Friday, June 26, 2009
Akan kembali
Harini tak ada apa yang menarik, cuma malam ni ramai yang sibuk memunggah barang untuk diloading ke dalam lori esok. Aku pulak busy and mengada-ngada nak update blog yang ntha ape-ape nih.
Tadi ada tazkirah di surau tentang kisah nabi Sulaiman a.s dengan Putri Balqis. Kisah yang menarik dalam Al-Quran dalam surah Hud mulanya dari ayat 15. Cubalah baca dan faham bagaimana respectnya aku pada nabi Sulaiman ni. Sampaikan putri Balqis tertarik untuk berjumpa dengannya, terpikat dan malu dengan akhlak nabi Sulaiman ni. Bayangkanlah kalau kita ini didatangi oleh seorang puteri yang berkuasa dan tertarik pada kita atas kemuliaan akhlak kita. Tapi nabi Sulaiman mana pernah bangga diri, dia lalu lebih bersyukur dan lebih berdoa semoga dengan keistimewaan yang dia miliki tu , dia akan berbuat banyak kebajikan.
Lepastu malam ni banyak ketawa lah pulak. Entah laa, sebenarnya rasa aku sedih sekarang ini. Aku masih terkial-kial mencari bahan ketawa semoga dapat gembirakan hati. Sekarang ni kawan-kawan aku semua heboh tentang cerita transformers. Alamak, dah lama dah aku tak jejakkan kaki kat wayang nih. Tapi aku pun tak jadi nak tengok. Minat pun takde walaupun orang ramai cakap ceritanya best. Mungkin dah tamat kot zaman untuk aku bermain-main dan berangan-angan nih.
Masih banyak lagi kerja yang tak aku settle. Dan cita-cita aku masih jaaauuuuuuuuuuuuuuh lagi untuk dicapai. Mana mungkin aku cepat penat dan letih dan berehat dalam erti kata bersenang lenang. Kepada kawan-kawan, orang yang mengenali aku dan sesiapa yang pernah bertemu dengan aku, itu bukannya alasan untuk aku menjauhi dan berburuk sangka terhadap sesiapa. Adalah satu cara yang sangat salah bila kita langsung tidak menyukai seseorang itu atas sebab kita tidak menyukai akan pebuatannya itu. Sebaliknya kita lebih mendampingi dan menyaynginya dan at least mendoakan kebaikan pada dirinya. Orang yang memberikan kita kesenangan, kemewahan dan kegembiraan belum itu betul-betul jujur dan sayang pada diri kita. Mungkin dilakukan atas dasar ingin menutup mulut kita, ingin menutup hati kita untuk mengtahui kebenaran, atau apa sahaja perancangan jahat yang berada di dalam lubuk hati knya yang hanya diketahui oleh Yang Maha Tahu. Orang-0rang yang menanyakan masalah kita, belum tentu jujur mengambil berat akan kehadiran kita, belum tentu benar untuk membantu diri kita. Minta maaf aku mahu menceritakan sebuah kisah. Kisah ini berlaku di dalam lif fakulti tempat aku belajar. Sewaktu aku menekan butang lif untuk pergi naik ketingkat atas, dengan terburu-buru ada seorang pensyarah yang bertugas dengan hal ehwal pelajar masuk ke dalam lif itu. Aku pun terburu-buru untuk menekan butang pintu lif agar terbuka balik. Sewaktu di dalam lif ini seberapa sedikit tentang dialognya :
Dr. A : Macamana ICC (kursus klinikal), ok ke?
Aku : Ok jer, macam biasalah.
Dr A : Hari tu exam surgery macamana? Fail ke tak?
Aku : Err Dr. result surgery tak keluar pun lagi.
Hmmmm, mudah-mudahan aku sangat bersangka baik dengannya. Tapi oleh kerana tugasnya sebagai menjaga hal ehwal pelajar, memang patut dia menanyakan soalan itu atas dasar menunjukkan sifat mengambil berat tentang pelajar. Tetapi, dia juga sepatutnya tahu bahawa menunjukkan sifat mengambil berat kepadaku itu tidak ada apa sangat pun bagiku sebaliknya dia sepatutnya terlebih dahulu mengetahui bahawa siapakah yang gagal atau lulus dalam peperiksaan surgery tersebut. Sedangkan dia sama sekali tidak tahu sama ada keputusan itu sudah ditampal atau belum, tidak hairanlah dia tidak mengtahui bahwa aku ini gagal ataupun tidak. Sampai sekarang aku sendiri juga tidak tahu. Hmmmm. Mungkin dia terlalu sibuk kerana betapa ramainya pelajar di fakulti tempat aku mengajar untuk dia tahu siapa yang gagal atau lulus dan peperiksaan yang aku ambil itu mungkin kecil sahaja bagi dirnya. Atau mungkin aku ini bukannya pelajar di situ? Hmmm. Mudahan Allah berikan yang terbaik untuknya.
Hmm sudahlah. Sebenarnya aku ini dilahirkan bukan untuk meilai dan menghebohkan keburukan orang. Sebaliknya menilai dan menjadi pengajaran supaya dapat membaiki diriku yang banyak kelemahan dan keburukan ni.
Aku harus kuat untuk menempuhi semua ini. Aku tahu tiap orang mempunyai masalah, dan tiap orang mempunyai jalan penyelesaian mereka sendiri. Bagi aku jalan penyelesaian tidak semesti menemui jawapan, tetapi cara penyelesaian itulah yang patut dinilai samada baik atau buruk . Hee teringat pulak waktu ambil add math di sekolah dulu, boleh sahaja guna kalkulator untuk dapat jawapan, tapi markahnya banyak diambil dari jalan perkiraan. Hahaha
Oklah, Salam.
Thursday, June 25, 2009
Kek yang berkata-kata
Wednesday, June 24, 2009
Till the time come...
Tadi pagi ada clinical demo by lecturer, banyak juga yang dapat dipelajari nih. Lepas tu petang tu tidur tengahari kejap sampai termimpi-mimpi pulak pasal demo tadi. Wahh menakjubkan. Lepastu ada kelas, selalunya aku duduk depan tapi tadi atap auditorium belah depan bocor terpaksa duduk belakang. Susah duduk belakang ni , sebab mata suka meliar tengok gelagat orang jadi susah fokus. Ada yang tidur, main cuit-cuit, main games, melukis (termasuk aku) dan lain-lain lagi laa. Lepas tu balik tadi dapat makan puding yang sedap. Sedap, sedap, sedap.
Ada lecturer cakap orang melayu ni, ada banyak penyakit. Satu malas. Malas, malas, malas. Patut laa aku malas. Aku orang melayu rupanya. Pastu ada satu lagi penyakit, suka bagi alasan. Alasan alasan alasan. Jadi azam baru kena jangan jadi malas dan jangan bagi banyak alasan. Baru boleh jadi Melayu maju.
Jadi apa kena pulak dengan tajuk till the time come ni? Sebenarnya aku baru menjalani satu kehidupan yang agak pahit. Tak perlu cakap sebab itu rahsia aku dengan Allah. Yang penting aku sangat sangat percaya yang waktu manis akan sentiasa akan ada. Sangat sangat percaya.
Kepada orang yang aku teringat di fikiran aku sekarang nih, termasuklah yang pernah aku temui walaupun beberapa saat pertemuan, aku takkan lupa untuk mendoakan yang terbaik untuk mereka-mereka ni.
Sekarang ni aku suka la dengar lagu Maliq n D'essential ni. Jangan risau memang susah nak cari lagu diorang sebab tak popular kat Malaysia nih. Tapi aku akan copy paste liriknya. Salam
Lirik Lagu Mata Hati Telinga - Maliq and DEssential
Satu cerita tentang manusia
Coba ‘tuk memahami arti cinta
Benarkah cinta diatas segalanya
Hanyakah itu satu-satunya
Yang menjadi alasan untuk menutup mata
Tak melihat dunia yang sesungguhnya
Dan menjadi jawaban atas semua tanya
Yang kita harap mampu mewujudkan sebuah akhir bahagia
Reff:
Buka mata hati telinga
Sesungguhnya masih ada yang lebih penting dari sekedar kata cinta ooo..
Yang kau inginkan tak selalu
Yang kau butuhkan mungkin memang yang paling penting
Cobalah untuk membuka mata hati telinga
Adakah kau rasakan kadang hati dan fikiran
Tak selalu sejalan seperti yang kau harapkan
Tuhan tolong tunjukkan apa yang ‘kan datang
Hikmah dari semua misteri yang tak terpecahkan
Back to Reff: 2x
Buka mata hati telinga
Buka mata hati telinga
Coba kau buka mata hati telinga
Mata hati telinga
Tuesday, June 23, 2009
BUSY BZ..
Sunday, June 21, 2009
Mengelamun
Wahhh, penatnya takpelah, moga-moga aku ini diberikan keikhlasan oleh Allah walau seberapa kecil pun perkara aku buat even bila nak buang air pun .
Friday, June 19, 2009
hari jumaat yang spoil
Thursday, June 18, 2009
Takut dan harap
Kalau diikutkan semua orang akan takut gagal. Yer semua orang. Kegagalan adalah perkara yang sangat ditakuti. In fact, aku sebagai seorang manusia walau bagaimana cara pun pasti menghadapi rasa takut dengan kegagalan ini.
Kadang-kadang aku juga terfikir, wahh apa salahnya kalau aku gagal, yang gagalnya tu aku , bukan orang lain, yang tanggung sedihnya justeru aku tidak kena mengenanya dengan orang lain. Tapi pada satu sisi aku dapat rasakan bahawa selama ini yang di sekeliling aku juga manusia. Mereka juga ada perasaan seperti aku dan aku mempunyai persamaan dengan mereka. Aku juga mengenali satu ayat iaitu 'tidak mahu mengecewakan mereka'.
Sewaktu aku pulang tempohari, aku tidaklah sesedih dan setakut apapun untuk menghadapi bahawa aku gagal dalam peperiksaan. Namun, semasa pulang bercuti itu ketakutan itu begitu terasa. Aku baru tersedar aku punyai mak dan abah yang sentiasa berikan yang terbaik untuk aku belajar dan aku 'tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku punyai abang, kakak yang banyak membantu dan memberi dorongan untuk aku senang bila belajar dan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku punyai anak buah, anak-anak kepada abang dan kakakku yang mulai membesar yang mahukan aku lekas pulang untuk menemani mereka daan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku punyai jiran-jiran yang sangat baik, seringkali bertanya bila aku akan selesai kuliah, ada juga yang resah apakah beliau akan hidup lama lagi untuk dapat melihat aku menyelesaikan kuliah dan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku juga punyai teman-teman yang banyak mendorong dan mengharapkan agar aku lekas selesai kuliah semoga perancangan yang kami lakukan berama tidak harus tergendala dan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku juga mempunyai pensyarah yang takut jikalau hidup aku gagal dan pensayarah yang sangat gigih merancang dan berbincang tentang masalah serta kehendak pada diriku dan 'aku tidak mahu mengecewakan dia.
Makanya kini aku sedar bahawa aku ini punyai banyak tanggungjawab pada orang lain disisiku. Ini baru sahaja berbicara akan manusia, kalau dilibatkan dengan Allah dan nikmat yang Dia telah beri aku lagi takut nih.
Yang penting aku harus lebih berusaha untuk tidak gagal lagi. Kerana gagal aku, betapa banyak manusia yang harus menanggungnya.
Wednesday, June 17, 2009
Kebiasaannya
AKU
Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
March 1943
Serba sedikit tentang kisah Chairil Anwar ni aku copy paste dalam forum warung puisi
"Biografi Chairil Anwar (1922 - 1949)
Chairil Anwar dilahirkan di Medan, 26 Julai 1922. Dia dibesarkan dalam keluarga yang cukup kacau-bilau . Kedua ibu bapanya bercerai, dan ayahnya berkahwin lagi. Selepas perceraian itu, saat habis SMA (sekolah menengah atas), Chairil mengikut ibunya ke Jakarta.
Semasa kecil di Medan, Chairil sangat rapat dengan neneknya. Keakraban ini begitu memberi kesan kepada hidup Chairil. Dalam hidupnya yang amat jarang berduka, salah satu kepedihan terhebat adalah saat neneknya meninggal dunia. Chairil melukiskan kedukaan itu dalam sajak yang luar biasa pedih:
Bukan kematian benar yang menusuk kalbu
Keridhaanmu menerima segala tiba
Tak kutahu setinggi itu atas debu
Dan duka maha tuan bertahta
Sesudah nenek, ibu adalah wanita kedua yang paling Chairil puja. Dia bahkan terbiasa membilang nama ayahnya, Tulus, di depan sang Ibu, sebagai tanda menyebelahi nasib si ibu. Dan di depan ibunya, Chairil acapkali kehilangan sisinya yang liar (sentiasa berbuat baik). Beberapa puisi Chairil juga menunjukkan kecintaannya pada ibunya.
Sejak kecil, semangat Chairil terkenal kedegilannya. Seorang teman dekatnya Sjamsul Ridwan, pernah membuat suatu tulisan tentang kehidupan Chairil Anwar ketika semasa kecil. Menurut dia, salah satu sifat Chairil pada masa kanak-kanaknya ialah pantang dikalahkan, baik pantang kalah dalam suatu persaingan, maupun dalam mendapatkan keinginan hatinya. Keinginan dan hasrat untuk mendapatkan itulah yang menyebabkan jiwanya selalu meluap-luap, menyala-nyala, boleh dikatakan tidak pernah diam.
Rakannya, Jassin pun punya kenangan tentang ini. “Kami pernah bermain bulu tangkis bersama, dan dia kalah. Tapi dia tak mengakui kekalahannya, dan mengajak bertanding terus. Akhirnya saya kalah. Semua itu kerana kami bertanding di depan para gadis.”
Wanita adalah dunia Chairil sesudah buku. Tercatat nama Ida, Sri Ayati, Gadis Rasyid, Mirat, dan Roosmeini sebagai gadis yang dikejar-kejar Chairil. Dan semua nama gadis itu bahkan masuk ke dalam puisi-puisi Chairil. Namun, kepada gadis Karawang, Hapsah, Chairil telah menikahinya.
Pernikahan itu tak berumur panjang. Disebabkan kesulitan ekonomi, dan gaya hidup Chairil yang tak berubah, Hapsah meminta cerai. Saat anaknya berumur 7 bulan, Chairil pun menjadi duda.
Tak lama setelah itu, pukul 15.15 WIB, 28 April 1949, Chairil meninggal dunia. Ada beberapa versi tentang sakitnya. Tapi yang pasti, TBC kronis dan sipilis.
Umur Chairil memang pendek, 27 tahun. Tapi kependekan itu meninggalkan banyak hal bagi perkembangan kesusasteraan Indonesia. Malah dia menjadi contoh terbaik, untuk sikap yang tidak bersungguh-sungguh di dalam menggeluti kesenian. Sikap inilah yang membuat anaknya, Evawani Chairil Anwar, seorang notaris di Bekasi, harus meminta maaf, saat mengenang kematian ayahnya, di tahun 1999, “Saya minta maaf, karena kini saya hidup di suatu dunia yang bertentangan dengan dunia Chairil Anwar.”
Emmm, maaf kalau ada yang tak berapa minat pada puisi ini, tapi memang jelas puisi ini senang sekali untuk difahami. Ianya seolah-olah membicarakan tentang aku sendiri. Tetapi bukan aku maksudkan kehidupan aku sama, Wahhh mudah-mudahan aku takkan pernah terkena jangkitan siflis. Tetapi memang kebanyakan pemuda itu jiwanya selalu ingin memberontak dan mengikut keinginan sendiri tapi untuk apa. Setiap sesuatu itu kan pasti ada sebabnya. Itulah manusia. Namun, manusia yang berdegil pasti akan mendapati kesalahannya. Chairil ingin menunjukkan ketidakpeduliannya kepada pembaca, dalam puisi ini juga terdapat pesan lain dari Chairil, bahwa manusia itu itu adalah makhluk yang tak pernah lepas dari salah. Oleh karena itu, janganlah memandang seseorang dari baik-buruknya saja, kerana kedua hal itu pasti akan ditemui dalam setiap manusia.
Sunday, June 14, 2009
Pagi yang indah, malam yang kelam
Setelah malam itu berlaku, aku terus saja tidur. Lalu, aku bangun seawal pagi sebelum Subuh. Seringkali aku liat untuk bangun namun terasa senang sekali untuk bangun pada pagi itu. Mungkin Allah mahu memperingatkan aku untuk bertahajud menemuiNya dan merintih serta memohon padaNya. Seperti biasa aku bangun, bertahajud dan aku rasakan tahajud kali ini terasa lebih tenang dari sebelumnya. Terasa lebih sayu, redup seperti aku bertahajud di bawah pohon yang menitiskan embun-embun pagi. Aku sudah siap untuk melalui hari yang kehadapan bersama Allah, taat menurut perintahNya dan juga taat meniggalkan laranganNya. Aku tahu aku lemah, dan aku tahu untuk menghadapinya aku harus kuat. Seperti kata seorang ikhwah, seseorang itu kuat bukan kerana fizikal yang dia miliki tetapi kekuatan yang dikurniakan Allah kerana kuatnya doa yang dia titipkan, kuatnya ibadah , kuatnya keikhlasan dan tawakkalnya pada Allah.
