Monday, May 9, 2011

Untold story about Dr Azri..

(this is not a story on what happen during his death but some memory with him that I want to share)

"dik kau nanti sampai sarawak, kau cari seorang abang namanya Azri", pesan abang aku waktu first time aku naik flight pergi Sarawak ni. Aku tak tahu celah mana abang aku ni kenal Abang Azri nih. Tapi sampai2 jer, aku pun... tak cari. Bukan sengaja tak cari maybe busy sebab orientasi dan ntah aper benda lagi ntah.

1st year kat medic UNIMAS lepas 2-3 minggu belajar barulah aku dapat jumpa Abg Azri ni. Itu pun bila dia sebut nama abang aku, aku ngangguk jer tahu. Lepas tu dia diam.

Satu benda yang aku tak dapat lupa ialah bagaimana imej aku yang dulu mat rock, mat skate, mat ntah aper2 boleh berubah kerana sangka baik abang azri pada aku. Waktu 1st meeting UPPS (satu persatuan Islam kat Kolej Medic UNIMAS nih) , aku terkejut dia cadangkan nama aku jadi salah sorang ajk dalam UPPS nih (padahal yang baiknya abang aku, aku nih ntah apa2). Tapi tulaa, kalau aku nak tolak nanti takut pulak an, dahlaa junior macam bodoh-bodoh alang gitu.Terus lepas tu aku jadi ajk kebajikan dan sahsiah. Benda yang sebelum ni tak pernah langsung aku fikir, nak jadi ajk satu persatuan yang Islamik camni.

Tapi Alhamdulillah. Kejadian tu jadikan satu turning point juga pada aku. Yang buat aku jadi apa yang korang nampak sekarang. Kalaulah benda ni namanya hidayah dari Allah, aku percaya memang hidayah tu sumer datang dari Allah, tapi Allah dah pilih Abg Azri nih sebagai satu asbab. (penyebab) untuk hidayah Allah tu sampai pada aku.

9 May 2011 nih, dia meninggal dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t.



2 comments:

  1. al fatihah. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  2. Masih terkejut dengan tragedi ni, tapi apa2 pun panjatkan doa semoga diampunkan dosa2 arwah dan segala amal soleh arwah diterima Allah SWT. Arwah seorang yang sangat baik mahu menyelamatkan mangsa lemas, tapi Allah lebih sayangkan beliau.

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete