Wednesday, September 30, 2009

Sosialis atau Pendakwah ?

Salam, emm harini aku tak pergi ward . Sebab masa yang tinggal 3 minggu lagi untuk exam lebih baik jikalau aku study yang mana yang tak cover lagi dan banyakkan discussion. Ramadahan yang berlalu biarkan berlalu kerana akan membuang masa kalau kita menjerit memanggilnya untuk datang kembali. Syawal yang kita sambut ini kita sambutlah dengan bijak supaya kemaafan yang kita pohonkan semenjak mulanya Syawal tidak kita khianati. Semoga Ramadhan yang seterusnya dapat kita sambut InsyaAllah.
Kalau kita lihat dalam masyarakat ini, ada satu kuasa yang memonopoli keadaan sosial dan ekonomi serta budaya masyarakat kita. Penguasaan ini terbit dari pelbagai macam cara seperti media, politik, undang-undang, adat dan sebagainya. Wahh aku tulis macam tulis karangan B.M spm la plak nih.
Waktu cuti haritu aku sempat meluangkan masa membaca buku karya Hishamuddin Rais yang merupakan sosialis dan pengkritik yang bagus. Kalau orang politik akan menggelarnya pembangkang tapi orang yang memahami dirinya akan menggelarnya reformis yang menghargai sejarah. Dan kebanyakan pemikirannya aku rasakan betul kerana ada fakta. Tapi tak semuanya wajar kita ikut.
Apa yang dapat kita simpulkan sekarang masyarakat kita hancur kerana pudarnya ketuhanan kita kepada Yang Maha Esa tapi ketuhanan kita terarah kepada kebendaan. Ini bukan sahaja menghancurkan keimanan kita malahan juga menghancurkan sosial , budaya, cara ekonomi kita sekarang. Contoh yang paling mudah kita nampak bagaimana cara budaya kita yang dahulu hidup di kampung dengan keindahan cara bergotong royong untuk membuat sesuatu majlis, bantu-membantu antara satu sama lain tetapi sekarang kita lebih bersifat individualisme, semuanya kini ingin memiliki kenderaan sendiri tanpa memikirkan langsung tentang masalah kesesakan lalu-lintas, masalah pencemaran udara, minyak naik harga dan sebagainya. Masyarakat menjadi bodoh dengan bergantungnya mereka dengan tuhan kebendaan malahan mereka masih memikirkan diri mereka hebat kerana mampu memiliki sesuatu yang pada diri mereka orang lain tidak mampu memiliki.
Untuk mengubah corak pemikiran masyarakat itu bukan sesuatu yang mudah. Menjadi sosialis atau pendakwah itu sama tujuannya. Tapi adalah rugi kalau kita hanya sosialis atau pendakwah yang berperang mengunakan lidah tapi tidak menggunakan tangan walaupun tangan tidak kudung dengan periuk api.
Untuk menegakkan bangsa dan agama juga tidak laku dengan hanya mengkritik, malahan lebih banyak kerja untuk dilakukan dari hanya mengkritik. Terlibat dalam poiltik juga bukan hanya itu cara untuk menyelesaikan semua masalah. Aku percaya suatu hari masyarakat akan berubah. Perubahan sesuatu masyarakat bukan kerana lahirnya seseorang tokoh atau apa sahaja peristiwa. Tetapi perubahan itu datang dari kesan yang dibawa oleh keburukan, kehinaan dan kebodohan sesuatu masyarakat itu sendiri. Ambillah pengajaran dari sejarah bagaimana negeri kita dahulu tertawan kerana pemimpin yang menggilakan kuasa dan rakyat yang terlalu menurut dan tak berilmu. Ini semua terkandung dalam buku teks sejarah tingkatan 2 dan tingkatan 4. Apakah kita sudah lupa ? Ataukah waktu itu kita rasakan grade A SPM itu lebih penting dari nilai sejarah yang banyak pengajaran pada kehidupan kita ?
Wahh apapun kepada yang akan menghadapi PMR dan SPM aku doakan semuanya berjaya. Juga sesiapa yang ada adik, abang, kakak, mak , ayah, datuk , nenek pakcik, makcik, sedara- mara yang ambil PMR dan SPM aku doakan mereka berjaya. Salam aidilfitri. Salam...

No comments:

Post a Comment