Aku teringat kisah Nabi Nuh a.s dan dakwahnya. Cabaran yang dialami oleh Nabi Nuh a.s bukannya sedikit malahan keluarganya sendiri yang menolak dakwahnya dan menghasut orang lain untuk tidak mengikutinya. Dan ketika Nabi Nuh mempersiapkan bahtera untuk menghadapi banjir yang besar, anaknya dengan sombong berkata dia akan menghadapi banjir tersebut dengan mendaki sebuah gunung yang tinggi. Namun takdir Allah tidak ada siapa yang mampu mengelakkan. Jelas disini bahawa setiap persaudaraan itu hanya akan berkekalan jikalau didasari dengan keimanan. Meskipun ada hubungan darah, kekeluargaan, saudara sepupu, atau apa hubungan sekalipun, namun jika ianya bukan didasari dengan keimanan maka persaudaraan itu tidak akan berkekalan lama. Allah s.w.t juga menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa setiap orang mukmin itu bersaudara.
Mahu mencari kebahagiaan dengan kemaksiatan selalunya akan mengundang kekecewaan. Mata selalunya menafsirkan hal yang salah tentang kebahagiaan. Kebahagiaan atau kekecewaan itu juga milik Allah dan bukanlah mata yang menjadi radar untuk mencarinya.
Aku juga tidak tahu apakah aku mampu mengekalkan dan menajamkan tekad pada diriku untuk mendukung prinsip yang aku pikul selama ini. Aku juga tahu aku tidak mampu menghadapi segalanya. Allah, bantulah diriku untuk menghadapi segalanya dengan jalan yang terbaik. Aku tahu janjiMu itu benar dan aku juga tahu bahwa perancangan Kamulah yang terbaik.
Saturday, June 13, 2009
Susah hati..
Friday, June 12, 2009
Bersama mak dan abah di waktu cuti
" Dik, tiket kau angah dah boli, pukul 7mlm hari Jumaat", "Ok, thanks, nanti kau tolong amik yo kat airport". Aku menyampaikan sms kepada abangku yang aku panggil angah. Selalunya jika aku ingin pulang ke kampung untuk bercuti panjang, aku akan menyuruh angah atau along yang tolong belikan tiket flight sebab mereka memiliki kad kredit yang mudah ditempah online. Cuti kali ini adalah amat bermakna bagi aku, Inilah cuti yang terpanjang pernah aku lalui sepanjang pengajianku di Sarawak ini. Aku sudah menyiapkan barang2 untuk dibawa pulang, termasuk sedikit ikan terubuk masin dan kek lapis Sarawak sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Petang itu keputusan peperiksaan ulangan telah pun keluar dan aku gagal dalam peperiksaan. Ini bermakna aku terpaksa mengulang tahun pengajian semula dan masuk kembali bersama pelajar muda setahun dariku. Ini juga bermakna cutiku dapat dipanjangkan lagi untuk menunggu semester baru bermula. Setiba di airport, angah mengambil aku bersama isteri dan seorang anak perempuannya. Aku masih berasa sedih mengenangkan kegagalan peperiksaan aku. Namun aku tidak pula lokek untuk memberitahu tentang berita itu pada angah. Pada malam itu aku tinggal di rumah angah dan kami pulang ke kampung keesokan harinya. Dalam perjalanan pulang, aku masih memikirkan betapa beratnya untuk memberitahu akan hal ini pada mak. Mesti mak akan berasa sedih..
2 jam perjalanan dari Seremban menuju ke rumahku di Felda Pasoh 2 seperti singkat bagiku, mungkin kerana aku sudah mula merindui mak dan abah walaupun kami hanya 2 bulan tidak berjumpa. Suara mak yang aku selalu dengar melalui telefon setiap minggu kini akan aku dengar setiap hari. Wajah mak yang sayu selalu memandang dan menatap wajahku lama-lama. Aku menyedari hal itu.
Kampung di Feldaku ini banyak yang berubah, kelihatan banyak rumah-rumah yang dahulunya kayu bertukar menjadi rumah batu. setelah menuruni sebuah bukit dan membelok ke kiri, kereta angah meluncur laju ke satu rumah yang berwarna merah jambu iaitulah rumah kami. Di halaman rumah kelihatan sebuah kereta perodua viva berwarna silver kepunyaan abang iparku. Setibanya dirumah, aku terus mengangkat barang kepunyaanku dan masuk ke dalam rumah. Bunyi kereta angah di halaman rumah membuatkan mak keluar menyedari anaknya pulang. Aku bersalam dengan mak dan abah, lalu meletakkan ole-ole yang aku beli di dapur. Ole-ole itu mak bahagikan untuk diberikan pada jiran terdekat. Itulah titik permulaan cutiku di rumah.
Pada malam itu, aku memberitahu mak tentang berita kegagalan aku di dalam peperiksaan. Mak kelihatan tidak menibulkan reaksi sedih. Mungkin cerita itu seolah sudah biasa hinggap di telinga mak kerana sebelum ini juga aku pernah gagal peperiksaan berkali-kali.
Sebagai seorang mahasiswa yang biasa, aku juga memanfaatkan cuti seperti pelajar yang lain. Menonton televisyen, tidur yang panjang, mendengar lagu, seolah-olah tiada apa lagi perkara untuk dilakukan. Lama-kelamaan aku menjadi bosan dengan hal itu. Aku bertanya kepada mak, "Mak apo kojo yang dapek dibuek kek ghumah ni?' secara spontan mak menjawab, "Banyak, poie siram pokok bungo, sapu sampah belakang gumah tua haa". selalunya inilah jawapan yang mak akan bagi kalau aku menanyakan soalan ini. Aku teringin juga untuk mencari kerja yang bergaji mudahan dapat menanggung duit poket sepanjang cuti ini tetapi aku tak sanggup untuk meninggalkan emak kerana aku sangat jarang untuk dapat bercuti bersama mak.
Pada suatu pagi selepas subuh, aku tidak dapat tidur balik. Biasanya selepas solat Subuh aku akan tidur semula kerana tidak ada apa yang ingin dilakukan, aku termenung di pintu belakang rumah, kelihatan daun pada pokok cempedak banyak yang gugur. Lalu dengan hanya berkain pelekat aku mengambil pencakar dan terus menyapu daun di belakang halaman rumah, semakin lama aku semakin bersemangat membersihkan halaman belakang rumah. Kelihatan buah-buah kwinin (sejenis buah rasanya seperti mangga) yang banyak busuk jatuh di tanah. Aku mengambil sarung tangan kebun yang selalu mak pakai dan mengutip buah-buah yang busuk itu lalu aku buang ke tapak pembuangan sampah. Sampah yang aku kumpulkan lalu aku bakar. Walaupun agak penat aku terasa berpuas hati kerana halaman itu sudah menjadi bersih. Aku teringat sewaktu kecil dahulu di belakang rumah ada sepohon pokok jambu air yang selalu berbuah mengikut musim. Di bawah ada laluan longkang dari bilik air dan sinki di rumah yang mengalir ke belakang rumah. selalunya, buah jambu yang busuk akan jatuh ke dalam longkang dan untuk membersihnya terpaksa mengutip buah yang busuk itu. Kalau mak menyuruh aku mengutip buah itu, selalunya aku akan merasa mahu muntah kerana jijik dan jarang aku melakukan perkara tersebut kecuali terpaksa. Kini, pokok jambu itu sudahpun ditebang.
2 minggu aku dirumah dengan kerehatan yang panjang, tiba2 satu sms masuk kedalam telefon bimbitku. "akhi, antum sedang bercuti kan? antum kena pergi liqa negeri nanti". Liqa adalah satu perjumpaan dimana aku perlu pergi ke Seremban untuk berjumpa dengan kawan-kawanku yang lain seperti usrah . Untuk itu, aku meminta kebenaran pada mak, " Mak, Adik nak poie seromban khamis ni, nak jumpo kawan". Aku membahasakan diriku adik kerana aku adalah anak yang paling bongsu di dalam keluarga. Aku teringat sewaktu di sekolah menengah aku malu dengan gelaran itu lalu aku cuba menukarnya dengan membahasakan diriku sebagai 'orang' namun ditegah oleh mak. Kini aku sudah biasa dengan gelaran itu di kalangan keluarga malahan ada di antara jiran ramai yang memanggilku dengan gelaran tersebut. " lamo ko nak poie tu? Jumpo dengan pompuan ko? " ,
"Mano ado, nak poie jumpo kawan yang kek matrik dulu, potang sok balik laa", kami sekeluarga memang menggunakan loghat Negeri Sembilan sebagai bahasa komunikasi dalam keluarga. Mak dilahirkan di negeri sembilan manakala abah pula orang seberang kampung mak. Jadi kami memang adalah anak jati negeri sembilan.
" yolah, kalau lambek nanti kau tidurlah ghumah angah ko along ko esok tu balik". Kebenaran dari mak itu membuatkan aku gembira. Aku bersyukur kerana dibenarkan oleh mak untuk pergi ke liqo'. Aku banyak mendengar cerita bahawa ramai ibu bapa yang akan menghalang anaknya untuk menghadiri liqa' sewaktu cuti namun aku bersyukur pada Allah atas kebaikan mak. Dalam seminggu aku akan pergi ke Seremban sekali. Biasanya jika terlambat untuk pulang aku akan tidur di rumah angah untuk sementara waktu. Jadualku semakin banyak untuk aku keluar pada waktu cuti. Urusan yang paling beratuntuk aku lakukan ialah aku terpaksa menghadiri perkemahan pada penghujung cuti panjangku nanti. waktu perkemahan itu juga berlangsungnya perkahwinan anak jiranku yang dekat dengan rumahku. Aku bercadang untuk terus ke airport sebaik selesai perkemahan itu dan tidak terus pulang ke rumah. Selepas berdoa pada Allah, aku meminta kebenaran pada mak, ternyata mak membenarkan. Aku berasa sangat bersyukur pada Allah. Aku juga tidak pasti mengapa kini mak terlalu senang untuk memberi kebenaran padaku sedangkan pada waktu dahulu mak selalu berasa curiga jika aku ingin keluar rumah. Namun, aku juga tidak lupa berdoa semoga Allah terus melembutkan hati mak. Sebelum pergi aku juga sudah memberitahu hal ini pada jiranyang ingin melangsungkan perkahwinan anaknya itu.
Sepanjang cuti juga aku telah tidak tersengaja menyakiti hati mak. Sewaktu kami sekeluarga makan, abah menceritakan perihal mak . "mak kau ni kunci jam pandai, lopeh tu tutup yo jam tidur balik" . Terus tiba-tiba aku menambah , " haah aritu nak poie semayang Subuh, kaki mak yo kek lantai, kepalo baring lagi dokek bantal". Kami sekeluarga mentertawakan tentang hal itu. Tapi mak terus diam selepas itu, barulah aku merasakan yang mak sedih tentang hal itu. Aku berasa sedih sekali kerana menyakiti perasaan mak tapi aku juga tak minta maaf pada mak akan hal itu. Tetapi sesudah peristiwa itu, mak adalah orang yang terlebih dahulu mandi untuk solat Subuh daripadaku. Aku juga sering dikejutkan mak untuk solat Subuh.
Bercerita tentang abah, abah adalah seorang yang pendiam dalam keluarga, selalunya abah akan bercakap dan bercerita bila bersama keluarga namun apabila aku dan abah sahaja berdua seperti di dalam kereta aku jarang untuk berbual dengan abah. Aku sangat mengagumi abah, perwatakan abah di rumah dan di masjid adalah sangat berbeza. Di rumah abah tidak seperti bapa yang lain yang suka melepak di kedai kopi , abah rajin berkebun pada waktu petang. Di kebun, abah menanam pokok salak dan pokok sawit. Semua keluargaku suka memakan buah salak tetapi aku tidak suka kerana rasanya kelat. Aku suka makan buah mangga dan kwinin tapi aku jarang mengupas sebab malas. Selalunya selepas makan, abahlah yang rajin megupas buah tersebut dan menghidangkan pada kami sekeluarga sebagai pencuci mulut. Jikalau selepas makan aku terus ke bilik, abah akan memanggil aku untuk menjamah buah. Selalunya kami akan makan selepas isyak kerana selepas maghrib abah akan selalu sibuk. Abah selalunya akan mengajar budak-budak mengaji di surau berdekatan. Tetapi jika tidak mengajar, abah akan pergi ke masjid untuk mengajar tajwid pada jemaah masjid. Memang abah seorang yang gigih. Dulu abah mempunyai sebuah kolam ikan. Di dalam kolam abah bela banyak ikan seperti ikan bawal piranha dan ikan talapia merah. Dari satu kolam abah buat lagi satu kolam, lalu lama kelamaan abah mencantumkan kolam tersebut menjadi sebuah kolam yang besar. Sewaktu kecil aku suka sewaktu air kolam hendak dipam keluar untuk mendapatkan ikan. Jika air kolam sudah kering, ikan-ikan akan mula timbul di permukaan dan senang dikutip menggunakan tangan. namun sekarang kolam itu sudah menjadi kolam terbiar. Abah malas untuk mengusahakannya lagi kerana ikannya selalu dicuri oleh penagih dadah yang ramai di kampungku itu. Aku juga teringat sewaktu aku pernah untuk diugut oleh budak penagih dadah di kampungku. Sewaktu aku membawa motorsikal keliling kampun lesen motorku tercicir lalu telah dikutip oleh budak pengih dadah. Aku diugut untuk memberi rm 20 untuk dapatkan semula lesen tersebut. AKu memberitahu aku mahu pulang untuk mengambil duit di rumah. Hal ini aku beritahukan pada abah. Lalu abah membawaku untuk berjumpa dengan penagih tersebut. Apabila berjumpa abah, penagih itu terus memberikan lesen itu kepadaku. Abah memang seorang yang dihormati di kampung.
Cuti ini aku rasakan lain, aku begitu senang untuk berbual dengan abah, apa yang aku bualkan ialah tentang cerita tentang apa yang terjadi di kampung, cerita tentang budak-budak penagih dadah yang abah akan ceritakan satu persatu. Abah juga bertanyakan pada aku tentang ikan sungai yang aku tahu sepanjang hidup aku. Soalan ini aku rasakan pelik kerana abah jarang menanyakan aku soalan. Selalunya abah yang menanyakan aku soalan.
cuti yang panjang ini aku terlalu banyak makan. Memang masakan mak sedap tetapi aku bukan jenis yang suka makan cuma mak selalunya akan masak banyak dan aku terpaksa menghabiskan makanan tersebut kerana membazir. Selalunya lauk yang mak masak yang tidak habis dimakan mak akan memanaskannya untuk dimakan pada esok hari. Aku tidak ada lauk kegemaran khusus jika dirumah .Selalunya mak pasti akan masak gulai lemak cili api. bagiku apa sahaja gulai lemak cili api pasti akan sedap jika dimakan bersama dengan kicap tapi harus meletakkan kuah gulai dulu. sekiranya meletakkan kicap dahulu, kuah akan jadi hitam dan tidak selera untuk dimakan.
Setelah beberapa lama aku bercuti maka tiba masanya untuk aku pulang memulakan sem yang baru, aku terpaksa pulang awal kerana ingin mengikuti satu perkemahan di perak dan aku akan terus pulang ke airport selepas perkemahan selesai. sewaktu ingin pergi, aku memberitahu mak bahawa aku tidak punya cukup wang lalu mak memberiku beberapa ratus untuk belanja dan tambang ke sana. Mak memesan padaku sentiasa menelefonnya selepas pulang nanti lalu aku memandang wajah mak, mak terus mendakap aku dan menangis, mungkin cutiku yang panjang ini terasa singkat bagi mak melepaskan rindunya pada aku. Aku cuba menenangkan mak dengan mengusap kepala mak. Namun tak aku sedari aku mula hiba dan mula mengalirkan air mata. begitu banyak pada waktu cuti ini aku menceritakan kepada mak, tentang hidupku di universiti, tentang wawasan diriku, tentang gadis pilihanku, tentang banyak perkara yang aku pelajari sewaktu di universiti. Mak juga asyik menceritakan betapa dia akan merindui aku apabila aku pulang nanti dan itu membuatkan aku sedih. Selepas mencium mak, aku mencium dan bersalam dengan abah.
Lalu aku akan pulang semula pada hari Raya nanti insyaAllah. Kebaikan mereka kepadaku dan cara mereka meluahkan perasaan sayangnya kepadaku membuatkan aku selalu rindu pada mereka. Aku mendoakan agar Allah memberikan yang terbaik untuk mereka.