Sunday, January 22, 2012

Dr Bode..nice story to tell

Salam. Marilah aku cerita apa yang terjadi sewaktu 6 tahun yang lepas. :)

Sejak dari form 3 kalau ada orang tanya apa cita-cita aku? Well, kalau semua bebudak bercita-cita nak jadi cikgu, doktor, jurutera dsb, aku pulak bercita-cita nak jadi sound engineer/audio engineer atau dalam bahasa Melayunya jurutera bunyi. Pastu mesti ramai akan buat muka pelik tanya balik kerja sound engineer tu kerja camner? Haaa kerja sound engineer tu kerja cam mamat kat bawah ni ahhh..


Aku minat kerja ni dulu sebab aku rasa adalah sangat supercool kalau dapat kerja dengan konsol-konsol audio ni, selain dapat lepak dengan environment yang aku suka iaitu dalam studio yang sound proof tak ramai orang dan menghasilkan satu muzik dan mixing yang bermanfaat untuk telinga. Aku juga bermimpi untuk own satu studio muzik sendiri. Atau company musik sendiri ker cam EMI ker Warner music ker..cewahhh!!! Haha



Tapi mimpi hanyalah mimpi. Aku malangnya tak dapat meneruskan cita-cita ini :( sedih tau I. Ini sebab bila waktu masuk matrik dulu aku dapat aliran sains hayat yang takder course fizik. Pastu aku check kat IPTA takder pun yang offer degree ni pun. Pastu mak aku nak aku jadi doktor sebab cerah masa depan. Hmm semuanya takdir Allah, tak dapat nak kater aper ah..



Aku pun tertanya-tanya apakah cita-cita aku ni satu benda yang pelik atau apa, atau apakah aku ni tak berapa nak matang waktu tu sebab pilih satu cita-cita yang cam tak jamin masa depan. Tapi bila aku fikir balik. Betul laa kot. Let say memang betul-betul aku dapat offer kerja ni. So aku hanyalah jadi seorang pekerja jer. Mungkin aku tak dapat berkarya, mungkin hanya kerja di bawah company orang sampai mati dan tak dapat meneruskan cita-cita nak buka studio atau company sendiri tu apatah lagi. Yaa.. orang sekarang ni memang akan dapat simpulkan bahwa duit tulah segalanya. Kalau ader duit ko nak buat epr ko buatlaa.. Oh aku pun akur dengan hukum duniawi. :(

Ada satu hari tu pernah gak aku dapat interview JPA untuk melanjutkan study kat oversea lepas SPM. Pastu ada satu session diorang suh buat essay tentang what n where u want to go to further ur study and why? Aku rasa bebudak len mesti tulis nak study kat UK or Ireland for engineer atau medical degree. Dan korang tahu tak apa yang aku tulis? aku cakap aku nak amik course sound engineer kat U.S! haha. But why? Pastu aku cakap sebab kat sana aku nak main skateboard dan jumpa skaters-skaters yang gempak cam rodney mullen, ryan sheckler , bam margera dan lain2 (sebab waktu tu memang time tengah semangat skaters laa kan) haha.. So, korang rasa JPA terima tak interview tuu.. Haha. Pikir sendiri laa.haha



Kata tak minat medic, tapi apsal aku amik juga? Haa ni laa benda yang senanyer nak citer sebab apa aku semangat nak amik medic! Well, waktu tu aku bace arr majalah yang aku selalu langgan waktu tu. ROTTW.  
(sori arr zaman ni zaman rockers sket so memang tetiap bulan ahh beli majalah ni). Then I've found an article bout Dr Bode. Who is Dr Bode?


His real name is Dr Tengku Shahrizal . Skang ni dia ENT speacialist kat UM. Well he is medical doctor. But  he is also a great shredder! (shredder tu salah satu guitar skill laa). I really admire him. Great composer juga. Dia pernah gak buat beberapa lagu soundtrack untuk filem. Salah satu filem yang dia buat soundtrack adalah cerita 'bintang hati' (2004) lakonan AMy Mastura dan Anuar Zain. Kalau korang tengok cerita tu muzik soundtrack dia memang ada kelainan sendiri. Aku perasan pun bila aku tertengok citer ni kat TV pastu ada scene dalam citer ni yang bila aku dengar balik tetiber aku cakap "eh track ni macam pernah dengar kat somewhere"..hehe

So Alhamdulillah.. tahun 2006 aku dapat laa melanjutkan pelajaran kat UNIMAS yang tercinta ni with medical doctor degree. Dan aku jadikan Dr Bode ni as my mentor. Ermm my 'dream' mentor laa senanyer sebab aku pun tak penah jumpa. Aku pernah juga message dier dalam message board dier kat band profile dier kat soundclick .com.(time ni maner ader facebook lagi). Dan dier pun ader arr reply dan bagi kata semangat juga. 

Aku punyer soundclick profile page duluu haha kurus giler gambar

NI BAND PROFILE BODE NOISE BOX. LINK PROFILE KAT BAWAH
SOME MESSAGE YANG BODE REPLY DULU..

So that is what happen. Dan sekarang aku dah pun berada di final year. Semakin meningkat umur, matlamat pun dah jadi semakin jelas dan clear. But I wont forget the thing in the past that actually brought me here. Thanks  dr Bode. Well, kalau sebut Dr Bode memang ramai yang tak kenal. Tapi anak dier penah popular dalam tahun 2010-2011 dulu sebab anak dier Tengku Irfan seorang genius pianist yang hebat!



So skang nih aku pun recheck balik dan try to find out kalau2 dier ader facebook account ker yang bleh aku nak add. Tapi resultnyer hampeh :(.. mungkin dia busy dengan kerja kot. Haha.
So kalau orang tanya aku skang apakah menjadi sound engineer dan buka recording company tu still walking around in my mind? Well, haah. It still remain. Somehow who knows betul2 plak jadi nanti. Bleh laa aku mewarnai industri muzik tanah air ni. Aku berharap untuk jadi pelopor muzik jazz yang berunsurkan keislaman atau at least dengan lirik dan bait-biat kata yang baik dan nasihat. Tu jerr. Sama ada tercapai atau tidak wallahuaalam.
So, pengajaran bagi cerita ini ialah, jangan pernah stop untuk bermimpi sebab bermimpi itu indah dan ianya lebih indah jika ianya terjadi di dunia realiti. :) 

                                          http://umexpert.um.edu.my/papar_cv.php?id=AAAJxnAAQAAAGGOAAS

5 comments:

  1. cayolah maikel!!!!idup hishamudin!!!

    ReplyDelete
  2. terbaik dik !!!nanti anak den pun macam Tengku Irfan !! haha

    ReplyDelete
  3. Haha..No hal laa bro. Janji kena train dari kecik.

    ReplyDelete
  4. Hi there. I'm Elise. I used to know Dr Tengku Bode. Cool doc. So yeah, keep it up.
    Connect with me @Elise7397 at Twitter yeah.

    ReplyDelete
  5. Bro, Dr Bode punya fb is Gloria's Jeans...

    ReplyDelete