Sunday, July 18, 2010

Hari Ahad yang free

Assallamualaikum

Alhamdulillah, dan selawat pada Rasulullah S.A.W.

Innalillahiwainnailaihirajiun, baru tadi aku mendapat berita ikhwahku NurAizam kecelakaan jalan raya. Tulang femurnya patah untuk kali kedua di tempat yang sama. Aku sedar dari tidur dengan SMS yang diberikan tadi terus ke hospital tanpa sempat mandi. Mudah-mudahan Aizam selamat. Mudah-mudahan kesusahan dan ujian yang dialami beliau juga aku rasai dalam aku nak dekatkan diri pada Allah jugak nih. Ketika waktu iman tengah down down down down down ni. :’(

Kadang aku cemburu juga. Ujian yang berat itu datang pada orang yang beban yang begitu berat. Ketika sahabatku ini masih ada seorang isteri yang belum tamat kuliah dan 2 orang anak, ketika masih ada bebanan halaqah dan usrah yang samar-samar dan perlukan komitmen yang tinggi. Berbeza dengan aku ini, masih bujang, tak punya masalah dengan wang, bebanan kerja yang tak hebat mana pun. Tidak layakkah aku untuk menghadapi ujian seberat itu? Ohh mungkin aku tidak layak. Allah Maha Mengetahui kot. Bukan aku mengharapkan kecelakaan menimpa diri aku. Tapi ada rasa cemburu di situ. Seolah pandangan Allah tidak berapa istimewa untuk aku. Haih, susah nak explain. Sesuai laa kot dengan tahap imanku yang tak sehebat mana.

Tapi aku yakin yang aku juga tak terlepas dengan ujian-ujian yang berat.(Aku harap) Jangan sampai ujian yang berat buat aku condong melupai Allah, lalu Allah meng “ignore” kan aku. Owhhh.

Awak, kalaulah ujian itu buat awak rasa lebih dekat pada Allah, patut kena bersyukur wak. Allah menyayangi hambaNya kan wak. Itukan lebih baik dari kita beribadah hanya untuk mengharapkan pahala dan syurgaNya. Padahal kita ini bukan hamba pahala dan syurga. Kita ini kan hamba Allah. Justeru harus sangat selalu mohon pada Allah dan dekat padanya.

Ada satu doa yang cantik yang aku dapati dalam buku Al-Hikam:

“”Ya Allah, Engkau adalah Tuhan kami dan kami adalah hambaMu. Kami menyembah-Mu dan mengikuti perintah-Mu sesuai dengan kemampuan yang kami miliki, bukan kerana sesuatu apapun melainkan kami melihat bahawa Engkau Tuhan kami. Kami adalah hambaMu. Dan kami mengetahui kamu berada di jalanMu yang lurus, namun kadangkala kami tergelincir dari jalanMu. Bukan kerana kesombongan kami mengikut perintahMu namun Engkaulah yang membuat kami lemah.

Ya-Rabbi , aku hambaMU, nyawaku berada ditanganMu, seluruh ketetapanMu berjalan secara adil, keputusanMu membuatku meminta kepada Mu akan rahmatMu, jangan Engkau berikan kepadaku kerana aku berhak menerimanya tetapi Engkau berikanlah padaku kerana memang Engkaulah yang berhak memberi.

Dan semoga kami dapat kembali kepadaMu dari dunia kami ini iaitu dunia yang penuh dengan kesalahn dan kemaksiatan. Kami mengharap taufikMu agar dapat bertaubat secara benar. Kami akan kembali kepadaMu dari ketergelinciran ibadah kami dan harapan kami hanyalah kepadaMu.

Tolong doakan sahabat saya, Salam.

2 comments: