Pagi ini aku bangun pagi lambat. Pukul 5.30 pagi. "Tak sempat tak sempat", bisikku dalam hati . Kejut semua budak semua susah nak bangun. Penangan bola 2 pagi memberatkan mata masing-masing. Tapi ada juga yang tak tidur terus lepas tengok bola dan terus Subuh lalu tidur.
Aku punyai ramaaaai kawan yang punyai latarbelakang yang berbeza. Tak salah aku menerima semua itu. Aku tak memilih, sebab belum tentu juga aku yang terpilih untuk tidak lepas dari pandangan Allah. Allah memandangku seperti apa ya? hmmmmm...
Dan pukul 8.30 baru aku mandi pagi. Dingin air buat badan aku jadi segar. Alang-alang mandi aku bawa pencukur untuk mencukur misai dan mentrim janggut. Haih, tersalah trim janggut lagi. Terpaksa aku cukur semuanya. Lalu aku bilas dengan air, seperti iklan pencuci muka di dalam televisyen. Muka bersih. Tanpa bulu. Sekejap aku terfikir. Muka ini, apakah muka yang menghiasi taman-taman syurga nanti? hmmmm....
Aku tak mahu bermusuh dengan sapa-sapa Din. Kalau ada orang yang cuba menanam kebencian di hati ku aku cuba fikirkannya dalam-dalam, dan buangkannya di kala aku bersedia. Kalau boleh dengan Yahudi dan Zionis pun aku tak nak bermusuh. Tapi slack ahh diorang punya perangai ntah apa-apa ann. Memang taklah (nak baik dengan orang camtu).
Aa gym cakap, musuh itu adalah bonus bagi kita di dunia ini. Tanpa musuh, hidup ini apa artinya. Cuba kalau Mike Tyson nggak ada musuh, pasti jelek mahu menumbuk diri sendiri sahaja.
Dalam Al-Qruan apa yang Allah cakap pasal musuh hmmmm...
2:36. Kemudian syaitan menggelincirkan mereka daripadanya, dan mengeluarkan mereka dari dalam apa yang mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."
(kisah Adam dan isteri)
Mengenang ayat ini, memang sudah tersurat bahwa manusia di Bumi ini nantinya akan bermusuhan. Hmmm....
5:62. Kamu melihat kebanyakan antara mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka memakan yang haram; buruknya apa yang mereka buat!
Permusuhan dan bersegera dalam dosa itu buruk rupanya. Hmmmmm....
5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
Oooo, camni ker caranya syaitan menyebabkan permusuhan. Patut pun arak dan judi haram. Banyak punca orang bergaduh pun sebab benda ni. Syaitan juga menghalang dari ingat Allah dan solat. Mungkin sebab itu ubat dari kebencian dan permusuhan. Hmmmm...
9:114. Ibrahim tidak meminta ampun untuk bapanya kecuali kerana satu janji yang dia menjanjikannya; dan apabila telah jelas baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim lembut hati, penyantun.
Nabi Ibrahim yang lembut hati dan penyantun pun ada musuh. Musuhnya tu bapa dia sendiri pula tu. Sebab dia musuh Allah maksudnya musuh Nabi Ibrahim jugaklaa. Tapi Nabi Ibrahim berlepas diri daripada bapaknya. Hmmmm...
17:53. Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Allah menyuruh cakap benda yang baik-baik ajer. Sebab syaitan bila kita cakap benda tak baik dia lagi laa nak provoke. Memang syaitan perangai cam syaitan. Alamak, rasanya malam tadi aku ada cakap benda tak baik. Haihhhh.....
43:67. Sahabat-sahabat pada hari itu menjadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa,
(di akhirat)
Pada hari itu (hari akhirat), sahabat pun jadi musuh ? Aduhhh. Wahai sahabatku, jom kita sama-sama bertakwa pada Allah. Taknak laaa nanti kita jadi musuh pulak an.
60:7. Mudah-mudahan Allah membuatkan, antara kamu dan orang-orang antara mereka yang kamu bermusuhan, rasa kasih sayang. Allah berkuasa; Allah Pengampun, Pengasih.
Allah. Kaulah yang Maha Pengampun dan Pengasih. Tanamlah rasa kasih sayang antara kami. Hindarilah rasa permusuhan antara kami. Ampunilah dosa kami. Ameennnn.
64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu memaafkan, dan mengenepikan, dan jika kamu mengampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(isteri dan anak)
Allah suruh kita berhati-hati dengan anak dan isteri. Mungkin mereka ini suatu hari akan jadi musuh juga. Wahh takutnya. Allah kan Maha Pengampun, Maha Pengasih. Malu kalau kita pula yang takde sifat pengasih dan pengampun juga.
Ehem. Majid. aku nih, bukan cerita sebab aku bermusuh dengan sapa-sapa. Tapi sebab aku nak kita sama-sama jaga. Sekeliling kita ramai orang yang berbeza-beza.
Latip. Haritu aku pergi Sibu jumpa abang Man pakguard. Dia cerita, ada orang itu kawan dari kecik, sampai tua rumah sebelah-menyebelah. Tapi sebab sorang sokong DAP sorang sokong BN. Terus jadi musuh. Yang untungnya sapa? Haihhhhh
Mak aku cakap. Kalau nak tanam biji cili, letak 2-3 butir dalam tanah yang sama, tapi yang hidupnya nanti satu pokok sahaja. Siram hari-hari. Kalau hujan takyah siram. Errr cerita ni takde kaitan dengan musuh.
Oklah. Salam.
No comments:
Post a Comment