg terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tsbt merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)
Alhamdulillah, Allah bagi keberkatan bagi aku. Rezeki berkat orang kata. 2 hari lepas aku offer buku majalah Solusi kat sepupu namanya kak Jan. Mula-mula chatting ringan-ringan jer, lepastu aku cakap, "kalau saya offer akak takaful mesti akak dah ada punya, so saya nak offer akak beli buku."
Kak Jan tanya, "buku apa?".
So, aku pun cakap, "buku agama, macam majalah Solusi..."
Sekali kak jan nak beli laaa, 5 naskhah terus edisi yang lama-lama. Aku fikir kalau aku nak jual majalah Mangga ker, Remaja ker, URTV ker, Mastika edisi lama confirm orang tak nak beli laa walaupun ada muka Aaron Aziz yang bebudak suka tu. Tu majalah Remaja bebudak pempuan tinggalkan kat kolej lama dulu berlambak tak dituntut. Aduhaii. Cerita pasal zodiak, apa dapat ?. Haha. Alhamdulillah. Tapi aku belum order lagi. Internet banking kena block plak, tetibe dier tanya soalan security yang aku dah lupa. Terus kena block. Arghhh. Bank tutup sebab public holiday, hari Gawai. So, apa nak buat. Sabo je lerr. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki. Baru tahu erti payahnya lubang rezeki kalau cari sendiri dari makan gaji. Mudah-mudahan berkat..
Sebut pasal berkat ni bagi aku bukan hanya pendapatan jer, mendapat ketenangan dari hasil pendapatan dan rezeki-rezeki lain pun berkat juga. Seperti dapat anak yang baik, hensem gitu. Sapa cakap anak yang baik tak berkat? Aku tengok dalam facebook ramai giler kata kotor, post video bercium bagai. Yang terbaru ni ada anak dara mengaku tak virgin dalam blog sendiri, lagi bangga lak tu! Sapa nak anak macam tu? Ni yang takut nak beranak ni, takut tak mampu laksanakan tanggungjawab. Ye ar waktu lahir memang senyum jer mak bapak tengok baby, ye laa comel kan. Tapi siapa tahu anak tu jadi apa 10-20 tahun ke depan? Kalau jadi soleh Alhamdulillah itulah yang dieertikan dengan berkat. Memperoleh harta yang membuat kita rasa enang pun berkat juga. Ada orang dapat harta wasiat puluh-puluh ribu, banyak tu! Sebab baru lepas menang kes dengan abang sendiri, lepas tu putus saudara. Kerana harta puluh ribu, darah daging sendiri jadi musuh. Apa cerita ntah? hidup tak tenang.. Alhamdulillah keberkatan tu memang penting.
Aku kalau balik rumah, aku rasa tenang jer rumah aku tuu. Ye arr kampung kan..Salah satu yang aku suka kat rumah aku tu ialah waktu Maghrib kitorang tak bukak TV. Haah. kalau orang lain mesti anggap apa significantnya dengan keberkatan nih? Tak tahu nak cakap. Selalunya kalau waktu Maghrib, kami semua buat hal sendiri dalam bilik, Abah pergi surau, mak pergi sembahyang, akak abang duduk dalam bilik, (tak tahu diorang buat apa, bermesra kot haha). Tapi memang macam tu. Waktu Maghrib selalu sunyi, waktu tenang untuk beribadah. Pukul 8 baru start on TV balik, nak tengok berita. Abah jarang tegah pun, rasanya tak ada abah larang kami tengok TV cumanya kami faham sendiri. Maksudnya apa? Maksudnya Alhamdulillah lah! Allah bagi ruang keluarga kami beribadah. (err walaupun kami jarang nak solat sama-sama cam drama TV tuu). Bila lagi nak mewujudkan suasana tenang bertafakur dalam rumah kalau bukan waktu ni? kalau Subuh semua liat nak bangun, Zuhur semua takder kat rumah buat kerja, Asar tak balik kerja lagi. Isyak, dah ada macam2 cerita kat TV, nak l
Tapi aku tengok sekarang kebanyakan dah tak macam ni. Time Maghrib laaa orang sibuk nak bukak TV. Budak-budak terutamanya. Ada cerita kartun laa, sampai bawa ke besar asyik mengatun (menonton kartun). Tetiap hari ada. Bila diorang ni belajar ngaji cam aku dulu?
Yang dewasa pulak tengok drama. Abis satu siri sambung tengok siri lain. Pastu makan, tidur... kalau asyik melayann TV, bila waktu nak ajar anak, bagi tazkirah ker, tengok anak pandai ngaji ker tak? Eh, aku tak tegur ni, aku tanya jer, bila? bila? Aku bukannyer dah kahwin pun.
Aku rasa itulah rahsia keberkahan keluarga kami. Sayang, apakah kami dapat teruskan legasi kecemerlangan ini atau tidak.
Atas sebab cinta itu bukan hanya suatu perasaan. Betapa ramai yang kecewa dan terkandas kerana hanya mengungkapkan perasaan semata atas cinta. Cinta perlu ruang dan waktu. Ruang untuk diisi pada hati yang kosong, waktu untuk jelas menerima cinta apa adanya. Kalau cinta sudah diisi di dalam keluarga. Ungkapan cinta seolah tidak perlu diungkap kerana ianya hanya kata-kata. Kerana cinta telah penuh diisi diruangnya. Barulah ruang tamu diindahi cinta, tenang bagi sang tetamu menghadirkan cinta, bukannya kotak TV yang hadir melempiaskan drama cinta.
Aduh, bermadah pujangga pulak aku. Aku bukannya nak halang korang tengok Nora Elena (haha). Tapi sebab semalam aku pergi pantai, tengok sunset, sambil duduk kat buaian. Tiba-tiba waktu tu rasa tenang, tak serabut, pastu dengar azan. Degup jantung aku tetiba macam perlahan, sakit kepala jadi macam hilang, tak fikir masalah apa-pun. Lepas Isyak baru aku fikir, oh, bila lagi hati aku nak ada rasa tenang macam ni? Subuh aku selalu liat, Zohor mengantuk, panas , Asar, sibuk nak main, Isyak pergi makan, nak study, nak tidur. Maghrib, ermm Maghrib pun aku dah tak berapa nak jaga lagi macam waktu dulu. Lepas Maghrib aku sibuk nak pergi makan. Padahal Allah nak bagi ruang untuk aku jumpaNya. Haiii itulah. nak cakap lebih takut korang cakap aku bajet alim. haha.
p/s : sapa nak beli solusi atau buku lain contact ler, haha. Klik E-store ni -> E_STORE . kalau nak beli sendiri register login, dan ikut arahan. Kalau nak minta tolong, contact ahh 0164219626 macam kak Jan.Haha.
Oklaa. Salam.
assalamualaikum mntk izin utk dicopy ya.
ReplyDelete