Assallamualaikum
"Sesungguhnya orang-orang Muslim saat ini sangat haus sekali dengan nilai-nilai agama kerana mereka selama ini diancam oleh masalah-masalah duniawi dan pelbagai jenis perbuatan fitnah yang merosak"
Hikmah 1 : Diantara Tanda-tanda berpegang pada amal iaitu berkurangnya harapan ketika terjadi kesalahan
Alhamdulillah, JPA scholarship dah masuk. Pelaburan yang pertama yang aku beli mudah-mudahan bermanfaat aku hadiahkan untuk diriku 2 buah buku. Satunya adalah syarah Al-Hikam ni. Terkesan waktu disyarahkan oleh Aa Gym , ulama pengasas Daarut Tauhid Bandung yang pernah masuk majalah TIMES sebagai 100 orang paling berpengaruh di dunia, dan juga syarah ini pernah ada dalam babak kisah Ketika Cinta Bertasbih. Jadi umumnya, buku ini sesuai kot untuk dibaca untuk golongan umum yang macam aku ini.
Mula-mula kalau baca ayat Ibn Ataillah (penulis kitab Al-Hikam) ni mati-mati tak faham. Isi ayat yang simple ini sangat mendalam. Lepas baca jer satu topik baru laaa kita akan faham.....
Bahawa sesuatu amalan tu belum tentu akan membawa kita masuk syurga. Ya betul. Lalu apa yang akan bawa kita ke syurga. Rahmat Allah, seiring dengan segala amalan kita yang diredhaiNya.
Lalu kalau sudah beramal itu mudah. Orang berda'wah , melakukan ibadah, rasa memang payah. Tapi yang paling payah adalah menjaga amalan itu. Dari dikotori dengan niat yang tak elok, rasa riak, ta'jub dan pelbagai penyakit yang lain.
Antara tanda orang yang dah rasa selesa dengan segala amalan dia, dia dah rasa syok sendiri. Maksudnya dia dah rasa dirinya dah tak perlukan taubat atau pengampunan Allah. Namun hakikatnya kesalahan tetap kesalahan.
Tu laaa kot, kita tengok orang Islam sekarang. Kok Soleh hanya di tudung, atau soleh hanya di kopiah dan jubah. Betapa rendahnya tahap keindahan pada diri mereka. Bila dah rasa dapat title Islam, dah rasa macam confirm diri masuk syurga Allah dengan free. Justeru semakin soleh seseorang itu, sebenarnya semakin telitilah mereka memerhatikan kesalahan dirinya.
Hidup its not depend on amal. So, semoga kita nanti bila ditanya oleh Allah s.w.t " Dengan apa engkau menghadap kepadaKu dari dunia kamu yang kamu hidup dalamnya?" kita akan dapat menjawab kerana rahmat Allah, bukan kerana amal-amalan kita yang beratus-ratus tahun kononnya.
Nah , tapi jangan salah faham plak! Bukan maksudnya kita tak perlu beramal. Nak tunggu jer rahmat Allah datang melantun-lantun depan kita tak bley laa bro. Tapi kita kena faham yang setiap amalan yang kita buat itu bukan dari kita juga. Tapi datang dari Allah. Kalaulah Allah tak kurniakan harta untuk kita untuk kita bersedekah. Kan tak dapat kita nak beramal untuk Allah balik.
Kadang-kadang benda yang simple ni pun susah kita nak jaga. Umpama kalau kita dapat tolong orang ( bagi hadiah, bagi nasihat dan lain-lain). Kita kan senang mengungkit. Hmmm, patut kita fikir balik. Kalaulah Allah tak bagi kelebihan pada kita untuk menutupi kekurangan orang itu, mustahil kita akan dapat bantu orang tu kan Dato? Datin.
Jadi hakikatnya semuaaaa benda yang kita ada ni takde satu pun milik kita.
Apa jadi eh, kalau kita ni terlalu berpegang pada amal? Emm maksudnya kalau kita rasa amal itu datang dari tangan kita sendiri bukan dari rahmat yang Allah kurniakan. Maka terjadilah macam ayat Al-Hikam nih. Penyakit "berkurangnya harapan ketika terjadi kesalahan". Kita termasuklah orang yang sombong, bebal, tak sedar dek untung. Bila kita rasa amal kita lebih dari orang lain, apabila kita melakukan kesalahan, kurangnya pengharapan kita untuk semoga Allah mengampuni kesalahan kita. Sebab kita rasa amal kita dah boleh back-up kita waktu kat akhirat nanti. Heh, manusia manusia.
Jadi kedua-duanya penting. Disamping kita memerhatikan amal, janganlah sampai kita lupa untuk memohon agar segala kesalahan kita diampuni Allah s.w.t.
Awak, beramal tu penting. Tapi mengharapkan agar dosa kita terampun pun penting jugak wak.Patut kita harus takut kalau-kalau amal-amal kita hanyalah amal yang superficial yang menenggelamkan hanyut dengan keasyikan beramal hingga kita lalai untuk mengharapkan pengampunan Allah apabila kita melakukan kesalahan yang lain. Hingga kita rasa amal kita sudah cukup sampai tak peduli untuk memerhatikan kesalahan kita yang lain.
Antara sebaik-baik amal itu, adalah menenggelamkan diri dalam keMaha Agungan Allah Yang Maha Esa.
Salam.
[Lalu kalau sudah beramal itu mudah. Orang berda'wah , melakukan ibadah, rasa memang payah. Tapi yang paling payah adalah menjaga amalan itu. Dari dikotori dengan niat yang tak elok, rasa riak, ta'jub dan pelbagai penyakit yang lain.
ReplyDeleteAntara tanda orang yang dah rasa selesa dengan segala amalan dia, dia dah rasa syok sendiri. Maksudnya dia dah rasa dirinya dah tak perlukan taubat atau pengampunan Allah. Namun hakikatnya kesalahan tetap kesalahan.]
terkesan dengan frasa ni.