Tuesday, May 24, 2011

Kes pecah janin di luar rahim

Tadi dengan gayanya muka gua datang wad walaupun takde kelas, niat gua memang baik. Nak belajar sungguh sampai cucur atap bak kata pepatah lamer gitu.

Erkk, Salam. ok saya sambung cerita. gua tengok patient katil yang gua kena cover, lalu gua pergi ke katil pertama no. ermm ( tak ingat). Ader seorang gadis cantik kot gua rasa, duduk atas katil. Dalam otak dah suspect diagnosis. Ni mesti keguguran ni, kalau fibroid jarang ahh muda camni, kalau kanser, pun selalu orang tua jer. So, denga perasan hensemnyer gua minta kebenaran nak duduk dan tanya soalan. Bla.. bla .. blaaa....

Tanya punya tanya umur 23 tahun. Kerja kat ... (mana leh gtau nanti korang cari dia pulak). Dan macam tulah, datang sebab sakit perut. Tanya ada darah keluar, dia cakap takde. Tanya punya tanya, baru gua tahu gadis ni kes pecah janin luar rahim. Janin dia tak lekap kat rahim tapi lekap kat tiub fallopian, bila makin membesar, pecah laa, tiub fallopian yang sambungkan ovari dengan rahim kan kecik. Rawatannya sebelah tiub tu kena buang laa..tinggal satu tiub jer.

So, itulah ceritanya... sekali soalan last gua tanya, "Akak, ni kahwin tahun bila?". Dia cakap "akak tak kahwin lagi. Tergelebah gua sebentar. Dia pandang gua, gua pandang dia. Pastu baru gua faham... (hubungan x mengikut prosedur yang diluluskan)

Sekali dalam hati gua terfikir hikmah. Ermm mungkin akak ni baik tapi kena penderaan seksual ker mana tahu, so  we always bersangka baik laa tu yang paling baik. Mungkin hikmah Allah bagi sakit macam ni mana tahu, terjadinya keguguran janin ker, dah bertambah kes buang baby kan.

Tapi padanlaa, Allah dah tarik satu benda dalam badan dia (yang fallopian tube tu). Dah kena buang. Kesian.


 Tapi tu laaa.. kalau dia amik polisi takafulink wanita aritu boleh juga dia buat claim untuk ringankan beban sebab cuti takde gaji. Heh.


Seriously gua tengok MAA takafulink wanita ni benda yang bagus giler tapi apsal laa ramai yang ngelat juga. Haha. Kalau tak bagus memang takderlaa gua promote habis habisan macam nii..kalau buat PAP smear boleh buat claim. At least dapat RM 2-3 ratus boleh gak buat PAP smear kat private so tak yah nak tunggu appointment kat klinik. Selesa pun selesa. PAP smear ujian screening untuk Kanser pangkal rahim. Agak-agak wanita mana yang berani cakap dia tak perlu jalani ujian PAP smear sila angkat tangan? heh.


Sikit laa gua cerita pasal kanser serviks (pangkal rahim). Sebenarnya kat pangkal rahim kita ni (eh silap kita pulak. ) pangkal rahim wanita ada beratus-ratus virus Human Papilloma. Tapi yang popular yang budak-budak skang kena vaksin tu 2 jer, HPV 16 dgan 20. (Kalau nak buat vaksin untuk beratus-ratus banyak tuu kos). virus ni satu faktor yang menyebabkan kanser bila jangkitan berterusan berlaku. (eh kalau silap tolong betulkan eh.) So, apa nak buat? kanser pangkal rahim 2nd kanser wanita paling common, dan bahaya sebab tak ada tanda-tanda awal ? Just kita ni beringat sebelum kena ah kot. Tapi still Allah tu x zalim nak bagi sakit kat hambaNya. Kita ni kot yang zalim hanya menyalahkan Allah dengan kesusahan yang kita hadapi padahal kita nak persoalkan apa memang kita ni HAMBA.

contoh anggaran kos di Klinik

Oklaa. gua ngantuk. Salam

No comments:

Post a Comment